Tuesday, March 29, 2016

Lemon + Honey = Minuman rutin setiap pagi



Kat facebook ramai yang share minuman kesihatan yang boleh dibuat sendiri seperti fusion water and detox juice. Macam-macam khasiat dan kebaikan minuman seperti ini diterangkan. Saya sendiri adalah penggemar minuman juice. Serious. Kat bangi gateway ni ada satu kedai kiosk (ezeejuice) jual juice drink saja, yang freshly blended, tak dicampur dengan air kosong mahupun gula. Serius suka and sedap. Harga dalam RM11.90. Saya biasa beli botol besar and boleh habiskan minum dan-dan itu jugak, habis diteguk dengan sekali tegukkan. Melantak. 

nyum-nyum

Of course my ultimate favourite ialah: gabungan carrot, green apple, ginger + orange. Huhu sedap. Ada yang tak suka sebab ada halia dalam tu, macam husband, pahit muka minum air tuh. Ahaha. Tapi bila dah selalu minum okay jer. Selalu jugak buat sendiri di rumah menggunakan mesin pengisar buah biasa. 

Tapi yang saya nak cerita di sini ialah, setiap orang ada cara tertentu untuk mendetoxkan dirinya. Saya nak share satu rutin saya setiap pagi yang saya dah amalkan bertahun-tahun lamanya. Bertahuuuuun okeh. Tak kira berapa lama tapi dah lama jugak saya amalkan. Tapi punca saya amalkan dulu ialah kerana saya nak bagi motivasi kepada diri dapat minum air kosong banyak-banyak, so saya masukkan lemon dalam air kosong suam. Lepas tuh, baru saya mencuba minum madu dengan lemon. Lemon tu pulak, saya ni penggemar buah limau - and kalau minum kat kedai, selalu pesan teh o limau. Tapi kalau kat rumah, saya suka ganti limau kasturi dengan lemon. Reason, sebab lemon tu sifatnya alkali dan limau asidik. So lemon tu lebih baik utk perut dan sistem penghadaman badan. Madu pulak, well, semua orang tahu khasiat madu kan?? Dalam quran sendiri dah cakap, madu ialah penawar kepada banyak penyakit. 


Bangun pagi, sebelum pergi kerja, saya panaskan air, buat air suam-suam campur dengan air mineral, pastu masukkan madu biasa (pastikan original bukan nanti kencing manis pulak) dan perahan lemon. Saya tahu lemon harganya mahal, boleh cecah RM1 sebijik atau lebih. Tapi percayalah, tak perlu pakai sebijik lemon setiap hari. Potong sikit sahaja maybe 1/3 dan perah jus lemon tu dalam air suam yang bercampur madu tadi. Walaaaa!!Minum dengan lahapnya (sebab dah lewat nak ke office) and of me go! 

Berikut info minuman detox dari websites/blogs:

Honey + Lemon
Pengambilan madu lebah serta lemon di awal pagi adalah sangat digalakkan untuk kesihatan tubuh badan kita. Madu lebah dan buah lemon mempunyai khasiat tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan manusia.
EH! berkongsi khasiat kedua khazanah alam semulajadi ini untuk anda amalkan setiap pagi.
1. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
2. Memperbaiki sistem pencernaan
3. Menghilangkan bau mulut
4. Memberikan kulit sihat
5. Berfungsi sebagai anti-bakteria yang melindungi diri kita dari penyakit
6. Melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak
7. Mengelakkan dari penyakit kanser dan jantung
8. Memberikan lebih tenaga
9. Mengelakkan dari terjadinya ulser mulut
10. Membersihkan saluran kencing anda dan bertindak sebagai diuretik


Infused water
Detox water ialah air yang dicampur dengan hirisan buah-buahan seperti timun, lemon, daun pudina dan halia, dibiarkan 4-5 jam dan diminumNak lagi sedap masukan dalam peti ais, Hmm nyaman dan sedap.Lagi satu ia adalah pilihan bagi yang tak suka minum air masak, sedangkan kita sekurang2nya 2 liter air diperlukan seharian.

Kebaikan infused water
Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.


Minuman jus*
Juice atau jus adalah sayur-sayuran atau buah-buahan yang dilumatkan dengan tangan maupun mesin menjadi cairan yang berisi saripati untuk diminum dan umumnya memiliki manfaat yang baik bagi kesehatan. Berikut ini merupakan manfaat dari mengkonsumsi jus buah dan sayur segar yang dijus, yaitu :

1. Mengandung enzim yang penting untuk sistem saluran pencernaan dan sistem penyerapan gizi yang terkandung dalam makanan dan minuman yang kita konsumsi sehari-hari.

2. Mengandung protein, vitamin, mineral, asam lemak esensial, karbohidrat, dsb yang mudah diserap dan dicerna oleh tubuh kita.

3. Kaya akan kandungan potasium dan sedikit kandungan sodium untuk mencegah kanker serta menjaga kesehatan pembuluh darah jantung.

4. Kandungan karoten dari jus sayur-mayur dan buah-buahan yang berwarna kuning, ungu, merah dan hijau yang berfungsi sebagai anti oksidan kuat yang melawan pertumbuhan sel kanker dan menangkal radikal bebas.

5. Adanya kandungan flavonoid di dalam buah dan sayur bermanfaat untuk menghalau zat potensial penyebab kanker. Juga berfungsi sebagai antivirus, antialergi, antiperadangan, antialergi, dll.

* bahasa Indonlah pulak. Aish, asal faham kan.



Kesan minuman lemon + honey: sistem penghadaman okay, takde masalah pembuangan, lancar yer takder traffic jem  (ahaha). and mungkin jugak membantu badan jadi langsing kot. Ni susah sikit nak cakap sebab memang badan ginilah dah bertahun-tahun. Dulu siap ada yang predict saya akan jadi gemuks lepas kahwin, tapi ternyata tanggapan meleset! haha. So, bila tetap 50kg jugak, makanya teori lain pulak diaorang speculate. Paling haru, ada yang kata saya bela cacing kerawit. Cit!! Saya tak pasti kerana minum lemon atau mungkin dah genetik kurus dan metabolisme tinggi atau kesemua sekali, atau sememangnya ada cacing didalam hatiku..eheh..dalam perutku. 

dalam hati ada cacing
Yang penting, kita ikhtiar dan berusaha, amalkan gaya hidup sihat!! 





Bila kahwin tak jadi..



Bila pengantin tak jadi kahwin..
Huhu, panas jugak topik ini. Semalam penuh facebook dengan komen dan pandangan netizen tentang hal ini. Rasanya takder bakal pengantin yang mahu cerita tak jadi kawin yang mengaibkan itu jadi bahan berita utama. Kalau jadi headlines pun, kita nak yang molek-molek, ye tak? Kurang-kurang "Wedding of the year", bukan "Gaduh tak jadi kahwin kerana tak cukup hantaran." 

Macam-macamlah pandangan dan pendapat orang ramai kat media sosial. Macam-macam teori ada. Seperti selalu, senang untuk tuduh ini itu sebelum tahu kisah sebenar. Hari ini, lebih hebat, keluar pelbagai versi pulak, versi pengantin pompuan, versi mak sedara pengantin, versi tok imam. Versi kucing jer takdek!! 


Tak molah ulas siapa salah siapa benar dalam hal ini. Dengar one side of story, belum cukup untuk kita justify apa-apa. Kita sebagai orang luar, hanya memandang, hanya dapat dengar dan baca setakat yang dikongsikan sahaja. Yang belakang tabir, yang tak sembunyikan, yang disorokkan, itu kita tak tahu. Teringat cerita pelajar-pelajar yang membuat praktikum di majlis agama. Pentingnya mendengar dua-dua versi cerita untuk mencari kebenaran. Of course, setiap pihak ada versi sendiri. Yang kita nampak, selipar terbang, yang kita dengar, kutuk maki hamun, tapi rentetan yang membawa kepada insiden itu, perlu juga kita ketahui. Misalnya, kes pasangan suami isteri bergaduh, isteri buat laporan kat pejabat agama, kata suami tak bertanggungjawab, suka keluar rumah dll. Itu versi isteri. Bila diselidiki, rupanya, suami keluar rumah kerana stress dengan sikap isteri yang suka maki hamun, suka membebel dan suka mengungkit itu ini. Akhirnya demi mengelakkan pergaduhan, suami keluar rumah. So siapa salah? Pada saya kedua-dua cerita relevan. Kedua-duanya ada reasons tersendiri. Kalau nak bertekak siapa salah siapa patut menang, sampai kiamat mungkin tak sudah-sudah isu tuduh menuduh begini. 

So??

Pada akhirnya saya kira, kena berbalik semula dengan realiti. Jika ada silap dan salah, ada baiknya muhasabah diri, ketepikan ego dan betulkan silap. Kena fikir semula, apa yang penting, perkahwinan ini atau kepentingan peribadi? Kerana matlamat ini yang akan mempengaruhi langkah kita seterusnya. Ia bermula dengan niat dalam hati. Kalau niat untuk selamatkan perkahwinan, maka hati dan tingkah laku kita akan ke arah itu. Kalau sebaliknya, tepuk dada tanya selera...



Sudahnya,
Saya kira selepas kejadian gaduh di masjid itu, peluang untuk pasangan yang hendak bernikah itu untuk kembali kepada asalnya agak tipis. Of course tekanan orang sekeliling juga main peranan. Jika konflik berterusan, tiada kesudahan, mungkin jalan terbaik ialah terima hakikat bahawa jodoh tiada. Amazing bila kita fikir balik, peristiwa ni. Dah nak kahwin boleh tak jadi. Itu namanya takdir Allah dan jodoh. Bila Allah kata berjodohlah kalian, macam mana halang pun kahwin juga. Begitu jugak, sekuat mana pun kita nak kawin dengan seseorang itu, bila Allah kata itu bukan jodoh kita, buatlah macam mana, tetap tak bersama. Ada baiknya berbalik semua kepada Allah, ketentuan. Kerana didalamnya keredhaan. Dengan redha kita berlapang dada. Tak semua benda kita nak berkesudahan dengan yang kita nak. Kadang-kadang sangat berbeza dengan yang kita harapkan. Tapi, kalau Allah dah tentukan sedemkian rupa, maka tiada guna terusan kita menafikan, boleh sakit jiwa dibuatnya. Langkah paling baik ialah REDHA. Pastinya ada kebaikan yang Allah selitkan dalam setiap musibah. Terpulang pada hati kita, untuk melihat hikmah, atau melihat padah. 




Life must go on, sekalipun kita tak menyukainya. Hidup tidak berakhir disini. Saya kira ramai lagi yang berhadapan dengan isu serupa, mungkin tak keluar paper jer. Yakinlah Allah sebaik-baik perancang. Hari ini kita mungkin menyesali nasib, tapi jika kita ada kesabaran, mungkin 10-20 tahun nanti kita akan cakap 'Syukurnya kerana aku bersabar pada perkara yang aku tak suka, ini hikmahnya. Kalaulah aku tergesa-gesa dan ikut hati..." Hikmah itu selalunya tidak datang segera. Kita akan nampak kemudian hari. Yakin saja pada Allah. Dia kan sebaik-baik perancang. Kita nampak hari ini saja, mungkin paling panjang pun firasat kita, 10-20 tahun akan datang. Tapi Allah, pandangan zatnya jauh ke depan, sebelum berlaku lagi. Tarik nafas panjang-panjang, urut dada, cakap pada diri, pasti ada sebab Allah jadikan begini, begitu. Allah, pimpin hatiku untuk sabar, pimpin hatiku untuk yakin, bahawa kau sebaik-baik perancang. Tugas kita ialah, usaha sehabis baik, biar Allah uruskan keputusannya. Yakin, sabar, redha, benda susah nak buat, tapi kena usaha untuk mencapainya. 


Moga yang hilang jodohnya, bertemu jodoh yang lebih baik. 





















Sunday, March 27, 2016

Selamat Hari Polis Ke-209




Fenomena ekuinoks nampaknya masih berterusan. Cuaca di luar nampak macam biasa, tapi try keluar jam 11 lebih pagi, pun dah terasa panas berbahang. Perit terasa cahaya matahari terkena kulit walhal masa tu ada dalam kereta on the way untuk lunch. Lunch di bakar-bakar bersama husband. Tercapai juga hajat nak bawak dia ke mari. Hari tu lupa nak snap gambar untuk rekod, now sesiapa nak try bakar-bakar bolehlah mengira bajet anda sebelum bawa ahli keluarga. Seperti pergi first time hari tu, pilihan utama ialah grill kambing. Uik memang sedap, udangnya pun sedap, udang harimau. Cuma kena sabar dengan asap berkepol-kepol sampai baju memang bau asap grill. Waktu siang lebih murah dari waktu malam. Malam dengarnya selalu penuh. Kami pelanggan pertama datang situ tadi. Hehe. Semangat tu nak melantak. 


Dua hari sudah, hari polis ke 209. Sempatlah wish kat facebook. Actually ramai kawan dan kenalan yang bekerja sebagai polis, arwah ayah pun polis, abam pun polis ;-) Semoga polis-polis di Malaysia terus berkhidmat dengan gigih dan terus berusaha perbaiki imej PDRM. Saya sayang kamu semua. Heh!


Bila cuaca panas melampau macam ni, pelbagai strategi kita ambik nak bagi rasa selesa. Saya pulak bila cuaca panas melampau macam ni, nafsu nak makan buah tu lebih dari  kebiasaan, especially air kelapa. Tapi tak sempat nak carik air kelapa, jadi cariklah buah-buahan kat supermarket. Tembikai, orange, lemon (wajib ada), and epal. Ingat nak beli jus sekali, tapi sebab dah angkut buah, rasa membazir pulak nak beli jus. 


Baru nak menjala hasil tangkapan :-) Lemon is a must! 
Epal di Jaya Store ni banyak jenis and pilihan. Dari yang biasa sehingga yang jarang jumpa. Ada tu RM6.99 sebijik. Tapi pengalaman membeli epal macam tu sebelum ini memang rasanya lain and lebih sedap. 

Thursday, March 24, 2016

Songs that killed

Melancholy
Tidak dinafikan, lagu mempunyai aura tersendiri dalam mempengaruhi emosi kita. Kalau orang zaman dulu-dulu berperang, mereka ada semboyan, yang ditiup untuk meningkatkan semangat berperang. Lagu boleh membuai perasaan, boleh membuat kita rasa bersemangat, bahagia, menangis, derita...yada..yada. 


Percaya tak?? 

Mungkin juga sebab itu dalam islam kita tidak digalakkan terlalu memfokus kepada lagu dan bunyi-bunyian, kerana ia boleh melalaikan kita dalam banyak perkara. Lalai kerana rasa terhibur keterlaluan, lalai kerana dibuai perasaan.



Lagu yang membunuh,
Saya terlihat satu dokumentari di National Discovery Channel, tentang satu lagi yang dianggap menyebabkan banyak kematian - bunuh diri. Masa tengok tu, siap host program bagi amaran, berhati-hati mendengar lagu tersebut nanti sebab takut bunuh diri. Waaah, nerbes jugak, kot-kot dengar kena rasuk ke apa. Nauzubillah. Lagu tu dicipta sekitar tahun 1930an so muziknya memang klasik, cuba kalau kita hayati lirik lagu then baru kita faham kenapa lagu tu dianggap membunuh. Yes, sesiapa yang sedang kesedihan yang amat, tengah berputus asa terhadap hidup, tengah putus cinta, tengah berhadapan kehidupan yang sulit, tengah murung, boleh dipengaruhi oleh lirik lagunya yang seperti mendorong orang untuk menamatkan riwayat hidup, as if, mati itu lebih indah dari kehidupan yang mereka ada, mati itu penamat kepada kepedihan. Wah, pedih tak bunyinya? Pedih!! Di bawah ini saya sertakan lirik lagu tersebut. Baca boleh, nak faham boleh, tapi jangan over feeling yer. Saya tak bertanggungjawab. ;-) 


Gloomy Sunday by Billie Holiday

Sunday is gloomy
My hours are slumberless.
Dearest, the shadows
I live with are numberless.

Little white flowers
Will never awaken you.
Not where the black coach
Of sorrow has taken you.

Angels have no thought
Of ever returning you.
Would they be angry
If I thought of joining you?

Gloomy Sunday

Gloomy is Sunday, 
With shadows I spend it all.
My heart and I, have
Decided to end it all.

Soon there'll be candles
And prayers that are said, I know.
Let them not weep, 
Let them know that I'm glad to go.

Death is no dream, 
For in death I'm caressing you.
With the last breath of my soul, 
I'll be blessin' you.

Gloomy Sunday

Dreaming, I was only dreaming.
I wake and I find you asleep
In the deep of my heart, dear.

Darling, I hope that
My dream never haunted you.
My heart is telling you, 
How much I wanted you.

Gloomy Sunday
Songwriters: SERESS, REZSO/JAVOR, LASZLO/LEWIS, SAMUEL M.
Gloomy Sunday lyrics © Warner/Chappell Music, Inc., CARLIN AMERICA INC

Sedikit sejarah tentang lagu ini:

There have been several urban legends regarding the song over the years, mostly involving it being allegedly connected with various numbers of suicides, and radio networks reacting by purportedly banning the song.[14] However, most of these claims are unsubstantiated.[15]

Press reports in the 1930s associated at least nineteen suicides, both in Hungary and the United States, with "Gloomy Sunday",[3][4][16] but most of the deaths supposedly linked to it are difficult to verify. The urban legend appears to be, for the most part, simply an embellishment of the high number of Hungarian suicides that occurred in the decade when the song was composed due to other factors such as famine and poverty. No studies have drawn a clear link between the song and suicide.[15]

In January 1968, some thirty-five years after writing the song, its composer did commit suicide.[17]

The BBC banned Billie Holiday's version of the song from being broadcast, as being detrimental to wartime morale, but allowed performances of instrumental versions.[3] However, there is little evidence of any other radio bans; the BBC's ban was lifted by 2002.[15]

Lagu melayu pun saya rasa ada yang membawa emosi melankolik kepada kita apabila mendengarnya, at least for me. Bila dengar tu rasa sebak,sayu, pilu. Ni beberapa lagu yang bila saya dengar rasa macam melankolik jiwaku. Takder sentimental value or sejarah pun untuk dikaitkan dengan lagu itu, serious, it just make me sad whenever i heard these songs.

Rindu Mu, Rindu Ku

Setulus Cintaku

Langit Petang

Lebih-lebih lagi lagu Langit Petang. Uik, semua lagu Broery Marantika :-) 



Tuesday, March 22, 2016

Makan Tengah Hari di Bakar-Bakar & Grill House Bangi



Dari hari tu lagi kami sekawan berura-ura nak makan di Bakar-Bakar & Grill House Bangi, tapi ada jer sebab menghalang. Nak kumpul satu semua sekali memang susah sekarang sebab masing-masing banyak komitmen. Yang dah ada jawatan macam abg Nas and Sam ni memang lagi lah, kejap meeting sana, kejap meeting sini..sungguh susah nak carik time diaorang takde meeting. Tak termasuk bila ada kuliah masing-masing, and research dan lain-lain. Berjanji beria-ia, tapi cancel last minute. Janji makan di sini pada kali ini pun diputuskan semasa weekend masa Kak Jee upload gambar dia makan situ ngan husband dia. Adoi, terliur ler tengok. K jee pun kata, why not this coming Monday sebab hari tu hari semua orang takde kelas, and kebetulan abg Nas and Sam pun ada masa tengah hari. Petang jer sepatutnya ada meeting. So still have time kalau pergi awal. Alhamdulillah tercapai hajat nak makan situ for the first time. 

So, tepat jam 12 tengah hari kami satu kereta meluru (meluru sebab masing-masing excited and lapar) ke Bakar-Bakar & Grill House Bangi. Biasa kalau pergi beramai-ramai ni yang selalu jadi AJK angkut-angkut ialah kak Nurul, saya and kak Eza sebab kereta cukup muatan. Tapi biasalah bila dah berkumpul ramai-ramai dalam kereta riuh rendah!!! Tapi end up, date lunch kami berjaya and we had a great time. Yeay!! Paling best sebab free, ahaha, K jee sponsor. Makan sampai kenyang. So far, rasanya ini antara steamboat and grill bakar yang paling sedap dan best. Selalu pergi kat Johnny jer, tapi tempat ni boleh jadi pesaing. Johnny ada banyak makanan sampingan, and takder grill ada steamboat sahaja. Di Bakar-Bakar ni, takde banyak makanan sampingan, tapi rasanya yang ada ni pun lebih dari mencukupi. RM45 untuk satu kepala, boleh makan apa saja, sampai kenyang and ada coffee and hot chocolate yang best. Kira semalam balik ke pejabat dalam keadaan kenyang perut suka hati. Tak bestnya, sebab grill kena buat sendiri and asap boleh tahan banyak, sampai balik terasa diriku seperti manusia salai. Sungguh asap baunya. 

Kelakarnya, time kami sampai takde orang, kami jer kat situ sampai habis makan. Maybe sebab tengah bulan. Sebab dengarnya kalau awal bulan ni memang sentiasa penuh sampai terpaksa call utk reservation. Harus angkut bos makan sini ;-)

Sesi memilih juadah. Akak diet ini of course akan pilih makan sihat dulu - buah and sayuran

abg Nash semua kat situ okay pada dia kecuali KAMBING. Dihalaunya gril kambing kami duk jauh-jauh. Cit!

Seperti biasa, adik manja. Dia jadi diva. Tukang senyum dan tunggu makanan sampai ahaha

Kak suzi. Kalau bab pilih makanan memang kami bagi jawatan tu kat dia and dia pasti cemerlang tanpa gagal


Grill kambing dia memang sedap. 


 
Tunjuk skill masa ler tuh
Versi steamboat

Memang puas hatilah. In sha Allah pasti datang lagi. Kali ini angkut big bos pulak.


Bakar-Bakar Steamboat & Grill House
Alamat : No 2, Jln 8/36, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
(sebaris dengan Tuti Fruiti, Onking Electrics, Ocean Hauz Restaurant)

https://www.facebook.com/bakarbangi/
‪#‎allucaneatbuffet‬#‪#‎makansampaipengsan‬#


Harga:
Dewasa RM45
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM20
6 tahun ke bawah PERCUMA

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat 2.00pm -12.00am
Sabtu, Ahad dan Public Holiday 12.30pm - 12.00 am

Monday, March 21, 2016

Hari-Hari Ekuinoks Ku


Jika ikut ramalan, hari ini sepatutnya panas membahang. Memang panas pun tapi alhamdulillah panas tu reda sedikit kerana hujan lebat turun sebelah petang. Hari Ahad, tiada agenda rasmi, hanya temankan bos pergi servis kereta, makan tengah hari, dan membeli barang di Mydin. Sementara tunggu kereta servis, kami makan-makan di Red Card. Dua kali pusingan, makan tengah hari, and minum petang, sebab tunggu servis kereta yang agak lama. Nasib baik ada beli surat khabar, so borak-borak tentang isu semasa. Niat asal nak makan makanan kampung, tertukar jadi makan western sebab Red Card tu paling hampir. Cuaca membahang, adoi tak larat nak cross over sebelah sana nak gi Gulai Kampung (tempat favourite makanan kampung selain kedai Temerloh). Plan asal makan tengah hari lepas tu cari ABC, tertukar jadi western food and creme brulee. Ahaha. Benarlah, kita merancang, Allah menentukan. Elok jer plan dalam kereta, tertukar dalam perjalanan. 

Romantic Coffee Date. Walaupun bukan coffee person, blasah jer. Latte vs Hazelnut.


Cerita panas
Muka depan surat khabar, tentang penangkapan pegawai kanan sebuah kementerian kerana songlap duit kerajaan sehingga RM100 juta! Wah banyak tuh. Mula-mula me + husband speculate ni mesti pompuan sebab tengok barang rampasan SPRM kebanyakannya barang-barang perempuan, designers handbangs, emas berlian, dan jam tangan mahal. Wow!! Secara logiknya, macam mana seorang pegawai kerajaan, yang gaji biasanya takderlah sebesar mana pun, boleh membeli barang-barang mewah seperti itu yang mencecah ratusan bagi setiap item tersebut. Kalau tengok barang itu, kita rasa yang akan membeli barang-barang seperti itu adalah ahli perniagaan bertaraf jutawan saja. Tup-tup rupanya pegawai lelaki. And tertengok link kat fb tentang isu ini yang agak details sebab quotes beberapa komen dari individu yang bekerja dengan suspek. Rupanya lelaki, luaran nampak low profile dan memang orang tak sangka dia macam tu. Maksudnya, dia tak menunjukkan kekayaannya secara terang-terangan. Make sense jugaklah, maybe dia lebih membeli barangan wanita kerana lebih mudah jika isteri yang memakainya berbanding dia, untuk mengelak syak wasangka. Yelah, imagine kalau perempuan yang buat, pergi kerja pakai emas berlian ratusan ribu dengan beg tangan hermes, mahu orang tak suspicious, taraf Kak Mah jer yang pakai gitu. Itulah, bila dalam diri kita lebih mementingkan material, dan kebendaan, mahu kehidupan mewah dan berprestij, kadang-kadang boleh tersasar perjalanan hidup, lupa halal haram, asalkan mendapat apa yang diingini. Tapi, yang didapati dengan cara salah, lambat laut ketahuan jugak. Tu yang cakap dengan husband, tak berbaloi semua tuh. Sempatlah merasa hidup mewah 6 tahun (2010-1016), tapi tak bertahan, akhirnya tertangkap jugak. So, apa makna dan nilainya itu? Tiada. Aish, biarlah hidup sederhana tapi rezeki halal, itu lebih baik dari duit berkepok2 dalam akaun, tapi kita tahu sumbernya haram, mana berkatnya? Semua orang nak kaya. Tapi jika terpaksa memilih kaya dengan duit haram vs ala kadar dengan duit halal, biarlah saya pilih ala kadar. Ala kadar, tapi jika rezeki halal, saya yakin itu lebih berkat, jiwa pun lebih tenang, takder lah hari-hari dok terfikir bilalah polis nak tangkap aku nih??

Boleh meraung bini tengok beg-beg tangan and barang kemas kena angkut huhu



Tapi itulah cabaran hidup dalam masyarakat yang melihat kebendaan, bila status dan kekayaan adalah ukuran nilai tinggi rendah dalam masyarakat, orang akan tertekan untuk comply dengan jangkaan tersebut. Tapi, sebagai orang yang ada akal fikiran rasional, ada agama, saya kira kita kena ada pendirian dalam hal ini. Tidak semua benda kita boleh turuti. Pada akhirnya kita kena berani memutus sesuatu mengikut apa kita percaya, kerana tidak semua jangkaan orang itu sihat dan baik untuk kita. Masyarakat kita tidak dinafikan, memang melihat itu semua, sebab tu orang sanggup untuk buat apa saja demi dapatkan gelaran datuk, menunjukkan kekayaan kerana dari situ dia mendapat penghormatan. Teringat profesor ku di Melbourne dulu, walaupun tahap prof, tengok lifestyle dia sangat humble, datang rumah dia tengok hidup dia sederhana saja. Pedulikan lah orang fikir apa, janji kita selesa, kita bahagia. 


So, gitulah jadinya. Kalau ikut pandangan pakar katanya between 12-3 petang, adalah hari tanpa bayang, sampai husband cakap, ada jer bayang. Agaknya ekuinoks tak menjadi sepenuhnya sebab perubahan cuaca - hujan. Apapun, lebih baiklah hujan daripada ekuinoks tuh. Hujan rahmat and hujan adalah cantik. 

Hujan cantik dan menenangkan

Friday, March 18, 2016

Drama Cinta dan Fantasi Cinta Ku


Sejak kebelakangan ini, banyak betul drama-drama melayu jam 7 malam yang dihasilkan berdasarkan novel-novel cinta terlaris di pasaran. Macam-macam nama yang saya sendiri pening nak faham. Mungkin sebab saya sendiri bukanlah penggemar cerita-cerita seperti ini. Bukan mudah untuk menarik perhatian saya untuk lekat jam 7 malam semata-mata nak tengok drama. Cuma baru-baru ini satu drama saja yang buat saya rasa nak tengok iaitu Cinta Si Wedding Planner. Walaupun ada jer watak stereotaip kat dalam tu (ex girlfriend psycho dan cinta separuh mati dan jahat nak mampus ahaha), tapi saya boleh pejam sebelah mata demi menghabiskan drama tersebut chewah! 


Seriously kalau tanya saya, saya pun tak tahu novel-novel cinta terlaris di pasaran sekarang ini. Sebab genre kegemaran saya sendiri bukan novel cinta. And saya banyak beli buku genre psychothriller, inspiring stories. Ada jugak beli novel english romantik tapi selalunya tak habis baca pun. Baca beberapa helai dah tinggalkan, dok belek jugak buku lama yang dah ulang baca beberapa kali seperti The Help. Ntah tak jemu baca buku ini. Dah tahu dah jalan cerita, tapi masih siok jugak nak baca. Maybe sebab jalan cerita, perkembangan cerita dan moral cerita ini. 


Satu perkembangan sihat, bilamana remaja mula mendekati diri membaca novel-novel yang ada di pasaran sekarang ini. Kawan sendiri kata, setiap minggu anak remaja mereka minta dibelikan buku novel cinta, baru jer beli tak sampai seminggu dah habis baca. Wah! Untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan kecekapan bahasa memang tidak dinafikan. Tapi, dari sisi yang lain, ia mengembangkan cinta romantis yang tidak realistik. Ia mungkin menyebabkan remaja mengembangkan perasaan cinta yang ala-ala drama dalam tv tentang kesetiaan, keromantisan, pengorbanan, setia sampai mati, dan sebagainya dalam diri remaja. Tambah-tambah lagi drama-drama ini kerap kali menceritakan skrip yang boleh agak jalan cerita, yang tipikal seperti:


  • Lelaki hensem maut! Tetapi ada sedikit angkuh, sombong, namun dalam hati ada taman. Anak orang kaya, bakal mewarisi kekayaan keluarga, pengarah syarikat. Kegilaan ramai wanita-wanita. Penyabar ya ampun dan romantik habis!!! Boleh tak muntah layan awek walau apa jua perangainya waktu itu.
  • Wanita cantik macam bidadari. Suci, polos, selalu jadi mangsa keadaan. Terjerat, terjebak, terperangkap dan banyaklah lagi ter-ter-ter nyalah. Misalnya tertangkap basah, terpaksa kahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. 
  • Perkahwinan paksaan. Walaupun dua-dua benci gila satu sama lain, sanggup kahwin dan banyaklah drama perasaan dalam perkahwinan tersebut. Marah-marah, benci-benci, merajuk, sakit hati, tapi akhirnya ada bibit-bibit cinta. Benci-benci pun "ter" lagi..iaitu termengandung, dalam pada itu terkonflik lagi, salah faham tapi terjatuh cinta dalam masa yang sama. Ter-faham tak apa saya cakap nih? Ahahaha.
  • Watak antagonis jahat nak mampus. Maaf ada kekasaran bahasa di situ. Tapi memang itu watak jahat diprojeksikan. Uik, jahat dia sampai nak upah orang bunuh! Sanggup lakukan apa saja termasuk buat jenayah asalkan dapat balik aweks/pakwe yang dah kahwin tuh. Level konfiden tinggi untuk mendapatkan semula bekas kekasih walaupun ex tu dah tiada perasaan. 
  • Happily ever after. 

Ini kisah benar...
Ada remaja yang beranggapan sebegitulah seharusnya percintaan mereka. Dan sebab banyak tonton drama-drama macam ni, jadinya mereka mengharapkan percintaan itu akan indah dan berkesudahan indah-indah sahaja. kehidupan bercinta yang dibayangkan penuh dengan keromantisan pasangan secara infinite, sikap kesabaran tahap dewa dewi, and kalau ada gaduh-gaduh pun mestinya gaduh-gaduh manja yang sweet sweet gitu, kira gaduh tu gaduh bestlah. Secara tidak langsung, remaja rasa bestnya bercouple, bestnya dapat kahwin awal. Bila saling jatuh cinta, dunia ini akan ditawan gitu. 

Ada banyak kajian menunjukkan bahawa menonton drama cinta ini memang boleh menyebabkan wujudnya ekspektasi yang tidak realistik tentang cinta dan perkahwinan. Jadi, apabila telah berkahwin sebagai contoh, maka masing-masing akan membawa ekspektasi dan jangkaan yang tidak realistik ini, bahawa love conquers all. Jadinya, bila dah kahwin barulah nampak dunia perkahwinan sebenar, dan dunia sebenar itu tidaklah seindah yang dijangka dan diharapkan. Maka bermulalah episod duka lara yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Jika kita lihat pun, statistik penceraian di Malaysia, pasangan bercerai paling tinggi melibatkan golongan berusia muda dan baru berkahwin. Banyaklah faktor penyebab, tapi tidak mustahil, jangkaan dan ekspektasi juga salah satu puncanya. 

Kajian mendapati, mereka yang amat gemar novel/movie romantik ini:
  • percaya cinta mengatasi segalanya
  • mempunyai jangkaan tinggi terhadap intimasi
  • mahu gaya cinta romantik dan passionate 
  • berfantasi tentang hubungan perkahwinan dan majlis perkahwinan
  • mahu berkahwin segera dan kekal dalam perkahwinan
Kajian juga mendapati, wanitalah yang lebih banyak menonton drama/baca novel cinta ini berbanding lelaki, lebih banyak berfantasi tentang sesuatu hubungan, lebih mahukan cinta romantik, mahu kahwin awal, mempunyai jangkaan tinggi terhadap intimasi. 

Hakikatnya..
Cinta sahaja tidak cukup untuk hidup bahagia. Perkahwinan perlukan banyak perkara untuk menjayakannya. Perlu yang terbaik dari kita dan pasangan, kesediaan untuk belajar dan memperbaiki hubungan dari masa ke semasa. Ia usaha keras, ia penuh air mata, suka duka, jerit perih, sabar, pengorbanan dan macam-macam. Dan cinta tidak selalunya indah. 


Bayangkan kalau kita berkahwin dengan membawa jangkaan-jangkaan drama cinta ni semua?? Pengsan saper jadi husband/wife kita!! Jadi, moral of the story, jangan dilayan sangat drama-drama macam ni sampai ke lubuk hati yang paling dalam. Cukup sekadar hiburan, tapi jangan ditiru bulat-bulat. Jangan pulak lepas tengok drama, mulalah tak puas hati dengan diri sendiri, mula bandingkan keromantikan hero/heroin dengan pasangan, kekayaan hero dengan husband kita yang hutang PTPTN, dll. Lebih baik kurangkan. It just too good to be true. Hargailah seadanya, terimalah seadanya, redha pada yang sedikit, syukur pada yang banyak. In sha Allah moga kemanisan kasih sayang itu ada.



*kajian rujukan - Does movie viewing cultivate unrealistic expectations about love and marriage? - Lauren Galloway. 




Perkahwinan Jarak Jauh: Antara Manfaat dan Risiko

sejauh mana cinta teruji?

Jika ditanya pasangan berkahwin, boleh dikatakan rata-rata mahu tinggal sebumbung dan serumah dengan pasangan masing-masing. Hampir tiada pasangan yang suka dengan keadaan hidup saling berjauhan, terutama yang telah mempunyai anak. Tapi, kini nampak seperti trend bilamana semakin ramai pasangan yang menjalani hidup sebagai 'weekend husband/wife' kerana pelbagai faktor. Saya masih teringat sedikit waktu lalu ketika menjadi panel temuduga biasiswa pendidikan untuk penjawat awam, ada dalam kalangan calon yang ditemuduga mengutarakan isu ini yang dikatakan menjadi penyebab kepada banyak masalah kepada kakitangan awam. Misalnya tekanan psikologi dan konflik perkahwinan (curang dan penceraian). Ini belum kira aspek lain seperti tekanan kewangan akibat kos ulang alik.


Malaysia sahajakah yang mengalami fenomena ini? Kalau ikut pembacaan, ia ketara adalah penyakit masyarakat negara maju/membangun, bilamana berlaku perkembangan pesat dalam ekonomi yang mempengaruhi corak pasaran dan peluang kerja. Pengembangan syarikat ke pelbagai daerah, negeri dan kawasan menuntut kakitangan organisasi perlu bersedia ditempatkan di pelbagai kawasan, sekaligus memberi cabaran kepada pasangan yang kedua-duanya bekerjaya. Kalau dulu mungkin mudah bilamana ramai wanita menjadi surirumah sahaja, jadi perpindahan tempat kerja suami bukan sesuatu yang memeningkan. Tapi macam mana kalau si isteri juga terikat dengan komitmen kerja? Bertukar kerja bukan pilihan yang ada. Justeru macam mana? 


Ada satu kajian menarik dari Sweden yang membuat kajian jangka panjang ke atas pasangan PJJ dan risiko berpisah dalam satu tempoh tertentu. Tapi sebelum itu,jom saya share beberapa fakta menarik tentang PJJ hasil beberapa kajian sedia ada.
  • Pasangan berkahwin dikatakan menjalani kehidupan PJJ sekiranya jarak rumah dan tempat kerja adalah melebihi 30 KM. Wow, rasanya rata-rata sekarang ramai orang Malaysia terutama di kawasan bandar yang memandu ke tempat kerja lebih daripada 30 km jaraknya dari rumah. 
Motif menjalani PJJ. Ada banyak sebab pasangan berkahwin terpaksa menjalani kehidupan PJJ
  • Faktor pekerjaan. Peluang pekerjaan yang lebih baik. Mungkin pekerjaan sekarang ini menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding jika statik di tempat/kerja yang lama. Kakitangan awam sering menjadi pasangan PJJ kerana pertukaran kerja, kenaikan pangkat dan kekosongan jawatan di tempat baru. 
  • Faktor sosial. Mungkin telah lama bermastautin di tempat tinggal sedia ada, dah kenal lama dengan jiran tetangga dan telah rasa selesa dengan komuniti sedia ada. Jadi, mereka sanggup berulang alik jauh semata-mata atas alasan 'social security' dan 'placement attachment'. Saya pernah terjumpa seorang pensyarah yang duduk di Melaka dan berulang-alik ke Bangi setiap hari. Alasan beliau ialah kerana anak-anak selesa di Melaka dan berpindah ke Bangi bukan sesuatu yang mudah untuk famili yang tlh establish di Melaka. Jadi beliau sanggup setiap hari ulang alik dari Melaka seawal jam 6 pagi untuk ke tempat kerja. Fuh!!!
  • Faktor perumahan dan ciri-ciri kejiranan. Dalam erti kata lain, mungkin pasangan merasakan kawasan perumahan di tempat kerja tidak cukup kondusif untuk keluarga mereka atau kerana kerana ketiadaan kawasan perumahan yang mampu milik di kawasan berdekatan tempat kerja. Rasanya ini banyak juga berlaku terutama bagi pasangan yang bekerja di KL. Tau sajalah harga rumah di KL macam mana. Kondominium sahaja dah mencecah setengah juta. Tercekik nak bayar. Pada harga yang sama, boleh dapat rumah tanah yang selesa dan dengan keluasan yang lebih besar di kawasan sub urban seperti Nilai, Bangi, Sepang, Semenyih, Pajam, Seremban dan sekitarnya. Jadi, mereka lebih sanggup atau terpaksa memilih kawasan/rumah seperti ini kerana faktor kemampuan dan keselesaan. Tidak semua orang bersifat urban centered. Seperti saya. KL hanya untuk dijelajahi sesekali. Tapi untuk dijadikan tempat hiburan, tempat tinggal, tempat kerja, memang bukan saya. Alhamdulillah saya bekerja di Bangi.
Apapun motif, situasi ini mempunyai impak ke atas keluarga dan hubungan interpersonal. Impaknya:
  • Menghadkan peluang untuk bermesra dengan keluarga dan kawan-kawan. Yalah dah duduk jauh maka masa pun terhad. Lagi-lagi yang hanya berpeluang balik pada hujung minggu. Yang commute setiap hari pun dah sekian. Bayangkan pergi kerja jam 6.30 pagi, balik ke rumah maybe dah jam 6-7 malam, bila time nak masak, nak tengok anak-anak punyer kerja sekolah, nak ada kualiti masa dengan keluarga? Balik rumah tidur kepenatan dan bangun awal untuk ke tempat kerja, itulah rutin 5 hari seminggu. 
  • Berubahnya peranan dalam rumahtangga. 
    • Pasangan yang tinggal berdekatan dengan tempat kerja dan./atau di mana anak-anak tinggal bersama perlu bersedia memegang peranan yang lebih berat berbanding pasangan yang tinggal berjauhan dan balik sekali sekala. Pasangan yang tinggal berdekatan rumah akan menguruskan hal ehwal rumahtangga seperti menjaga anak-anak, menghantar anak ke sekolah, membeli keperluan rumahtangga dan sebagainya. 


  • Tekanan. 
    • Bagi yang perlu bergerak jauh dari rumah ke tempat kerja, pastinya perlu memikirkan strategi perjalanan yang efektif. Ini biasanya melibatkan pemilihan mode pengangkutan dan waktu perjalanan. Ini biasa kita nampak setiap hari. Even saya yang bekerja di Bangi. Seawal jam 6.15 pagi jalan-jalan utama sudah sibuk dengan kenderaan yang keluar ke tempat kerja. Malah kawan saya yang bekerja di HKL perlu bergerak seawal 5.30 pagi untuk memastikan dia sampai ke tempat kerja jam sebelum jam 8 pagi. Saya ke tempat kerja jam 7.30 am (kalau tahap rajin) tapi biasanya jam 8.15-8.30 pagi kalau tahap malas. Hehe. Kalau keluar lebih awal, saya akan terperangkap dalam jam di Jln Reko kerana orang ramai yang bekerja di KL, Putrajaya dan menghantar anak ke sekolah. Jam 8 lebih sikit ke atas trafik biasanya lancar dan saya boleh sampai ke tempat kerja dalam tempoh 15 minit dengan kelajuan kura-kura (60-80km sejam).
    • Kajian mendapati perjalanan yang jauh ini memberi tekanan kepada individu, tidak kira samada individu itu travel dengan kenderan sendiri seperti kereta atau pengangkutan awam. Contoh, yang drive sendiri ke tempat kerja selalu merungut jalan jem, jika pagi-pagi dah terperangkap dalam jem, ia boleh ruin our mood for the whole day. Itu belum kira yang naik bas/komuter, tiba-tiba komuter rosak, sangkut. Adoi. Saya pernah alami kejadian sangkut dalam komuter hingga tiket keretapi yang saya perlu naiki batal begitu sahaja. Tak pasal-pasal ada husband jadi mangsa kemarahan. Kena tempias hati panas terbakor. Aahaha.
    • Kajian juga mendapati pasangan yang PJJ ini mempunyai tahap kepuasan kehidupan yang lebih rendah berbanding pasangan yang tidak PJJ. 
    • Tekanan kewangan. Jauh perjalanan, luas pandangan. Macam best jer bunyinya. Tapi dalam realiti sebenar, jauh perjalanan, rabak duit poket - bayar tol yang bertol-tol banyaknya, bayar duit minyak dan belum kira faktor masa yang dibazirkan dalam perjalanan. 
    • Mental distance walaupun wujud mode pengangkutan yang lebih cepat bagi jarak perjalanan jauh. Bayangkan jika berlaku kecemasan misalnya ke atas anak di sekolah, jarak masa yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk ke sekolah akan menimbulkan masalah.

pedihnya merindu..sob sob

Ramalanku benar belaka?
  • Hasil kajian ke atas pasangan pjj sepanjang 5 tahun mendapati bahawa secara puratanya pasangan pjj ini mempunyai kadar bercerai/berpisah yang lebih tinggi berbanding pasangan bukan pjj.
  • Pasangan pjj yang berpjj untuk tempoh yang singkat lebih berisiko untuk berpisah/bercerai berbanding pasangan yang berpjj untuk tempoh lama. Alasannya ialah pasangan yang telah lama berpjj ini telah menganggap pjj sebagai sebahagian gaya hidup, mereka telah menyeimbangkan kos dan manfaat hidup berjauhan dalam kehidupan seharian. Mereka belajar dari pengalaman, matang kerana pengalaman. Mungkin telah menerima keadaan itu dengan redha dan cuba accomodate realiti dengan jangkaan sedia ada. 
  • Pasangan yang pernah ada pengalaman pjj (salah seorang atau kedua-duanya) kurang berisiko bercerai/berpisah berbanding pasangan yang tidak pernah mengalami pjj. 




Kesimpulan
Keputusan untuk menjadi pasangan pjj perlu dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira banyak faktor, memandangkan impaknya yang tinggi ke atas perkahwinan. Bagi yang memilih atau terpaksa memilih pjj pula, kena ada persediaan mental, emosi, sosial, ekonomi oleh kedua-dua pihak bagi memastikan tempoh pjj tersebut dapat diatasi dan ditangani dengan sebaik mungkin, tanpa begitu banyak kesan negatif yang memudaratkan. Jangkaan juga perlu realistik. Ada  juga kita dengar pasangan pjj ni, hari-hari isteri telefon menangis-nangis sebab tak sanggup hendak menempuh alam pjj. Ya sesungguhnya bukan mudah. Saya sendiri pun belum pasti cukup kesanggupan itu. kalau tanya saya pun tak sanggup. Tapi, tak semua orang boleh memilih. Ada orang simply dont have choices. Namun, tidaklah bererti pjj ini memang akan bermasalah. Ada saja yang saya jumpa berjaya menjalani kehidupan mereka dalam keadaan yang baik-baik. Saya kira kedua-dua pasangan kena sama-sama bekerjasama dan mempunyai visi, misi dan jangkaan yg sama. Kalau satu pihak sahaja yang sedia tapi pihak yang lain tidak, itulah yg akan memberikan masalah. Pada akhirnya, buatlah akan yang terbaik. Fight for your marriage and in sha allah moga berkekalan. Ini mungkin sebahagian ujian-ujian hidup. Salute kepada pasangan pjj yg berjaya melalui tempoh ini. Anda dan pasangan memang kuat!



Lagu ini tentang cinta jarak jauh. Favourite song masa kt Melbourne. Ada sentimental value tersendiri. 
Hey there Delilah
What's it like in New York City?
I'm a thousand miles away
But girl, tonight you look so pretty
Yes you do
Times Square can't shine as bright as you
I swear it's true

Hey there Delilah
Don't you worry about the distance
I'm right there if you get lonely
Give this song another listen
Close your eyes
Listen to my voice, it's my disguise
I'm by your side

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me

Hey there Delilah
I know times are getting hard
But just believe me, girl
Someday I'll pay the bills with this guitar
We'll have it good
We'll have the life we knew we would
My word is good

Hey there Delilah
I've got so much left to say
If every simple song I wrote to you
Would take your breath away
I'd write it all
Even more in love with me you'd fall
We'd have it all

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me

A thousand miles seems pretty far
But they've got planes and trains and cars
I'd walk to you if I had no other way
Our friends would all make fun of us
And we'll just laugh along because we know
That none of them have felt this way
Delilah I can promise you
That by the time we get through
The world will never ever be the same
And you're to blame

Hey there Delilah
You be good and don't you miss me
Two more years and you'll be done with school 
And I'll be making history like I do
You'll know it's all because of you
We can do whatever we want to
Hey there Delilah here's to you
This one's for you

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me.

*sumber rujukan utama: Till work do us apart - the social fallacy of long-distance commuting (Sandow, 2010)

Thursday, March 17, 2016

Orang2 lama

Hari nie khamis, spt biasa, 'ladies nite'. selalu setiap khamis sy, siri, and kak zami akan gathering di highpoint utk dinner di nandos. ada member komplen kata, 'loh, tak bosan ker? asyik2 nandos jer?' well, what can i say? tu jer restoran terhampir dan HALAL. the best thing is that, sbb ada a new member utk tambah geng kami for ladies nite - Riayati, ibuk dari Indonesia, advance PhD student, baru sampai, duk pulak satu student village.

Mengubat lara

haiya..sedih smlm Rafael Nadal quit ms lawan ngan Murray dlm set kedua. Murray dlm rank ke 4 dunia and Nadal ke 2. last year, kalu u all msh ingat citer sya, Nadal juara thn lepas slepas mengalahkan Federer. Nadal nie very energetic, and tennis player selalu nak elak main lama2 ngan dia sbb stamina dia mmg tinggi, last year dia kalahkan Fed setelah 6 jam main, sy tido time tu tak larat nak tunggu, sampai ke pagi main. dahsyat tak dahsyat. tapi Murray lawan yg hebat juga, dia ada sikit2 mcm Fed, dia jenis cool tapi very strategic, 'the thinker'. sy mengharapkan nadal jum fed di final tapi sbb nadal quit atas kecederaan lutut, sekaligus tersingkir utk peringat semi final, maka lupakan mimpi tu, so sy pun tak pasti saper ke final..harap2 fed ke final, saperpun lawan dia..novak pun okay gak and murray pun blh tahan..whatever, janji federer ada di final nanti!

okaylah lama tak upload citer2 lawak tuk kwn2, so hope you enjoy yg kali nie. senyumlah dan ketawalah bila perlu, kerana ia baik utk kesihatan. hehehe.

Nama Jepun Yang Haru Biru
1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI
2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA
3. Yang bisu - KITA TADASUARA
4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE
5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO
6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI
7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA
8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI
9. Yang masih gatal - ICHI BAWA
10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA
11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI



Jangan mandi bogel

Seorang gadis berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, ‘Wahai Cik Adik! Tak dibenarkan berenanglah! Cik Adik tidak dibenarkan berenang dalam kolam ni!’Gadis tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. ‘Kenapa tak larang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?’ soal gadis tersebut.‘Memanglah, kat sini tak dibenarkan berenang, tetapi Cik Adik tak dilarang untuk tanggalkan pakaian,’ jawab pemilik dusun dengan selamba. 
Interview Sengal
Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN... , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW... BLUE's that? WHITE did you say? Aiya... ! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."Lepas tu pengurus tu terus pengsan!! 

KEMAHIRAN SEMULAJADI
Di Supermarket ada seorang cashier yang sangat mahir dalam bidangnya. Dengan hanya mendengarkan bunyi benda yang diletakkan di meja kaunternya, ia dapat mengetahui harga yang dibeli pelanggannya. Suatu hari ada seorang pelanggan wanita menghampiri kaunter untuk membuat pembayaran... Mungkin kerana sakit perut... pelangan wanita tadi secara tidak sengaja terbuang angin . Selepas semua barang diletakkan diatas meja... Cashier ini pun berkata:
"Semua sekali berharga RM 60.00"
Wanita : "Apsal mahal sangat.. saya cuma beli 5 batang pen dan tiga buah buku tulis.. biasanya cuma RM 10.00 saja"
Cashier : "5 batang Pen dan 3 buah Buku tulis itu memang harganya RM 10.00.. tapi gas Pemedih mata yang Anda test tadi itu seharga lima puluh lima ribu rupiah."

Minggu yg haru biru

Memang agak kelam kabut dan kelibut minggu ni. Ada mcm2 peristiwa menarik. Tulah, dlm seminggu mcm2 blh terjadi, apatah lagi kalau bertahun2 kan. First sekali, of course cuaca. Kat Msia takdelah taksub sgt dgn cuaca, tapi sini, tiba2 jadi peminat website www.bom.gov.au official website utk bereau of meteorology australia. pantau cuaca all the time. utk 3 hari nie kami kat Victoria menderita kepanasan luar biasa. Ikut berita tadi, Melbourne mencatat rekod baru mengalami panas melampau (atas 40 c) tiga hari berturut2. Kejadian sama pernah berlaku dulu thn 1855, itu lbih kurang 100 thn lampau. Kira hari nie dlm sejarah la. Tapi nak melaluinya, hmm, ckp pun susah, rasa sendiri baru tahu. seksa. hari nie plg panas cecah 45 celcius. smlm, pukul 7 mlm pun msh 40 c, naik pening kepala. tapi, ikut weather forecast, esok suhu start jatuh bwh 40, dlm 30-38 max minggu nie. latest mlm nie, suhu 26 c. alhamdulillah. lega sikit nak tido mlm nie. My housemate citer, colleague dia kat ofis kematian arnabnya sbb suhu terlalu tinggi. kesian2. and ramai yg tidur kat luar rumah smlm.

tiga hari nie jadi pelarian. pagi2 cabut ke ofis or library. petang balik tak terus ke rumah, lepak kat highpoint makan nandos, pastu pergi pulak kat sblhnya, minum coklat panas. balik umah, berendam dulu, mandi air sejuk

Skrg nie ada tennis tournament kat Melbourne. gara2 suhu melampau, Novak, juara bertahan thn lepas tarik diri. Dia quit time pusingan kedua. frust jugak, suka tgk dia main. Dia main time suhu 41 c. Dia mintak main sblh malam, tapi tak dpt. Brp kali jugak dia minta time out. Last2 dia tak tahan dan quit. ramai yg bagi respond pasal nie kat paper. diorg kata patut delay ajer tournament nie dulu, sbb time nie cuaca tak sesuai. ada yg kata main sebelah mlm jer. ada yg kata, bumbung stadium tu kena tutup. actually, ms serena main, diorg tutup bumbung tu, tapi ada org tak puas hati pulak, kata nak bukak. mmg susah nak puaskan hati semua org..

Tapi, hehehe, nasib baik 2 hero nie msh ada lagi dlm game kali nie. Nadal and Federer. Harap sgt Nadal bertemu Federer..mesti best kalu jadi. Jaguh bertemu jaguh..tak rugi tengok.

apa lagi yg menarik? hmm, 2 hari lepas, ada seorang lelaki nie, campak anak dia umur 4 thn dari westgate brigde. westgate bridge tu ada dlm gambar sy ambik dlm blog nie (ada 2 tiang tinggi, gambar kat Dockland tu). kat situlah dia campak. mati budak tu, kesian.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...