Semalam konon nak tengok Cinta Paling Agung kat astro, sudahnya Cinta Paling Agung yang tengok saya kat sofa. Penghayatan 10 minit sahaja lepas itu, mimpi sudah...Tapi nasib baik ada rekod. Mak kata cerita tu best and tengok sampai habis dengan anak saudara. Saya penat sangat nak tengok sebab tidur terganggu jaga big boss demam. Kesian, big boss demam teruk, risau tengok kena demam teruk.
Dua insan yang sedang 'sakit'. Stoking sehati sejiwa. :-) |
Nanti bila dah ada kelapangan saya tengok balik, tapi banyak moral of the story cerita ni jugak. Salah satu daripadanya ialah:
Bila ada masalah rumahtangga, betulkan akar umbi masalah tersebut in sha allah keharmonian rumahtangga akan kembali ke landasannya yang betul. Dan tidak semua masalah yang mendatang itu memberi kesan buruk, sebaliknya ia adalah 'wake up call' untuk kita muhasabah diri masing-masing apa yang tidak kena dalam rumahtangga kita. Dalam cerita ini saya nampak, pasangan ini ada kekosongan dalam rumahtangga mereka tapi mungkin kerana kejahilan masing2, mereka mencari jalan penyelesaian yang berlainan tapi tak sama, kerana itu wujud konflik. Si suami tak betulkan si isteri, dia cari Dewi yang dia fikir lebih keislaman dari isteri beliau sendiri. Si isteri pula, cuba betulkan penampilan dll untuk tarik balik si suami. Tapi akhirnya...
Agama dan iman juga menjadi penyelamat utama...
Di sini, ada macam blessing in disguise jugak, rumahtangga mereka 'diselamatkan' oleh Dewi secara tidak langsung walaupun awalnya si isteri melihat Dewi ini sebagai pemusnah rumahtangga. Tapi akhirnya, kemelut itu menyebabkan mereka melihat dan menyedari bahawa pembetulan diri dan iman dalam rumahtangga itu melebihi segalanya.
Begitu juga dengan kehidupan kita. Seringkali kita lihat masalah sebagai 'malapetaka', 'sial', 'bencana'. Tapi dalam hikmah Allah, mungkin 'malapetaka, sial, bencana' itu terselit seribu hikmah dalamnya. Kerana nya kita perbetulkan diri, kerananya kita muhasabah diri, kerananya kita tahu apa prioriti. Seperti ubat, sifatnya pahit tapi menyembuhkan. Dan begitu juga kehidupan ini, seringkali pengajaran dan kesedaran tercetus akibat peristiwa pahit dalam hidup kita, bukan saat kita bersenang lenang atau diulit kegembiraan.
Pasti selalu ada hikmah, bagi hati yang mahu berfikir.
Berhenti menyalahkan orang lain (pasangan) dan lihat diri kita, renung dengan pandangan ikhlas dan terbuka. Bak kata orang yang pernah saya baca:
"Adakah anda akan berkahwin dengan diri anda??"
Renung diri kita, cara kita melayan pasangan dalam rumahtangga, cara kita mengendali rumahtangga dan mengambil hati pasangan, sekiranya diri kita itu adalah orang lain, adakah anda mahu berkahwin dengannya????
Kalau tidak atau ada keraguan..maka mungkin masanya untuk kita perbaiki kelemahan diri. Selagi kita masih mahu sama2 perbaiki rumahtangga, selagi itu saya fikir rumahtangga kita masih ada harapan dan sinar untuk berkekalan. Yang dikhuatiri bila, hati masing sudah tidak lagi bernyanyi dengan nada yang sama. Maka wujudlah perkahwinan tanpa jiwa. Tandus dan menunggu masa...
Kesudahan yang baik jugak cerita ini. Mereka kekal sebagai pasangan, dan Dewi bertemu dengan jodohnya. Takdir hidup kita pelbagai. Kadang2 takdir itu tidak seperti kita bayangkan, tapi percaya hikmah sebaliknya dan jalani hidup ini sebaik mungkin. Redha dan berlapang dada. Allah knows best!!
Marilah sama2 kita usahakan mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga |
No comments:
Post a Comment