Sunday, January 18, 2009

Menangani kejauhan

Seorang rakan tiba dari Malaysia utk melanjutkan pelajaran ke Melbourne selama 3 tahun. Sebelum nie tak pernah sekalipun dia duduk berjauhan dari rumahnya di Gombak, sekolah kat Gombak, universiti pun kat Gombak. Alih2, kena terbang ke Melbourne 3 thn, tinggal pulak anak bini dan keluarga. Aduh, blh dibayangkan keadaannya. Homesick! walaupun dia keras tak mengaku. Berjanji jumpa dgn dia di Flinders station, first time tgk muka dia ..'homesick nie' dlm hati berkata.Bila dgr luahan hati dia, terbayang2 zaman thn 1998, bila kali pertama sy sendiri mengalami keadaan yg sama. Blh difahami keadaannya, blh dirasai perasaannya. Saya kata, takder ubat segera untuk apa yg u rasa skrg nie. Satu perkara perlu diingat, you kena expect benda nie akan berlaku; homesick, rindu org tersayang; rindu mskn emak/wife/etc; cari rumah tuk duduk; tak familiar tpt, cuaca, mskn, pendaftaran kursus, dan pelbagai lagi perkara2 yg harus diuruskan yg blh saja memberatkan lagi perasaan. Umpamanya berat mata memandang berat bahu memikul. Utk menyejukkan keadaan, sy ckp dgn dia, 'U dlm proses transisi penyesuaian, beri tempoh pada diri utk rasa selesa balik.' Ikut pengalaman peribadi, saya ambik masa 6 bulan utk benar2 familiar dan rasa okay. Kita mungkin belajar hafal jalan hanya dlm 3 bulan saja, tapi perasaan 'asing' tu kdg2 ambil masa lebih dari tu.

Saat2 mcm nie sokongan kawan2 dan keluarga penting. Kena lengkapkan diri sebaik mungkin. Kawan2 yg duduk berdekatan blh jadi pelega perasaan. Ia memberi kita rasa kelegaan dan kebiasaan, blh jadi tempat berkongsi pengalaman dan pedoman penunjuk jalan. Penunjuk jln tak terhad kepada belajar jalan (eg naik tram, train, bus etc) ia jugak blh bererti mcm mana you nak lead ur life here.

And jangan dilupa, gunakan seoptima mungkin kemudahan teknologi. Jangan jadikan jarak geografi penghalang kpd hubungan kita dgn org tersayang. Gunakan kemudahan tersedia sebaik mungkin spt telefon dan internet. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ada orang give up bila berjauhan, dia fikir itu penamat segalanya. Kalu dah jauh tu carik lainlah sbg peneman. Tapi fikiran mcm nie, menunjukkan ada satu kelompangan, sesuatu yg tak kena. Org yg mengasihi seikhlas hati akan berusaha dekat dgn tersayang. Jarak kejauhan memang menyedihkan, menyusahkan (tak dinafikan), tapi ia tak dijadikan alasan utk merenggangkan hubungan. Bila orang yg kita sayang, berinitiatif dan berusaha utk mengekalkan kerapatan yg ada, walaupun dihalangi oleh faktor kejauhan, ia sbnrnya petunjuk jelas dimana dia meletakkan kita dlm hatinya.

Walau hanya dgn 'hello''hai' atau utusan email yg ringkas, ia memberi kesan perasaan tersendiri pada penerima.

Berpandangan positif pun perlu dlm menghadapi kejauhan. Bila kita meletakkan harapan yg optimistik, secara tak langsung ia memberi jiwa kekuatan utk menempuh saat2 kesukaran. Ingatlah, terowong gelap dah hitam ini akan ada cahaya dipenghujung jalannya. Ia cuma perlukan keberanian, kekuatan dan kesabaran utk melaluinya. Tak selamanya berada dlm kegelapan/kesusahan. Segalanya ada penyudah. Dan doakan penyudah yg baik-baik.

Dan alangkah bertuah bagi orang yg berjauhan, mempunyai keluarga dibawa bersama. Ia sebaik2 penyokong moral dan emosi. Bagi yg single mingle (like me), kawan2 terdekat lah yg menjadi keluarga dan sahabat saat suka dan senang. Memang takkan sama seperti punya keluarga sendiri, tapi it is better than nothing. Disini, saya belajar menerima kehidupan seadanya. Apa yg saya hadapi hari itu, apa yg saya ada di hadapan mata saat itu, saya terima dgn berlapang dada. Dan saya cuba laluinya dgn redha. Kalu ingatkan jauh dari semua org tersayang, nescaya sehari pun saya takkan mampu melalui jarak kejauhan dan perpisahan ini.

Memang kadang2 rasa rindu sgt, tapi kalau terlalu mengikut perasaan, merana diri. Cepat2 saya 'alihkan fikiran/perasaan' tu dan fokus pada benda lain yg lebih perlu. Pendek kata, sibukkan diri dgn aktiviti2 sihat. Sekurang2nya ada perkara blh dilaksanakan dari melayan perasaan. Bukan blh balik pun kan..itulah cara saya menangani homesick/rindu bila berjauhan nie.

Tak semuanya negatif. Kita kena berfikiran positif. Ada hikmah utk ini semua. Tak dijadikan hidup dan peristiwa2 dlm hidup kita utk sia2. Bukalah hati dan renung dalam2. Bukankah pengalaman hidup itu sebaik2 guru dlm kehidupan? Dan kesusahan dan cabaranlah yg mampu menjadikan seseorang itu lebih baik dari sebelumnya dan bukan kesenangan spt yg disangkakan.

Bak kata Plato: kesusahan akan mengelokkan jiwa sebanyak hidup yang dirosakkannya. Manakala kesenangan akan merosak jiwa sebanyak hidup yg diperbaikinya.'

katanya lagi:

'kesenangan itu bagaikan malam, kerana anda tidak pernah berfikir panjang tentang apa yang anda berikan atau apa yg anda dapat. Dan kesusahan itu bagaikan siang sbb anda melihat dgn jelas apa yg anda usahakan dan apa yg diusahakan oleh pihak lain.'


Dan, hargailah orang yg berjauhan dari kita tapi tak mengubah apa2pun akan caranya memandang kita. I'm grateful to have such person/people in my life. Kerana, mereka pun pada satu sisi yg lain, berkorban tuk kita dgn cara mereka sendiri.

Hanya diperlukan, sedikit kesabaran...camar akhirnya akan pulang..

i thank you,
for being my love
my soulmate
my friend
my everything..



2 comments:

Unknown said...

homesick? seme org melaluinya, sekali pun anak kecil....skrg pun akak trkena, rindu kt semenanjung plak...

Doralin Lee said...

Aku pun Homesick nie.......... dah tiga tahun aku terbuang kat Hulu Selangor nie... entah bila dapat transfer balik Utara... I memang faham sangat sangat la penyakit 'homesick' tu sebab i memang sedang mengharunginya kini... Aduh!!!!!!!!!!

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...