Sunday, February 7, 2016

Doa yang terbaik

Saya sangat menyukai penulis Pahrol Mohamad Juoi, buku-buku beliau adalah contoh buku motivasi yang sesuai untuk orang muslim kerana ia sentiasa menyulamkan aspek agama dalam huraian dan solusinya. Buku motivasi barat pun okay tapi aspek agama jarang saya nampak ditekankan. Saya ada lebih 5 buah koleksi buku beliau. Ia banyak menyentuh tentang bagaimana kita menerapkan Islam dalam kehidupan seharian, bukannya praktis yg terhad dalam aspek solat dan ibadah wajib sahaja. Ia juga banyak mengajar kita melihat ujian hidup dari lensa keimanan dan penyelesaian seeloknya berlandaskan prinsip iman yang kita pelajari dari Islam.


Berikut contoh petikan buku beliau yang saya sedang baca. Untuk makluman, beliau juga editor bagi majalah solusi. Majalah keislaman yang saya suka beli dan baca. Dah nak masuk usia senja ini saya rasa perlulah memperbanyakkan bahan bacaan yg ilmiah dan penuh pengisian yang baik-baik. Jiwa dan hati kita ini perlu diisi dengan pengisian yang positif kerana apa kita baca secara langsung membentuk pandangan dan cara kita berfikir. Kita berkuasa memilih apa kita nak baca, maka pilihlah untuk membaca bahan-bahan yang boleh membentuk diri kita yang lebih baik.

Bahan bacaan ini macam makanan juga. Kalau kita pilih makan makanan tak berkhasiat, badan kita lambat laun berpenyakit. Susah nak disembuhkan. Begitu juga dengan rohani kita, kalau asyik disogok dengan bahan2 negatif, maka sakitlah jiwa kita. Sesungguhnya mengubat jiwa  sakit itu jauh lebih sukar berbanding merawat hati yang bermasalah.


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...