Thursday, December 17, 2020

TADIKA --- Besar sudah anak ku


Engkau Yang Mulus dan Menghiburkan Hati


Tiga tahun lalu, ketika hantar dia ke taska buat kali pertama, memang rasa sayu sebab tinggalkan dia di bawah jagaan orang lain. Tapi apakan daya demi sesuap nasi.

Tup-tup dah 3 tahun Muaz di taska yang sama dan kini masanya tiba untuk menginjak naik ke tadika pula. Cepatnya masa berlalu kan. 

Semenjak dua menjak ni banyak berfikir tentang kesihatan adiknya. Now adiknya dah okay, fikir pulak tentang Muaz. Dah Disember baru saya teringat saya perlu fikirkan ke mana Muaz akan pergi tahun hadapan.

Jika kiraan tahun, Muaz dianggap sudah 4 tahun. Taska sekarang sudah sampai had maksimum di sana iaitu 3 tahun. Jika diteruskan menghantar dia ke sana, maka terasa pulak anakku ini ketinggalan nanti. 

1. Dia dah terlebih usia di sana, nanti bergaul dengan babies and adik2 cekidis saja. 

2. Pengasuh bukan option kerana dia sudah terbiasa di taska. Takkan masih nak tinggalkan dia dengan pengasuh pula sedangkan sudah ramai rakan seusianya menginjakkan kaki ke playschool? 

Maka keseraman melanda diriku..takut pula jika tidak mengambil endah hal ini, maka Muaz akan ketinggalan.

Gigihlah sehari dua ini mencari tempat yang sesuai. Tapi SESUAI tidak semudah mencari kek coklat idaman hati. Banyak perkara pula perlu difikirkan.

1. Lokasi - dekat tempat kerja, jgn terlalu jauh nanti Muaz selalu lewat sampai. Kesian pulak.

2. Dekat dengan pengasuh adiknya - ni bab lain yang perlu fikiran serius jugak. Dalam kepala tengah terbelah dua - nak taska atau pengasuh?? Doctor tidak mengesyorkan taska kerana potensi infeksi lebih tinggi bila ramai budak satu tempat. 

3. Tadika/pengasuh kena sejalan dengan tempat kerja. Jika tidak, maka lebih masa diambil untuk berpatah balik menuju ke tempat kerja. Mungkin akan lewat pula sampai ke pejabat. 

Jadi, tidak semudah itu memilih tadika yang SESUAI.

Tapi berjaya mendaftarkan Muaz ke tadika PASTI. Kenapa pasti? Memang ada carik tadika lain seperti Little Caliph dan Al Baghdadi, tapi faktor lokasi pula yang tidak sesuai. Rasanya tadika2 ini tengah in sekarang sebab anak boleh belajar bahasa English dan Islamic teaching pada masa yang sama.

Tapi merasionalkan pilihan sendiri juga, Muaz baru saja 3 tahun nak masuk 4 tahun. Biarlah awal-awal ini dia diasuh dengan nilai Islam sekurang-kurangnya setahun. Bukan nak serius sangat pun. Nak dia main sambil belajar.

Mungkin nanti, bila dah umur 5 tahun/6 tahun, boleh difikirkan kembali ke mana hala tuju seterusnya. 

Bila fikir dia nak masuk tadika ni, sebak pulak terasa. Semakin besar anak bujang tu. Sekarang ini masih bermanja dengan mama, masih nak didukung, masih nak dipeluk dan kadang-kadang cemburukan adiknya dapat perhatian. Kadang-kadang olahannya memang bikin diriku jadi dinasour, tapi bila fikirkan balik seperti skrg ini, momen2 itu bakal menghilang sedikit demi sedikit. Tiada lagi rengekan nak kita dukung dia dari belakang, nak susu dan tidur nak bersebelahan. Masa itu cepat sekali akan pergi. Nanti bila dah sekolah, akan tidur asing..bermula era baru..dia makin belajar untuk dewasa. 

Benarlah, setiap milestones anak-anak kita adalah satu momen yang menyebakkan, kerana kita melihat anak kita membesar dengan pantas, secepat masa berlalu. Masa yang pergi..tinggalkan memori yang kita rakamkan bersama semasa mereka kecil. Jadi, manfaatkanlah masa yang ada ini, sewaktu mereka kecil, untuk mencipta momen2 bahagia buat memori mereka apabila besar nanti. Moga ingatan mesra itu, adalah monumen, ada kehangatan dan kasih sayang untuk diingati. 

Oh anak, membesarlah. Ku buat yang terbaik untuk mu, hanya doa yg mampu ku titip agar kau membesar dengan lindungan Allah dan Allah berikan kau sebaik2 jalan untuk membesar menjadi orang bermanfaat untuk masyarakat.

Inilah, jalan-jalan hidupmu, sedang kau cipta..dan moga Allah membimbing ku memberikan kau jalan terbaik. Dunia akhirat. 



No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...