Wednesday, February 10, 2016

Buku Motivasi Terbaik


Thread lalu saya ada menyentuh tentang buku motivasi yang saya pernah baca dan saya fikir baik. SINI. Ini sekadar menambah sedikit lagi tentang apakah jenis buku yang patut kita manfaatkan sebaik mungkin demi menjalani kehidupan yang terarah dan selalu positif. Saya nak promo sedikit buku yang saya menjadi co-authornya iaitu buku Srikandi PhD. Ada lebih dari 10 orang penulis bersama di dalam buku ini. Agak lama jugak buku ini diproses sebelum berjaya diterbitkan. Ini antara buku yang boleh dibaca khusus bagi wanita yang sedang atau hendak menyambung pengajian di peringkat PhD. Ini bukan buku motivasi biasa, tetapi buku yang digarap berdasarkan pengalaman suka duka mengharungi pengajian PhD masing-masing. Di dalamnya penuh warna warni pahit manis pahit getir cabaran yang ditempuhi untuk mendapatkan segulung ijazah bernama PhD. Orang nampak baik/prestijnya dapat DR di awal pangkal nama. Tapi yang orang kurang nampak ialah jerit perih dan pengorbanan yang diperlukan demi menyiapkan sebuah pengajian peringkat paling tinggi dalam dunia akademik. Dalamnya air mata, duka lara, putus asa, tapi masih ada pengharapan dan semangat untuk menyudahkannya. Moral yang ingin disampaikan ialah, setiap wanita, tidak kira status bujang, berkahwin, janda dll menghadapi cabaran yang unik dan tersendiri. Namun, apa yang penting ialah kesungguhan untuk berjaya dan keberanian untuk mendepani cabaran yang kadang2 bisa buat kita rasa putus asa. Tapi kelakar jugak, sebab saya menulis ini ketika saya belum berkahwin, bila terbit saya dah bertukar status ^-^ 



Tapi apakah buku motivasi terbaik??? Yang mengatasi segala macam buku motivasi sedia ada?? Al-Quran. Ini bukan sekadar cakap, tapi berdasarkan pengalaman sendiri. Ketika berkelana di Australia untuk PhD dek kerana takdir Allah, Saya langsung takde buku motivasi yang saya bawa bersama, hanya senaskah al-quran ini sahaja (gambar bawah). Saya beli quran ni ketika menuntut master di ukm tahun 2004. Masih elok lagi cuma dah berconteng dan penuh dgn kesan highlighter. Saya suka highlight petikan surah2/terjemahan yang berkaitan dengan diri saya sebagai panduan dan motivasi diri.

Benarlah, Al-quran sebaik-baik petunjuk bagi kita. Di dalamnya ada macam2 ilmu ada, termasuk ilmu motivasi diri. Pasti ada saja petikan surah2nya yang kena dengan diri kita, macam tahu2 ajer apa yang kita fikir, alami, resah, bimbang dll. Ada quran lain di pejabat tapi saya tetap menyimpan quran ini kerana nilai sentimental quran ini yang menemani perjalanan phd saya dan sumber kekuatan saya saat saya lemah.


Naskah Quran ini yang menemani saya dalam perjalanan PhD. Masih elok tersimpan di ofis.

Bukti nyata:

Mengimbau kembali momen2 di Melbourne. Ada satu waktu dulu, saya diasak dengan perasaan sedih, bimbang dengan banyak perkara. Selepas solat, saya buka quran. Bila saya buka surah yang saya berhenti sebelum ini untuk sambung, ini ayat yang saya pertama jumpa dan baca:

Surah Al-Ankabut ayat 2

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? 

Tersentap diriku waktu itu!!! Allahu akbar.. Kita rasa kita sendirian mendepani ujian, tapi Allah Maha Melihat, Maha Mendengar. Insaf sekejap. Yelah, dok mengeluh tentang masalah, tapi kita lupa, kita ini manusia, mengaku di hadapan tuhan sebagai manusia beriman, tapi tak mahu diuji. Atau diuji sedikit, sudah seperti cacing kepanasan. Sejak itu, sentiasa cuba lebih bersabar dalam mendepani ujian. Manusia sabar ada pasang surutnya, tapi kita kena berusaha untuk sabar. Kita ini manusia, sememangnya hidup di dunia ini untuk diuji. So, sila sedar diri!!!

Begitu juga, kadang-kadang bila berhadapan dengan tohmahan dan salah faham seseorang, kembalilah kesabaran kita dengan merenung2 al-quran. Mohon kekuatan, mohon kesabaran yang lebih. 



Seperti di atas, ini ayat yang saya baca semalam. Ya, ada baiknya menahan diri dari berkata-kata yang dusta, berkata-kata mengikut emosi. Sabar-sabar. Membalas nista dengan nista menggambarkan rendahnya iman dan hati kita. Jadi jalan terbaik ialah berdiam diri. Allah lebih memahami. Kita diberi peluang saling kenal-mengenal, bukan saling membenci. Dan barangkali orang yang kita hina itu lebih baik dari diri kita sendiri. Jadi ada baiknya sabarkan diri dan tahan mulut dari berkata nista dan menghina orang lain.

Cantiknya Allah susun ayat tersebut. Diingatnya kita terlebih dahulu jangan mudah menghina dan memandang rendah orang lain kerana barangkali orang itu jauh lebih baik dari diri kita sendiri. Dan bagaimana ayat seterusnya, Allah menganjurkan kita untuk saling kenal mengenali. Kadang2 benci wujud kerana salah faham, kerana stereotaip, kerana tak tahu (kita sangka kita dah tahu), dan kerana banyak sebab. Tapi bila kita cuba mengenali seseorang baru kita tahu baik buruknya dan mungkin sangkaan buruk kita tidak begitu. Allah anjur kita kenal mengenali. Dalam psikologi pun begitu, salah faham, kebencian sering wujud kerana kita tak/kurang memahami orang tersebut. Hanya bila kita cuba kenal dia dengan pandangan hati yang terbuka, baru nampak kebaikannya. Itu yang orang melayu kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Jangan pula diberi peluang untuk lebih saling mengenali, kita dengan keras hati menolak. Itu hati bermasalah. 























No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...