Sunday, June 21, 2020

Loccitane: Belian lagi sebelum bersalin

Salam berhujung minggu,

Diam tak diam saya dah 34 minggu. Ada tinggal 6 minggu jika kira 40 minggu kehamilan yang berbaki. Mahu tak seriau, ingat masa lahirkan Muaz, 17hb warded 19hb baru si Muaz ni dilahirkan. Lama tak lama menahan contraction!! Moga Allah permudahkan kali ini, waktu yang sesuai dan tak perlu lama-lama contraction. Letih sampai tak boleh meneran dah, sampai terpaksa si Muaz ni divacuumkan bagi membantu dia keluar sebab mamanya dah takde kudrat, tambah dengan gas yg buat ngantuk terawang-awang, berlawan contraction dengan mamai. Hadoi hazab bila ingat gas tu. Ingat boleh legakan sakit, sama jer, berganda pulak beban sebab berlawan dengan ngantuk dan mamai.

Okay, semalam pergi lagi IOI mall putrajaya. Kiranya membeli Loccitane lagi. Haha. Memang kerasukan diriku ini. Tapi rasanya mungkin lepas ni tak dah kot, tak larat dah nak berjalan. Salesgirl pun tegur kata nampak jalan pun tak larat. Memang rasa makin berat dan tak larat nak menapak jauh-jauh or laju-laju. Duk rehat diam-diam di rumah sambil menunggu waktu bersalin.


Okay semalam saya membeli krim muka Loccitane line Immortelle tu. Actually krim yang sama dari gift set yang saya beli dah kehabisan girls. Memang kecik benar saiz gift set mereka berbanding Clinique. Clinique is still the champion compared to Kiehls dan Loccitane. 

So alang-alang saya belilah terus, jadi dengan harapan dapat pakai lama sikit. Mudahan sampai berbulan-bulan or paling tidak pun sampai habis pantang nanti. Rega memang gulp!!! Pejam mata jer, to be honest, tak pernah spent semahal itu untuk sebekas krim muka. Kalau ku tak cantik jelita seperti dijanjikan nanti inilah kali pertama dan terakhir ku beli. Dah spent banyak ni hopefully kesannya seperti dijanjikan. Aku pegang kata-kata janji manismu Loccitane!!

Okay, minyak wangi tu bukan dalam list, tapi sebab salesgirl tu cakap diriku ini telah berjaya mengumpul points yg banyak (so boleh imagine tak meroyannyer diriku ini membeli Loccitane semenjak dua menjak ni), maka dapat ditebus points itu dengan jumlah RM200!! Banyak dah tu kan. Sementelah minggu sudah saya komen bau minyak wangi Loccitane Herbae yang sedap itu, maka saya tebus lah untuk guna beli perfume tersebut yg berharga RM265. Maka saya hanya perlu topup RM65 sahaja. So berbaloi.

Semalam saya pergi IOI tengok dah ramai orang di shopping mall. And ramai jugak yang saya nampak angkut paper bag Victoria Secret. Agaknya ada jualan or promosi hebat dari Victoria Secret. Saya tak minat sangat mist or perfume Victoria Secret. Pernah beli tapi suka gitu-gitu ajerlah. Belum tahap meroyan lagi. Ahaks!

Update sikit mengenai produk Loccitane saya pakai:

Body Oil - Almond -- berbaloi membelinya, tapi yang tak bestnyer, harga sebotol RM198. Agak mahal, tapi memang minyak badan paling best pakai setakat ini dengan baunya yang terapeutik. Oleh kerana saya gigih pakai setiap kali mandi, dah habis banyak jugak. So now, saya try pakai utk kawasan kulit yang kering sahaja sebab sayang nak habiskan laju-laju.

Body milk concentration almond - ni pun reganya mahal jugak RM230 satu botol. Saya rasa kesannya tak se-best body oil almond. Pandangan saya, jika perlu pilih body oil almond or body milk concentration - i opt for body oil. So utk body milk, boleh pakai brand lain seperti body butter Bodyshop or Palmer Cocoa Butter pada harga mampu milik tapi kesan yang sama. So maybe next time dah habis body milk ni saya tak beli lagi kot. Atas faktor harga. 

Reset serum/youth oil -- berbaloi untuk membelinya. So far memang nampak ketara kulit muka lebih sekata dan asas yg baik sebelum memakai make up. freckles/kesan jerawat mengurang dengan lebih ketara. Even my sis pun tegur kata kulit muka nampak lebih cantik dan sekata. Rasanya gabungan reset serum dan youth oil ni sangat berkesan, malah lebih berkesan dari Kiehls correction spot yang saya pakai sebelum ini. Harganya memang mahal, tapi side yg baiknya ialah kita tak perlu banyak guna serum. Kiehls sebelum ini saya ada 3 serum berbeza - untuk siang, serum vitamin c and correction lotion dan malam pun begitu jugak. But dengan Loccitane produk, saya tak perlu serum yang banyak-banyak. Memadai reset serum/youth oil/moisturiser untuk pagi dan malam. So plus minus lebih kurang ajer! Seriously guys, you should give a try reset serum/youth oil. Berbaloi!!

Lipbalm -- berbaloi beli. Harga pun berpatutan RM45 compared to Kiehls lip balm yang lagi mahal berpuluh ringgit. 

Shampoo body & Strength -- rambut memang kurang gugur banding sebelum ini. Tapi ini agak sukar dipastikan faktornya. Kehamilan boleh menyebabkan rambut jadi lebih cantik dan kuat. Jadi tunggulah lepas bersalin bagaimana. Tapi sedap pakai shampoo ini. Rambut lembut, senang sikat dan baunyer terapeutik. Yelah sebab ada essential oil. 


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...