Thursday, January 22, 2009

My personality test..how true it is??

Okay, dah nak collapse dpn komputer, i need to chill out for a while. I did this interesting personality test on the internet and i got this result - i'm a sensitive doers personality. What? sensitif ker? ikiki..doers tu i dont know exact meaning-nyer dlm bahasa Melayu. Kalu ikut kamus english Oxford - org yg suka membuat sesuatu dan tidak hanya memikir atau bercakap ttgnya. Hmmm, mungkin ada betul as i tak suka fikir mslh. Kalu ada problem, i lebih ingin mengatasinya segera dari memberatkan kepala fikir semata2. Settle mslh lebih produktif dari fikir2 dan sedih. That's me. Stakat mana benarnya test nie to reflect me? A-ha, saper tau??
SD - individu yg lembut, sederhana dan suka memendam rasa. Mereka mampu menangani kehidupan seharian dgn baik serta sukakan privasi. Dgn sifat pendiam dan optimistik, mrk juga seorang pendengar yg baik, membuatkan yg lain berasa senang bila bersamanya. Individu jenis ini mudah didekati dan peramah. Mereka juga digambarkan sbg seorang yg mempunyai sifat toleransi dan kompromi. Sangat mengambil berat, pemurah dan sentiasa mahu membantu. Mereka juga bersifat terbuka dan gemar mencuba sesuatu yg baru atau belum diketahui. Bagaimanapun, sekiranya dilukai, mereka blh bertindak mengejut dan memeranjatkan, tegas dan asertif.
SD suka menikmati hidup seoptima mungkin. Mereka menjalani kehidupan seharian dgn lapang dada. Biasanya individu SD seorang yg berseni dan berbakat dlm kraftangan. Kreativiti, imaginasi dan ketajaman persepsi adalah antara ciri yg menonjol bagi SD. SD adalah individu yg menikmati hidup seadanya; pelan jangka panjang dan perancangan kurang menarik minatnya. Kehidupan mereka dilalui seadanya serta fleksibel pada perubahan-perubahan semasa. Mereka kurang suka kepada rutin dan sesuatu kebiasaan yg blh dijangkakan. Potensi mereka akan lebih terserlah sekiranya diberikan peluang berkerja dalam situasi yg lebih bebas dan tidak terikat. Mereka individu yg suka bekerja sendiri; sekiranya bekerja dlm kumpulan, SD tidak gemar terlibat dlm politik kumpulan ataupun persaingan. Mereka lebih sukakan kerjasama dlm persekitaran yg harmoni dan terbuka.

SD berpuas hati dgn bilangan kawan yg kecil. Apa yg penting adalah keakraban berbanding kuantiti hubungan sosial yg ada. Mereka seboleh2nya mengelakkan konflik, perkelahian atau pertentangan pendapat tetapi tegas dlm menghadapi situasi tersebut. SD kebiasaannya sangat menyayangi haiwan dan pandai melayan kanak-kanak. Sebagai pasangan, SD adalah individu yg setia, boleh dipercayai serta sanggup berhabis utk psgnnya. Saling menghormati dan toleransi adalah sangat penting bagi individu SD. SD menunjukkan kasih sayang dengan sikap ambil berat dan pemberian hadiah. Mereka sensitif terhadap keperluan pasangan - malah blh mengatasi keperluan diri mereka sendiri. Bagaimanapun, sekiranya bertemu dgn individu yg salah, mereka menghadapi risiko dipergunakan atau diambil kesempatan. Jika itu berlaku, mereka blh menjadi sangat terluka.

Perkataan-perkataan yg menggambarkan individu SD

introvert, praktikal, spontan, emosional, sensitif, sukakan keharmonian, suka memendam perasaan, lembut, berdikari, empati, peramah, suka bergurau/berjenaka, sukakan kebebasan, mudah bersimpati, pendiam, relaks, sederhana, setia, patuh, mengambil berat, suka membantu, optimistik, pleasure-loving.

4 comments:

alyong said...

i think that quite true about your personality that i know. what website did you visit? can i try it?
i at my hometown now. Celebrating CNY. Good day.

Cengkih78 said...

hi yong, glad that ur here

if you are interested, here the website:

www.ipersonic.com

xueria said...
This comment has been removed by the author.
xueria said...

also can try with astrology.com

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...