Monday, February 29, 2016

Tudung oh tudung!


Tidak dinafikan, sekarang tengah trending ialah hijabista, macam2 jubah, macam2 tunic, macam2 skirt labuh, macam2 tudung!!! Bercakap tentang fesyen muslimah ini, selain Shah Alam, Bangi juga adalah syurga dunia bagi wanita-wanita muslimah dalam mencari pakaian menutup aurat serta tudung-tudung untuk matching ngan baju masing-masing. Sebagai warga Bangi/Semenyih, ooh, ini memang heaven. Dulu, bila nak cari baju muslimah, terfikir KL dan Shah Alam dah pening kepala sebab nak pergi sana fikir jem, masa, tempat tak familiar dan lain-lain. Tapi, sejak butik online tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bangi ini, oooh senang cerita. KL sudah tidak ku peduli. Haha. Pergi KL untuk beli barang lain sahaja, kalau pakaian dan tudung, saya ronda-ronda Bangi sudah cukup. Bangi Sentral and Bangi Gateway tu pun saya tak habis-habis pusing lagi. Best tak best? 


Nasib baik keje di Bangi bukan KL

Bercakap pasal tudung, dulu saya peminat tegar dan sejati tudung bawal. Tetapi dengan kehadiran pelbagai jenis tudung-tudung lain, semakin sukar untuk mencari tudung bawal. Ada tapi pilihan terhad. Dulu tudung bawal saya harga RM10 atau RM5 sahaja. Lepas tu try tudung bawal aidijuma, best jugak, tapi ada materialnya yang nampak kasar dan tidak matching dengan fabrik pakaian. Jadi dilema jugak. Lepas tu mula bereksperimentasi dengan beberapa jenis tudung. Dengan pelbagai jenama dan bentuk, saiz dan corak di pasaran, sememangnya susah nak carik tudung yang sesuai untuk kita. Pilihan terlalu banyak and tidak tahu yang sesuai untuk muka dan sebagainya.

Adoi, definitely not my style. Husband dulu yang akan hencap. 


Pilih tudung ni macam nak cari kereta jugak. Perlu keserasian dan matching dengan muka. Paling penting pada saya ialah RINGKAS dan SELESA. Sebab itu, sekian lama saya menolak shawl dan selendang. Sebagai seorang yang praktikal, saya memang tak suka tudung yang berbelit2 dan mengambil masa 30 minit nak pin sana sini dan nak belit kiri kanan atas bawah. Tak kuasa!! Dan hanya bila terbitnya perkataan tudung INSTANT, barulah saya mula berjinak-jinak carik tudung yang menepati ciri saya mahukan: ringkas, praktikal dan selesa. Oh dan sekarang saya jatuh cinta dengan tudung 2 muka (2 loops). Bukan tudung bermuka-muka ya. Tudung dua muka takper, jangan manusia talam dua muka, itu bahaya. 

Ni tudung favourite. Sejuk dan selesa pakai ke pejabat dan kasual seharian

Dulu di Bangi ni, especially dalam kalangan staff am begitu meminati tudung Fareeda ni. Saya pernah jugak jenguk butik eksklusif Fareeda ni, tapi saya rasa tudung tu terlalu cantik untuk saya. Bahasa orang Kelantan 'Jangok'. Saya suka yang sederhana, tak terlalu outstanding. Lagipun tudung Fareeda boleh tahan mahal. So saya kira, agak tidak praktikal untuk saya jadikan tudung basahan ke pejabat. 

Jenis printed. Cepat jer habis. Selesa dan menutup aurat dengan sempurna.


Sekarang ni saya ada beberapa jenis tudung dari beberapa jenama yang boleh didapati di Bangi. Tudung-tudung saya ni semuanya ringkas, selesa dan mampu beli. Takde lagi tudung saya harga RM100+. Baru sehari dua ini, viral orang kutuk tudung Bawal Exclusive kerana harga yang melampau mahal. Saya tengok pun ter-gulp! jugak. Yelah sampai 2-3k harganya. Logiklah sebab ada batu swarosvki. Mungkin tudung ini ada target customer tersendiri, golongan artis, selebriti, elit, dan untuk function2 tertentu. Saya tidaklah. Ahaha. Apa kes pergi kerja, baju 100+, tudung RM3k? 

RM2-3K? Erk, takpalah naa. 
Warna warni. Tapi saya tak boleh imagine diri saya sejangok ini. Saya sukakan yang simple dan labuh di dada.

Paling penting, biarlah tudung itu pada saya syariah compliance. Saya bukanlah alim benar, tapi saya cuba berusaha ke arah itu. Pakai tudung yang menutup aurat, barulah memenuhi tujuan bertudung itu sendiri. Memang terdetik hati nak pakai tudung labuh betul2. Moga Allah beri hidayah pada saya untuk istiqamah sampai ke situ. 








Thursday, February 25, 2016

Kenapa membujang? Sebab utama lewat berkahwin

3 sebab utama lewat berkahwin


Kementerian Penduduk & Keluarga Malaysia telah mengeluarkan hasil kajian mereka tentang isu semakin ramai teruna dara di Malaysia ini berkahwin lewat. Agak menarik jugak penemuan hasil data ini untuk dianalisis dan dihadamkan oleh kita bersama-sama. Gambar di atas adalah infografik dari hasil dapatan kajian. Saya dah tak boleh nak besarkan gambar itu. Setakat itu yang terbaik mampu dibuat. 

Mari kita tengok fakta-fakta yang menarik tersebut:

  • Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) menunjukkan 35.7 peratus wanita di negara ini lewat berkahwin disebabkan tiada calon yang sesuai.
  • Manakala 56 peratus lelaki pula mengakui berhadapan masalah kewangan yang mengakibatkan mereka lewat berkahwin.
  • 86.8% ada keinginan berkahwin
  • Umur purata berkahwin ialah 31 tahun
  • Umur ideal berkahwin bagi lelaki: 28 tahun dan wanita 26 tahun
  • Umur perkahwinan lewat bagi lelaki: 37 tahun dan wanita 33 tahun
3 sebab utama berkahwin lewat:
Bagi lelaki:
56% masalah kewangan
18.4% tiada pasangan sesuai
9.4% perkembangan kerjaya

Bagi wanita:
35.7% tiada pasangan sesuai
26% masalah kewangan
18.1% perkembangan kerjaya

Kualiti yang dicari lelaki:
39.6% beriman
30.4% bertanggungjawab
26.4% sopan

Kualiti yang dicari wanita:
47.1% bertanggungjawab
40.6% beriman
33.4% bekerja

Persepsi terhadap perbelanjaan perkahwinan 
Lelaki - RM19,000+
Perempuan - RM13,000+

90.1% lelaki dan wanita yang belum berkahwin mempunyai simpanan
Simpanan paling banyak ialah di KWSP (71%), bank (65.9%), insuran (36.8%), saham (35.8%)

Perilaku seks
19.2% pernah melakukan hubungan seks
58.2% tidak pernah menggunakan kaedah perancang
15.5% pernah mengandung
10.8% pernah mempunyai pasangan seks lebih dari seorang


Saya pun kategori lewat berkahwin jugak iaitu pada usia 30an. Sejujurnya, selain kerana faktor takdir dan jodoh yang Allah tentukan utk berkahwin 30an, reasons lain ialah keinginan untuk menyambung pelajaran ketika usia 20an lebih tinggi dari keinginan hendak berkahwin. Saya masa kecik pernah mensasarkan (bila mencongak-congak timeline dan perancangan hidup), bahawa saya akan berkahwin usia 28 tahun. Saya kira pada tahun 80an-90an ketika itu 28 tahun tu dah kira andartu and dianggap berkahwin lewat. Itu masa saya remaja yer, saya dah fikir untuk kahwin lewat sedikit. And, ketika usia 28 tahun, saya ke overseas pula untuk menyambung PhD. Walaupun dah ada calon, tapi komitmen kerja dan halangan2 tertentu menjadikan niat untuk berkahwin itu tergendala. Hanya selepas PhD barulah rasa benar2 bersedia untuk settle down. Masa tu rasa ekonomi dah stabil, emosi pun dah bersedia sepenuhnya, rasa lebih matang dan bertanggungjawab dan cukup serius untuk melihat diri sebagai sesuai utk berkahwin. Seriously, masa degree dulu, orang syok2 bercintan cintun, saya pun cintan cintun jugak, tapi lebih banyak bermain dari serious dalam hubungan. Saya masih lagi ponteng kuliah semata2 nak kejar kucing keliling kampus dengan sorang lagi kawan yang perangai mental sikit2 macam saya, masih lagi mandi hujan di belakang blok asrama sampai kecut dan kesejukan, masih lagi main kejar2. Aahaha, sejujurnya kalau tanya dengan diri sendiri, saya pun tak konfiden nak kahwin dengan diri saya! Cakap dengan husband, dia pun tak hingin saya kalau dia jumpa saya lebih awal dari itu. Hahaha, masih hingusan sangat. Perangai masih bengong. 

And, waktu terasa cepat berlalu...dalam sibuk melayari kehidupan dan tuntutan keadaan semasa, tahu-tahu usia dah beranjak jauh dan tahu-tahu dah 5-6 tahun berlalu. Terasa singkatnya masa dan cepatnya masa berlalu. 

Menyalahkan lelaki dan wanita 100% kerana kahwin lewat saya kira tak boleh juga. Kalau ikut survey, 86.8% menyatakan hasrat ingin berkahwin. Maksudnya kebanyakan responden masih percaya kepada institusi perkahwinan. Jadi mengapa membujang? Kerana keadaan semasa juga sedikit sebanyak mempengaruhi. Tuntutan semasa menjadikan wanita dan lelaki menangguhkan keinginan berkahwin awal. Perkahwinan bukan semata2 fokus utama walaupun selalu dalam fikiran. Dalam pada merancang-rancang hidup berumahtangga, ada komitmen lain yang berjalan sama. Kadang-kadang ia menuntut perhatian lebih dari seseorang seperti komitmen kepada pekerjaan, dan sebagainya. Akhirnya, tertangguh. Begitu juga, kewangan. Duit tidak dinafikan penting pada zaman sekarang, semua perlukan duit. Perlunya kestabilan kewangan sebelum menempuh kehidupan berumahtangga. Bukanlah sehingga tunggu jadi jutawan, tapi duit diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian apatah lagi di bandar2 besar, semua serba serbi duit. Jadi, dalam nak persiapkan diri tu, tup-tup dah 3-4 tahun berlalu!!


Panjang nak ulas, tapi penat pulak nak menulisnya, nanti sambung...


Ok sambung, di sini saya quote kan secara direct beberapa komen laman sembang tentang isu mengapa masih membujang. Sedikit sebanyak ia memberi jawapan dan pencerahan kepada kita tentang isu realiti yang dialami wanita/lelaki yang masih bujang diluar sana. Apun kita doakan, semuanya bertemu jodoh masing2. Isu cepat atau lambat itu urusan Allah. Jika ditakdirkan tidak berjodoh pun, pastinya ia menyimpan seribu hikmah. Allah knows best!! Always!!

_______________________________________________________________

by fact, org yang ber degree nie, paling koman pun kluar utk bekerja dalam umo 24thn..then dalam masa 2 thn nak familiar dgn keje...by the time u r 26, lelaki yang sebaya byk dah kawin..yang tua2 dari you tak payah cakap lah..mesti dah kawin semua...unless diorang ada kekurangan yang u sendiri reject...tu jer lah yang tinggal

ai rasa bukan salah pompuan membujang tau..

salah lelaki kurang kualiti nak dibuat laki....dahla jumlah lelaki kurang dalam dunia....

so, takkan nak berkongsi somi org kannn????

-----------------------------

tu ler..biler andartu..terus masyarakat sekeliling tuding jaring pompuan memilih sgt..
ingat pilih suami cam pilih makanan kat menu agak nyer..
aku setuju dgn pendapat ko..
masing2 ade ciri2 kualiti lelaki yg dia org kategorikan..tapi kena ingat utk dptkan ape yg kiter mahukan mmg susah ler nak jumpa
contoh nye
kaya..tapi perangai hazab..
perangai elok tapi pendidikan tak tinggi..

dlm ciri2 memilih suami kena ade ciri2 nie..kuat berusaha atau bekerja keras..
mmg kalau boleh elak kan lah dpt lelaki yg pemalas...bukan pemalas yg malas tolong buat keje rumah..
maksud aku pemalas mencari rezeki..nak keje senang jer..
lelaki kan ketua keluarga..

--------------------------------

walopun kita pompuan perlu lelaki yang tegas, tapi kita perlu org yang BERPENDIDIKAN setara atau lebih utk membentuk kita...

bukannya ditekankan sangat tapi seboleh2nya setaraf la taraf pendidikan...sebab nanti part gaji, isteri lebih byk--->nanti isteri lebih bertanggungjawab...

so sapa pulak jadi ketua keluarga pulak??

--------------------------------

aku takot dpt lelaki PENIPU..ini yg buatkan aku hati2 sngt..
pnglmn itu mengajar aku supaya lebih berhati2..
kalo pendidikan ke,tarap gaji ke..boleh consider lagi..
tp kalo PENIPU ni mmg aku x bleh consider..

--------------------------------

actually baik wanita mahupun lelaki, pasti ada istilah memilih..bukan memilih dari segi harta ke pangkat ke apa... cuma ..memilih sama ada orang yang ingin kita kahwini tu sesuai ngan kita, serasi ngan kita..and sebagai wanita pasti kita nak lelaki yang kita pilih itu seorang yang boleh membimbing kita, yang boleh menjaga kita, sanggup bersama dengan kita dalam susah dan senang.. kita tak nak baru berberapa bulan kahwin, dah nak bercerai.. atas alasan yang kadang2 tidak munasabah...
lagipun memilih calon suami di era zaman milenium ni bukan lah seperti zaman dulu2 ...sekarang ada banyak cabaran dan dugaannya...tambahan pula zaman sekarang ramai wanita yang muda2, cantik dan bereducated..sedangkan kaum lelaki zaman sekarang terlampau la sedikit....ambil contoh la student2 di univestii tempatan...majoriti student n tenga pengajarnya wanita.. student lelaki teramat la kurang...rsanya boleh dibilang ngan jari kot..
so secara tak langsung, kami wanita2 yang sudah agak lewat umur nya  (sudah melepasi umur tuk kahwin...kira2 dah masuk 3 series nie)...agak sukar nak mencari lelaki2 tuk dijadikan suami...coz majoritinya "semua dah married"... if ada pun..maybe..yang muda2 berlaka.. kalau yang setakat muda...hanya nak tumpang gaji wanita buat apa kan?? ....

------------------------------------

lar nie dah capai over 3 series... dah xkoser dah nak pikir kawin ker dak!... hidup jer lah mcm biasa sajer... bukan menyusah kan sesapa pun... lar nie aku sambung blaja lagik... xkawin gek... aku smbg blaja lagik... tu jer perancangan aku wat masa nie... xpun aku gi berjalan sana sini smp puas

cumer org sekeliling ler yg risau saper nak jaga biler dah tua nti... entah ler aku pun xpikir psal tue... cumer nti aku pencen kalau pnjg umur lagik dok kena carik rumah sri kenangan kot...malas nak nyusahkan adik2 aku ... tp nak yg terbaik punyer....

-------------------------------------


ouhhhh aku pun lagi 2 taun nak masok 3 series... single ni bestla..

--------------------------------------

aku setuju dgn capiloton, perempuan MEMILIH... Tp mcm biasala hak masing2, kita x leh pertikai..Aku sendiri pn memilih, cuma aku xderla bubh kriteria yg tinggi dan berat pun..kalau pompuan skrg asik komplen laki yg ada kualiti makin ckit...Yeker? ke dah memang environment korang campur dgn lelaki yg merepek meraban...huhuhuhu lg satu pompuan ni byk sgt tgk drama, kalo boleh nk kisah cinta mcm dlm drama, nk pasangan pun hero mcm drama huhuhuhuhu.... byk sgt tgk citer mcm adamaya la, setia hujung nyawa la, coklat vanilla la, adam hawa dan bla2...nk jumpa laki mcm dlm drama2 tu tu memang la susah huhuhuhuh

----------------------------------------

betul!! saya setuju...x kan nak pilih suami yang kaki goyang kaki kat umah... tau semua ada tau semua ready je... 
tapi gi kerja x nak...atas alasan..."awak kan gaji besar"

emm tapi sya ni x la gaji besar....duk di bandar metropolitan nie...gaji yang ada just cukup2 makan je..... ...so seharusnya cari suami yang kira gaji nya lebih sikit la dari sya....
at least boleh membantu...xkan time membujang ni tinggal biasa2 je...tpi dah kawin pun gitu gak.... kena upgrade sikilit life tu beb!!!

----------------------------------------

itulah paling tepat sebenarnya,untung lelaki cari-carikan, untung perempuan nanti-nantikan...

dah x ada lelaki nak masuk meminang, nak buat macam mana...

-----------------------------------------

sue, penipu tu satu hal.
aku tambah lagi satu, yakni BARAN.
aku takut sangat dapat yang baran.
yelah sebelum kawen boleh je sorok, jadi je pelembut semua.
dah kawen..nahhhhh... takut wei..

-----------------------------------------

i am one of the bachelor girl who still looking for a soul mate. the reason is because i keep studying and studying without stop, plus takde orang nak tackle... leh dak wat statement camtu.. tahun ni mesti grad.. and kena cari pakwe sebelum sambung phd... huwaaa...

-----------------------------------------

berkawan biar seribu tp nak buat suami, kena byk fikir laa..
sbbnya bila kawen, kita kena kawen dgn seluruh family dia. tak kan nak curi jek dia & simpan kat rumah kita.. 

aku ni dah lama hidup sorang2.. tetiba apa jua tindak tanduk kita, kenalah fikir kesannya pd suami kita pulak..
mungkin lah kot, org yg pentingkan diri sendiri, family sendiri.. mcm aku ni, tak sesuai berkahwin.. tp sapa lah yg tau, dgn sikap penyayang aku pd semua yg berada disekeliling aku, kurang tanggungan sbb aku cuma dua beradik aje.. makanya aku boleh fokus pd keluarga mertua aku pulak..  mungkin aku akan jadi isteri & anak menantu yg solehah..

aku percaya, kalau kita pandai menjaga diri, kita boleh menjaga family, lps tu barulah kita boleh menjadi ahli masyarakat yg baik.
skrg ni zaman materialistik. tak dpt tidak, kemampuan memenuhi keperluan asas, menjadi satu faktor. 
kasih sayang saja tak kan boleh beli beras.. tp kalau kasih sayang tu boleh mendorong dia berusaha utk keluarganya.. itu dah cukup baik.

-----------------------------------------

belum sedia nak komitmen lah, xnk bgi harapan kat orang...  

tunggu tahun depan, agak xada calon aku bukak thread cari jodoh 

-----------------------------------------

thn depan nk masuk 30 sen da.. sob sob... dlu start bercinta umur 27,time study ganas sket.. now.. mencari tp klu ada yg nk dd semua laki org... ahaha klu bujang lak perangai x sememeh... jumpe yg sememeh dia byk calon lak... hahaha.... 

apa pon jodoh tu rahsia Allah..

------------------------------------------

 kacak muka buat ape... tak boleh beli kreta rumah makan shopping etc. 
biar kacak POCKET 

-------------------------------------------

hah...persoalan yg sama ada dlm kepala aku yg dah 2 taun berstatus 3 series ni..
bergantung pada diri masing2 gak..ade yg sbb pglmn pahit lepas...ade yg busy
keje or jaga parents and adik2..ade yg memilih..
bg aku mybe pglmn lepas kot..tp kalo x tkena ngn si perasan yg x sedar diri tu,
agaknya dah kawen ngn dia kot 7 taun lepas..ikut telunjuk dia je...slamat
aku sedar, dia nak kawan ngn aku pon sbb duit and aku org kpercayaan bos jek..

in other way, kbetulan kawan2 se ofis aku mase tu byk kne buli ngn hasben 
(duit anak, rumah n kereta semua wife) hasben manjang xcukup dwet...ni pon
bad influence kat aku...

ade la skjap aku memilih..pastu aku tukar mind set...biar x lawo tapi baik agama n
perangai (sbb ex aku chinese look)..adala berkenan ngn mamat ni..dia cam nak 
kenal ngn aku...tegur2..tp still tiap kali ade je halangan...hah..at last baru je dia 
kawen baru2 ni...abis keluar prangai tah pape dgn wife dia...jerit2 kat wife dia la
ape la...aku nampak sbb aku satu building tmpat kje ngn dia...oh...thk god its
not me...see?nmpak baik, sopan n jaga agama pon failed...

kesimpulannye...maybe failed kat kita as jodoh...bukan sbb dia buruk, or kita buruk..
kan ke jodoh ni saling melengkapi?aku still percaya jodoh kita ada di luar sana..
or even tiap2 hari berselisih kat jalan...cuma masa x sampai lg...

------------------------------------------

Masa ai muda2 dulu ai x pandai berkawan dgn bebudak janten... sampai graduated pun kekok nk kawan dgn janten... 
lgpun x de janten yg sudi offer nk berkawan, apatah lagi nk berkapel bagai.

Bile dh keja, mostly yg ngorat ai laki org... kalo ai x memilih, dh lama ai terkawin dgn laki org... ensem2 & howt gituh!  Kalo ai terkawen dgn laki org, uols jugak yg lahar ai kat porem ni...khennnnnn... 

Ai ada gak bkawan dgn janten2 solo-molo, tp semua level2 junior... panggil ai ahkak.. ada jugak yg hadek2 & ai saspek dia gayah.

Now ai dh tuka tpt keja... staf2 janten semua laki org gak. Tp yg bagusnya diaorg profesional, x de nk ngorat2 ai & diaorg menghormati ai.

Ai rasa selesa jah dgn life skrg. Bila umo dh nk meniti ke 4 series ni, ai rasa semakin x de keperluan nk mencari chenta hati... sbb dh biasa & lali hidup solo. Pendek kata, dh adapted jadik poreber alone. Tp x de sape tau rahsia Allah kan...kot2 Dia nk bagi jodoh di usia emas kelak, ai terima jah. 

Soal zuriat... redho jugak la kalo x de peluang tu... sbb ada gak org yg dh kawen tp x de rezeki nk beranak... so, same thing la dgn kitaorg.. perhaps mampu beranak, tp x de peluang utk beranak. Bagi ai, life setiap org x de yg perfect... walopun org mcm kami x de suami & anak, maybe Allah bagi kami kelebihan tang lain. X semua org dpt apa yg kita nak.

So...para andartu... kurangkan komplen2, merungut, meratap & mengeluh. Cuba blaja utk redho... sbb kalo kita redho, hati akan lebih tenang & lapang. Bukannya kita menolak perkahwinan, cuma jodoh x de utk kita. Mungkin pasangan kita x de di dunia, tp di akhirat esok kompem2 Allah dh sediakan utk kita. Kena sentiasa ingat Allah itu Maha Adil & Maha Kaya.

Sekian pdpt ai.

----------------------------------------------

aku pun selalu terfikir macam ni. kalau aku dah berkahwin awal dulu, my life would be different. mesti aku tak macam sekarang, dari segi lifestyle, mentality, tahap berdikari dan lain-lain semua. aku takkan seselesa sekarang.

honestly hati aku tersangkut lagi pada ex aku yang dah selamat jadi suami orang pun. aku bukan nak kahwin dengan dia, cuma aku macam tercari-cari lelaki macam dia. the personality, kesabaran dia tu, susah nak cari ganti. tapi mesti ada la yang sebaik atau lebih baik drpd dia. insya Allah mesti aku jumpa satu hari nanti. for the time being, sambil-sambil mata dok perhati calon, aku sekarang fokus melawakan diri (sbb dulu x mampu, xde duit) & fokus mencari rezeki. nak kata aku memilih, tak pun. i dont give a d* abt degree and such. asalkan bijak, bekerja, rajin, tahu tanggungjawab, tahu agama, hormat aku, sayang famili aku, that's good enough. sedap mata aku nak pandang, sejuk hati aku nak sayang, cukup.   

asalkan sekarang aku boleh cari rezeki, boleh hidup senang & tenang, mak aku pun happy, aku rasa okey jer. ada gak kawan-kawan aku yang sama single, tapi meroyan sedih hari-hari. menangis mengeluh naper tak dapat-dapat suami lagi. syukurlah aku tak macam tu. 

-----------------------------------------------

aku pun kategori single juga..umur lagi beberapa tahun nak masuk 3 series..
Aku pun masih tertanya-tanya kenapa aku still single sampai sekarang..even kengkawan sebaya lain dah kawin n beranak pinak..
nak kata aku memilih tak jugak sebab aku pernah intim dengan laki yang aku sorg je cakap hensem hatta semua kengkawan aku cakap dia muka pecah..
nak kata aku tak pernah bagi peluang, tak jugak sebab aku banyak kawan dengan lelaki dan pernah dua kali berkapel dengan serius..
Tapi still tak membawak ke jinjang pelamin..
Tapi berdasarkan pengalaman aku bercinta, aku rasa mostly lelaki yang aku jumpa xde kualiti even kualiti paling minimum..
Aku tak cakap aku ni sempurna, aku pun ada kekurangan tapi kalau saling menerima mesti boleh bahagia..
Tapi kekurangan yang ada pada laki yg aku kenal rasanya macam tak boleh nak ubah..
Contohnya suka bergantung, malas kerja, panas baran...
Aku bukan nak lelaki yg kaya-raya, janji boleh sara aku dengan family pun dah cukup bagi aku...

---------------------------------------------

harus la kan , mau ke tanggung biawak hidup?
dok rumah xkeje, tido je keje, bangun tido cek ade food ke tak
masak sardin pon tak reti, hey coi

tapi ye la
daripada dok mencari mencari ni, ustaz2 ramai pesan
siapkan diri dulu jadi soleh / solehah , nanti yg soleh/ solehah tu akan datang 
Allah kan Maha Adil 

----------------------------------------------

susah nak cari laki baik pekerti dan agama pun ok zaman sekarang ni... 
kalu dah jumpa tu, aku  pulak tak berkenan... .. huhu... susah la... kekadang aku  salahkan diri aku sendiri kenapa aku tak leh terima diri si dia.... tapi hati tak leh menipu... kalu dia ada hati kat kita, kita lak anggap sekadar kawan biasa saja... habis nak wat cam na...? 

---------------------------------------------

ai pun nk msk 3 series bln 11 ni  . msh blm ada y dtg nk ngorat ai . jeling2 gak jejaka2 sekeliling ai, tp xde y terpanar dgn jelingan ai. maybe jelingan ai xcukup mengancam  tp xpe jgn pernah berhenti mengharap, berusaha dan berdoa . pasti ada jodoh nti. kalo xde kat dunia, maybe psgan kita tgu kita di akhirat. cewah.. mcm setazah pilihan plk 

------------------------------------------------


nak cari lelaki yg jaga solat 5 waktu susah skrg ni...ramai sgt yg lalai, bila org sibuk nak kawin dia pun nak kawin..tp ilmu rumahtangga mcmana nak bimbing isteri anak2 zero

------------------------------------------------

marriage is not as easy like abc and 123 kan , 
for me 
i would not risk my life just for the sake of  go with the flow kind of thing , hey u dah  umo sekian2 bila nak kawen jangan memilih sangat nanti xde calon ya da yada ..tengok tu da kawen bederet2 etc etc 
i  mmg high taste
demand tinggi
it is not wrong to set some pars for certain thing kan especially when it comes to marriage issue
we deserve to be happy and as a human kite semua ade criteria masing2 kan seiring dengan karakter personaliti diri masing2
ini lahirlah chemistry , ade bonding sesama partner 
org slalu ingat bile sebut high taste je , balik2 isu duit material pangkat status dan rupa
kalau camni gaya, cetek nya sempit nya pemikiran
banyak lagi isu lain yg ble diketengahkan dan masuk dalam kategori...high taste 
dalam sudut pandangan agama, society, etc

well.. yang utama nya 
cinta ku cinta high class

tu pasal masih membujang 

----------------------------------------------





















Monday, February 22, 2016

Silaturahim dan rezeki

Salam ukhuwah dan selamat pagi,

Moga hari ini kita lapangkan hati untuk mendepani hari baru dengan azam baru dan semangat baru. Setiap hari kita kena berazam, bukan tunggu awal atau hujung tahun sahaja. Hari-hari kita kena tanamkan niat untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan. Bagi yang bekerja, jangan lupa mulakan hari kita dengan membaca doa sebelum memulakan kerja. Moga Allah swt kurniakan kita keberkatan dalam 24 jam ini, rezeki yang berkat. Berkat itu penting, biarlah sedikit tapi berkat, kerana berkat itu didalamnya ada zat yang mencukupi. Tidak guna, duit banyak tapi tiada keberkatan didalamnya.

Salah satu cara menjemput rezeki ialah dengan mengukuhkan silaturahim, bukan memutuskannya. Jadi marilah sebarkan yang baik2, ingat yang baik2, dan lakukan yang baik2 sesama muslim dan sesama manusia. Moga, ada kehidupan ini tidak putus menjemput rezeki. Gunakan facebook, twitter, ig, kita untuk sebarkan cinta, bukan kebencian. Hati yang penuh perkara negatif, lambat laun akan sakit dan memakan diri tuannya.


























Friday, February 19, 2016

Gaji RM3600 ukuran baru kadar miskin di Malaysia



Memetik kata-kata Ku Li dari laman web Sinar Harian:


"Nilai ringgit sudah jatuh dan World Bank telah tetapkan ukuran yang baru kepada kita untuk tentukan kita sudah atasi kadar kemiskinan. Dikhabarkan sekarang untuk Malaysia, mereka yang berpendapatan kurang RM3,600 adalah golongan miskin,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Forum Transformasi Barah Ali Baba di Bumi Merdeka anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN) di Institusi Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam, semalam.

Yup, ukuran baru ialah RM3600 sebulan adalah miskin di Malaysia. Sebelum ini RM3000 dianggap sebagai miskin bandar. Ertinya? Bagi rakyat marhaen seperti saya dan kalian-kalian semua, duit kita telah susut nilai banyak dan RM100 sudah tak sama lagi dengan RM100 beberapa tahun dulu. Ini sangat benar. Bila dulu RM100 rasa banyak jugak yang boleh dibeli dan disumbatkan ke dalam raga/troli supermarket. Sekarang? Sikit jer pun barang dah cecah RM150!! Sampai terkujat2, and terfikir "Aik??? Beli apa aku ni sampai cecah camni?" RM50 sudah rasa RM5. 


Tahun-tahun mendatang yang sukar dibayang..

Dari segi kestabilan kewangan, sukar nak digambarkan apa yang akan berlaku. Yang pasti kedudukan kewangan berada dalam tahap tidak stabil dan tidak menentu. Barang tetap naik harga, gaji tetap naik ciput dan kos hidup tetap melambung. Tertengok jugak iklan2 rumah and sekarang ni banyak saya nampak rumah dijual pada harga bawah market value. Mungkin pelabur2 yang membeli rumah-rumah mahal bbrp tahun lepas sudah tidak mampu nak tanggung liabiliti kos dan demand untuk rumah mewah rendah sehingga memaksa mereka menjual rumah pada harga lebih rendah asal boleh jual. 

Tapi satu perkara yang benar ialah, sudah tiba masanya kita mengubah gaya hidup yang bersederhana. Satu sikap segelintir orang kita ialah suka beli barang di luar kemampuan. Sebagai contoh, gaji bukan tinggi sangat tapi berhutang kenderaan yang mewah. Lepas tu mulalah pening kepala nak fikir macam mana nak cover insuran and roadtax. Kalau mampu silakan, tapi kalau hidup masih tahap cukup-cukup, janganlah membazir dan menyusahkan keluarga anak bini/suami. Belanja secara berhemah. 

Tuesday, February 16, 2016

Populasi 70 juta menjelang 2020: Tak tercapai akalku



Teringat ketika menghadiri satu mesyuarat dengan Kementerian Wanita sedikit masa lalu. Kami bercerita tentang fertiliti dan mortaliti rate di Malaysia. Salah seorang pegawai mengatakan bahawa Malaysia jika mengikut pelunjuran dan trend fertiliti sekarang, memang tidak akan dapat mencapai target 70 juta penduduk menjelang 2020. Impian tinggal impian. Ini kerana kadar kelahiran mengikut kaum memang menunjukkan kadar yang perlahan, dan ini turut menyebabkan kebimbangan kerana semakin ramai pasangan suami isteri:




  • berkahwin pada usia lebih lewat
  • merancang bilangan anak sedikit
Ditambah dengan keadaan semasa, kesukaran mendapat pekerjaan dalam kalangan graduan, susah nak mendapat kerja yang stabil, kos hidup tinggi, menjadikan golongan muda menangguhkan perkahwinan dan jika berkahwin pada usia lewat juga, menjadikan pasangan berkahwin tidak mahu anak ramai kerana faktor usia dan kemampuan. Selain itu, faktor kesihatan turut memainkan peranan. Yalah, lagi lewat usia kahwin, peratusan untuk hamil juga akan menurun. Jadi faktor-faktor ini secara tidak langsung/langsung menjadikan impian 70 juta penduduk itu sukar untuk dicapai. Kalau ikut statistik di atas, walaupun Melayu masih mendominasi, peratusan peningkatan masih sedikit dan semakin mengecil (1.6%  antara 2020 dan 2030; 1% antara 2040 dan 2030). 



Itu belum dikira dengan lelaki dan perempuan yang memilih sesama jenis. Alamatnya, semakin mengecut statistik and fakta bahawa kita akan menjadi 'an aging society' akan menjadi realiti yang hampir pasti. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, negara akan dipenuhi generasi tua berbanding generasi lebih muda. 

Monday, February 15, 2016

Syair yang meruntuh jiwa Imam Ahmad bin Hanbal




Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati (sumber youtube)



Jika tuhanku bertanya padaku
Tidak malulah kau bermaksiat padaku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku
Dan datang padaku dengan penuh dosa
Bagaimana aku hendak jawab wahai diriku yang malang?
Siapakah yag dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
Dari masa ke semasa
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
Dan apa yang berlaku kepadaku selepas dikafankan
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku
Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yang ngeri
Nah! Siapa sekarang yang mampu melindungiku
Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada di antara mereka yang akan menebusku?
Akan aku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan aku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Apakah aku tak mendengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin
Apakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
Hari perhimpunan, dan hari ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?
Maka Ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunanNya
Dan yang membimbimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepadamu maka kasihanilah aku
Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku
Kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban


~Tanpa Nama~


Anugerah Cinta Paling Agung



Semalam konon nak tengok Cinta Paling Agung kat astro, sudahnya Cinta Paling Agung yang tengok saya kat sofa. Penghayatan 10 minit sahaja lepas itu, mimpi sudah...Tapi nasib baik ada rekod. Mak kata cerita tu best and tengok sampai habis dengan anak saudara. Saya penat sangat nak tengok sebab tidur terganggu jaga big boss demam. Kesian, big boss demam teruk, risau tengok kena demam teruk. 

Dua insan yang sedang 'sakit'. Stoking sehati sejiwa. :-)

Nanti bila dah ada kelapangan saya tengok balik, tapi banyak moral of the story cerita ni jugak. Salah satu daripadanya ialah:

Bila ada masalah rumahtangga, betulkan akar umbi masalah tersebut in sha allah keharmonian rumahtangga akan kembali ke landasannya yang betul. Dan tidak semua masalah yang mendatang itu memberi kesan buruk, sebaliknya ia adalah 'wake up call' untuk kita muhasabah diri masing-masing apa yang tidak kena dalam rumahtangga kita. Dalam cerita ini saya nampak, pasangan ini ada kekosongan dalam rumahtangga mereka tapi mungkin kerana kejahilan masing2, mereka mencari jalan penyelesaian yang berlainan tapi tak sama, kerana itu wujud konflik. Si suami tak betulkan si isteri, dia cari Dewi yang dia fikir lebih keislaman dari isteri beliau sendiri. Si isteri pula, cuba betulkan penampilan dll untuk tarik balik si suami. Tapi akhirnya...

Agama dan iman juga menjadi penyelamat utama...

Di sini, ada macam blessing in disguise jugak, rumahtangga mereka 'diselamatkan' oleh Dewi secara tidak langsung walaupun awalnya si isteri melihat Dewi ini sebagai pemusnah rumahtangga. Tapi akhirnya, kemelut itu menyebabkan mereka melihat dan menyedari bahawa pembetulan diri dan iman dalam rumahtangga itu melebihi segalanya. 

Begitu juga dengan kehidupan kita. Seringkali kita lihat masalah sebagai 'malapetaka', 'sial', 'bencana'. Tapi dalam hikmah Allah, mungkin 'malapetaka, sial, bencana' itu terselit seribu hikmah dalamnya. Kerana nya kita perbetulkan diri, kerananya kita muhasabah diri, kerananya kita tahu apa prioriti. Seperti ubat, sifatnya pahit tapi menyembuhkan. Dan begitu juga kehidupan ini, seringkali pengajaran dan kesedaran tercetus akibat peristiwa pahit dalam hidup kita, bukan saat kita bersenang lenang atau diulit kegembiraan. 

Pasti selalu ada hikmah, bagi hati yang mahu berfikir. 

Berhenti menyalahkan orang lain (pasangan) dan lihat diri kita, renung dengan pandangan ikhlas dan terbuka. Bak kata orang yang pernah saya baca:

Image result for marry yourself

"Adakah anda akan berkahwin dengan diri anda??" 

Renung diri kita, cara kita melayan pasangan dalam rumahtangga, cara kita mengendali rumahtangga dan mengambil hati pasangan, sekiranya diri kita itu adalah orang lain, adakah anda mahu berkahwin dengannya???? 

Kalau tidak atau ada keraguan..maka mungkin masanya untuk kita perbaiki kelemahan diri. Selagi kita masih mahu sama2 perbaiki rumahtangga, selagi itu saya fikir rumahtangga kita masih ada harapan dan sinar untuk berkekalan. Yang dikhuatiri bila, hati masing sudah tidak lagi bernyanyi dengan nada yang sama. Maka wujudlah perkahwinan tanpa jiwa. Tandus dan menunggu masa...

Kesudahan yang baik jugak cerita ini. Mereka kekal sebagai pasangan, dan Dewi bertemu dengan jodohnya. Takdir hidup kita pelbagai. Kadang2 takdir itu tidak seperti kita bayangkan, tapi percaya hikmah sebaliknya dan jalani hidup ini sebaik mungkin. Redha dan berlapang dada. Allah knows best!!

Marilah sama2 kita usahakan mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga


























Friday, February 12, 2016

facebook share: the do and don't



Facebook memang medium seronok untuk berkongsi macam-macam. Tapi tak semua boleh dikongsi. Dalam Islam ada yang boleh diceritakan, ada yang lebih baik dirahsiakan. Misalnya, pertunangan lebih baik dirahsiakan kerana ia bukan lagi perjanjian mutlak, di mana bisa saja pertunangan akhirnya berakhir dengan putus tunang. Sebaliknya, pernikahan, diwajib untuk diuar-uarkan kerana merahsiakan perkahwinan mungkin mengundang fitnah dan keji umpat dan salah faham yang membawa masalah lebih besar.


Saya pernah terbaca satu survey di Barat tentang apa yang orang suka tengok dan orang menyampah tengok kat wallpaper masing2, saya lupa detailsnya and tak jumpa pulak linknya. Tapi antara lain yang orang menyampah ialah:

  1. share makanan kat fb
  2. selfie tak hengat sampai hangit
  3. share gambar baby setiap 2 minit
  4. share masalah rumahtangga 
  5. dll

Bluek!!!

adalah beberapa lagi saya tak ingat. bila tengok ni, ooh so beringat sendiri. berpada2 dalam berkongsi. kita ingat orang suka, rupanya orang menyampah. dalam senarai yg saya beri di atas, saya anggap share masalah rumahtangga dengan orang lain secara terbuka adalah SATU KESALAHAN SERIUS. Kenapa?? Ni komen ustaz zaharuddin yang saya kira bercredible jugaklah untuk didengar pandangannya.


1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.
 Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
 Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

details di sini >>> DOSA-DOSA DAN FACEBOOK

 Yang paling suka mendedahkan masalah rumahtangga ialah wanita/isteri. So, sama2lah kita muhasabah diri. Carilah ruang dan cara lain untuk kita meminta pandangan dan jalan penyelesaian. Mendedahkan masalah secara terbuka rahsia suami/isteri bukan mencari jalan penyelesaian, tapi mengundang malapetaka. Sama-samalah kita beriktibar. 


Thursday, February 11, 2016

Mutiara kata

Salah satu kesukaan saya ialah mengumpul kata-kata hikmah di facebook dan share di fb, wassup samada untuk kawan, keluarga dan suami. Moga dengan adanya kata-kata hikmah yang baik ini, manfaatnya dan kebaikannya meresap dalam hati kita walau sedikit.



























We talk about marriage

My anniversary is just around the corner,

Ikut usia perkahwinan masih terlalu muda, dan kalau ikut kajian di Malaysia masih dalam kategori berisiko (mohon dijauhkan). Sebabnya? Dikatakan perkahwinan yang paling tinggi penceraian ialah seawal 5 tahun pertama. Fasa mengenali hati budi, fasa berkompromi, fasa to know the true color of our husband/wife, dan banyak lagi fasa2 lain. Ini mungkin pattern kebanyakan, sedang saya pasti setiap perkahwinan itu masih unik dan mungkin tidak pun berada dalam stage2 yang diandaikan. Pasti ada outlier, pasti ada beza, pasti ada yang luar biasa. 



Bercakap tentang anniversary, priority saya bukan pada sambutan yang kena happening, ada kek, hadiah, majlis keraian dll. Kalau ditanya, saya lebih suka kita dapat refleks dengan pasangan tentang perjalanan perkahwinan kita dalam tempoh tersebut. Melihat visi dan misi, apakah masih sama, adakah kita berkembang dalam perkahwinan itu secara bersama-sama atau mimpi sudah lain-lain. 


Teringat kata-kata omputih:

In marriage, you either grow together or grow apart.


Ramuan untuk perkahwinan yang harmoni
Selain agama (faktor utama), sebenarnya ada banyak faktor2 lain yang membantu keutuhan sesebuah rumahtangga. Kalau buat survey, orang akan berikan pelbagai faktor2. Kalau nak senaraikan memang tak habis. Maksudnya, ada banyak jalan utk mewujudkan perkahwinan yang harmoni, terpulang kepada kita apa yang menjadi keutamaan. Keutamaan orang lain, mungkin tidak sama dengan kita, perkahwinan orang tidak mudah untuk kita banding dan samakan dengan orang lain. Ibarat pakaian, satu saiz tak muat untuk semua orang. Yang pasti kita kena cari sendiri apakah ramuan kebahagiaan yang baik untuk rumahtangga kita. 


We talk about marriage
Memetik satu bab dalam buku 'Tuesday with Morrie', salah satu buku favourite saya. Morrie (Prof. Sosiologi) bercerita tentang apa yang dia faham tentang perkahwinan. Prof tua uzur yang sedang menanti kematian ini mengulas begitu cantik sekali.

Kata beliau;

"In this culture, its so important to find a loving relationship with someone because so much of the culture does not give that. But the poor kid today, either they are too selfish to take part in a real loving relationship or they rush into marriage and then six months later, they get divorced. They don't know what they want in a partner. They don't know who they are themselves- so how can they know who are they're marrying?"

"I've learned this much about marriage. You get tested, you find out who you are, who the person is, and how you accommodate or don't.


Is there some kind of rule to know if marriage is going to work?
"Things are not that simple. Still there are a few rules I know to be true about love and marriage."

1. If you don't respect the other person, you're gonna have a lot of trouble.
2. If you don't know how to compromise, you're gonna have a lot of trouble.
3. If you don't talk openly about what goes on between you, you're gonna have a lot of trouble.
4. If you don't have a common set of values in life, you're gonna have a lot of trouble. 

And the biggest one of those values??
"Your belief in the importance of your marriage."

LOVE EACH OTHER OR PERISH!!!


Wednesday, February 10, 2016

Hidup adalah pilihan yang bertanggungjawab

Sekarang ini tengah buat modul untuk teori-teori dalam psikoterapi. Bila baca teori-teori ini balik seronok pula, dapat refresh balik ilmu yang dah ada and reflect diri pada masa yang sama. Antara lain ialah Teori Reality Therapy mengatakan bahawa:

Clients must know that change is a responsible choice. For example, if a client wants to improve relationship with other people, then they should be prepared to engage in activities that can improve relationships with others. 


Teori ini menekankan hidup adalah pilihan yang bertanggungjawab. Kita mungkin tidak dapat kawal takdir hidup kita yang ada diantaranya telah ditentukan Allah swt, TETAPI kita dapat kawal bagaimana kita harus respons kepadanya. I tend to agree with this notion. 


Teori ini mahu klien meletakkan kuasa menentu untuk bertindak dan berubah itu bermula dalam diri, bukan orang lain. Bila kita serahkan kuasa itu pada orang lain, selamanya kita merasa kita adalah 'mangsa keadaan', jadi sampai bila pun kita jadi pasif dalam setiap masalah yang dihadapi. Ibarat jari telunjuk itu kat orang lain, 4 lagi pada kat diri sendiri terlupa. Gituwnyer. 



Moral of the story: Hidup ini adalah pilihan yang bertanggungjawab. Life is a responsible choice. Take control of your own life.




Buku Motivasi Terbaik


Thread lalu saya ada menyentuh tentang buku motivasi yang saya pernah baca dan saya fikir baik. SINI. Ini sekadar menambah sedikit lagi tentang apakah jenis buku yang patut kita manfaatkan sebaik mungkin demi menjalani kehidupan yang terarah dan selalu positif. Saya nak promo sedikit buku yang saya menjadi co-authornya iaitu buku Srikandi PhD. Ada lebih dari 10 orang penulis bersama di dalam buku ini. Agak lama jugak buku ini diproses sebelum berjaya diterbitkan. Ini antara buku yang boleh dibaca khusus bagi wanita yang sedang atau hendak menyambung pengajian di peringkat PhD. Ini bukan buku motivasi biasa, tetapi buku yang digarap berdasarkan pengalaman suka duka mengharungi pengajian PhD masing-masing. Di dalamnya penuh warna warni pahit manis pahit getir cabaran yang ditempuhi untuk mendapatkan segulung ijazah bernama PhD. Orang nampak baik/prestijnya dapat DR di awal pangkal nama. Tapi yang orang kurang nampak ialah jerit perih dan pengorbanan yang diperlukan demi menyiapkan sebuah pengajian peringkat paling tinggi dalam dunia akademik. Dalamnya air mata, duka lara, putus asa, tapi masih ada pengharapan dan semangat untuk menyudahkannya. Moral yang ingin disampaikan ialah, setiap wanita, tidak kira status bujang, berkahwin, janda dll menghadapi cabaran yang unik dan tersendiri. Namun, apa yang penting ialah kesungguhan untuk berjaya dan keberanian untuk mendepani cabaran yang kadang2 bisa buat kita rasa putus asa. Tapi kelakar jugak, sebab saya menulis ini ketika saya belum berkahwin, bila terbit saya dah bertukar status ^-^ 



Tapi apakah buku motivasi terbaik??? Yang mengatasi segala macam buku motivasi sedia ada?? Al-Quran. Ini bukan sekadar cakap, tapi berdasarkan pengalaman sendiri. Ketika berkelana di Australia untuk PhD dek kerana takdir Allah, Saya langsung takde buku motivasi yang saya bawa bersama, hanya senaskah al-quran ini sahaja (gambar bawah). Saya beli quran ni ketika menuntut master di ukm tahun 2004. Masih elok lagi cuma dah berconteng dan penuh dgn kesan highlighter. Saya suka highlight petikan surah2/terjemahan yang berkaitan dengan diri saya sebagai panduan dan motivasi diri.

Benarlah, Al-quran sebaik-baik petunjuk bagi kita. Di dalamnya ada macam2 ilmu ada, termasuk ilmu motivasi diri. Pasti ada saja petikan surah2nya yang kena dengan diri kita, macam tahu2 ajer apa yang kita fikir, alami, resah, bimbang dll. Ada quran lain di pejabat tapi saya tetap menyimpan quran ini kerana nilai sentimental quran ini yang menemani perjalanan phd saya dan sumber kekuatan saya saat saya lemah.


Naskah Quran ini yang menemani saya dalam perjalanan PhD. Masih elok tersimpan di ofis.

Bukti nyata:

Mengimbau kembali momen2 di Melbourne. Ada satu waktu dulu, saya diasak dengan perasaan sedih, bimbang dengan banyak perkara. Selepas solat, saya buka quran. Bila saya buka surah yang saya berhenti sebelum ini untuk sambung, ini ayat yang saya pertama jumpa dan baca:

Surah Al-Ankabut ayat 2

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? 

Tersentap diriku waktu itu!!! Allahu akbar.. Kita rasa kita sendirian mendepani ujian, tapi Allah Maha Melihat, Maha Mendengar. Insaf sekejap. Yelah, dok mengeluh tentang masalah, tapi kita lupa, kita ini manusia, mengaku di hadapan tuhan sebagai manusia beriman, tapi tak mahu diuji. Atau diuji sedikit, sudah seperti cacing kepanasan. Sejak itu, sentiasa cuba lebih bersabar dalam mendepani ujian. Manusia sabar ada pasang surutnya, tapi kita kena berusaha untuk sabar. Kita ini manusia, sememangnya hidup di dunia ini untuk diuji. So, sila sedar diri!!!

Begitu juga, kadang-kadang bila berhadapan dengan tohmahan dan salah faham seseorang, kembalilah kesabaran kita dengan merenung2 al-quran. Mohon kekuatan, mohon kesabaran yang lebih. 



Seperti di atas, ini ayat yang saya baca semalam. Ya, ada baiknya menahan diri dari berkata-kata yang dusta, berkata-kata mengikut emosi. Sabar-sabar. Membalas nista dengan nista menggambarkan rendahnya iman dan hati kita. Jadi jalan terbaik ialah berdiam diri. Allah lebih memahami. Kita diberi peluang saling kenal-mengenal, bukan saling membenci. Dan barangkali orang yang kita hina itu lebih baik dari diri kita sendiri. Jadi ada baiknya sabarkan diri dan tahan mulut dari berkata nista dan menghina orang lain.

Cantiknya Allah susun ayat tersebut. Diingatnya kita terlebih dahulu jangan mudah menghina dan memandang rendah orang lain kerana barangkali orang itu jauh lebih baik dari diri kita sendiri. Dan bagaimana ayat seterusnya, Allah menganjurkan kita untuk saling kenal mengenali. Kadang2 benci wujud kerana salah faham, kerana stereotaip, kerana tak tahu (kita sangka kita dah tahu), dan kerana banyak sebab. Tapi bila kita cuba mengenali seseorang baru kita tahu baik buruknya dan mungkin sangkaan buruk kita tidak begitu. Allah anjur kita kenal mengenali. Dalam psikologi pun begitu, salah faham, kebencian sering wujud kerana kita tak/kurang memahami orang tersebut. Hanya bila kita cuba kenal dia dengan pandangan hati yang terbuka, baru nampak kebaikannya. Itu yang orang melayu kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Jangan pula diberi peluang untuk lebih saling mengenali, kita dengan keras hati menolak. Itu hati bermasalah. 























Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...