Friday, December 25, 2020

Sedekah Subuh

Salam awal pagi semua,


13 ways to give to charity without breaking your budget


5 minit sharing. Okay hari ni nak share somethng different dari kebiasaan saya [skincare products/routine]. Hari ini saya nak cerita satu perkara yang saya amalkan dalam sebulan dua ini iaitu mengamalkan sedekah subuh.

Saya mula mengamalkan ini bila ada kawan yang mentioned and saya cari ceramah agama di Youtube berkenaan sedekah subuh dan kebaikannya. So, saya ambil inisiatif cari bekas biskut plastik dan jadikan ia sedekah subuh saya. So saya try amalkan setiap hari semasa waktu subuh untuk masukkan duit di dalamnya, tak kisah berapa pun. kadang-kadang banyak, kadang-kadang sedikit. Beberapa saranan yang diberikan ialah, lakukan sebelum melakukan apa-apa aktiviti pagi itu dan niatkan dalam hati apa yang kita harapkan manfaat dari sedekah itu misalnya moga dipertemukan jodoh tahun ini, moga dapat naik pangkat, moga demam anak sihat, atau apa-apa ajer. Sebenarnya digalakkan bersedekah setiap selepas solat namun jika tidak mampu, boleh pilih sedekah subuh.

Sedekah itu pahalanya besar, boleh menjadi asbab kita terhindar dari musibah dan asbab makbulnya doa-doa kita. 

Saya baru habis satu cycle sedekah subuh saya. Semalam tabung saya dah penuh dan saya bagi kat husband untuk disedekahkan duit itu di surau atau rumah anak-anak yatim. Now i am starting from zero balik. Husband pun rajin masukkan duit dalam tabung itu. 

Psychologically, bila dapat sedekah itu, kita rasa happy dengan diri. Mungkin sebab kita berjaya buat sesuatu kebaikan untuk hari itu. 

Buatlah walaupun sedikit kebaikan, setiap hari...kecil pun takper. we start small..

selamat beramal.

Sunday, December 20, 2020

Bila Kulit Muka Jerawat dan Kusam - Toner penyelamat

 

Salam hujung minggu..


Dalam thread lalu saya ada bercakap tentang toner(s) yang saya beli. Setelah terpengaruh dengan review yang kaboom dari skincare influencers such as Hyram, Liah Yoo dan Beauty Within, maka saya pun membelilah. After a while, apa khabar toner2 tu ye?? Ni nak khabarkan..

Ada toner2 ini yang saya konsisten memakainya, ada yang saya pakai sekejap lepas tu dah jarang pakai. Mungkin yang jarang pakai ni saya akan pass kan ajer kepada my sis nanti bila dia datang ke rumah. Saya nak highlightkan hari ini 2 toner yang saya pakai dgn konsisten jugak, walaupun bukan setiap hari tapi akan saya capai bila saya rasa kulit muka memerlukannya. Some by mi ni brand korea yang agak femes di Malaysia. Toner BHA, AHA, PHA + niacinamide ni kalau ikut label boleh pakai hari-hari namun saya mengambil langkah selamat, iaitu memakaikan 2/3 kali seminggu kerana ia kategori exfoliator. Exfoliator ini baik untuk membantu munculnya sel baru muka yang lebih sihat selain membersihkan liang roma muka daripada lebihan minyak dan kekotoran. Selalunya satu produk ada satu atau dua komponen exfoliator sahaja tapi some by mi ni ada 3 sekaligus. Toner jenis exfoliator perlu digunakan berkala berbanding setiap hari kerana bila overdo it, akan nipiskan kulit, rosakkan skin barrier kulit dan..takkan nak bersalin kulit setiap hari kot!! Guna berlebihan boleh menjadikan kulit mengalami iritasi, purging dan bukan lebih sensitif. So guna dengan berhati-hati dan sederhana.

Toner some by mi ini saya akan pakai bila saya ada jerawat di muka. Maka saya akan pakai toner ini lebih kerap untuk 2/3 hari sampai jerawat nampak kecut, maka saya akan guna toner hidrasi/melembap selepas itu. Saya banyak guna toner ini bila jerawat muncul kerana kandungan bahan aktifnya sedikit and ada niacinamide maka kulit masih akan lembap.  Memang membantu ye, jerawat jadi cepat kecut dan tidak lagi sakit. 



Toner exfoliator kedua yang saya guna ialah dari brand krave beauty - kale-lalu-yaha. Nak sebutnyer macam kita sebut Hallelujah!! Ha gitu. So far, ini toner exfoliator terbaik pernah saya pakai. Honestly. Bahan aktif utama ialah AHA sebanyak 4.5%. So agak tinggi kandungan AHA dalam toner ini, justeru JANGAN PAKAI HARI-HARI. Bila pakai toner ni memang terasa kulit kita panas sedikit tapi sekejap ajer, just for a few seconds. Pakai hanya waktu malam sahaja untuk 2/3 kali seminggu. Bila pakai itu, boleh nampak kesan almost immediately, kulit nampak lebih cerah, bersih dan berkilat. Esok pagi bila bangun kulit nampak lebih segar. 

Saya akan berselang seli pakai toner exfoliator ini dengan toner laneige skin refiner. Selepas menggunakan toner yang agak kuat bahan aktifnya, saya akan pakai next day itu toner yang dapat cool kan balik kulit wajah. Jadi kita dapat minimakan reaksi kulit yang negatif.

Satu perkara yang perlu diingat ialah bila memakain toner atau skincare yang ada bahan aktif, sunscreen adalah wajib. 

saya rasa kesedaran orang kita tentang sunscreen masih rendah. Orang kita tak kisah berhabis untuk alat make up tapi berkira untuk sunscreen sedangkan sunscreen inilah yang melindungi kulit dari ancaman UV yang menimbulkan pelbagai masalah kulit muka. Saya pernah menonton satu temubual tv bersama pakai dermatologi dan bila ditanya apa satu perkara yang disarankan kepada orang awam berkaitan penjagaan muka. Dia cakap SUNSCREEN!! Jadi jangan berkira untuk memilih sunscreen terbaik untuk muka/badan. Dah penat lelah pakai toner, serum, moisturiser bagai takkan kita biarkan kulit togel tanpa perlindungan suncreen pulak, sia2 ajer kita mengamalkan rutin kecantikan setiap hari kan. Sunscreen berapa SPF tidak penting, yang penting ialah setiap 2/3 jam kita ulang balik pakai sunscreen. 

itu saja perkongsian saya serba ringkas


Thursday, December 17, 2020

TADIKA --- Besar sudah anak ku


Engkau Yang Mulus dan Menghiburkan Hati


Tiga tahun lalu, ketika hantar dia ke taska buat kali pertama, memang rasa sayu sebab tinggalkan dia di bawah jagaan orang lain. Tapi apakan daya demi sesuap nasi.

Tup-tup dah 3 tahun Muaz di taska yang sama dan kini masanya tiba untuk menginjak naik ke tadika pula. Cepatnya masa berlalu kan. 

Semenjak dua menjak ni banyak berfikir tentang kesihatan adiknya. Now adiknya dah okay, fikir pulak tentang Muaz. Dah Disember baru saya teringat saya perlu fikirkan ke mana Muaz akan pergi tahun hadapan.

Jika kiraan tahun, Muaz dianggap sudah 4 tahun. Taska sekarang sudah sampai had maksimum di sana iaitu 3 tahun. Jika diteruskan menghantar dia ke sana, maka terasa pulak anakku ini ketinggalan nanti. 

1. Dia dah terlebih usia di sana, nanti bergaul dengan babies and adik2 cekidis saja. 

2. Pengasuh bukan option kerana dia sudah terbiasa di taska. Takkan masih nak tinggalkan dia dengan pengasuh pula sedangkan sudah ramai rakan seusianya menginjakkan kaki ke playschool? 

Maka keseraman melanda diriku..takut pula jika tidak mengambil endah hal ini, maka Muaz akan ketinggalan.

Gigihlah sehari dua ini mencari tempat yang sesuai. Tapi SESUAI tidak semudah mencari kek coklat idaman hati. Banyak perkara pula perlu difikirkan.

1. Lokasi - dekat tempat kerja, jgn terlalu jauh nanti Muaz selalu lewat sampai. Kesian pulak.

2. Dekat dengan pengasuh adiknya - ni bab lain yang perlu fikiran serius jugak. Dalam kepala tengah terbelah dua - nak taska atau pengasuh?? Doctor tidak mengesyorkan taska kerana potensi infeksi lebih tinggi bila ramai budak satu tempat. 

3. Tadika/pengasuh kena sejalan dengan tempat kerja. Jika tidak, maka lebih masa diambil untuk berpatah balik menuju ke tempat kerja. Mungkin akan lewat pula sampai ke pejabat. 

Jadi, tidak semudah itu memilih tadika yang SESUAI.

Tapi berjaya mendaftarkan Muaz ke tadika PASTI. Kenapa pasti? Memang ada carik tadika lain seperti Little Caliph dan Al Baghdadi, tapi faktor lokasi pula yang tidak sesuai. Rasanya tadika2 ini tengah in sekarang sebab anak boleh belajar bahasa English dan Islamic teaching pada masa yang sama.

Tapi merasionalkan pilihan sendiri juga, Muaz baru saja 3 tahun nak masuk 4 tahun. Biarlah awal-awal ini dia diasuh dengan nilai Islam sekurang-kurangnya setahun. Bukan nak serius sangat pun. Nak dia main sambil belajar.

Mungkin nanti, bila dah umur 5 tahun/6 tahun, boleh difikirkan kembali ke mana hala tuju seterusnya. 

Bila fikir dia nak masuk tadika ni, sebak pulak terasa. Semakin besar anak bujang tu. Sekarang ini masih bermanja dengan mama, masih nak didukung, masih nak dipeluk dan kadang-kadang cemburukan adiknya dapat perhatian. Kadang-kadang olahannya memang bikin diriku jadi dinasour, tapi bila fikirkan balik seperti skrg ini, momen2 itu bakal menghilang sedikit demi sedikit. Tiada lagi rengekan nak kita dukung dia dari belakang, nak susu dan tidur nak bersebelahan. Masa itu cepat sekali akan pergi. Nanti bila dah sekolah, akan tidur asing..bermula era baru..dia makin belajar untuk dewasa. 

Benarlah, setiap milestones anak-anak kita adalah satu momen yang menyebakkan, kerana kita melihat anak kita membesar dengan pantas, secepat masa berlalu. Masa yang pergi..tinggalkan memori yang kita rakamkan bersama semasa mereka kecil. Jadi, manfaatkanlah masa yang ada ini, sewaktu mereka kecil, untuk mencipta momen2 bahagia buat memori mereka apabila besar nanti. Moga ingatan mesra itu, adalah monumen, ada kehangatan dan kasih sayang untuk diingati. 

Oh anak, membesarlah. Ku buat yang terbaik untuk mu, hanya doa yg mampu ku titip agar kau membesar dengan lindungan Allah dan Allah berikan kau sebaik2 jalan untuk membesar menjadi orang bermanfaat untuk masyarakat.

Inilah, jalan-jalan hidupmu, sedang kau cipta..dan moga Allah membimbing ku memberikan kau jalan terbaik. Dunia akhirat. 



Wednesday, December 2, 2020

Pagi Dengan Bersyukur


Caldera Sunrise Camping, Kubupenlokan – Updated 2020 Prices

Salam Selamat Pagi,

Melihat kepada statistik terkini COVID-19 yang positif di negara kita Malaysia, nampaknya masih jauh untuk kita menjangkakan bilalah agaknya akan habis tempoh PKPB kita atau PKP secara keseluruhan. Saya masih lagi WFH dengan menjaga 2 anak kecil + warga emas iaitu ibu saya. Bukan mudah nak menyeimbangkan tanggungjawab rumahtangga dan bekerja dari rumah pada masa yang sama, tanpa pengasuh atau orang gaji. Tapi, positifkan diri, kita redah ajer dan buat sebaik mungkin. 

Saya nak highlightkan satu perkara yang baik untuk kesejahteraan diri kita iaitu memulai pagi dengan rasa syukur. Jangan buka mata dan menghitung masalah, tapi bangun, solat subuh dan selepas itu hitunglah nikmat-nikmat Allah yang kita sedang nikmati sekarang...

Tubuh yang sihat -- check!

Ada suami -- check!

Anak yang sihat membesar depan mata -- check!

Ada kerja yang halal dan tak terjejas akibat covid-19 -- check!

Ada rumah selesa untuk berteduh -- check!

Ada kereta yang bagus untuk bergerak ke sana ke mari -- check!

and the list is on and on..


Benarlah Allah cakap, jika kita senaraikan satu-satu nikmat Allah nescaya kita tidak terhitung nikmat itu. Jadi, pada masalah dan ujian yang sedikit itu, hadapilah dengan sabar sambil mencari jalan keluar. In sha allah dengan izinNya akan dipermudahkan.

Ada beberapa tips yang saya cuba amalkan kebelakangan ini demi untuk mencapai keseimbangan hidup dan memperolehi jiwa yang lebih berlapang dada dalam semua perkara:

1. Tahajud. 

2. Baca quran - walau sepotong ayat.

3. Sedekah subuh

4. Zikir pagi 

5. Doakan kebaikan kepada orang lain (even org yg membenci kita)


Saya masih jauh dari sempurna, banyak lagi kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Namun, point di sini ialah, kita mulai hari dengan perkara-perkara baik, bermula dengan menghidupkan roh hubungan kita dengan Allah swt. Dalam bait-bait zikir dan doa, semuanya yang terlafaz adalah kata-kata positif. Mudahan dengan izinNya kita lalui hari tersebut dengan penuh rahmat dan keberkatan.


Saya doakan anda yang membaca ini dikurniakan hari yang sejahtera dan diangkat kesulitan (jika ada). Jika anda lemah dikuatkan, jika dalam kebuntuan diberi jalan keluar. Aaamin. 






Saturday, October 10, 2020

Toner Review: Laneige Skin Refiner

 

Selamat Pagi Semua,


Selamat berhujung minggu dan semoga kehidupan hari ini bermula dengan fikiran positif, amalan positif dan semoga perkara yang baik-baik akan meliputi kehidupan kita sehingga ke malam hari. Aaamin.

Hari ini saja nak share tentang skincare yang saya tengah pakai sekarang. Specifically saya nak bercakap tentang...toner!!




Ha gitu, tak surelah kot-kot ada yang terkejut tengok saya ada sehingga 5 toner! Setelah bertahun-tahun lamanya saya 'hidup' hanya dengan satu toner, now saya ada 5 jenis toner dalam regime jagaan wajah saya. Ini adalah penangan MCO jugak rasanya. Masa yang banyak di rumah memberi kesempatan untuk saya explore skincare products. Ini membawa saya kepada skincare produk dari korea yang selama ini saya tidak ambil peduli sangat. Saya lebih kepada produk kecantikan dari Barat. Rupanya bila saya baca banyak artikel dan review produk, satu kesimpulan yang saya dapat buat ialah - teknologi dan kemajuan produk kecantikan korea jauh lebih maju sekarang berbanding Barat, and plus point - harga yang lebih mampu milik. 

Kenapa banyak sangat toner?? I tell you, saya tak pakai serentak tepek berlapis-lapis. Sebaliknya, penggunaan toner ini mengikut keperluan kulit saya dari masa ke semasa. Misalnya, ada hari saya dapati kulit terlebih kering, maka saya akan pakai toner yang ada fungsi melembap. JIka kulit kusam, maka saya akan guna toner yang ada fungsi pengelupasan. Toner zaman sekarang fungsinya lebih pelbagai, tidak lagi sekadar menutup riang roma muka selepas mencuci muka, tetapi lebih dari itu. Kebanyakan toner zaman sekarang mengandungi bahan aktif, yang memberi efek segera kepada kulit wajah.

Toner - adalah rutin kecantikan tambahan, bukan asas. Namun, pada saya ia adalah keperluan kerana saya dapat mengatasi masalah kulit ketika itu dengan menggunakan toner. Ada masa saya cerita pula pasal pencuci muka, serum dan pelembap muka saya pakai. 

Hari ini saya nak bercakap spesifik tentang satu toner: Laneige Skin Refiner

Cream Skin Refiner 제품사진(Cream Skin Refiner) 미리보기
Harga RM125.00



Harga toner ini ialah RM125.00 boleh didapati di banyak platform online shopping di Malaysia, shopee, sephora, hermo dan sebagainya. Ramai reviewers kata laneige cream skin refiner ini adalah produk yang 'game changer' kerana keunikannya yang tidak ada pada toner lain. Sebabnya, ia toner pada masa yang sama boleh menjadi moisturiser, 2 dalam 1. How cool?? Bukan sahaja formulanya yang unik, tapi efeknya juga sangat bagus. Toner ini memberi kesan kelembapan segera kepada kulit wajah, wajah serta merta lembap dan seolah-olah telah memakai pelembap wajah. Biasanya saya akan pakai ini waktu pagi, dan selepas pakai ini saya akan pakai serum dan suncreen. Kadang-kadang saya pakai moisturiser, kadang-kadang saya skip moisturiser kerana kulit telah moist and hydrate dengan baiknya selepas pakai toner ini. Bagi yang berkulit kering, memang saya rekomen anda mencuba toner ini. This is a keeper for me. Kalau habis saya akan ulang order lagi. 

Bahan-bahan terkandung dalam toner ini:

 WATER / AQUA / EAU, BUTYLENE GLYCOL, GLYCERIN, LIMNANTHES ALBA (MEADOWFOAM) SEED OIL, 1,2-HEXANEDIOL, POLYGLYCERYL-10 STEARATE, GLYCERYL STEARATE CITRATE, SODIUM STEAROYL GLUTAMATE, INULIN LAURYL CARBAMATE, GLYCERYL CAPRYLATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, PROPANEDIOL, DISODIUM EDTA, CAMELLIA SINENSIS LEAF EXTRACT, TOCOPHEROL

Kalau terbiasa dengan skincare guru di Youtube, anda akan pasti melihat ini antara produk yang paling kerap disebut dan dihighlightkan oleh mereka. Untuk lanjut boleh tengok youtuber seperti Hyram, Liah Yoo (founder Krave Beauty, toner dia antara yang saya pakai - Kale-Lalu-YaAHA) dan Beauty Within. 

Nanti ada masa saya cerita pulak toner exfoliator saya dari Some by Me, Krave Beauty, Glow Recipe dan Pyungkang Yul. 

Tips yang saya belajar dari youtuber skincare ini ialah - selalu lihat ingredients especially 5 top ingredients kerana ia mengandungi peratusan campuran bahan paling tinggi. Selalulah rajin tengok ingredients. Jangan mudah terbeli dengan packaging yang kata misalnya - Toner with Rosehip Oil, Jojoba Oil Extract, tapi bila tengok ingredients, list tgh2 atau paling bawah sekali. Maksudnya, percentage campuran extracts tersebut hanyalah sedikit sahaja, selebihnya bahan-bahan chemical. 

Happy weekend!




Monday, July 27, 2020

Pengalaman Bersalin Induce Bhgn 1

Salam Sejahtera,

Saya telah selamat melahirkan anak ke-2, Ahmad Muqri tanggal 17hb Julai 2020 tempoh hari di Hospital Serdang. Bayi saya seberat 2.5kg. Seperti Ahmad Muaz, bayi ke-2 ini juga lahir di Hospital Serdang. Personally, saya memang percaya hospital kerajaan lebih dari swasta. Walaupun sesak, dan terpaksa menunggu katil-katil kosong nak masuk ward, tapi servis dan perkhidmatan mereka terbaik. So far saya tidak ada pengalaman buruk lagi melahirkan bayi di Hospital Serdang. Isu katil penuh itu pada saya biasa bagi kebanyakan hospital kerajaan dan kadang-kadang terpaksa pula bermalam di wad kelas berbeza dari yang sepatutnya kita dapat, but overall, okay. Maybe physical facilities such as toilet for patients and fans yang perlu dimaintain dengan baik coz toilet kat ward ada yang uzur dan tidak boleh digunakan dengan baik. 

Saya melahirkan Muqri secara induce pada minggu kehamilan ke-38 pada hari saya buat check up. Doc yang scan perut saya ketika itu tidak happy dengan keadaan uri yang high resistance katanya waktu itu. Dalam bahasa mudah, aliran oksigen, darah, lain-lain di antara uri dan bayi tidak berada dalam kondisi yang ideal dan mencukupi untuk bayi. Doc merasakan jika dibiarkan berlarutan ia boleh memudaratkan bayi yang sepenuhnya bergantung kepada uri. So doc suggested saya ketika itu juga untuk masuk ward dan bersalin induce. Katanya saya pun dah 38 minggu, bayi cukup matang dan berat bayi dah lebih 2 kg. Saya agak terkejut jugak dengan cadangan itu memandangkan tiada persiapan dan persediaan masuk ward pun hari tuh. Barang kelengkapan masuk hospital memang telah tersedia tapi di rumah. Lepas berbincang dengan doc, dia kata okay boleh balik and ambik barang but kena warded hari tu jugak. So me and husband pun balik rumah, bagi tau my mom/sis and siap lunch dulu di rumah sebelum ke hospital semula. Sampai dalam jam 4 petang untuk daftar masuk. As expected, katil penuh and had to wait. Masuk 15hb, sempatlah bermalam di dewan bersalin semalam sebelum malam 16hb itu dapat katil. Tapi sebelum tu, doc and nurse dah siap-siap buat bacaan ctg, ambil darah, check bukaan semua di dewan bersalin sementara menanti masuk ke wad. Memang ramai sangat time saya masuk tu, hinggakan tempat menunggu pun penuh dengan ibu-ibu mengandung. Oleh kerana dewan bersalin dekat dengan labour room, dengar jugaklah bunyi bayi nangis dan ibu-ibu yang jerit sakit. Ha, dah kengiluan di situ. Tetiba rasa takut nak menempuh sakit bersalin. 

Sempatlah berborak dengan ibu-ibu yang lain di dewan bersalin sementara menanti katil masing-masing. Kebetulan, mostly yang saya berborak tu semua kena induce atas pelbagai sebab. Mostly juga tahu bahawa induce adalah proses kelahiran buatan dan lebih sakit dari kelahiran semulajadi. Cuak dah masing-masing. Dari pembacaan rata-rata mengatakan memang sakit. So memang seriaulah nak menghadapi saat induce itu. Tambahan pula dengan polisi baharu di hospital yang mana para suami tidak dibenarkan menjadi teman bersalin ibu kerana COVID-19. So bayangkan kita menghadap sakit kontraksi sorang-sorang tanpa suami sebagai penguat semangat. Dulu husband teman di LB sampai selamat melahirkan Muaz. Suamilah tempat tangan ni berpaut, dialah yang bagi support suruh push-push dan suapkan air kosong dan biskut untuk kita makan sikit bagi energy tu ada. Now, ada nurses and docs saje. Mereka pun bukan statik nak teman kita sepanjang masa, mereka kan sentiasa bergerak menguruskan pelbagai perkara, so mostly memang kena hadap sakit sesorang. Terfikir juga time tu aih cukup kuatkah aku nak menahan sakit bersalin ini seseorang?? Hati ni tawakal kepada Allah sajalah. 

Semasa pemeriksaan di dewan bersalin, doc menjelaskan pada saya bahawa induce hanya diberikan apabila berada di wad, so bila dah masuk wad tu baharulah proses induce dilakukan. Dari pembacaan, proses induce ni boleh jadi cepat atau lambat dan menyakitkan bergantung kepada respons badan masing-masing. Ada yang berhari-hari juga menahan kontraksi tanpa bukaan mencukupi dan mengulangi proses induce beberapa kali sebelum dapat melahirkan. Ataupun, dalam kes-kes tertentu berakhir di meja bedah - c-zer emergency. Haiya..nerbes mak!!

Saturday, July 11, 2020

Face Mask & Face Scrub Pilihan Saya

Salam semua,

Malam ni, sementara menanti masker wajah lumpur dari Kiehls kering, saya nak buat thread tentang masker dan skrub wajah. Actually minat terhadap masker dan skrub muka ni memang dah lama pun. Dari dulu lagi. Bermula dengan membuat mask sendiri akhirnya beli yang orang buat sahaja. Dulu-dulu, suka buat masker dari asam jawa or paling klasik bedak sejuk!! Now and then masih juga pakai bedak sejuk especially yang my mom in law buat. Dia buat memang bagus, peram beras dan tapis banyak kali. Simpan bertahun-tahun!! So hasilnya ialah bedak sejuk yang cukup halus dan sangat best bila dipakai. Cuma sekarang ni sebab faktor usia, jarang dia dapat buat. Tapi masih lagi berbaki bedak sejuk yang dibuatnya dalam simpanan. 

Sajer mood tengah mengidam nak cantik ni sedang membuak-buak maka layankan saja thread saya yang semuanya pasal produk kecantikan semata-mata. Sila menjauh jika anda hendak termuntah melayan mengidam saya yang bukan biashe-biashe ini. Seriously, jangkanya baby boy tapi mengidamnyer macam dapat baby girl!

Kalau ikut rejim kecantikan orang korea yang banyak sangat steps tu, masker muka dan scrub adalah rutin kecantikan yang penting. Ia bukanlah wajib, tapi rejim kecantikan orang korea mengutamakan booster seperti masker muka dan scrub bagi menjaga kecantikan kulit agar kekal dalam kondisi terbaik. And penggunaan masker wajah dan scrub ni ada urutan tertentu bergantung kepada jenis masker muka/scrub yang dipakai. Namun saya perasan, syarat utamanya ialah wajah perlulah dibersihkan dulu dari segala kekotoran seperti make up, sunblock dan sebagainya. Wajah kena bersih baharulah pakai mask/scrub untuk kesan yang maksimum. 


Ada beberapa jenis steps yang saya perasan:

  • Untuk masker muka seperti jenis krim dan lumpur, seeloknya dipakai selepas memakai membersihkan wajah samada selepas mencuci wajah dengan cleanser pilihan atau setelah memakai toner. Masker jenis ini biasanya perlu dibilas selepas beberapa minit.
  • Kalau masker jenis masker sheet yang mengandungi essense dan tak perlu dibilas, pemakaiannnya ialah selepas kita memakai serum. Hanya selepas memakai masker sheet tersebut, maka boleh diteruskan ke steps seterusnya seperti menggunakan face oil dan moisturiser. 
  • Sleeping masker - juga dikenali sebagai overnight masker, yakni masker yang boleh dibawa tidur sampai ke pagi. Masker jenis ini biasanya dipakai sebagai ganti moisturiser, biasanya fungsi adalah untuk melembap kulit wajah, atau juga boleh dipakai bersama-sama selepas moisturiser. Peranan sleeping masker dan moisturiser adalah sama. So boleh digunakan berselang seli atau kedua-duanya sekali. Tapi personally saya rasa, tak perlu pakai sampai 2 sekaligus, lagi-lagi kalau barang digunakan mahal pulak tu. Ahaks! Baiklah pakai berganti-ganti memandangkan fungsinya sama. Selain itu, takut wajah nanti overreact pula sebab terlebih pelembap lalu timbul jerawat dan sebagainya. Saya tak berapa gemar sleeping mask ni sebab suka tidur dalam keadaan wajah yang bersih bukannya rasa melekit. Tapi saya tidak menolak idea bahawa sleeping mask memang antara masker yang sedang IN sekarang and banyak jenama menjual masker jenis ini. 

Maaf gambar kurang jelas sebab tak bukak lampu siling, gambar ni diambil di bawah lampu minyak tanah! Haha. Gurau. Di bawah lampu meja kerja ku. Ha, maka hasilnya gitulah ye.



Gambar di atas merupakan koleksi masker muka yang saya ada. Dapat dirumuskan saya ada beberapa jenis masker muka:

1. Jenis masker topeng (mask sheet) dari Dr Morita - anti oxidant. Beli di Guardian. Actually, yg ni beli random ajer. Rupanya Dr. Morita mask sheet ni memang popular. First time pakai brand nih. Saya tak tertarik dengan packagingnyer yang sangat skema itu berbanding packaging mask sheet lain, so itu yang buat saya tak begitu perasan reputasi mask sheet brand ni. Bila saya review kemudiannya barulah tahu rupanya popular dan dapat rating yang bagus. Baru sekali pakai dan saya suka. Masker topeng seperti ini langkah pemakaian yang disarankan ialah dipakai selepas mencuci wajah>toner>essense>serum>masker topeng>moisturiser. Ia tidak perlu dibilas dan moisturiser akan lock lembapan/esen yang wajah kita dapat selepas memakai masker muka ini. 

 2. Masker + scrub -- saya ada brand Kiehls turmeric/berry - dah nak habis pun. Suka pakai ini. Fungsi mencerahkan kulit dan membuang sel kulit mati. Selain itu ada bahan lain juga dalam masker muka ini. Tiada bau ketara and wajah terasa bersih lepas kita sental wajah dengan sisa-sisa cranberry yang ada dalam masker ini. Fungsinya untuk exfoliate, bukan untuk melembapkan. So saya suka pakai ini bersama dengan masker avocado. Jangan pakai hari-hari nanti kulit wajah kering. Satu lagi, baru pakai ialah lotus face mask dari Fresh. Fungsi untuk exfoliate dan juga untuk hydrate. Dua kali dah pakai, memang melembapkan kulit muka, best seller product di Sephora. Tapi saya agak pening dengan baunya yang 'pelik'. Ntahlah, pembawaan budak ker aper, tapi bau masker ni agak memeningkan kepala saya. Nasib pakai 5 minit ajer.

3. Sleeping mask - saya ada saiz kecil dari jenama Laneige. Fungsinya ialah melembap. Actually fokus memang untuk melembapkan kulit muka yang kering. Baru 2 kali pakai. Oleh kerana fungsinya sama maka saya rasa tak perlu pakai pelembap + sleeping mask. Pakai berselang-seli itu lebih baik. Dapat jimat moisturiser yang mahal tu. Ahaks! Langkah penjimatan.

4. Masker untuk pori muka - yang berfungsi membersihkan pori muka dari sebum/minyak secara lebih mendalam. Saya pakai Kiehls. Agak lama jugak dah saya beli dan pakai masih tak habis-habis lagi. Saya pakai dalam 1-2x seminggu. Tekstur clay mask Kiehls ni lembut dan tidak mengeringkan kulit muka. Best seller produk Kiehls. 

5. Masker melembap - Saya pakai brand Kiehls Avocado. Rasanya masker Avocado ni produk baharu Kiehls. Masa nak beli dulu saya tak sure nak pilih Calendula or Avocado. Calendula pun pilihan yang bagus untuk melembapkan kulit wajah, tapi akhirnya saya ambik Avocado sebab nak cuba. Calendula saya pernah guna saiz kecil - sample. So far bagus, rasa puas hati. Kalau tengok tekstur memang macam guna buah avocado sebenar, tenyeh2 letak essential oil or serum and you done!! Itu kalau nak buat homemade lah. Tapi sebab diriku ini tak sebegitu rajin maka beli saja. Bau pun sebijik bau avocado asli. Bila tenyeh kat muka terasa kelembapan pada kulit wajah sesudahnya. 

Oh, saya juga ada 7 day scrub cream dari Clinique. Rajin jugak saya pakai bila nak cepat and tak perlu tunggu beberapa minit. Scrub ini memang cukup lembut pada kulit muka, bintil-bintilnya halus dan dengan kombinasi krim yang ada pada scrub ini, cukup lembut dan tidak menyebabkan kulit rasa kering atau tercalar. 

TIPS paling penting: Jangan pakai lebih daripada tempoh yang disarankan. Jika arahan kata pakai 5 minit jangan pula exceed waktu tersebut kerana ia boleh memberi kesan reverse effects. So selamat berspa di rumah!!





Friday, June 26, 2020

Memilih Sunscreen and Sunblock Untuk Wajah




Salam,

Phew, dua tiga hari ni penuh dengan meeting dan courses online. Malam ini pun ada International webinar jam 12 tgh malam. Huhu gigih! Namun, sebalik PKP ini, banyak jugak yang saya belajar. Seriously, ia membuka perspektif baharu dalam diri seperti:

1. Lebih terdedah dengan pembelajaran dan pengajaran secara online
2. Lebih terdedah dengan nature kerja dari rumah dan cara mengadaptasi keperluan dan tuntutan kerja bersifat online.

Dulu, konvensional mengambil peranan besar dalam corak kerja saya, perjumpaan kena face to face kekdahnya, walaupun memang tahu adanya skype, sidang video dan sebagainya namun 'seru' tu belum datang untuk mencuba. Lebih tepat tiada desakan. Tapi PKP menuntut perubahan yang tidak boleh dielakkan demi kelangsungan pekerjaan. Nah, ia ternyata tidaklah seteruk dibayangkan. memang ada cabarannya, tapi dari sisi lain banyak juga kemudahannya. Antara lain, now tiada alasan utk kata tiada masa/peluang untuk bersemuka (fizikal). JIka tiada kelapangan bertemu secara face to face, now ada online. So no excuses ladies..!!

Okay done merapu pasal kerja..

Just nak sharing with you ladies..sunscreen/sunblock yang saya beli semalam untuk muka..

Sebelum ini saya pakai Kiehls punyer bb cream yang ada perlindungan UV. Now dah kehabisan, saya pula malas nak ke IOI mahupun membuat pembelian online. Saya terfikir untuk meninjau sunscreen/sunblock di kaunter farmasi biasa yang murah tapi dapat review bagus. Ye, saya suka review products sebelum membeli. Cari punya cari, saya jumpa banyak reviews bagus tentang produk sunscreen/sunblock dari jenama Biore nih. Tambahan pula ada banyak jenis. Maka saya terjah kejap ke Watson semalam selepas menghantar Muaz ke taska. Oh, tak sangka sunscreen/sunblock Biore ni banyak jenis, lama jugak termenung sambil tengok jenis-jenis sunscreen/sunblock ni sampai tak sure mana satu yang sesuai. 

Qoo10 - 1+1☆NEW TYPE KAO Biore UV Perfect Face Milk sun care ...
Ha gitew banyak jenis kan? Pening sekejap semalam :-)

Ada orang mungkin tak kisah tentang sunscreen/sunblock ni. Tapi kalau tanya pakar kecantikan dan doktor kulit, penggunaan sunscreen dan sunblock dianggap satu kemestian. Kenapa? Sebab pendedahan kepada matahari khususnya UV inilah yang menjejaskan kulit manusia, menyebabkan jeragat, kanser, kedutan pra matang, sunburn dan cela pada wajah/badan. Dalam rejim kecantikan, UV protection ini dipakai paling last sekali selepas menggunakan toner, serum, pelembap, make up dan sebagainya. Jadi jangan pandang ringan kepentingan UV protection ini jika mahu wajah kekal jelita.

Makcik mungkin terlewat untuk menjaga kulit muka. Honestly dulu mana ada pakai UV protection nih. Kesedaran tu lewat datang, tambahan orang di sekeliling juga sama. Tiada yang bercakap tentang pentingnya UV protection ini. Kecuali bila nak pergi main tepi laut barulah terhegeh-hegeh carik sunblock konon taknak hitam main tepi laut. Padahal, main laut tu berapa kerap aja berbanding kita yang keluar hari-hari dari rumah tanpa memakai apa-apa perlindungan UV.

Beza sunscreen dan sunblock??

sunscreen - pertahanan UV bersifat chemical. Chemical yang kita pakai ini akan menyerap sinar UV sebelum ia menjejaskan lapisan derma kulit kita.

sunblock - manakala sunblock ialah pertahanan berbentuk fizikal, dalam bentuk lapisan yang berada di lapisan luar kulit yang disapu dengan sunblock dan bertindak sebagai pelindung (barrier). Sunblock biasanya lebih senang dilihat pada permukaan kulit yang telah disapu sunblock serta dianggap lebih berkesan berbanding sunscreen. Namun orang kurang menggemari sunblock untuk wajah kerana ia menyebabkan tompokan putih, berminyak serta teksturnya yang melekit. Senang cerita, not blended really well with make up lah. Pompuan mesti tak suka kan!

Luckily, kini banyak produk sunscreen/sunblock yang semakin mesra dengan make up, boleh dipakai sebagai make up base tanpa menjejaskan make up pada wajah. Inilah tujuan saya mencari suncreen/sunblock semalam, nak mencari yang tidak menyebabkan kulit muka bercapuk! Tu yang bila baca reviews, Biore ini antara yang dicadangkan serta mendapat rating yang baik dalam websites. 

Pilih punya pilih maka saya rembat yang ini!

Harga Watson - RM27.16 sen

Teksturnya bewarna putih cair - lebih kurang macam liquid paper. Ha gitulah. Tapi bestnyer, blend really well di kulit muka dan make up, tak bercapuk dan ringan, takder rasa heavy pada kulit wajah. Tengok tu, SPF50+ dengan PA++++!! Sunblock ini juga sesuai digunakan untuk badan. Bagi yang kulit muka kering, better pakai pelembap, serum siap-siap kerana ada yang mengatakan sunblock ini mempunyai kesan matte pada kulit wajah, jadi yang kulit kering tu nanti nampak lebih kering. Tapi kalau dah memakai pelembap dan serum, rasanya okaylah. Kalau rasa tak sesuai, ada banyak pilihan dari jenama yang sama yang pastinya sesuai dengan keperluan kulit anda.

Apa beza SPF15, 20, 30, 50 bagai nih?? Bahasa mudahnya cik kak, lagi tinggi SPF tu lagi tinggi tahap perlindungannya terhadap sunburn, UVA damage dan DNA damage berbanding SPF yang bernilai rendah. Faham kan? Penting nih: Pakar kanser kulit menyarankan kita supaya memakain sekurang-kurangnya SPF30 dan ke atas untuk perlindungan kulit.  

Okay makcik payung dengan gambar untuk lebih kefahaman ye:


Perbandingan perlindungan SPF 



















PA+ bermaksud sunscreen/sunblock yang dipakai mempunyai perlindungan dari sinar UVA. 

  • PA++  bermaksud perlindungan sederhana
  • PA+++ bermaksud perlindungan baik
  • PA++++ bermaksud perlindungan yang lebih baik
So, lepas ini, dah tahu nak pilih sunscreen/sunblock mana yang terbaik. Buatlah pilihan dengan bijak!

Sunday, June 21, 2020

Loccitane: Belian lagi sebelum bersalin

Salam berhujung minggu,

Diam tak diam saya dah 34 minggu. Ada tinggal 6 minggu jika kira 40 minggu kehamilan yang berbaki. Mahu tak seriau, ingat masa lahirkan Muaz, 17hb warded 19hb baru si Muaz ni dilahirkan. Lama tak lama menahan contraction!! Moga Allah permudahkan kali ini, waktu yang sesuai dan tak perlu lama-lama contraction. Letih sampai tak boleh meneran dah, sampai terpaksa si Muaz ni divacuumkan bagi membantu dia keluar sebab mamanya dah takde kudrat, tambah dengan gas yg buat ngantuk terawang-awang, berlawan contraction dengan mamai. Hadoi hazab bila ingat gas tu. Ingat boleh legakan sakit, sama jer, berganda pulak beban sebab berlawan dengan ngantuk dan mamai.

Okay, semalam pergi lagi IOI mall putrajaya. Kiranya membeli Loccitane lagi. Haha. Memang kerasukan diriku ini. Tapi rasanya mungkin lepas ni tak dah kot, tak larat dah nak berjalan. Salesgirl pun tegur kata nampak jalan pun tak larat. Memang rasa makin berat dan tak larat nak menapak jauh-jauh or laju-laju. Duk rehat diam-diam di rumah sambil menunggu waktu bersalin.


Okay semalam saya membeli krim muka Loccitane line Immortelle tu. Actually krim yang sama dari gift set yang saya beli dah kehabisan girls. Memang kecik benar saiz gift set mereka berbanding Clinique. Clinique is still the champion compared to Kiehls dan Loccitane. 

So alang-alang saya belilah terus, jadi dengan harapan dapat pakai lama sikit. Mudahan sampai berbulan-bulan or paling tidak pun sampai habis pantang nanti. Rega memang gulp!!! Pejam mata jer, to be honest, tak pernah spent semahal itu untuk sebekas krim muka. Kalau ku tak cantik jelita seperti dijanjikan nanti inilah kali pertama dan terakhir ku beli. Dah spent banyak ni hopefully kesannya seperti dijanjikan. Aku pegang kata-kata janji manismu Loccitane!!

Okay, minyak wangi tu bukan dalam list, tapi sebab salesgirl tu cakap diriku ini telah berjaya mengumpul points yg banyak (so boleh imagine tak meroyannyer diriku ini membeli Loccitane semenjak dua menjak ni), maka dapat ditebus points itu dengan jumlah RM200!! Banyak dah tu kan. Sementelah minggu sudah saya komen bau minyak wangi Loccitane Herbae yang sedap itu, maka saya tebus lah untuk guna beli perfume tersebut yg berharga RM265. Maka saya hanya perlu topup RM65 sahaja. So berbaloi.

Semalam saya pergi IOI tengok dah ramai orang di shopping mall. And ramai jugak yang saya nampak angkut paper bag Victoria Secret. Agaknya ada jualan or promosi hebat dari Victoria Secret. Saya tak minat sangat mist or perfume Victoria Secret. Pernah beli tapi suka gitu-gitu ajerlah. Belum tahap meroyan lagi. Ahaks!

Update sikit mengenai produk Loccitane saya pakai:

Body Oil - Almond -- berbaloi membelinya, tapi yang tak bestnyer, harga sebotol RM198. Agak mahal, tapi memang minyak badan paling best pakai setakat ini dengan baunya yang terapeutik. Oleh kerana saya gigih pakai setiap kali mandi, dah habis banyak jugak. So now, saya try pakai utk kawasan kulit yang kering sahaja sebab sayang nak habiskan laju-laju.

Body milk concentration almond - ni pun reganya mahal jugak RM230 satu botol. Saya rasa kesannya tak se-best body oil almond. Pandangan saya, jika perlu pilih body oil almond or body milk concentration - i opt for body oil. So utk body milk, boleh pakai brand lain seperti body butter Bodyshop or Palmer Cocoa Butter pada harga mampu milik tapi kesan yang sama. So maybe next time dah habis body milk ni saya tak beli lagi kot. Atas faktor harga. 

Reset serum/youth oil -- berbaloi untuk membelinya. So far memang nampak ketara kulit muka lebih sekata dan asas yg baik sebelum memakai make up. freckles/kesan jerawat mengurang dengan lebih ketara. Even my sis pun tegur kata kulit muka nampak lebih cantik dan sekata. Rasanya gabungan reset serum dan youth oil ni sangat berkesan, malah lebih berkesan dari Kiehls correction spot yang saya pakai sebelum ini. Harganya memang mahal, tapi side yg baiknya ialah kita tak perlu banyak guna serum. Kiehls sebelum ini saya ada 3 serum berbeza - untuk siang, serum vitamin c and correction lotion dan malam pun begitu jugak. But dengan Loccitane produk, saya tak perlu serum yang banyak-banyak. Memadai reset serum/youth oil/moisturiser untuk pagi dan malam. So plus minus lebih kurang ajer! Seriously guys, you should give a try reset serum/youth oil. Berbaloi!!

Lipbalm -- berbaloi beli. Harga pun berpatutan RM45 compared to Kiehls lip balm yang lagi mahal berpuluh ringgit. 

Shampoo body & Strength -- rambut memang kurang gugur banding sebelum ini. Tapi ini agak sukar dipastikan faktornya. Kehamilan boleh menyebabkan rambut jadi lebih cantik dan kuat. Jadi tunggulah lepas bersalin bagaimana. Tapi sedap pakai shampoo ini. Rambut lembut, senang sikat dan baunyer terapeutik. Yelah sebab ada essential oil. 


Monday, June 15, 2020

Loccitane Lagi - Versi Mengidam Teruk

Okay,

Hari ini dalam sejarah, boleh buat 2 thread pulak tuh. 

Terus ke topik! Hari ini sasaran saya untuk membeli syampu dan minyak terapi rambut yang diidamkan telah berjaya...

...sekali dengan Loccitane youth oil yang takde pun dalam list hendak beli hari ni.

Memang tahap mengidam teruk nih.

Rentetan cerita..

Bila beli barang Loccitane tempoh hari dapatlah banyak samples best untuk dicuba. Antaranya syampu Body & Strength yang saya rasa best jer jadi rambut. Maka saya memasang visi untuk membelinya. HARI INI. Mula-mula digoda oleh salesperson beli saiz besar terus 500ml sebab boleh jimat RM50+ katanya. Tapi saya berkeras kata, nak beli 2 benda, jadi dengan bajet yang ada maka saya prefer yang 300ml tuh. Sementelah dah ke Loccitane nie, maka saya pun sambar lah youth oil 15ml (RM250). Maka dengan pembelian 3 barang ini saya mendapatlah beg percuma dengan beberapa saiz kecil barang Loccitane lainnyer. Salesperson yang layan saya pun bagus jugak, dia bagi saya 3 samples krim Immortele Divine. So, bolehlah pakai samples banyak-banyak. Immortelle Divine Cream ni saya suka pakai, lembap tanpa mengilatkan muka secara keterlaluan and kombinasi reset serum, youth oil dan krim mukanya menghasilkan kesan yang lebih efektif dan ketara. Tapi krim muka tu takde saiz kecil ye. Harganya RM500. Sila terbeliak. Kena saving 2 kali baru dapat beli nih, jadi saya kena buat catuan krim muka Imortelle Divine sedia ada sehinga saya mampu membeli full saiz. Gigih tak??


Godaan lagi,

Dapat beg travel percuma juga seperti gambar di atas. Yang 'merisaukan' ialah dia sembur bunga kuning tu dengan perfume Loccitane terbaharu. Alahai sedap pulak baunya. Janganlah daku digoda untuk beli perfumenyer pulak.

Memang mengidam tahap teruk ni..bukan biashe-biashe. 

Estee Lauder - Cantikkan Dirimu

Salam,

Tak tahulah nak namakan apa..lain benar mengidam kali ini...
Bukan mengidam nak makan itu ini..
Mengidam nak beli produk kecantikan!!! Ahaks! Itu kira mengidam ke?? 

Lately..suka benar nak beli macam-macam produk penjagaan/kecantikan diri..
Suka pulak tu brands have-have yang sebelum ini memang saya tak kisah sangat pun!
Bukan nak menunjuk, tapi pelik dengan tingkah sendiri..pelik benar keinginannya tu..

Nasibler pakai duit sendiri, rasanya kalau pakai duit husband bising jugak si dia..
Belinya tak kira hujung bulan..
Tengah bulan pun membeli..
Itu yang saya rasa mengidam tahap dewa raya! Bukan hantu raya!


Mulanya tak terfikir pun secara serius nak beli barang make up. Apatah lagi Estee Lauder, memandangkan saya pun bakal bercuti panjang 3 bulan, jadi takde maknanya nak beli barang make up beria-ia sangat. Boleh beli kemudian. Tapi apakan daya [hasutan syaiton]. Hmmm.

Terbeli jugak Lipstik dan Bedak Kompak dari Estee Lauder. Lipstik nih, saya kira banyak yang saya beli try and error. Selalunya tak begitu menjadi. Belum jumpa warna lipstik yang benar-benar ngam dengan saya. Bab lipstik saya tak kisah apa brands pun. Asal tak buat bibir saya gatal-gatal macam kebanyakan lipstik yang ada di kaunter seperti Maybeline atau Avon. Tak semua lipstik sesuai dengan saya. Jadi memang agak cerewet di situ. So far lipstik Clinique dan Leinege dan satu lagi lipstik namanya saya tak ingat tapi beli di Watson yang saya takde alahan. 

Baca reviews di internet, ramai yang mengatakan kalau nak lipstik colors yang natural dan lembut-lembut cariklah brands seperti Chanel, Estee Lauder or Dior. Chanel dan Dior tu uhuk-uhuk masih terasa jauh dari jangkauan. Belum terfikir ke situ walaupun butiknya ada jer di IOI. Belum sampai seru. Haha. 

Lipstik Estee Lauder dan bedak kompaknya saya baca dapat reviews yang bagus-bagus, jadi sementelah nak ke Loccitane, kena lalu Estee Lauder dulu maka saya jengahlah. Last-last dari nak tengok-tengok terbeli pulak. 


Ha Boleh nampak kat situ warna gincu yang saya beli. Harga dalam RM125 warna pink coklat. More ke arah coklat. Sebelum ini asyik beli gincu warna ke arah pink ajer, now pilih shade lain sikit. Yang penting saya tak suka gincu matte yang kering tu, saya suka yang lembap dan tak mengeringkan bibir. 


Reviews pasal bedak ni sangat bagus. Ni first time saya pakai. nanti dan banyak bulan pakai saya update pandangan saya tentang bedak kompak ni. Usah mengharapkan review yang hebat dan komprehensif sebab saya bab make up ni memang dari dulu masih level zero and beginner. Forever and ever. Bedak ni dah sedia ada foundation jadi tak perlu ada foundation liquid tu. Saya kategori mak-mak yang sempoi dan perlukan asas make up sahaja asal tak nampak pucat sangat.
1. Bedak kompak
2. Blusher ala kadar
3. Gincu
Ha ni lah saja alat make up saya. 
Atas saranan salesgirl, saya pilih tona warna yang satu tona lebih cerah dari kulit muka sebab katanya, biasanya orang buat macam tu. Kalau beli yang sama tona, nanti muka tak nampak seri bermake up. Saya yang knowledge zero pasal alat make up ini mengiyakan saja. Harganya RM185.00. 

On top of that, dapatlah saya samples yang best-best untuk dicuba, kebanyakannya produk yang best seller seperti ada essense, night repair serum and moisturiser. Bila nak try, ni tengok moodlah. Sebab banyak jenis samples dah dapat nih. Tak best pulak campur-campur nanti tak tahu kesan macam mana. 

Harapnya saya akan cantik jelita apabila memakai bedak muka dan gincu mahal nih. Kalau takde beza maka apalah maknanya beli mahal-mahal kan. Hmm..




Friday, June 12, 2020

Loccitane Gift Set - Divine Goddess



Loccitane Gift Set


Salam sejahtera semua,

Saya telah mengubah layout blog saya ini kepada wajah dan paparan yang baharu. Saja untuk suka-suka. Bukan orang lain baca pun :-) sekadar terapi diri berkongsi dan meluahkan...

Okay, actually gift set Loccitane yang saya order ni dah sampai minggu lepas lagi. Sehari selepas order losyen badan Loccitane tu sampai, keesokannya dapat pula yang ini. Kira memang cepat! I bet Loccitane ni bukan pakai currier biashe-biashe. Sesuailah dengan brand syarikat yang mempunyai reputasi baik. 

Okay, gift set ini berharga RM225. Dapat juga beberapa sampel, seperti mandian badam yang popular itu, syampu, lagi sampel serum untuk mata. Tidak lupa, kotak kuning keras tu, so saya dah ada 2 kotak!! Saya pun tak tahu nak buat aper dengan kotak2  nih. Satu mungkin okay, banyak sangat pulak buntu nak fikirkan buat aper dengannya. 

My first impression dapat gift set itu ialah - ahaha keciknyer!!! Gift set ni pun bukanlah murah sangat, pada saya boleh tahan harganya. Saya beli sebab nak try krim muka and serum youth oilnyer tu. Saya nak cuba kalau benar-benar berkesan baru beli saiz sebenar. Sebab sampel dalam sachet ni tidak mencukupi untuk kita nak pakai sampai seminggu dua. 

Honestly, i term of samples, i tell you guys, tak boleh challenge Clinique produk. Jarang benar sampel mereka dalam bentuk sachets, melainkan dia bagi kita miniature kecil seperti Loccitane Gift Set ini. Itulah saiz sample mereka. What i miss about Clinique ialah mereka sangat generous about giving free samples dalam botol-botol kecil nih. Memang boleh pakai bawak pergi travel. So Clinique menang di situ. 

Bercakap tentang Clinique, masih ada banyak produk Clinique yang bagus-bagus and masih guna sampai sekarang seperti pencuci muka, toner, 72 hours moisturiser, 7 day face scrub, dan beberapa lagi produk mereka. 

Macam tu jugak dengan Kiehls. Harus diakui ialah bukan semua range produk sesuatu jenama itu bagus dan efektif. Jadi pada saya lebih baik mix and match mana yang paling sesuai dengan kita tanpa perlu menjadi begitu fanatik dengan satu-satu jenama. Macam Loccitane ni, saya kira serum dia antara yang terbaik, juga produk penjagaan badan dan syampoo. Saya ingat bulan depan nak sambar syampoo Loccitane satu. Baru-baru ini saya mencuba sampel yang diberikan - Aromachologie Body & Strength. Baunyer fresh and rambut rasa segar dan lembut saja. Memang rasa best pakai syampoo tu. Bolehlah nanti masa berpantang berwangi-wangi untuk terapi diri. Awal-awal minggu bersalin tu memang dah sah bau minyak urut kan, tapi lepas 3-4 minggu dah boleh berwangi-wangian dengan set penjagaan badan yang wangi, terapeutik dan menenangkan gitu. 

Update reset serum, youth oil and cream muka Loccitane yang saya baru cuba:

Saya rasa kesan penggunaan serum, youth oil dan cream muka Loccitane yang saya cuba sekarang memang efektif. Kesannya lebih cepat dari serum Kiehls yang saya guna. PLUS, tekstur serum, minyak dan cream Loccitane ni lebih ringan pada muka dan tidak sesekali menyebabkan muka saya nampak berminyak. Kiehls sebaliknya, serum dia agak berminyak especially cream muka. Saya beranggapan krim muka Kiehls ni memang sesuai untuk negara 4 musim yang sejuk dan kering. Thats why tekstur krim kebanyakannya macam tu. 

And walaupun baru pakai kurang sebulan, boleh nampak kesan pada wajah, lebih sekata dan nampak lembap just nice. Let see, kalau berpuas hati bolehlah terus pakai serum Loccitane. 

Wednesday, June 3, 2020

Loccitane - Milk Concentrate With Almond From Provence

Salam,

Kegilaan terhadap Loccitane sedang melanda diri ku :-)

Oleh kerana tak tahu bila akan dapat menjengah ke IOI Mall Putrajaya setelah pergi tempoh hari makanya saya ambil keputusan order online saja losyen badan Loccitane kegemaran ramai iaitu Milk Concentrate with Almond.

Saya order online pada 28hb Mei dan selamat sampai ke tangan barang yang saya order pada hari ini iaitu 3hb Jun 2020. Saya kira ini koleksi barang untuk berpantang sekali, melengkapi almond oil yang saya beli baru-baru ini. Saya nak berpantang dengan bau-bauan yang menenangkan dan sebagai terapi diri. Hopefully segalanya berjalan lancar nanti. In sha Allah.

Review losyen badan ini memang terbaik. Saya ada losyen tangan yang sama tapi tube kecil yang saya sempat beli bersama dengan almond oil tempoh hari. Rasa macam tak puas nak sapu kat seluruh badan. Saiz kecil seperti saiz tube tu lebih sesuai untuk bawak travel, letak dalam handbag, untuk tangan sahaja atau sesetengah body part kita. Jadi tak puas nak pakai bila lepas mandi dan sapu seluruh badan. 

Lets check this out!


Ini rupa saiz kotak yang sampai. Agak besar bagi saiz losyen yang saya order. Tangan yang mulus gebus itu tangan Muaz ya. Bukan tangan makcik 40an nih. 


Ini rupa kotak apabila dibuka. Ada tangan si Muaz lagi. Haha. Kotak ini nampak biasa di luar tapi eksklusif di dalam, berlatarkan warna kuning dan tertera jenama Loccitane di dalammnya. 


Kotak bersaiz segiempat tepat, berwarna kuning. Saya boleh katakan kotaknya berkualiti dan tebal. Siap ada reben kuning lagi. Boleh buat koleksi untuk simpan produk-produk Loccitane yang anda ada. Untuk kegunaan lain pun boleh. 


Dapatlah 6 sampel produkk Loccitane yang lainnya seperti serum muka, krim muka dan serum untuk mata. Saya serum untuk mata ini nak beria-ia sangat. Saya pakai pelembap mata Kiehls yang diperbuat dari avocado. Yang tu pun belum luak lagi. Tapi bolehlah nak try habiskan sampel nanti. Excited sebab ada sampel krim wajah Immortelle Divine. Saya try sampel yang diberikan tempoh hari dan suka kesannya. Saya rasa kalau serum muka immortelle divine digabung bersama dengan imortelle divine oil face and krim wajah memang menghasilkan kesan yang menakjubkan. Walaupun kurang sebulan saya pakai serum wajah siri immortelle divine ni, saya dapat melihat kesannya dengan cepat jugak. Kulit muka nampak lebih cerah, sekata dan paling suka ia tidak berminyak atau menyebabkan kilauan pada wajah. Saya boleh katakan serum immortelle menampakkan kesan lebih cepat berbanding serum wajah Kiehls yang saya guna sekarang. 


Rupa balang losyen Almond yang tidak perlu dicanangkan lagi. So, akhirnya order saya selamat sampai dalam tempoh yang agak singkat jugak. Saya sedang menunggu order online Loccitane seterusnya. Saya telah pun order online gift set Immortelle Divine sebagai percubaan. Jika ternyata ia memberikan kesan yang saya inginkan, mungkin saya akan menjadikan set Immortelle Divine sebagai serum dan krim wajah pilihan selepas ini. Namun, saya masih tetap menggunakan produk Kiehls terutamanya pencuci muka Calendula, toner Calendula mereka yang memang terbaik. Kiehls juga adalah jenama yang memiliki rangkaian masker muka yang best, berkesan dan harus dicuba. [Ulangkaji], saya ada masker Avocado Nourishing Hydrating Mask, Rare Earth Deep Pore Cleansing Masques dan Turmeric & Cranberry Seed Energizing Radiance Masque semuanya dari Kiehls. 

Saya harap demam produk Loccitane ni akan berakhir bulan depan. Kopak jugak dibuatnyer. 


Tuesday, May 26, 2020

Review Overnight Reset Oil in Serum (Immortelle Reset) dan Skin Oil Amande dari LOCCITANE

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua,

Lama dah tak review produk. Walaupun saya bukan influencer, jauh sekali dibayar untuk review, produk, sememangnya saya gemar jugak berkongsi pengalaman menggunakan sesetengah produk kecantikan muka dan badan yang saya sendiri berpengalaman memakainya. So, hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang produk baharu yang saya baru berjinak-jinak nak pakai. Bila sebut namanya, beauty junkies macam saya pastinya kenal brand ini - LOCCITANE. Nama gah, produknya ada reputasi yang bagus dan ada jugak yang mengkategorikan produk ini sebagai produk untuk golongan have-have. Have-have sebab harganya kot yang boleh tahan mahal. Honestly, saya tak pernah pakai produk ini selain dari hand lotionnyer sahaja. Thats it!! Tengok harga, saya teguk air liur sahaja and masih selesa dengan produk Bodyshop saya. Cuma baru-baru ini ada rezeki lebih untuk reward diri sendiri nak memanjakan diri dengan produk LOCCITANE ini. 

Sebelum tu,

Sedikit perkongsian jiwa berkenaan tentang belajar menerima keadaan yang tidak kita sukai. Dalam kehidupan ini, tidak semua perkara kita hendak atau suka kita akan dapat. Ada yang kita dapat, ada yang kita tak dapat. Kadang-kadang yang kita hendak sangat-sangat kita tak dapat, yang kita tak suka itu pulak yang kita perolehi. Macam PKP inilah, saya pasti setiap dari kita ada struggle masing-masing. Ada yang hilang kerja, bisnes bermasalah, konflik keluarga, stres duduk rumah, kena hadap norma baharu yang begitu asing, kena adapt situasi baharu. Ini bukan perkara mudah. Itulah pentingnya untuk kita mempunyai pemikiran yang positif untuk melihat sisi baik dari keadaan yang tidak menyenangkan hati kita. Setiap kesulitan, sama seperti kesenangan, bersifat sementara. Jika sedang bersenang lenang oleh nikmat kehidupan, banyakkan bersyukur pada Allah kerana kita orang terpilih saat orang lain mungkin struggle untuk meneruskan kehidupan seharian. Banyakkan juga bersedekah walaupun sedikit, sebagai tanda kesyukuran. Bahagian rezeki kita mungkin sebahagiannya untuk yang memerlukan. Bila ditimpa musibah pula, kenalah kita banyakkan bersabar. Jangan mudah putus asa dan lemah semangat. tanamkan dalam diri pengharapan, bahawa kesulitan ini pasti ada jalan keluar dan akan berakhir. Kita mungkin tak dapat mengawal semua kejadian yang berlaku di sekeliling kita, tapi kita sentiasa boleh mengawal emosi dan cara kita melihat sesuatu. Maka usahalah dan latih diri melihat setiap kesulitan dengan pandangan dan harapan positif. 

Okay done sharing :-) 

Back to main topic,

Actually yang memotivasikan saya untuk beli 2 produk LOCCITANE ini ialah kerana membaca reviews yang sangatlah positif tentang best seller serum mereka iaitu Immortelle Reset - Overnight Reset Oil in Serum. Selalu jugaklah review produk ni lalu kat socmed saya. Kebetulan pulak, bila PKP ini kita tak boleh bershopping seperti biasa, makanya 2 serum Kiehls saya telah kehabisan. Maka masa untuk membeli yang baru (dan alasan untuk mencuba yang baru jugak hehe). Saya pun beranggapan, eh tak salah cuba serum Loccitane nih. Pastu digoda pulak oleh reviews yang rata-ratanya positif. Tapi mostly produk wajah saya masih Kiehls lagi. Cuma saya mix and match jugak dengan produk Clinique yang masih lagi bersisa. Kadang-kadang saya bersiap di bawah, kadang-kadang di atas. Rasa tak convenient nak angkut pencuci muka atas bawah setiap kali mandi. So saya letak pencuci muka, toner dan pelembab muka clinique di bawah. Kat atas saya pakai Kiehls. Gitew. 

So saya pun menetapkan misi untuk membeli serum tersebut. Pergi shopping time PKP ni memang leceh sikit sebab nak kena log in data dan ambik suhu badan. So saya takdelah masa nak window shopping bagai. Lagipun saya ditemani Muaz dan suami. Mereka tunggu dalam kereta, so saya fokus siap-siap apa nak beli, kedai mana nak pergi. So within 1 hour misi shopping ini selesai. 

Immortelle Reset (RM269)

Cadangan awal nak beli Immortelle Reset and Immortelle Divine Youth Oil sekali tapi salesgirl yang melayan saya bagi tau, first time nak cuba better ambil Immortelle Reset dulu and lihat kesannya. Immortelle Reset ni adalah pre serum sebelum serum sebenar digunakan. Tapi katanya boleh stand alone juga. And Immortelle Reset memang paling ramai beli katanya. So aku pun terpengaruh dengan bisikan itu. Haha. Fikir-fikir logik jugak. Sebab kan tetiba tak rasi, manalah tau sayalah yang 10% yang tak dapat apa-apa kesan magik serum ini kan rugi. Lagi pun ini pre serum, kat rumah ada 3 serum Kiehls berbeza, so why wasting?? Bukan dapat tepek semua pun. Muka kita boleh terima 3 serum sekali pakai, ini yang salesgirl Kiehls pernah bagi tahu saya. 

Gambar ni tangkap guna Iphone Pro -sajer cuba potrait mode. Rugi pulak tak cuba :-)


Mulanya nak beli serum sahaja, oleh sebab tak jadi beli satu lagi serum tadi tu, maka saya pun mencari-cari produk untuk badan, memandangkan lotion butter yang saya pakai sepanjang pregnant ini dah habis. Saya baca review baik juga mengenai supple skin oil Loccitane ini so saya fikir bolehlah try. Harga dalam RM198 kalau tak silap. Gulp! Mahal juga jika dibandingkan dengan lotion saya yang dah habis tu. Tapi tulah godaan shaiton!!! So hasil pembelian itu maka saya terus register jadi member and dapat pulak body beauty kit mereka berserta beg comel dua warna seperti gambar di atas.

Kotak kosong ajer nih. Botolnyer seperti gambar yang pertama


Baru pakai beberapa hari guys, so apa yang saya boleh bagi tau ialah serum ini memang tak sticky langsung, macam air jer and terus meresap baik ke kulit wajah kita. So, walaupun namanya ada oil, tapi tak oily langsung. Dulu mungkin saya mengelak produk oil based sebab zaman muda dulu kulit berminyak jerawat banyak. Now dah aging ni kulit berubah jadi kering, so saya berjinak-jinak menggunakan produk muka yang boleh memberi hidrasi dan kelembapan yang diperlukan. Serum Loccitane ni setakat ini harmoni dengan serum Kiehls saya guna. So kiranya kalau anda cuba serum ini, jangan pulak beranggapan kena buang semua produk anda sedia ada and tukar satu set produk Loccitane. Tidak salah untuk kita gabungkan produk-produk yang berkesan untuk kita gunakan bersama. Ramai ajer yang melakukan perkara yang sama. Kalau dah beberapa bulan pakai nanti saya update lagi bagaimana kesan menggunakan serum yang digilai ramai ini. So, far bagi kulit sensitif macam saya, produk yang tidak menimbulkan sebarang reaksi alahan adalah sesuatu yang cukup baik!

Bagi supple skin oil ni, saya kira ini juga pembelian yang berbaloi! Bau dia sangat sedap, long lasting macam saya ni pakai perfume atau lotion wangi pulak. Bau dia buttery, macam almond punya bau but subtle yet you boleh perasan, bukan bau kuat yang annoying tau. Bau dia rasa macam terapi, warm and menenangkan. And memang kali pertama sapu satu badan, terasa lembutnya kulit ku!! So dapat ku bayangkan nanti berpantang dengan bau-bau seperti ini. Salah satu cara yang berbaloi untuk memanjakan diri anda. Kalau ada rezeki bolehlah beli shower oil and lotionnya pulak. Till then, just happy gabung and pakai bersama dengan lotion lain yang masih ada. 

Produk Loccitane ni saya nampak tak sebanyak produk Kiehls, jadi takdelah berpinar bijik mata nak beli semua. Tapi saya kira, produk ini wajar diberi perhatian especially produk untuk badan. Serum Loccitane setakat ini yang paling menonjol berbanding produk wajah mereka yang lain. Loccitane lebih terkenal kerana produk untuk badan. Bagi yang masih mencari-cari serum dan body oil yang berbaloi, Loccitane produk yang saya highlightkan ini patut menjadi produk yang perlu dicuba. Kalau rajin, pergi sendiri ke butik terhampir dan minta sampel. Jangan jadi macam saya, bukan jenis sabar nak cuba sample cenonet tu dan terus ambik risiko beli saja. 

Selamat berhari raya!!


Friday, May 22, 2020

WFH Bagi Seorang Wanita Mempunyai Anak Kecil

Salam Sejahtera 

Salam COVID-19 semua,

Diam tak diam dah hampir 3 bulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan mudah untuk menjalani PKP bagi kebanyakan kita yang rata-ratanya merupakan pengalaman pertama. Saya tak terkecuali. Ketika mendapat perkhabaran kami di pejabat perlu work from home dan semua P&P berlangsung secara online, ramai yang rasa teruja.

Teruja sebab dapat WFH, heaven kot dapat WFH. Tak perlu pening nak fikir bersiap ke pejabat, dapat buat kerja dalam rumah dengan lebih selesa, tak perlu sibuk nak pakai baju kerja, cukup pakai baju kelawar kek dahnya sambil pakai bedak sejuk kat muka and buka laptop sahaja. Selama ni merasakan WFH adalah sesuatu yang cool, banyak dah dipraktiskan di luar negara, now its time untuk merasai pengalaman itu sendiri.

Heaven..!

Not so heaven after all..

I mean, if you have small kids arounds ... and some more, you are heavily pregnant like me and a husband as a frontliner during this PKP. 

Struggle is real...

Agak mencabar sebenarnya untuk handle kerja dan rumahtangga pada masa yang sama. Tiada boundaries jelas di antara kerja pejabat yang perlu diselesaikan dan melaksanakan tugas-tugas rutin rumahtangga seperti memasak, membasuh baju, menyediakan makanan dan sebagainya. Plus, bila ada anak kecil, yang berumur bawah 5 tahun, lagi terasa struggle tu.

Muaz anak sulung, tiada teman bermain. Jadi most of the time, dia perlukan teman untuk bermain. Kadang-kadang dia okay bermain seorang, most of the time dia perlukan teman, and i mean ME sebagai teman bermain. So, kejap2 dia panggil mintak duduk sebelah dia tengok dia bermain. Kadang-kadang timing tu just not right, masa tu nak kena reply email/kejar deadlines pejabat. Kadang-kadang termarah dia jugak bila sepertinya dia tak faham mamanya ni tengah struggle handle sorang-sorang di rumah and kerja dari rumah lagi. But, eventually rasa bodohnya nak marah dia yang baru 2 tahun lebih. Apa yang dia faham dengan WFH? Apa yang dia faham tentang deadlines tugas mamanya nih? Akhirnya rasa bersalah sendiri. Aku yang tak faham. Aku yang stres sebenarnya. Hmm. 

Lagi-lagi sekarang, P&P semuanya perlu dilaksanakan sepenuhnya secara ONLINE. Kami diberi waktu untuk mempersiapkan diri dengan P&P sepenuhnya online. Sebelum ini memang blended learning diamalkan namun tidak secara total. Bila segalanya perlu diubah kepada online, maka segalanya perlu diubah dari proforma, bentuk penilaian, pengajaran dan sebagainya. Kebanyakan mode pengajaran sebelum ini ialah konvensional, apabila tiba-tiba perlu sepenuhnya online memang terasa juga nak adapt dengan situasi itu. Tak sempat nak refleks apa yang berlaku, it just happened, experiencing and learning at the same time. Masa nilah baru benar-benar kena hadam apa itu platform webinar - zoom, microsoft teams, google meet, google classroom, ukmfolio, whatsapp, telegram bla-bla yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Masa ini barulah kena benar-benar hadam pembelajaran segerak dan tak segerak and belajar cara untuk rakam kuliah dan ppt untuk dimuatkan ke dalam ukmfolio.

Apabila WFH, sudah tidak jelas waktu bekerjanya. Especially di awal tempoh PKP ini. weekend pun dapat email keje, weekend pun kena respons pasal kerja, which is rare dulunya. So, hilang sudah angan-angan makcik pakai baju kelawar sambil gelak dengan bahagianya bekerja dari rumah. Baru terasa wow!! Stresnyer lain macam. Some more, workstation di rumah berbeza dengan di pejabat. Ruangan pejabat seperti memberi mood dan persediaan mental dan fizikal untuk bekerja sepenuhnya fokus. Tak diganggu dengan urusan rumahtangga. And, awal2 tu rasa stres sebab menghadap laptop/dekstop untuk tempoh yang lama dan lebih banyak masa dihabiskan membalas msg kerja. Ini semua kebiasaan baharu yang terpaksa dipelajari dan diadaptasi.

So my kesimpulan ialah, WFH ada baik buruknya jugak. Ada cabaran2 tertentu bagi segelintir orang, maybe WFH not for everybody. But, satu aspek lain ialah WFH ini berlaku semasa PKP. I think kalau situasi berbeza, tanpa PKP mungkin WFH menjadi lebih mudah dan membahagiakan sebab dapat hantar anak ke taska and kita ada masa sendiri untuk fokus kerja di rumah. But now semuanya berkumpul di rumah. Cannot imagine mereka yang ada lebih ramai anak semasa WFH masa PKP ini. Jika semuanya perlu dibuat sendiri tanpa ada orang gaji dan pasangan untuk membantu, memang haru biru.

Apapun, hidup harus diteruskan. Kena belajar untuk resilien and keep looking for solutions. 

Good luck untuk semua mama yang WFH dan ada anak kecil untuk dijaga. 




Tuesday, January 14, 2020

2020 dan kereta terbang

Salam tahun baru 2020!! 

Ku lihat langit di atas kepala ku, tetaplah biru indah dan damai seperti selalu. Cuma burung-burung yang kelihatan dan sesekali kapal terbang besar lalu menandakan bahawa bayangan kebanyakan kita tentang 2020 sebenarnya jauh tersasar... :-) 

Kereta terbang tidaklah menjadi satu fenomena biasa, belum capai status itu lagi. Ia masih berada pada tahap prototaip dan eksperimen kebanyakannya. Cuma sekarang, kereta semakin canggih, walaupun tak terbang, tapi boleh auto cruise. Canggih lah tu kan. Sedikit masa lagi, kita just type our destination and let our car lead the way. Jangan macam waze dah ler yg kadang-kadang terbabas ke laut dalam..muahaha. 

Hmm, 2020!

In sha allah dengan izin tuhan, 2020 ni ada baby baru yang mewarnai hidup kami sekeluarga. Sebenarnya tak rancang pun specific year tuk ada baby baru. It just that we think this is the right time since Muaz pun dah cecah 2 tahun 4 bulan. And since Muaz pun jenis suka ada teman bermain, rasa kesian pulak kalau dia jadi anak tunggul di rumah ini. Setidaknya, dia ada adik, adik dia ada Muaz. Kalau ikutkan kudrat, rasa macam dah SELESA sangat dengan seorang sahaja, namun banyak pertimbangan dibuat sehingga merasakan memang perlu ada dua. In sha allah dengan izin tuhan. Memang kalau orang tanya dulu pun saya jawab saya nak dua anak. Nak tambah pulak jadi 3 rasanya tidaklah kot. Faktor usia jugak. 

Mengandung usia 40an ada baik buruknya. Tapi rezeki kita redha dan syukur sahaja. Kudrat pun dah semakin kurang, penatnyer lain macam. Kelepet!

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...