Tuesday, January 27, 2009

Shoulder to cry on


Hari nie, sedang leka buat keje dpn laptop, ada sms msk, bertanya satu soalan menarik.

"Wajarkah saya memberikannya kaunseling". Friend of mine, menjadi telinga dan bahu utk menangis dan mengadu domba dan resah jiwa. Tak segera dijawab, tengah memikir jawapan sesuai. Akhirnya begini sy menjawab.

"Bukan kaunselor sajer yg blh bagi nasihat berguna. Sy percaya pengalaman you and paling penting hati yg ikhlas mahu membantu akan selalu dpt menolong jiwa yg memerlukan."Justify Full

Kaunselor itu profesion, tukang nasihat yg tlh dikomersilkan, kalu blh dikatakan begitu. Yg tlh menerima sedikit sebanyak ilmu menasihat formal, timur dan barat, barangkali. Tapi, sesiapa pun jua, blh menjadi penasihat dan pendengar mslh yg baik kerana akar umbi pada prinsip menolong sbnrnya terletak pd keikhlasan membantu dan mendengar. Prinsipnyer jelas, asal ada niat utk kebaikan dlm menolong, insya allah, kebaikan jugalah akan kedapatan. Sy tak memandang ringan pengalaman. Pengalaman selalu jadi guru berguna. Lagi byk pengalaman seseorang itu ttg hidup, lagi byk onak duri ditempuhnya, lagi byk gagal/berjaya ditempuhnya, lagi berwibawa dia dijadikan rujukan dan panduan. Sbb tu org tua2 selalu kata, dgr ckp org tua, sbb dah makan garam dulu dari kita. hehehe..

kdg2 kita dahagakan jiwa yg blh mendengar isi hati. bila tak tahu nak ckp aper, cukuplah dgn mendengar. the best way to show your understanding is to listen, and listen carefully. ia jarang mengecewakan.

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...