Monday, March 27, 2017

Menangani 'haters' dan invididu cemburu



Pendedahan kisah kehidupan individu dalam media sosial kini bukan suatu yang luar biasa. Tak perlu mencari wartawan untuk membuat coverage tentang diri kita. Dengan wujudnya facebook, twitter, instagram dan pelbagai lagi media sosial, kita boleh upload sendiri tentang diri kita. Terpulang pada individu sejauh mana dia sanggup 'mendedahkan' dirinya untuk tatapan orang lain di alam maya. Namun, tidak dinafikan, generasi z dan milenia menggunakan medium media sosial secara intensif. Maknanya, semua perkara diceritakan dan didedahkan. Dan ini boleh membawa kepada masalah tidak terjangka iaitu menimbulkan perasaan cemburu orang dan haters. Ingat tak baru-baru ini, kisah pelajar perempuan yang comel lote, cantik macam minah salleh (bukan king coco yang celup tuh ye) yang mendapat 9A dalam SPM. Kisah kejayaan dia dan kecantikan dia tanpa disangka mengundang komen yang berbaur negatif dan menjadikannya menerima pelbagai komen dari haters. Macam-macam kritikan dia terima sehingga dia terpaksa menutup akaun sosialnya. 

Dalam hal ini, saya teringat kata-kata cerdik pandai bahawa, tidak semua manusia dalam dunia ini, berlapang dada dengan kejayaan dan kelebihan kita ada. Akan ada, yang secara terang/diam menanam perasaan cemburu sehingga menimbulkan kebencian. Cemburu dan benci ini, ada orang simpan dalam hati sahaja, tapi ada yang mungkin menzahirkannya dalam bentuk tindakan dan perbuatan. Dalam orang bertepuk tangan dengan kejayaan kita, mungkin terselit hati-hati yang cemburu dan bencikan kejayaan kita. 


Begitu juga, sedikit masa lalu saya pernah terbaca di fb kisah seorang isteri yang kehilangan suami kerana ada kawan yang cemburukan kebahagiaannya. Silapnya dia ialah selalu upload gambar-gambar loving dan caring suami isteri di laman sosial. Mungkin niatnya ialah untuk berkongsi rasa gembira tapi rupanya tidak semua berlapang dada dengan kebahagiaan itu. Akhirnya, kerana cemburu dan benci orang lain terhadap rumahtangganya, maka akhirnya dia menghadapi masalah rumahtangga kerana gangguan-gangguan mistik yang dialaminya. Saya lupa apa pengakhiran cerita ini, samada berpisah atau sebaliknya. Tapi moral of the story, berpada-padalah dalam memaparkan diri kita di alam maya. Tidak semua perlu ditonjolkan dalam media sosial. Simpan gembira itu untuk yang tersayang. Jangan terlalu mudah berkongsi, kerana takut, kebahagiaan dan kejayaan kita itu tidak semua orang boleh terima dengan berlapang dada. Bahasa mudahnya, semakin sedikit orang tahu tentang kita, itulah yang terbaik. Bila banyak sangat orang tahu, ia mendedahkan kita kepada bahaya kepada kehidupan sendiri, kerana kita tidak tahu apa yang orang terfikir untuk lakukan. Baiklah kita memiminakan sebanyak mungkin risiko, biar beringat-ingat sekarang dari menyesal kemudian. 

Macam mana nak buat jika berhadapan dengan individu yang memang ada perasaan cemburu atau membenci kita? Saya takkan kupas kenapa orang cemburu or benci, kerana ia boleh terjadi kerana pelbagai sebab. Sebab ia boleh saja terjadi atas kelemahan sendiri atau apa saja. Kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu, tapi orang tu tak suka kita, contohnya. Dan ada juga orang baik namun tetap dibenci/dicemburui. Inilah sifat manusia, kita tak boleh memuaskan hati semua orang. Kita mungkin tak boleh kawal perasaan orang lain terhadap kita, namun, kita mungkin ada cara tertentu untuk menangani orang yang cemburu tak tentu pasal/haters ini samada di alam maya atau dunia nyata.



1. Dont take it personally. Dalam bahasa mudah, jangan sentap atau ambil hati. Fahami bahawa cemburu individu lain terhadap anda tiada kaitan dengan diri anda dan apa anda buat ke atas mereka. Jangan biarkan individu cemburu ini memberi kesan ke atas keyakinan diri anda. Teruskan lakukan perkara yang baik dalam hidup anda, fokus kepada individu yang memberi sokongan kepada anda dan ingatkan diri sendiri bahawa mereka cemburu kerana anda mungkin melakukan sesuatu yang lebih baik dari diri mereka. 

2. Abaikan komen yang bersifat kebencian/cemburu. Abaikan saja. Usah dilayan. Ini adalah isyarat bahawa anda tidak mahu melayan apa jua perasaan cemburu/kebencian yg mereka ada.

3. Konfran. Jika tiada pilihan, misalnya anda berhadapan dengan rakan sekerja yang ada sifat cemburu/haters anda, adalah lebih baik anda menghadapi isu ini secara langsung. Berkomunikasi dengan individu tersebut dan konfran tingkah laku mereka.

4. Kurangkan interaksi dengan individu terbabit. Jika boleh, ubah persekitaran dan dinamik sosial anda untuk mengurangkan keupayaan individu tersebut untuk menjejaskan kehidupan anda. Sebaliknya, kelilingi hidup anda dengan orang2 positif dan menyokong anda.

5. Ubah rutin dan elak dari bertembung dengan individu ini. Guna jalan lain, ubah jadual atau apa saja yang boleh membantu anda dari bertembung dengan individu ini.

6. Tetapkan sempadan. Jangan buang masa mendengar orang yang membenci atau cemburu kepada anda setiap masa. Tetapkan had untuk menjauhkan diri anda daripada individu ini. Tetapkan masa jika tidak dapat mengelak dari berkomunikasi dengan individu seperti ini. Jika masih berhadapan dengan komen negatif secara berulang-ulang, tamatkan perbualan dan beredar.

7. Biarkan individu tersebut tahu anda tidak menyukai sikap negatif. Jelaskan bahawa anda tidak menyukai komen-komen atau kata-kata yang diucapkan secara langsung. 







No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...