Monday, April 25, 2016

Minyak wangi signature




Botol minyak wangi saya agak bersepah dalam almari. Tidak disimpan setempat. Cuma baru-baru ini, masa kemas meja hias baru tergerak hati nak kumpul minyak wangi ni satu tempat, senang. Saya pernah buat entry pasal perfumes tahun 2013, masa tu saya beli perfumes clinique. Saya jugak ada membebel dalam tu tentang perfume signature saya yang belum ditemui. Dah tiga tahun berlalu, so apa cerita mak jemah??

....

Masih belum ketemu signature perfume ku lagi. Gambar atas adalah koleksi perfumes yg ada. Ada yang sering pakai, ada yang jarang pakai, ada yang tak pernah pakai, ada yang sekali pakai pastu tak suka pun ada. Tak semua perfumes yg saya ada masuk dalam gambar tu. Contohnya perfumes all time favourite saya Daniele Steel, Elizabert Ardern 5th Aveneu, dan Carolina Herrera. Kalau tengok dalam gambar tu, ada macam-macam saiz ada. Saya ni suka beli yang miniature size. Jarang saya membeli saiz biasa, sebab suka mencuba-cuba, suka bau macam-macam. Tapi mungkin pokok utama ialah belum bertemu signature perfume lagi. Saya sangat suka Danielle Steel perfume, tapi tak jumpa di Malaysia ni. Beli kat Melbourne, dah berapa tahun dalam simpanan, sebab takder stok, saya hanya pakai kadang-kadang, bila ada something extra spesial. Danielle Steel perfume rasanya almost becomes my signature perfume, tapi jodoh takder. Boleh gitu??

Memang kecelaruan kan?

Terbaru dalam koleksi - perfume Elie Saab La Parfum. Siapa pernah tertengok fashion show atau suka tengok anugerah Academy, pasti akan tahu Elie Saab nih, designer baju yang cantik mewah elegan. Masa tercari-cari perfume baru, saya try sampel perfume ini, and baunya segera menarik perhatian. Dah puas mencium macam-macam bau minyak wangi kat kedai, bau Elie Saab perfume ni begitu stand out. Lain daripada yg lain. Tu yang beli. Dengan harapan kot2 ini signaturenyer??


Bila dah try kat rumah, saya boleh kategorikan baunya sebagai kuat, intense, and tahan lama. Suka?? Hmm so-so. Beli mahal tapi tak tahu nak suka or tak. Daniele Steel still at my top list of favourite perfume. Maybe Elie Saab perfume rank 2. Baunya very flowery, kuat bau jasmin. Bila cium, baunya memberi aroma kehangatan dan feminin. Tapi kalau ikut preference, saya suka bau perfume yang flowery tapi sejuk and nyaman. 


Mungkin serasi dengan orang lain, tapi cannot go with my body odor 


Carolina Herrera, saya tak suka baunya. Bila pakai tu saya rasa rimas dan lemas dengan baunya. Ada certain aromanya yang buat saya rasa pening bila cium. Pakai beberapa kali je pastu dah tak mahu pakai.


Minyak wangi signature for my husband - Dunhill Desire. First time dulu beli untuk abam masa di Melbourne. Baunya light, yet masculine and warm feeling. Selain dari perfume ini sebagai signature, satu lagi perfume yg bila cium akan ingat husband ialah Activist dari Bodyshop. Baunya ala-ala musky and berempah. Tapi still sedap dicium. Harga berpatutan tak mahal sangat and baunya sedap. Best pakai dalam rumah atau sebelum tidur. Tercium-cium bau abam. Hahaha. Saya sendiri pun suka membedal minyak wangi dalam rumah. Bila lepas mandi, saya pakailah. Pada saya, pakai minyak wangi dalam rumah lebih penting dari luar rumah. Yelah untuk pasangan kita kan. Beli mahal2 nak bagi orang hidu kita? Baik husband or wife kita yang dapat privileged tu. 

Okay, misi mencari signature perfume masih berterusan...

Friday, April 22, 2016

Baik buruk Whatsapp


Sebelum komen, mari baca ini dulu:

Menurut Senator Datuk Mariany Mohammad Yit, penggunaan aplikasi media sosial seperti 'Group' WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam. Terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka. Katanya terdapat kes ketua jabatan yang mewajibkan penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kepada semua pekerja.

"Pada masa kini, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai sektor awam amat popular."

Beliau berkata, tidak dinafikan penggunaan aplikasi media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan.

"(Cuma) kita mohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan adakah aplikasi WhatsApp telah diwartakan sebagai saluran rasmi komunikasi antara penjawat awam," katanya.

Beliau berkata, JPA juga diminta menjelaskan sama ada pekeliling perkhidmatan awam telah dikeluarkan berhubung penggunaan aplikasi berkenaan bagi memantau standard piawaian dan tatacara serta kredibiliti penggunaannya demi menjamin keselamatan operasi dan keselamatan dokumen yang mungkin menjadi sebahagian daripada dokumen rahsia rasmi kerajaan. – CARI Infonet 

Kredit : Bernama 


Boleh dikatakan hampir semua orang yang saya kenal ada whatsapp. Ia medium komunikasi sms yang paling popular selain wechat. And memang ditempat kerja saya pun menggunakan whatsapp sekiranya kami perlu menjayakan sesuatu perkara. Itu tidak termasuk group whatsapp peribadi antara keluarga, ipar duai, rakan sekolah, rakan seuniversiti, rakan setaman perumahan, rakan shopping, dan lain-lain. Aiyo, boleh kira tak berapa banyak group whatsapp kita ader??

Memang pernah terdengar kawan-kawan yang mengatakan mereka diwajibkan ada whatsapp untuk senang berkomunikasi dalam urusan kerja. Saya terfikir jugak, habis tu kalau orang tu pakai handphone cap ayam macam mana? And kalau dia menolak untuk menggunakan whatsapp group bagaimana? Adakah itu menunjukkan dirinya bukan pekerja bagus dan bermasalah?? Semacam ada satu tekanan untuk kena ada dalam group whatsapp. Pengalaman saya sendiri menggunakan aplikasi ini, memang ada banyak baiknya kerana ia memudahkan komunikasi dengan mereka yang terlibat berjalan lancar kerana apa yang ditulis dapat dibaca oleh orang lain secara serentak dan masing-masing boleh memberi komen dan respons. Tapi buruknya, selalu komunikasi whatsapp ini berlarutan hingga di luar waktu bekerja termasuk hujung minggu. Ini yang bikin tension. 


Saya setuju dengan kenyataan bahawa whatsapp boleh menyebabkan kualiti hidup dan tekanan psikologi jika digunakan berlebihan. Bayangkan, kita dah bekerja 8 jam sehari, malah selalu berlebihan. Bila balik rumah kita nak berehat dan melapangkan minda dari memikirkan masalah kerja. Tapi, teknologi baru seperti whatsapp ini menjadikan ruang kerja dan ruang peribadi untuk keluarga dan diri menjadi semakin kabur. Komunikasi tentang kerja berterusan sehingga ke malam, berlarutan hingga ke hujung minggu. Bohonglah kalau saya kata, kita boleh hidup tanpa memikirkan kerja kalau dah sebagai contoh bos dah bagi tahu dalam whatsapp apa benda perlu dibereskan untuk minggu depan. Kita tak dapat elak untuk fikir tentang kerja. Kejap-kejap sms bunyi, kejap-kejap bunyi. Pitam!!


Macam tu jugak, pengalaman kita bercuti rehat. Tapi, nak tak nak kita akan terlihat jugak, komunikasi group whatsapp kita. Kita akan terbaca tentang macam-macam perkara yang kena dilunaskan, deadlines, meeting, tugasan, dan macam-macam. Walaupun sedang bercuti, kadang-kadang sms tersebut berkaitan dengan kita, dan kita perlu membalasnya dengan segera. Akhirnya, cuti tidak lebih dari sekadar hilangnya badan di tempat kerja tetapi batinnya masih bekerja. Of course, sedikit sebanyak kualiti rehat kita terganggu dan jiwa kita pun tidak tenang untuk bercuti. 


Cuba cakap, sapa yang benar-benar berani bercuti panjang dengan mematikan semua alat komunikasinya? Maksudnya benar-benar cuti tanpa ambil peduli dan rasa kewajipan untuk membalas komunikasi whatsappnya? Yang rasa orang lain takkan marah dia sebab dia dalam mood bercuti dan bukan kewajipan untuk menjawab setiap soalan dalam whatsapp group? Kalau yang benar-benar urgent memang perlu kita respons segera, tapi yang kita boleh tangguhkan, adakah kita berani untuk ignore saja? Itulah dilema hidup dalam teknologi baru. Sepertinya kita kena 'berjaga' dan 'bekerja' setiap masa. Tidur pun jadi tak berkualiti sebab kepala sentiasa dibayangi dengan kerja. 


Itu belum lagi group whatsapp lain. Ha ini pun satu. Bestnya group whatsapp ini ialah info kita sentiasa up to date tapi kadang-kadang ada yang suka berwhatsapp sehingga jauh malam dan perkara yang dibualkan pun remeh temeh saja. Tiada limit dan had masa. And rata-rata kita tidur dengan hp berada di sebelah. Kadang-kadang bunyi whatsapp akan menyebabkan kita terjaga dan terus nak baca whatsapp. 


Strategi:
Terpulanglah kepada cara masing-masing menangani dan menyeimbangkan kehidupan dalam alam teknologi kini. Macam saya sendiri, bukanlah kategori 'talkative' dalam group whatsapp. Saya hanya menyampuk bila perlu. Banyak jugak group whatsapp saya. Biasanya saya mencelah sesekali sahaja, bila perlu dan bila ada masa. Kebanyakan masa saya hanya scroll down sahaja. 


Mute. Macam tau ajer kan. Haha. Pandai orang yang cipta group whatsapp ni fikir tentang privacy. So, banyak jugaklah group whatsapp yang saya bisukan kerana kadang-kadang ada group whatsapp ini terlebih aktif, hiperaktif pulak, sampai jauh-jauh malam and lewat malam pun berwhatsapp lagi. SO saya bisukan terus. Ada yang saya bisukan 8 jam, ada yang kena 1 minggu, ada jugak yang kena setahun. Hehehehe. Aman dunia.


Menghadkan respons berkaitan urusan kerja pada hari bekerja dan waktu bekerja. Ini termasuklah membalas sms pelajar. Jika ada yang rajin sms jauh2 malam time orang tidur nak rehat tu memang saya senyap saja. Tapi esoknya saya akan reply. Macam tu jugak, sms yang dihantar pada hujung minggu. Saya akan reply pada hari Isnin sebagai contoh. Saya hanya reply jika ia benar-benar penting dan perlu respons segera. 


So, dalam baiknya sesuatu teknologi itu, ada buruknya jugak. Tidak salah menggunakan apa jua aplikasi yang memudahkan urusan kita. Tapi jangan sampai kita rasa tertekan dan mengalami gangguan kualiti hidup kerana penggunaan yang berlebihan sehingga menjejaskan kehidupan seharian dan keseimbangan hidup bekerja/ruang peribadi. Ada baiknya jika bercuti, kita offkan saja handphone kita and just enjoy our moment. 


Masalah ini bukan berkaitan dengan whatsapp saja, tetapi lebih kepada telefon pintar. Telefon pintar ini punca segalanya. Ia menjadikan dunia kita tanpa batas sempadan. Orang expect kita available and can be reach at all time. People assume you to read/response to email, to reply to sms, etc 24/7. And its kind of weird if you dont. And maybe you are in big trouble if its about work. To say NO to this application/gadget seems unusual and not normal. 

So kudos kepada sesiapa yang tidak kisah semua ini dan tak peduli apa orang cakap. Tak rasa dia perlu ikut mainstream dan tunduk pada desakan kapitalis berselindung disebalik teknologi. Yang masih mengekalkan kemerdekaan jiwanya biarpun dianggap outliers. Yang tenang-tenang saja menjalani hidup ini dalam mood konvensional. 

Wednesday, April 20, 2016

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Rupa peti ais lama lebih kurang gini. Still in good condition. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Bahagian atas dan penuh dengan daging-ikan-ayam-aiskrim, semua campur sekali. Kat bawah pulak penuh dgn macam-macam lagi. Satu hal bila balik dari membeli barang, macam mana nak sumbat barang-barang ni dalam peti ais. Di biar kat luar, cepatlah rosaknya seperti buah-buahan. So kami mulakan pencarian peti sejuk. Jenama tu boleh pilih macam-macam, cuma pilihan kami agak terhad kerana saiz peti ais kena sama dengan saiz built in kitchen cabinet yang ada. Peti ais sebelum ini kecik, jadi bersenang-lenang toshiba tu lepak kat situ. But now, kena tengok saiz jugak. Bila kami ukur, kami kena beli saiz yang tidak boleh melebihi tinggi 70 inci dan lebar 35 inci. Kalau nafsu tetiba nak lebih besar dari tu, gamaknya runtuhlah kitchen cabinet rumah ku. 

Pencarian bermula.

Mula-mula kriteria peti ais saya nak macam ni:
  1. Bajet. Paling penting nih. Bajet tidak melebihi RM3K. Lebih dari itu over bajet.
  2. Jenama dipercayai tahan lasak dan panjang umur
  3. Mesti besar dari peti ais yang ada. Apa kes beli sama saiz, baik tak payah belikan. 
  4. Sejuk beku kat bawah - macam stylo kan
  5. Jimat elektrik, lagi banyak bintang lagi bagus. 
Big boss kata, try tengok review peti ais yang ada dan tengok mana yang okeh. So, gigihlah mencari review kat internet. Macam-macamlah komen yang diberikan. Okay, thanks alot pada bloggers dan forum yang banyak bagi input, inilah baiknya zaman IT, kita tak bergantung pada saleperson saja untuk review peti ais kita. Kita boleh dapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Lepas baca testimoni tu, dapatlah gambaran lebih jelas, terutama bab jenama yang bagus. Tapi kami tetap pergi jugak ke kedai elektrik untuk lihat sendiri peti ais yang ada sambil bertanya-tanya dengan salesperson ttg peti ais yang okay dan tak okay. Jawapan yang diperolehi konsisten dengan apa yang saya jumpa di internet iaitu:

Mula-mula jatuh cinta dengan peti sejuk freezer di bawah

Jenama yang dipercayai:
  1. Hitachi
  2. Toshiba
  3. Panasonic
  4. Mitsubishi
LG tidak digalakkan ambil katanya, LG yang paling ramai orang komplen bermasalah. Walaupun secara komestiknya rupa paras LG tu boleh tahan jelita, tapi apa guna jelita kalau hati sakit memanjang nanti. Kita nak carik peti ais alim yang tenang tanpa banyak karenah. So, yg paling direkomenkan ialah Hitachi. 

Macam peti ais tipikal yang lain: ada freezer, chill area and tpt utk vegatables. 


Kedudukan freezer di bawah: 
Saya berminat untuk dapatkan peti ais yang freezernya di  bawah. Tapi ada beberapa pendapat mengatakan kedudukan freezer di bawah ada kekurangan berbanding freezer bahagian atas. Ini saya petik langsung dari forum pasal peti ais:

Bini aku cadang nak beli brand panasonic.. sb tempat beku tu kt bawah.. so, ikan, ayam udang semua berada dibawah...
tp.. bile tanye 1 kedai letrik tu.. orang tu cakap tempat beku kt bawah tak elok sgt... sb area atas nanti kurang sejuk... 
alasannya ; 1. kalo tempat beku di atas, wap sejuk kt atas akan turun kebawah... (so, bhgn bawah ni jadi sejuk la)

Tanya salesperson kat kedai pun cakap macam tu jugak. So, dilupakan saja kedudukan freezer kat bawah tuh. 


Tempat buat ais boleh mobile, boleh pindah2 kiri kanan atas bawah
So, selepas beberapa kali tengok peti ais, maka kami buat keputusan untuk beli peti ais Hitachi. Peti ais Hitachi yg kami pilih ini mempunyai dua kipas berasingan utk freezer dan bahagian bawah. Dan mempunyai 5 bintang dari aspek penjimatan elektrik.Yeay! Misi berjaya. Harga asal dalam RM3500, tapi lepas tawar menawar dapatlah RM3200 gitu sekali dengan harga penghantaran. Slightly over bajet tapi okaylah. Terbang duit. Huhu.

Moral of the story: kena buat survey dulu peti ais yang hendak dibeli. Paling penting bagi saya ialah bajet dulu berapa, dari situ kita dapat kecilkan skop pencarian kita yang lebih realistik. Selain bajet, pilihan jenama juga memainkan peranan. Pilih yang mempunyai reputasi baik, tahan lebih lama dan kuasa penjimatan letrik yang tinggi. Lainlah memang kita jenis yang menukar peti ais setiap 5 tahun sekali, itu mungkin kita boleh cuba-cuba ikut minat. Tapi bagi yang membeli sesekali macam saya nih, aspek ketahanan menjadi ukuran  penting kerana kita tak mahu pakai sekejap lepas tu rosak and kena ganti yang baru. Bukan senang nak menabung nih. Heheh. 


Tuesday, April 19, 2016

Ego dalam rumahtangga

Antara penyakit hati yang merbahaya dalam rumahtangga ialah ego. Ego ini tidak semestinya milik lelaki sahaja, wanita pun mempunyai keegoan tersendiri. Kenapa saya kata ego ialah penyakit merbahaya dalam rumahtangga? Kerana ego menyebabkan diri kita menjadi bongkak, dan sombong dalam mengakui kelemahan diri. Kita mungkin sedar akan hakikat tersebut, tapi ego menghalang kita untuk mengakuinya. Hati kita angkuh untuk menerima beban tanggungjawab kesalahan tersebut, dan lebih selesa jika pasangan kita yang menjadi sasaran pertuduhan dan punca masalah. 


Ego menyebabkan masalah yang ada gagal diselesaikan. Sebabnya? Bagaimana hendak mencapai kata sepakat jika kedua-dua pihak atau salah satu pihak tidak mahu bertolak ansur dan mencari tolak ansur, dan memaafkan? Ego menghalang kesepakatan dan kemuafakatan berlaku. Ego menyebabkan pihak yang beralah menjadi tertekan. Pasangan kita mungkin cuba mengalah, tapi sedikit demi sedikit keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dan akan tiba satu ketika apabila pasangan tidak mampu lagi berhadapan dengan ego kita yang melangit. Ego tidak menyelamatkan rumahtangga, jauh sekali mendekatkan pasangan terhadap diri kita, tapi sebaliknya, ego menyebabkan pasangan kita semakin berjauh hati dan akhirnya mungkin mencari yang lain. 


Apabila berlaku  konflik dan perbalahan dalam rumahtangga, kedua-dua pihak perlu muhasabah diri. Masalah mungkin berlaku akibat perangai kedua-dua belah pihak. Kena sama-sama mengambil tanggungjawab itu, terbuka untuk mengakui keadaan tersebut dan hanya apabila keadaan ini berlaku barulah pasangan boleh move on dari konflik tersebut dan memperbaiki keadaan yang menjadi isu masalah. Amatlah malang, jika kita mencari sebab untuk menyalahkan orang lain semata-mata tapi menafikan diri sendiri juga mungkin faktor yang menjadi punca masalah.


Tanyalah ustaz dan kaunselor di pejabat agama. Jika ada perasaan ingin memperbaiki kesilapan, keinsafan bahwa diri sendiri mungkin juga menjadi punca keruhnya rumahtangga, maka lebih mudah konflik yang membawa pasangan ke meja kaunselor untuk diselesaikan. Mungkin datangnya dengan wajah mencuka, tapi kembali pada minggu akan datang dengan wajah ceria. Puncanya? Sama-sama muhasabah diri, sama-sama mahu perbaiki diri. Sebaliknya, pasangan yang bermain dengan ego, menyalahkan pasangan masing-masing, mengunjing pasangan, memperlekeh pasangan, tapi gagal melihat kelemahan sendiri, biasanya akan menyukarkan isu rumahtangga tersebut untuk diselesaikan. Kadang-kadang, kita tahu, pasangan ini masih sayang suami/isterinya, tapi sebab ego itu kelangit, perasaan itu enggan diakui, lebih senang untuk menunjukkan keegoan. Akhirnya diri sendiri yang rugi, perkara yang boleh diselesaikan akhirnya berkesudahan di meja hakim syariah, sehingga tertebus talak kerana permainan ego tadi. 

Nampak tak? 

So, jika anda ada masalah rumahtangga atau masalah peribadi yang lain sekalipun, tolong jangan libatkan ego sekali, kerana ia tidak pernah mendatangkan kebaikan. Sebelum orang lain mengunjing ego melangit kita, lebih baik kita muhasabah diri sendiri dan seikhlasnya cuba melihat kot-kot masalah yang ada sekarang, juga berpunca daripada kita. Itu lebih mudah dilakukan berbanding pasangan yang mengatakannya. Sesungguhnya orang yang ego ini begitu sukar mengaku kesalahan sendiri, kadang-kadang dia tahu dirinya bermasalah, dalam hati dia mengakui, tapi jika orang lain yang mengatakannya dia akan menafikan sekeras-kerasnya. Ego menghalangnya untuk berlaku jujur kepada keburukan diri sendiri. 


Jika sayangkan rumahtangga, jadikan ego itu musuh utama kita. Jika selama ini ego menjadikan rumahtangga anda bermasalah, cubalah kali ini tukarkan strategi, ketepikan ego dan cuba lihat apakah perbezaan penyelesaian dan kesannya kepada hubungan anda suami isteri. Anda tidak boleh menukar cara orang lain, tapi anda pasti boleh mengubah diri sendiri. Dan opps, jangan pula mengatakan, kenapa saya yang kena ubah?? Kerana jika itu jawapan anda pada kenyataan saya, itu bermakna ego anda sedang berhujah. Gantikan dengan sesuatu yang positif: Hey, why not me??? Dalam rumahtangga tiada tempat untuk ego, hanya tolak ansur, pertimbangan, kasih sayang, belas ihsan, itu yang utama. Jadikan sikap-sikap yang membawa kebahagiaan dalam rumahtangga sebagai pakaian akhlak anda, sebagai cara anda menyantuni pasangan. Dan kalau boleh hapuskan sikap-sikap yang membawa kepada rumahtangga bermasalah. Itupun jika anda masih sayangkan rumahtangga. Jika anda tidak ambil peduli, itu bermakna anda memang ada masalah ego.

Berusahalah sebelum mengalah!




Sunday, April 17, 2016

Isteri yang menyusahkan suami

Mampukah kita menjadi isteri idaman suami? Saya selalu terfikir akan hal ini. Munasabah diri, mencari-cari ruang dan kelemahan apa yang saya ada dan boleh diperbaiki. Kerana saya sedar satu perkara, perkahwinan adalah kerja keras, dan usaha. Kebahagiaan rumahtangga saya perlu dicipta, bukan dinanti/ditunggu hadirnya. Saya hanya mampu mendoakan suami menjadi pasangan saya yang baik, tapi untuk mengubahnya, ia diluar kemampuan dan kawalan. Tapi, saya mampu mengubah diri ini menjadi seperti yang diinginkannya. Mungkin tidak 100% sempurna, tapi sekurang-kurangnya berusaha. Racun rumahtangga ialah ego. Apatah lagi jika ego itu adalah dipihak isteri. Tanpa sedar, kita tergelincir dalam ketaatan kita pada suami, sehingga kita terjerumus menjadi isteri yang nusyuz dan derhaka. Jadilah isteri yang terbaik untuk suami. Saya tidak nampak cara lain selain dari kita kembali kepada Allah swt. Bila hati dekat pada Allah, secara automatis jiwa kita jadi lebih terarah untuk mentaati suami dan saling terbuka dan meredhai kelemahan masing-masing. Perkahwinan bukan sahaja perjalanan dunia, tapi saya melihat ia sebagai perjalanan spiritual. Bila dah rasa settle down, dan mendapat jodoh yang Allah tentukan, perjalanan seterusnya ialah dengan pasangan untuk mencari redha Ilahi. Sama-sama meniti kehidupan yang akan datang untuk lebih istiqamah dan menjadi seorang muslim yang lebih baik dari sebelumnya. Kali ini, hikmatnya berganda kerana dalam perkahwinan itu sendiri begitu banyak pahala tersedia buat suami dan isteri. Bersamalah kita berdoa, wanita-wanita, berniat menjadi isteri yang terbaik buat suami, yang boleh menenangkan perasaan suami, tempat suami merasa aman tenteram, boleh menjadi penyokong suami untuk menjadi muslimin dan imam yang terbaik untuk diri kita. Menjadi penjaga suami dari kemaksiatan, bukan menggalakan suami menghampiri maksiat. 


1. Al -Anaanah:
banyak berkeluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah:
suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang, dll. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3. Al -Hunaana:
ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah:
suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dg berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqa:
sibuk berdandan atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dg ibadah-ibadah wajib dan sunnah, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dg anak2, dll.

6. As-Salaaqah:
banyak berbicara, bergunjing. Siang malam, pagi sore asik bergunjing terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dg telfon, SMS, internet, BBM dan macam2 cara yang lain . Yg jelas isteri lebih sering menyusahkan suami dg kata2nya yg menyakitkan.

semoga kita tidak termasuk salah dari ke enam golongan tersebut, aamiinn..

kredit: SINI

Gincu Clinique

Ya, tentang Clinique lagi. Hehe..
Tapi kali ini nak cakap pasal gincu Clinique. Baru-baru ini dalam thread lalu saya ada cerita saya borong barang Clinique selepas stok pakai dah habis. Memang lama nak tunggu habis, lagi-lagi jika beli yang saiz kat airport tu - jumbo size. Ha makan bertahun jugak nak habis. 

Actually, barang make up saya mix jer. Misalnya berus make up saya beli di Bodyshop ajer, ada jugak saya beli satu dua barang makeup Bodyshop seperti blusher. Tapi, biasanya saya akan balik semula kepada Clinique. Saya takder pengalaman pakai produk makeup lain selain Bodyshop dan Clinique. Ada jugak pakai gincu Mac tapi setakat itu saja. Saya selesa pakai Clinique sebab semua all in one. Sebab dah tahu brand tersebut, pakai brand tersebut, jadi saya rasa malas nak carik produk lain. Kira beli setempat lah. Ni kategori pemalas lah boleh dikatakan ahaha, sebab pakai apa yg ada depan mata. Tak mau research brand lain. 

Okay, hari tu saya beli gincu Clinique Long Last Lipstick - Watermelon. Sampai rumah baru perasan ini exactly sama dengan gincu saya ada kat rumah yang saya pakai sekarang. Adeh. Ingat nak carik warna lain terbeli yang hampir sama. Ini downsides bila shopping ngan husband. Saya kalau beli barang makeup kasut or barang perempuan saya suka beli sorang-sorang sebab banyak masa nak belek, fikir dan istikharah (theeee!!). Kalau ada husband, saya jadi kacau jiwa sebab kesian tengok dia tunggu. Tapi saya takde masalah teman dia shopping. Gitew. 



Nasib baiklah dapat gincu free hari tu iaitu Clinique pop lip color and primer - sweet pop. Terberkenan pulak, walaupun free kan. And ade bengkek sikit sebab terbeli yang sama utk lipstick yg satu tuh. Saya pakai color watermelon husband tak pernah tegur pun, cuma baru-baru ini dia ada tegur kata color lipstick saya pakai cantik - sweet pop. 

Sweet pop color

So, pergilah membeli satu lagi lipstick dengan azam nak color lain sikit, asyik2 pink jer dibelinya. Takder variati. Saya ada jugak nude color tapi rasa macam tak ngam jer ngan muka. Terbaru ini saya beli pop lip color and primer - plum pop. Saya pakai nampak cantiklah, so okaylah. 


Plum pop color 

Gincu ni bila nak beli kena try dulu sebab kadang-kadang warna yang cantik kita nampak orang pakai maybe kesannya tak sama dengan kita. So kena trial and error jugaklah untuk mendapatkan color yang sesuai. Saya suka yang sweet and elegan gitu, sesuai utk kasual dan kerja. Merah is a big no no. Tak sesuai. 



Gincu pun saya alergik yer. Tak semua gincu sesuai dengan bibir saya. Saya pernah pakai maybeline, avon dan beberapa gincu jenama lain. Lepas pakai tu dalam masa beberapa jam bibir rasa merenyam. Itu petanda buruk, baik jangan pakai. Kalau pakai jugak, dalam masa 3 hari bibir bengkak dan mula tumbuh bintik-bintik gatal. So memang kena jadi pemilih. Lama jugak saya berhenti pakai gincu sebab tak tahu apa yang sesuai. Bila saya pakai produk Clinique ni baru saya berjinak-jinak pakai gincunya dan syukur takde alergik. Sesuai dengan Clinique yang tertera dalam packagin mereka "allergy tested". Allergy tested to me equals to allergy free!! Selain gincu Clinique, gincu Mac juga sesuai untuk mereka yang ada bibir sensitif, cuma carilah gincu yang bukan jenis matte, ada mineral ingredient dan bersifat melembap.


 Image result for lips kiss













Saturday, April 9, 2016

Memborong Clinique 2016

Stok setahun dua
Clinique,
Saya telah menggunakan produk Clinique bertahun-tahun lamanya. Kawan-kawan, husband, and famili semua tahu inilah produk yang saya pakai sekian lama. Faktor utama saya memilih produk ini ialah kerana ia satu-satunya produk yang tidak menimbulkan alergi dan masalah pada kulit muka. Harganya boleh dikatakan agak mahal, tapi kalau dibandingkan dengan produk seperti SKII dan Ester Lauder, Clinique masih lagi produk pengjagaan diri yang agak mampu dimiliki. Faktor lain, pastinya ialah reputasi sebagai jenama penjagaan kulit wajah yang telah kukuh, mempunyai reputasi cemerlang dalam penghasilan produk berkualiti tinggi, dirumus khas even untuk yang berkulit sensitif.

Sampel percuma dari Clinique. Bestnyer!

Mahal tapi berbaloi,
Walaupun harga mahal, tapi satu perkara yang pasti, setiap produknya mengambil masa yang lama untuk habis. Ada banyak produk Clinique yang saya pakai mengambil masa sehingga 1-2 tahun untuk dihabiskan. So, sekali beli memang mahal, tapi ia adalah untuk setahun/dua tahun sekali. Jadi, money wise, saya fikir ia masih berbaloi. 

So, memandangkan ada 3-4 produk Clinique saya sudah kehabisan, maka saya pun pergi memborong. Sebelum ini jauh saya menapak ke MidValley untuk membeli produk Clinique di cawangan terdekat, now saya dah ada lokasi baru yang lebih dekat iaitu IOI the Mall Putrajaya. Yeay!!! 

Banyak kan sampel percuma diberi. Joget-joget dalam hati. Hihi
Banyak sampel percuma dan hadiah sampingan
Ini antara perkara paling best bila kita membeli barang Clinique especially bila kita beli lebih dari 1 produk. Kita akan dapat banyak sampel yang best-best. Ini bukan sampel biasa okay, bukan sampel dalam bekas lut sinar kecil yang diceduk dengan spatula tu yer. Sampel ini biasanya barang sebenar dalam saiz mini, travel size atau yang actual size. And salesperson dengan murah hati bagi macam-macam sampel untuk dicuba, lipstik percuma, set penjagaan kulit muka, beg make up, make designer khas Clinique dan macam-macam lagi. Huhuhu...best tak best?? 

Percuma designer bag Keita Maruyama khas untuk Clinique
So, bolehlah start menabung untuk tunggu tahun depan pulak untuk memborong lagi sekali ^__^
Happy weekend!!


Friday, April 8, 2016

Pengalaman konvo di PWTC

Selama ini, saya merasa konvo di UM dan UKM saja. UKM lagilah banyak kali, itu acara wajib setiap tahun pada musim konvokesyen. Sebagai ahli akademik, kehadiran ke majlis konvo adalah wajib dan ada sentimental value tersendiri. Sebabnya? Feeling tetap sama setiap kali perarakan masuk ahli akademik dan disaksikan oleh beribu-ribu pelajar dan ibubapa mereka. The feeling is priceless. And of course, sebab setiap tahun yang graduate adalah pelajar berbeza-beza. So, kehadiran ke majlis konvo adalah sebagai penghargaan dan rasa gembira kami sebagai staff akademik atas kejayaan dan penat lelah student sebelum dianugerahkan ijazah masing-masing. Bila tengok muka students memasing beratur untuk masuk ke dewan sambil melambai-lambai tangan mereka kepada kita, tetiba itu jugak flashblack perangai sorang-sorang nih, luahan perasaan, struggle, perangai sorang-sorang yang ada kalanya menyesakkan dada, tapi banyaknya memberi memori indah. Akhirnya terpancul di mulut: "dulu kaulah yang nangis bagai nak rak, sebab rasa tak dapat nak buat tesis, now, you see, grad jugak kan? kan? kan?" ahaha. 


Majlis konvo besar seperti UKM memang akan masa separuh hari jugak. Seawal 8 pagi dah terpacul di dectar, and paling awal keluar pun nanti dalam pukul 1 petang. Time tuler, control segala ada, maklum duduk depan, lengkap berjubah, and penuh mata memandang. Adoi, perkara terakhir nak dibuat ialah bangun dari tempat duduk and lari ke toilet! So far, takder kejadian tu lagi. Syukur. 



Semalam, merasa jugak ke majlis konvokesyen SPRM di PWTC KL. Okaylah. Excitement tu tetap ada walaupun majlis itu sekadar penyampaian sijil latihan. Sejahtera sikit rasa sebab sebagai jemputan biasa pun, jadi duduk agak belakang, bebas keluar msuk toilet. Cuma aircond mak ai sejuk bebenar sampai 2-3 kali jugaklah berulang ke toilet. Majlis pun bermula petang dan cepat tamat kerana hanya melibatkan 100 lebih graduan sahaja. Tahniah pada yang berjaya menamatkan sijil masing-masing. Add value dalam resume kerja masing-masing. Paling penting, supaya ilmu itu terjelma dalam bentuk pembentukan karakter pekerja profesional yang berhemah. Tahniah untuk husband :-)



Bertolak awal ke pwtc sebab nak mengelak dari jem. So tak sempat nak makan pun. Balik dari situ masing-masing lapar so pergilah makan di IOI - The manhattan fish market. Beli jus buah/detox. First time try brand nih. Sedaplah jugak. Ingatkan dia buat kat situ, rupanya dah siap dalam botol. Alternatif jus selain dari Boost yang saya selalu minum. 


La Juiceria!!




Beli 4 botol sekaligus. Nyum-nyum!


Sedikit info tentang minuman jus yang dibeli. La Juiceria ini dihasilkan melalui teknik cold-pressed. So saya tertanya jugaklah cold-pressed tu kaedah macam mana pulak? Apa istimewanya berbanding jus biasa yang kita beli misalnya dari kedai makan, kiosk Boost dan sebagainya?


  • Terdapat dua cara asas untuk menghasilkan jus iaitu centrifugal dan cold-pressed. DBP kata centrifugal bermaksud daya emparan. Emparan?? Apa-apa jerlah.
  • centrifugal dihasilkan menggunakan bilahan kipas berkelajuan tinggi (fast spinning blade) untuk mendapatkan ekstrak jus. cold-pressers pula menggunakan kaedah pulverizer dan a hydraulic press (peranti yang digunakan untuk memecahkan ketulan-ketulan pepejal kepada bahan halus dengan pembelahan di sepanjang muka-muka hablur.) Tu dia, sungguh teknikal bunyinya. Serius tak faham.  
  • Jika jus yang anda beli dibuat dihadapan anda sendiri seperti di Boost, kemungkinan besar jus dihasilkan menggunakan mesin centrifugal.
  • cold-pressing adalah proses khusus yang digunakan untuk menghasilkan jus sihat yang high end quality. Cara dua mesin tersebut bekerja menentukan kualiti.
  • centrifugal - bilah mesin pengisar itu menghasilkan haba yang boleh memusnahkan enzim. proses itu juga memaksa udara masuk, memulakan proses oxidation sebelum jus itu siap lagi, yang boleh menjejaskan nutrien.
  • cold-pressing process sebaliknya tidak menghasilkan haba, dan cara paling baik untuk mengekstrak enzim dari fiber secara berhati-hati dan perlahan. So, khasiat dari kaedah cold-pressing ini lebih tinggi dan terjaga.
  • centrifugal bagaimanapun adalah kaedah menghasilkan jus yang lebih mudah, cepat, murah, dan senang dicuci. cold-pressed jus yg dibotolkan mampu bertahan selama lebih kurang 3 minggu. 
Cakap-cakap ni tanpa bantuan visual memang kadang-kadang ke laut. So check this out to understand more.




Sunday, April 3, 2016

Ada apa dengan Hermes?


Saya bukan peminat beg tangan wanita. Saya beli untuk pakai. Itu sahaja. So biasanya urusan membeli beg hanya melibatkan satu prosedur mudah. Beli harga okay, saiz boleh muat barang-barang yang penting (handphone, purse, alat makeup, pendrive, kunci-kunci, pen, kad-kad hospital, lotion tangan, tisu tangan dll), dan saya berkenan. Itu saja. Jarang benar saya ambik pusing bab-bab beg tangan ini. 

Tapi saya tertarik dengan beg tangan mahal ini bila ada baru-baru ini tangkapan ke atas pegawai kerajaan yang disyaki menyalahgunakan duit kerajaan. Antara barangan rampasan ialah beg-beg tangan wanita eksklusif berharga puluhan ribu malah mungkin cecah ratusan. Wow, jarang beg-beg tangan jadi mangsa rampasan polis. Apa istimewanya beg-beg tangan tu sampai orang boleh berhabis begitu banyak wang untuknya? Selain itu, isteri VVIP yang suka mengumpul koleksi beg-beg tangan mahal dan jadi bualan netizen di media sosial. Beg pelbagai warna dikatakan begitu eksklusif dan menjadi hiasan wajib selain barangan kemas. Of course, bila bercakap tentang jenama, yang menjadi fokus ialah beg tangan jenama HERMES. Beg tangan hermes dikatakan adalah yang paling mahal sekali di dunia. Peliknya, golongan elit memang memburu beg tangan ini sebagai koleksi. Ada harga cecah juta-juga. Apalah yang istimewanya dengan beg HERMES ini yer? 


Hermes_Winter_at_last_Igloo


Gambar di atas ini ialah antara paparan dalam laman web/iklan jenama hermes. Kalau tengok gambar ini, ia menggambarkan sesuatu. Ini tanggapan saya jerlah. Berada di kutub utara, semuanya putih, semuanya sama jer. Iglu-iglu pun begitu jugal. Iglu biasanya dibina berwarna putih sebab ia dibuat dari ais. Tapi iklan atas tu menggambarkan iglu tersebut lain pada yang lain. Ia stand out berbanding iglu yang berwarna putih. Dari jauh, anda akan nampak iglu ini berbanding iglu lain. So, agaknya macam tu lah jugak kalau orang tu pakai jenama hermes, dia akan stand out from the crowd. Dia dengan mudah akan diperakui sebagai lain, unik, eksklusif, one of a kind. Pasal anjing kat tepi tu pulak, hmmm apa pulak tu ek? Ahaha. Agaknya, hanya orang-orang tertentu yang deserve keunikan dan ekslusiviti itu. Anjing tu kira jadi gate keeper lah kot. 

Harga beg hermes ni dikatakan paling murah pun harga $1,000 dan paling mahal mencecah $2 juta [sila terbelalak biji mata]. 

Carian internet menunjukkan beberapa sebab mengapa Hermes ni terlalu mahal harganya tetapi menjadi buruan dan igauan wanita-wanita. 

1. Beg tangan dianggap sebagai status dan pengaruh. Beg tangan hermes dibuat dari material berkualiti tinggi termasuklah kulit buaya. Ada diantara beg ini disulam bersama dengan berlian, emas dan batu permata lainnya.

2. Seni pembuatan yang berkualiti dan dihasilkan oleh pembuat beg tangan berkemahiran. Mereka yang membuat beg tangan hermes perlu menjalani latihan sekurang-kurangnya setahun. Setiap beg tangah hermes pula mengambil masa kira-kira 18 jam untuk disiapkan. Setiap inci beg hermes dibuat dengan tangan, daripada menjahit, memotong, melibat, trimming dll. Tidak dibuat dengan mesin. Bila dibuat dengan tangan ertinya, ia adalah hasil seni yang tinggi, the works of art omputih kata. Kerana itu nilainya amat tinggi.

Hermes-workshop-11
ketelitian adalah kemestian 
3. Beg tangah hermes dibuat daripada kulit buaya dan kulit binatang yang asli. Misalnya, beg tangan buaya. Kulit buayanya diambil dari buaya di Australia. Setiap kulit yang digunakan ada cacat cela sebab nama pun kulit binatang kan. Kesan bergaduh, kesan calar, kesan luka, kecacatan barangkali mungkin ada pada kulit-kulit ini. Namun, pembuat beg tangah hermes ini akan memproses kulit buaya itu sehingga kecacatan itu tiada. Hermes akan memastikan bahawa tiada calar balar dalam rekaan beg tangan kulit buaya mereka. Ini melibatkan satu proses yang sangat rumit dan memakan masa. Ini menjadi satu lagi sebab mengapa produk mereka amat mahal harganya.

1_Hermes_factory.800w_600h

4. Beg hermes mahal bukan sekadar kerana namanya, tapi ia dianggap barang mewah, ia lebih kepada penampilan berbanding aspek fungsi. Jika kebanyakan beg-beg wanita dihasilkan di kilang-kilang, beg tangan hermes dihasilkan dengan tangan, oleh individu berkemahiran tinggi. Mereka dibayar mahal untuk membuat beg tangan hermes. Hermes juga mengupah pereka yang terkenal untuk mereka beg tangah hermes. Oleh kerana dihasilkan dengan tangan, maka tidak banyak yang dapat dihasilkan pada satu-satu masa. Oleh kerana hanya sedikit yang berada dalam pasaran, ini turut mempengaruhi harganya yang tinggi.


Kayanya Victoria Beckam nih. Pakai beg hermes macam pakai beg harga seratus dua ratus



Isteri PM juga pengumpul koleksi beg tangan Hermes
Selain dari orang-orang berpengaruh, jutawan, tokoh politik, keturunan diraja, beg ini juga adalah pilihan selebriti hollywood ternama. So itulah serba sedikit info tentang beg tangan hermes. Honestly, saya mengkagumi beg tangan ni kerana harganya yang tak masuk akal. Tapi untuk bermimpi untuk memakainya, tidaklah. Bermimpi pun saya tak terfikir. Hahaha. 

most expensive birkin bags
Beg hermes yang dikatakan paling mahal. Dipebuat dari rose gold and diamonds berharga $1.9 juta

Apa paling penting?? Pakailah beg ikut kemampuan anda. Yang penting duit dalam beg tu kena ada. Tak guna pakai hermes ratus-ratus ribu, dalam tu ada sehinggit jer!! Ada ngerti?? Biarlah beg murah, tapi duit dalam tu banyak. Ahaha, itu lebih seronok berbanding sebaliknya.

Note: Paling mahal pun coach saja. 



Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...