Wednesday, November 24, 2010

syurga dunia genetik




suka betul tgk national geographic special ptg nie pasal pencari benih purba. dikala manusia tlh membina pelbagai kejuteraan genetik hijau dan menghasilkan pelbagai tanaman baru dgn pelbagai karakter hasil modifakasi gen, timbul persoalan ms tgk dokumentari tu..buat aper nak carik benih purba bila yg baru dan lebih bagus dah ader?? dlm dokumentari nie, sekumpulan penyelidik tu ker Turjikistan utk mencarik bijih benih kacang kuda liar.

rupernyer, saintis nie percaya biji benih purba yg tak diubah genetiknya tlh terbukti lasak dan bertahan lama sejak berkurun lamanya. boleh hidup dlm keadaan tanah yg gersang, kurang air dan kurang subur. walaupun tumbuhan genetik baru lebih sedap, hasil lebih banyak tapi msh ada kelemahan katanya spt tak bertahan lama dgn perubahan iklim yg mendadak spt pemanasan global skrg nie. tumbuh2an tu tak cukup masa utk berevolusi. tambahan pula, menjelang 2050 dikatakan bilangan manusia di bumi ini akan menjadi terlalu padat dan keperluan makanan akan menjadi sgt tinggi, jadi perlunya manusia memikirkan utk membangunkan tanah tidak produktif utk bercucuk tanam. dan akhirnya - mencari biji benih purba yg terkenal dgn sifat tahan lasak adalah sgt diperlukan.

setiiap perkampungan terpencil mrk  pergi akan ditanya benih aper yg ditanam. kebanyakan petani kata biji benih baru. last2 hari terakhir ekpedisi mrk terjumpa satu kawasan pergunungan yg penuh dgn kacang kuda liar. itu pun mrk dah hampir nak give up. menambah tuah hari itu, tribe yg mrk jumpa tu mmg ader menyimpan biji benih purba nie dan menurut mrk - inilah tanaman yg diusahakan oleh nenek moyang mrk sekitar 100-200 thn lalu. kampung tu mmg terpencil, kenderaan tak blh masuk..jadi teori saintis ni ialah makin terpencil kwsn tu, kemungkinan semakin asli/purba genetik benih yg mrk ada. 

mrk berjaya membawa pulang biji benih itu yg kemudiannya disimpan di tabung benih dunia di mana setiap benih2 penting dari seluruh dunia ader disimpan disitu sbg persiapan masa depan jika diperlukan. seorang saintis dlm dokumentari tu ada memberi bijih benih purba tu kepada kenalannya dari syria. kenalannya tu pulak tinggal dikwsn yg tandus. kawannya tu pun cuba tanam bijih benih tu. walaoooo ... bila dia dtg melawat sekali lagi, tanaman dari benih purba tu hidup subur di kawasan  yg gersang tu. 

kagum tul..

itulah pentingnya ilmu, tak kiralah betapa nampak tak signifikannya benda tu orang buat..pencari bijih benih purba..tapi kerja kecil2 mcm nie pun boleh memberi impak besar pd manusia sejagat

so kalu ader anak2 anda dtg membawa bakal menantu..jgnler hanya fikir

lawyer
doktor
arkitek
engineer semata2..

barangkali pencarik bijih benih purba itu jauh lebih besar sumbangannya pd msykt walaupun bunyinyer kureng prestij sikit

sy kira kalulah zmn dulu..ader anak2 depa bwk bakal menantu yg kerjanya pencari bijih benih purba nie..harus ditembak dgn senapang gajah..lagi teruk dari ahli musik!

1 comment:

Anonymous said...

hip! hip! horee!

awak pun tengok dokumentari itu? wah! baguslah. saya pun tonton dan merasa nikmat mendapat pengetahuan dan pengalaman hidup baru.

bagus betul encik ken itu `kan! menjalankan fardhu kifayah untuk umat sejagat. betapa banyak pahala yang dia dapat.

kalaulah boleh kita ikut encik ken dan rombongannya? cari sesuatu untuk umat dunia. benda kecil pun bawa manfaat sebesar-besarnya pada dunia dan umat manusia.

bagus! bagus! bagus! marilah kita bertepuk tangan untuk diri sendiri kerana menonton sesuatu yang baik dan memberi pengajaran dalam hidup.

hip! hip! horee!

nb

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...