Salam hari Jumaat,
Okay, hari ni, ujian MGTT atau dalam words panjangnya Modified Glucose Tolerance Test yang digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes ibu sedang hamil telah saya jalani di klinik kesihatan pagi tadi jam 8 pagi. Sebelum ini, terdengar pengalaman kebanyakan ibu hamil yang tidak menyukai ujian gula ini. Sebab utama ialah kerana kemanisan air gula yang tersangatlah manisnyer. Saya bukanlah orang yang suka minum air yang terlebih gula nih, tapi layanlah jugak minum air berperisa setiap kali pergi makan di luar. Katanya sekarang ini, semua ibu-ibu hamil wajib menjalani ujian MGTT terutama yang berusia 25 tahun ke atas dan ahli keluarga mempunyai sejarah diabetes. So, sah-sahlah diriku ini terlebih-lebih layaknyer.
Prosedur MGTT:
- Diminta berpuasa bermula jam 10 malam sehari sebelumnya. So, semalam awal saya masak dan makan. Bila dah jam 10 malam tu memang tak makan apa pun kecuali minum air masak bilamana terasa haus. Terliur jugak tengok husband makan asam kumbang sorang-sorang tapi apakan daya jeling sajalah.
- Awal pagi dah terpacak dengan KK, nasib baik ada husband temankan. Tunggu giliran dan perkara pertama dibuat ialah mengambil darah di bilik khas. Lepas ambil darah, kena masuk satu lagi bilik untuk minum air gula. Bila teringat pembacaan ibu-ibu tentang pengalaman minum air gula ada yang pening, muntah dan macam-macam tu, bohonglah saya rasa okay. Takut juga termuntah nanti kena minum lagi sekali. Erk!! Masuk jer bilik tu, beberapa mug mengandungi air gula yang famous itu terhidang di depan mataku. Maka ambillah satu, terasa suam-suam suku. Baca bismillah, and ketika nak minum tu teringat tips kawan-kawan (jangan tarik nafas; berhenti-henti minum; sekali teguk dan minum dengan lajunya). So, pejam mata and tarik nafas, dan minumlah sekaligus tak toleh kiri kanan dah. Ahaha. First impression? Memang manis, macam orang buat air gula 1 kg tertumpah dalam cawan tuh. Lepas tu, kumur-kumur and basuh mug tu dalam sinki. Done! Okaylah syukur saya tak termuntah dan survive the ordeal.
- Keluar tunggu pula 2 jam. Saya tak ke mana-mana, duduk jer dalam klinik tu. Dah siap bekal buku cerita untuk hilang bosan. Handphone saya tak guna sangat sebab risau bateri cepat habis, tambahan pula bila ramai orang ni line selalunya problem. Minum jam 8 pagi so saya kena check semula darah jam 10 pagi. Masa ini masih belum boleh makan apa-apa lagi. Kira masih berpuasa kecuali meneguk air gula tadi tuh.
- Dua jam tu jenuh jugak menunggu, sampai rasa nak terlelap dibuatnya. Tengok jerlah orang lalu lalang kat situ especially ibu-ibu hamil yang buat check up. Lepas minum tu, oh, perut tetiba rasa menegang, dan seolah-olah terasa seperti baby dalam perut ni mengeletik kemanisan. Agaknya dia pun terkejut dapat air gula pagi-pagi, dahlah mamanya tak breakfast macam biasa, tup-tup bagi air gula. Hiperaktif sekejap baby dalam perut. Hihi. Sorry baby.
- Tepat jam 10, tak perlu tunggu nurse panggil nombor, pergi semula ke bilik ambil darah dan dan bagi tahu nurse dah cukup 2 jam. So, nurse pun bagi duduk dan ambil pula darah kita buat kali ke dua.
- Jam 10.05 pagi, selesai sudah prosedur MGTT.
Kalau di private clinic maybe result dapat on the spot/on the same day, tapi sebab di KK, kena tunggu result till next appointment. Dalam hati saya berharap everything is okay. Saya risau jugak kalau-kalau bacaan tak cantik. Nurse sempat pesan, kalau ada panggilan telefon tu maybe results MGTT tak cantik or ada masalah. Kalau takde apa-apa tu, maksudnya okay. Huhu. Teringat semalam tengah hari makan di restoran Fizo Omar & Mawar dengan kawan-kawan, saya minum air teh hijau yang sedap tuh. Harap-harap minuman tu tak mempengaruhi kandungan gula ku.
So, gambar di atas menunjukkan bacaan gula ibu hamil. Bacaan gula selamat ibu hamil perlu berada dalam range tersebut. Sekiranya melebihi, maka panjanglah ceritanya.... :-(
Kisah saya belum berkesudahan lagi. Ya Allah, mudah-mudahan selamat dan okay.
No comments:
Post a Comment