Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati (sumber youtube)
Jika tuhanku bertanya padaku
Tidak malulah kau bermaksiat padaku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku
Dan datang padaku dengan penuh dosa
Bagaimana aku hendak jawab wahai diriku
yang malang?
Siapakah yag dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan
Dari masa ke semasa
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi
selepas mati
Dan apa yang berlaku kepadaku selepas
dikafankan
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk
hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku
Dan telah datang kepadaku sakaratul maut
yang ngeri
Nah! Siapa sekarang yang mampu
melindungiku
Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada di antara mereka yang akan menebusku?
Akan aku disoal apa yang telah aku
lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan aku jawab setelah aku
mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar
ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Apakah aku tak mendengar apa yang telah
diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin
Apakah aku tak dengar tentang hari
dikumpulkan manusia,
Hari perhimpunan, dan hari ad-deen
(qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal
maut, menyeru dan menjemputku?
Maka Ya Rabb! Seorang hamba datang
bertaubat
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang maha luas
pengampunanNya
Dan yang membimbimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepadamu maka
kasihanilah aku
Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku
Kerana Engkaulah yang terbaik dalam
penghisaban
~Tanpa Nama~
No comments:
Post a Comment