Tuesday, November 23, 2010

Derhaka anak kerana harta






sepatutnya anak-anak berebut2 menjaga ibubapa, tapi skarang, sebaliknya berlaku, bukan berebut2 menjaga ibubapa tapi berebut2 harta pusaka ibubapa. selalu kita menyaksikan cerita spt ini di kaca tv, tapi ruper2nya apa yang kita anggap 'lakonan semata-mata' itu rupernya kenyataan pahit yg byk berlaku dlm msykt sekarang. 

bila ibubapa dah tua atau pun mati, keluar segala belang si anak ibaratnyer harimau yg menyembunyikan kuku. ibubapa berharta dilihat sebagai aset atau batu loncatan utk mendapatkan harta yg dikehendaki. sanggup mengasari dan mengecilkan hati ibubapa semata2 kerana nakkan harta. alahai sedihnyer...

benarlah, harta itu boleh menjadi fitnah dunia. pepatah ader membayangkan bebanan menjaga harta ini:

'harta dan kekayaan' perlu dijaga tuannya. TAPI ilmu itu insya allah akan menjaga pemiliknya. 

malah, kalu tak silap, Islam sendiri ader menyebut, harta dunia antara perkara yg akan membebankan manusia di akhirat kelak sebab akan dihitung setiap yg dibelanjakan itu, haram/halalnyer, berkat or tak berkatnya, mana dibelanjakan setiap sen itu, adakah utk kebaikan/mendekatkan diri dgn tuhan atau sebaliknya menjadikan kita kufur dan engkar pdNya. Orang2 soleh/solehan pd zmn nabi dulu walaupun kaya raya, mereka memilih kehidupan yg sgt sederhana kerana mrk takut nanti mrk akan diperhitungkan harta yg mrk miliki. silap2 boleh terheret ke neraka kerananya, nauzubillah. 

sy kira, amat penting utk ibubapa yg mempunyai anak2 mendidik anak2 mrk tentang hak mrk terhadap harta. kena awal2 terapkan nilai yg baik, spt mengutamakan kasih sayang sesama ahli keluarga lebih dari harta. bila dah dewasa sikit, diberitahu ttg hak setiap anak mengikut hukum2 yg sah agar anak2 tak tersilap menuntuk yg bukan hak mrk dikemudian hari. dan menulis wasiat semasa hidup dan memberitahunya dgn anak2 supaya sbrg kemusykilan dan bantahan dptlah diselesaikan sblm terlewat. 

bagi kita2 nie yg dah dewasa dan ader ibubapa, ingat2lah. elakkan diri menjadi anak derhaka hanya kerana harta. alangkah buruknya akibat jika ibubapa tidak meredhai titik peluhnya kita rebut demi kesenangan sementara..

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...