Monday, March 27, 2017

Terpaut pada tudung Ariani




Gambar yang langsung tiada nilai estetika ahahaha






Petang ini dikala hujan turun lebat di Bangi, saya meredah hujan bersama husband mencari jubah di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Sekarang ini, dengan saiz pinggang yang semakin melebar dan perut semakin ke depan, makanya banyak pakaian kerja saya yang sudah tidak begitu muat di pinggang dan akan sedikit masa lagi seperti buah nangka apabila memakainya. Jubah yang ada tetiba rasa macam tak cukup banyak pulak. Haha. Alasan untuk shopping baju baru? Tapi faktanya, memang saya dah jarang membeli baju sejak 3-4 bulan ini, kerana mood hendak membeli baju itu ke laut, dek kerana melayan keadaan diri yang hendak melepek dan serba serbi pening. Now, its getting better. Tq husband yang sanggup meredah hujan temankan saya carik baju. Sebenarnya walaupun husband tak kisah temankan, saya masih sedikit kekok ditemani lelaki membeli belah. Saya tak kisah temankan husband membeli barang dia, tapi untuk diri sendiri, saya masih rasa agak kekok sepertinya ada orang tunggu kita dan ini membuatkan saya rasa a bit rushing nak membeli. Sebab tu kadang-kadang saya suka membeli belah sorang-sorang kerana rasa lebih bebas dan tidak menyebabkan orang lain ternanti2. Mungkin perasaan sendiri saja, sebab saya ni bukanlah kategori kaki shopping. Beli barang secara berfokus, lepas tu saya nak cepat2 balik. Jadi, spend masa di shopping mall and membelek2 barang tu bukan saya. 

Dapatlah membeli jubah di satu kedai ini, warna kelabu. Ada jugak jubah yang berkenan tapi bila try baju tu, alahai, sebab jubah jenis cutting di pinggang, maka nampaklah diriku seperti dalam sarung nangka. Memang tak lepas inspection husband. Ahaks! Akhirnya satu baju polos kain lembut berwarna kelabu menjadi pilihan, ada various colours sebenarnya tadi, tapi husband kata ambik kelabu, maka ambiklah kelabu, satu sebab menghormati taste husband, kedua kerana memang saya takde baju kelabu. Walaupun mata tu macam ada jugak berkenan warna lain tadi. Tapi, itulah kompromi namanya. Kelabu pun okay jugak. Bila jubah dah polos, maka mendapat idea pulak nak carik tudung ariani. Saya ada sehelai koleksi tudung shawl ariani. Itupun bukan beli sendiri tapi hadiah daripada pelajar PhD yang habis pengajiannya. Bila pakai macam okay and senang bentuk and color pun nice, jadi saya try lah jenguk kedai Ariani di Bangi. 

So dapatlah 2 tudung ariani seperti gambar di atas ini. Banyak sungguh pilihan dan ini kali pertama saya jejaki kedai ariani di bangi. Kelabu jugak bijik mata sekejap. Hehe, harga pun slightly mahal daripada kedai2 tudung yg saya selalu beli. Tapi sesekali apa salahnya. Heh, ayat cover diri tu. Langkah kanan pulak! Saya tak tahu tengah ada sale sekarang ni tudung ariani. Tudung saya beli di atas ini normal price dia ialah RM200+ namun sekarang tengah sale termasuk tudung baru sampai, saya dapatlah harga sehelai RM119. Ha banyak jugak turun tu kan. Baru nak berjinak-jinak dengan tudung shawl, sebelum ini saya suka pakai instant double loop jer. Tengoklah, kalau mood and masa ada, bolehlah pakai shawl ni. Saya ambil masa sikit pakai shawl sebab tak biasa. Apapun, saya jarang nak obses dengan satu-satu jenama tudung, tapi ariani nampaknya lately berjaya menarik perhatian saya dengan koleksi tudung-tudungnya yang menarik dengan pelbagai warna, jenis dan corak yang menarik. Oleh kerana materialnya yang agak ekslusif, maka kena cuci tangan, and pakai syampu lembut saja. Huhu, untuk emak-emak yang busy dan tak punya masa, ini mungkin benda yang tak best untuk difikirkan. Tapi bagi yang tidak kisah asalkan bergaya, teruskan niat anda itu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...