Wednesday, December 2, 2020

Pagi Dengan Bersyukur


Caldera Sunrise Camping, Kubupenlokan – Updated 2020 Prices

Salam Selamat Pagi,

Melihat kepada statistik terkini COVID-19 yang positif di negara kita Malaysia, nampaknya masih jauh untuk kita menjangkakan bilalah agaknya akan habis tempoh PKPB kita atau PKP secara keseluruhan. Saya masih lagi WFH dengan menjaga 2 anak kecil + warga emas iaitu ibu saya. Bukan mudah nak menyeimbangkan tanggungjawab rumahtangga dan bekerja dari rumah pada masa yang sama, tanpa pengasuh atau orang gaji. Tapi, positifkan diri, kita redah ajer dan buat sebaik mungkin. 

Saya nak highlightkan satu perkara yang baik untuk kesejahteraan diri kita iaitu memulai pagi dengan rasa syukur. Jangan buka mata dan menghitung masalah, tapi bangun, solat subuh dan selepas itu hitunglah nikmat-nikmat Allah yang kita sedang nikmati sekarang...

Tubuh yang sihat -- check!

Ada suami -- check!

Anak yang sihat membesar depan mata -- check!

Ada kerja yang halal dan tak terjejas akibat covid-19 -- check!

Ada rumah selesa untuk berteduh -- check!

Ada kereta yang bagus untuk bergerak ke sana ke mari -- check!

and the list is on and on..


Benarlah Allah cakap, jika kita senaraikan satu-satu nikmat Allah nescaya kita tidak terhitung nikmat itu. Jadi, pada masalah dan ujian yang sedikit itu, hadapilah dengan sabar sambil mencari jalan keluar. In sha allah dengan izinNya akan dipermudahkan.

Ada beberapa tips yang saya cuba amalkan kebelakangan ini demi untuk mencapai keseimbangan hidup dan memperolehi jiwa yang lebih berlapang dada dalam semua perkara:

1. Tahajud. 

2. Baca quran - walau sepotong ayat.

3. Sedekah subuh

4. Zikir pagi 

5. Doakan kebaikan kepada orang lain (even org yg membenci kita)


Saya masih jauh dari sempurna, banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Namun, point di sini ialah, kita mulai hari dengan perkara-perkara baik, bermula dengan menghidupkan roh hubungan kita dengan Allah swt. Dalam bait-bait zikir dan doa, semuanya yang terlafaz adalah kata-kata positif. Mudahan dengan izinNya kita lalui hari tersebut dengan penuh rahmat dan keberkatan.


Saya doakan anda yang membaca ini dikurniakan hari yang sejahtera dan diangkat kesulitan (jika ada). Jika anda lemah dikuatkan, jika dalam kebuntuan diberi jalan keluar. Aaamin. 






No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...