sekarang nie dah macam trend pulak dlm masyarakat kita dimana wanita-wanita 30-an ke atas untuk memiliki 'anak-anak ikan' atau couple/bela lelaki2 yang jauh lebih muda daripada mereka. ntah kenaper agaknya sukarlah utk difahami kerana sy mmg tak berminat lelaki lebih muda dari perempuan dlm mencari pasangan. tapi kalu dah terjodoh tu saper2 yg dapat lelaki lebih muda itu rezeki dan qada dan qadar tuhan. ader ler tu hikmahnyer.
yg menjadi masalah ialah kalu 'anak-anak ikan' nie sekadar utk berlibur. wanita yg berkerjaya dan berduit menabur kewangan dan kemewahan bagi mendapatkan perhatian mereka dan anak-anak ikan nie pulak sebagai balasan mendapat kemewahan material dari kasih sayang dan perhatian yg dicurahkan ke atas wanita-wanita ini. agaknyer sbb lelaki2 matured kat luar sana lebih berminat kat wanita2 yg muda jadi wanita2 matured nie ambik lelaki yg muda2 pulak dah.
muda dan matured takper. yg tak larat nak tahan biler perangai sebijik macam membela bayi 10 bulan...
sy pun mengaku memang berminat ngan anak-anak ikan nie dan sekarang nie pun sedang membela 3 ekor anak-anak ikan nie. Memang ini adalah pengakuan berani mati sy buat pertama kalinya di blog ini.
tapi jgnleer terus marah dan menghakimi sy kerana anak-anak ikan saya tu memang sebenarnya ANAK IKAN - guppies..kweng -kweng
comel-comel tau
1 comment:
hahhahaha..i like.....
Post a Comment