Monday, April 27, 2009

Menangani kebimbangan

salah satu buku yg memberi impak yg agak bsr dlm hidup sy ialah buku tulisan Dale Carnegie bertajuk 'How to stop worrying and start living.' Ia buku yg praktikal dan diadaptasi dari kehidupan seharian dan permasalahan biasa kehidupan individu dlm msykt. walaupun begitu, peliknya, sy tidak menyimpan buku ini sbg koleksi. sy ada membelinya tapi sy hadiahkan kepada seseorang yg saya rasakan pada waktu itu - terlalu kerap memikirkan perkara2 tak sepatutnya hingga menjadikannya individu cepat tertekan.

buku tu antaranya membincangkan bagaimana kebanyakan manusia menderita memikirkan kemungkinan2 mslh. tak salah memikirkan mslh, yg menjadi pokok persoalannya ialah bila kita menjadi risau berpanjangan krn mslh tu tanpa kita ambil ikhtiar utk mengatasinya. yg kita lebih tekankan ialah - bagaimana mslh itu membuatkan kita risau berpanjangan.

stephanie dowrick dlm bukunya pernah berkata antara lain - org yg menganggap mslh sbg cabaran utk ditangani akan lebih mampu menghadapi mslhnya berbanding individu yg mengganggap mslh itu sbg - hal yg merungsingkan.

buku Dale Carnegie ini memberi impak kpd sy dari aspek cara sy melihat dan menangani mslh. ia membantu sy lebih memfokus kpd selesai mslh, bukan merisaukan mslh. ada satu tips di dalam buku itu yg saya amalkan sehingga skrg.

1. tuliskan masalah/cabaran yg anda hadapi
2. senaraikan apakah kemungkinan paling buruk blh berlaku rentetan dari mslh itu
3. bersedia menghadapi kemungkinan buruk tersebut
4. senaraikan strategi anda blh lakukan utk mengelak dari mengalami kemungkinan2 tersebut
5. laksanakan strategi2 yg disenaraikan itu.

list no 2 and 3 itu pd sy penting sbg persediaan psikologi. kita tidak mengharapkan yg terburuk itu, tetapi dgn melihat secara realistik kemungkinan yg blh terjadi, kita bersedia scr mental. jadi sekiranya ia benar2 berlaku, kita sudah menjangkakannya, takdelah terkejut sehingga kita sukar menerima. yg menjadi mslh pd segelintir individu ialah dia hanya memikirkan satu keadaan yg diharapkannya dan tidak memikirkan satu lagi keadaan yg tidak disukainya. kerana itu jika yg tidak diharapkannya itu berlaku, dia menghadapi kesukaran menerima dan memberi lebih byk kesan buruk kemudiannya.

dan menurut Carnegie, bila kita sedar kemungkinan buruk yg blh terjadi dan kita laksanakan langkah2 sepatutnya utk mengelak dari menghadapi keadaan itu, maka hasilnya selalu positif.

bersikap toleransi atau terbuka terhadap kemungkinan2 kegagalan bukan sesuatu yg negatif. ia bertindak sbg perisai benteng diri utk lebih bersifat 'survival' menghadapi ketidak tentuan dlm kehidupan. ia membuat kita lebih terbuka pada setiap kegagalan dan kejayaan kerana kecemerlangan hidup kita adalah kombinasi kedua2nya.

4 comments:

Alice said...

betul tu..mmh..memang betul

Cengkih78 said...

hi amoi..

♥ shiMawar ♥ said...

erm..bgimana plak nk atasi bimbang yg trjadi kerana ade rase xpercaya..?kdg2 rase xsng ati..wlupn pihak lg 1 tu brckp benar, tp ttp rase yg die menipu n bimbang die menipu.. :(

Cengkih78 said...

salam shi,

bila melibatkan individu lain nie, rasanya sebaik mungkin ialah berbincang apa kita rasa. tapi dua2 pihak kena terbuka lah utk mendengarnya, takderlah nak bersifat defensif ke aper. sbb keraguan dan was2 tu kdg2 sekdar mainan perasaan tapi kdg2 ia pun betul jugak krn naluri seorang wanita tu lebih kuat utk mengesan perubahan2.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...