Friday, March 31, 2017

Ujian MGTT dan Minum Air Gula



Salam hari Jumaat,

Okay, hari ni, ujian MGTT atau dalam words panjangnya Modified Glucose Tolerance Test yang digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes ibu sedang hamil telah saya jalani di klinik kesihatan pagi tadi jam 8 pagi. Sebelum ini, terdengar pengalaman kebanyakan ibu hamil yang tidak menyukai ujian gula ini. Sebab utama ialah kerana kemanisan air gula yang tersangatlah manisnyer. Saya bukanlah orang yang suka minum air yang terlebih gula nih, tapi layanlah jugak minum air berperisa setiap kali pergi makan di luar. Katanya sekarang ini, semua ibu-ibu hamil wajib menjalani ujian MGTT terutama yang berusia 25 tahun ke atas dan ahli keluarga mempunyai sejarah diabetes. So, sah-sahlah diriku ini terlebih-lebih layaknyer. 

Prosedur MGTT:

  1. Diminta berpuasa bermula jam 10 malam sehari sebelumnya. So, semalam awal saya masak dan makan. Bila dah jam 10 malam tu memang tak makan apa pun kecuali minum air masak bilamana terasa haus. Terliur jugak tengok husband makan asam kumbang sorang-sorang tapi apakan daya jeling sajalah. 
  2. Awal pagi dah terpacak dengan KK, nasib baik ada husband temankan. Tunggu giliran dan perkara pertama dibuat ialah mengambil darah di bilik khas. Lepas ambil darah, kena masuk satu lagi bilik untuk minum air gula. Bila teringat pembacaan ibu-ibu tentang pengalaman minum air gula ada yang pening, muntah dan macam-macam tu, bohonglah saya rasa okay. Takut juga termuntah nanti kena minum lagi sekali. Erk!! Masuk jer bilik tu, beberapa mug mengandungi air gula yang famous itu terhidang di depan mataku. Maka ambillah satu, terasa suam-suam suku. Baca bismillah, and ketika nak minum tu teringat tips kawan-kawan (jangan tarik nafas; berhenti-henti minum; sekali teguk dan minum dengan lajunya). So, pejam mata and tarik nafas, dan minumlah sekaligus tak toleh kiri kanan dah. Ahaha. First impression? Memang manis, macam orang buat air gula 1 kg tertumpah dalam cawan tuh. Lepas tu, kumur-kumur and basuh mug tu dalam sinki. Done! Okaylah syukur saya tak termuntah dan survive the ordeal.
  3. Keluar tunggu pula 2 jam. Saya tak ke mana-mana, duduk jer dalam klinik tu. Dah siap bekal buku cerita untuk hilang bosan. Handphone saya tak guna sangat sebab risau bateri cepat habis, tambahan pula bila ramai orang ni line selalunya problem. Minum jam 8 pagi so saya kena check semula darah jam 10 pagi. Masa ini masih belum boleh makan apa-apa lagi. Kira masih berpuasa kecuali meneguk air gula tadi tuh. 
  4. Dua jam tu jenuh jugak menunggu, sampai rasa nak terlelap dibuatnya. Tengok jerlah orang lalu lalang kat situ especially ibu-ibu hamil yang buat check up. Lepas minum tu, oh, perut tetiba rasa menegang, dan seolah-olah terasa seperti baby dalam perut ni mengeletik kemanisan. Agaknya dia pun terkejut dapat air gula pagi-pagi, dahlah mamanya tak breakfast macam biasa, tup-tup bagi air gula. Hiperaktif sekejap baby dalam perut. Hihi. Sorry baby. 
  5. Tepat jam 10, tak perlu tunggu nurse panggil nombor, pergi semula ke bilik ambil darah dan dan bagi tahu nurse dah cukup 2 jam. So, nurse pun bagi duduk dan ambil pula darah kita buat kali ke dua. 
  6. Jam 10.05 pagi, selesai sudah prosedur MGTT.

Kalau di private clinic maybe result dapat on the spot/on the same day, tapi sebab di KK, kena tunggu result till next appointment. Dalam hati saya berharap everything is okay. Saya risau jugak kalau-kalau bacaan tak cantik. Nurse sempat pesan, kalau ada panggilan telefon tu maybe results MGTT tak cantik or ada masalah. Kalau takde apa-apa tu, maksudnya okay. Huhu. Teringat semalam tengah hari makan di restoran Fizo Omar & Mawar dengan kawan-kawan, saya minum air teh hijau yang sedap tuh. Harap-harap minuman tu tak mempengaruhi kandungan gula ku. 

So, gambar di atas menunjukkan bacaan gula ibu hamil. Bacaan gula selamat ibu hamil perlu berada dalam range tersebut. Sekiranya melebihi, maka panjanglah ceritanya.... :-(

Kisah saya belum berkesudahan lagi. Ya Allah, mudah-mudahan selamat dan okay. 





Monday, March 27, 2017

Menangani 'haters' dan invididu cemburu



Pendedahan kisah kehidupan individu dalam media sosial kini bukan suatu yang luar biasa. Tak perlu mencari wartawan untuk membuat coverage tentang diri kita. Dengan wujudnya facebook, twitter, instagram dan pelbagai lagi media sosial, kita boleh upload sendiri tentang diri kita. Terpulang pada individu sejauh mana dia sanggup 'mendedahkan' dirinya untuk tatapan orang lain di alam maya. Namun, tidak dinafikan, generasi z dan milenia menggunakan medium media sosial secara intensif. Maknanya, semua perkara diceritakan dan didedahkan. Dan ini boleh membawa kepada masalah tidak terjangka iaitu menimbulkan perasaan cemburu orang dan haters. Ingat tak baru-baru ini, kisah pelajar perempuan yang comel lote, cantik macam minah salleh (bukan king coco yang celup tuh ye) yang mendapat 9A dalam SPM. Kisah kejayaan dia dan kecantikan dia tanpa disangka mengundang komen yang berbaur negatif dan menjadikannya menerima pelbagai komen dari haters. Macam-macam kritikan dia terima sehingga dia terpaksa menutup akaun sosialnya. 

Dalam hal ini, saya teringat kata-kata cerdik pandai bahawa, tidak semua manusia dalam dunia ini, berlapang dada dengan kejayaan dan kelebihan kita ada. Akan ada, yang secara terang/diam menanam perasaan cemburu sehingga menimbulkan kebencian. Cemburu dan benci ini, ada orang simpan dalam hati sahaja, tapi ada yang mungkin menzahirkannya dalam bentuk tindakan dan perbuatan. Dalam orang bertepuk tangan dengan kejayaan kita, mungkin terselit hati-hati yang cemburu dan bencikan kejayaan kita. 


Begitu juga, sedikit masa lalu saya pernah terbaca di fb kisah seorang isteri yang kehilangan suami kerana ada kawan yang cemburukan kebahagiaannya. Silapnya dia ialah selalu upload gambar-gambar loving dan caring suami isteri di laman sosial. Mungkin niatnya ialah untuk berkongsi rasa gembira tapi rupanya tidak semua berlapang dada dengan kebahagiaan itu. Akhirnya, kerana cemburu dan benci orang lain terhadap rumahtangganya, maka akhirnya dia menghadapi masalah rumahtangga kerana gangguan-gangguan mistik yang dialaminya. Saya lupa apa pengakhiran cerita ini, samada berpisah atau sebaliknya. Tapi moral of the story, berpada-padalah dalam memaparkan diri kita di alam maya. Tidak semua perlu ditonjolkan dalam media sosial. Simpan gembira itu untuk yang tersayang. Jangan terlalu mudah berkongsi, kerana takut, kebahagiaan dan kejayaan kita itu tidak semua orang boleh terima dengan berlapang dada. Bahasa mudahnya, semakin sedikit orang tahu tentang kita, itulah yang terbaik. Bila banyak sangat orang tahu, ia mendedahkan kita kepada bahaya kepada kehidupan sendiri, kerana kita tidak tahu apa yang orang terfikir untuk lakukan. Baiklah kita memiminakan sebanyak mungkin risiko, biar beringat-ingat sekarang dari menyesal kemudian. 

Macam mana nak buat jika berhadapan dengan individu yang memang ada perasaan cemburu atau membenci kita? Saya takkan kupas kenapa orang cemburu or benci, kerana ia boleh terjadi kerana pelbagai sebab. Sebab ia boleh saja terjadi atas kelemahan sendiri atau apa saja. Kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu, tapi orang tu tak suka kita, contohnya. Dan ada juga orang baik namun tetap dibenci/dicemburui. Inilah sifat manusia, kita tak boleh memuaskan hati semua orang. Kita mungkin tak boleh kawal perasaan orang lain terhadap kita, namun, kita mungkin ada cara tertentu untuk menangani orang yang cemburu tak tentu pasal/haters ini samada di alam maya atau dunia nyata.



1. Dont take it personally. Dalam bahasa mudah, jangan sentap atau ambil hati. Fahami bahawa cemburu individu lain terhadap anda tiada kaitan dengan diri anda dan apa anda buat ke atas mereka. Jangan biarkan individu cemburu ini memberi kesan ke atas keyakinan diri anda. Teruskan lakukan perkara yang baik dalam hidup anda, fokus kepada individu yang memberi sokongan kepada anda dan ingatkan diri sendiri bahawa mereka cemburu kerana anda mungkin melakukan sesuatu yang lebih baik dari diri mereka. 

2. Abaikan komen yang bersifat kebencian/cemburu. Abaikan saja. Usah dilayan. Ini adalah isyarat bahawa anda tidak mahu melayan apa jua perasaan cemburu/kebencian yg mereka ada.

3. Konfran. Jika tiada pilihan, misalnya anda berhadapan dengan rakan sekerja yang ada sifat cemburu/haters anda, adalah lebih baik anda menghadapi isu ini secara langsung. Berkomunikasi dengan individu tersebut dan konfran tingkah laku mereka.

4. Kurangkan interaksi dengan individu terbabit. Jika boleh, ubah persekitaran dan dinamik sosial anda untuk mengurangkan keupayaan individu tersebut untuk menjejaskan kehidupan anda. Sebaliknya, kelilingi hidup anda dengan orang2 positif dan menyokong anda.

5. Ubah rutin dan elak dari bertembung dengan individu ini. Guna jalan lain, ubah jadual atau apa saja yang boleh membantu anda dari bertembung dengan individu ini.

6. Tetapkan sempadan. Jangan buang masa mendengar orang yang membenci atau cemburu kepada anda setiap masa. Tetapkan had untuk menjauhkan diri anda daripada individu ini. Tetapkan masa jika tidak dapat mengelak dari berkomunikasi dengan individu seperti ini. Jika masih berhadapan dengan komen negatif secara berulang-ulang, tamatkan perbualan dan beredar.

7. Biarkan individu tersebut tahu anda tidak menyukai sikap negatif. Jelaskan bahawa anda tidak menyukai komen-komen atau kata-kata yang diucapkan secara langsung. 







Terpaut pada tudung Ariani




Gambar yang langsung tiada nilai estetika ahahaha






Petang ini dikala hujan turun lebat di Bangi, saya meredah hujan bersama husband mencari jubah di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Sekarang ini, dengan saiz pinggang yang semakin melebar dan perut semakin ke depan, makanya banyak pakaian kerja saya yang sudah tidak begitu muat di pinggang dan akan sedikit masa lagi seperti buah nangka apabila memakainya. Jubah yang ada tetiba rasa macam tak cukup banyak pulak. Haha. Alasan untuk shopping baju baru? Tapi faktanya, memang saya dah jarang membeli baju sejak 3-4 bulan ini, kerana mood hendak membeli baju itu ke laut, dek kerana melayan keadaan diri yang hendak melepek dan serba serbi pening. Now, its getting better. Tq husband yang sanggup meredah hujan temankan saya carik baju. Sebenarnya walaupun husband tak kisah temankan, saya masih sedikit kekok ditemani lelaki membeli belah. Saya tak kisah temankan husband membeli barang dia, tapi untuk diri sendiri, saya masih rasa agak kekok sepertinya ada orang tunggu kita dan ini membuatkan saya rasa a bit rushing nak membeli. Sebab tu kadang-kadang saya suka membeli belah sorang-sorang kerana rasa lebih bebas dan tidak menyebabkan orang lain ternanti2. Mungkin perasaan sendiri saja, sebab saya ni bukanlah kategori kaki shopping. Beli barang secara berfokus, lepas tu saya nak cepat2 balik. Jadi, spend masa di shopping mall and membelek2 barang tu bukan saya. 

Dapatlah membeli jubah di satu kedai ini, warna kelabu. Ada jugak jubah yang berkenan tapi bila try baju tu, alahai, sebab jubah jenis cutting di pinggang, maka nampaklah diriku seperti dalam sarung nangka. Memang tak lepas inspection husband. Ahaks! Akhirnya satu baju polos kain lembut berwarna kelabu menjadi pilihan, ada various colours sebenarnya tadi, tapi husband kata ambik kelabu, maka ambiklah kelabu, satu sebab menghormati taste husband, kedua kerana memang saya takde baju kelabu. Walaupun mata tu macam ada jugak berkenan warna lain tadi. Tapi, itulah kompromi namanya. Kelabu pun okay jugak. Bila jubah dah polos, maka mendapat idea pulak nak carik tudung ariani. Saya ada sehelai koleksi tudung shawl ariani. Itupun bukan beli sendiri tapi hadiah daripada pelajar PhD yang habis pengajiannya. Bila pakai macam okay and senang bentuk and color pun nice, jadi saya try lah jenguk kedai Ariani di Bangi. 

So dapatlah 2 tudung ariani seperti gambar di atas ini. Banyak sungguh pilihan dan ini kali pertama saya jejaki kedai ariani di bangi. Kelabu jugak bijik mata sekejap. Hehe, harga pun slightly mahal daripada kedai2 tudung yg saya selalu beli. Tapi sesekali apa salahnya. Heh, ayat cover diri tu. Langkah kanan pulak! Saya tak tahu tengah ada sale sekarang ni tudung ariani. Tudung saya beli di atas ini normal price dia ialah RM200+ namun sekarang tengah sale termasuk tudung baru sampai, saya dapatlah harga sehelai RM119. Ha banyak jugak turun tu kan. Baru nak berjinak-jinak dengan tudung shawl, sebelum ini saya suka pakai instant double loop jer. Tengoklah, kalau mood and masa ada, bolehlah pakai shawl ni. Saya ambil masa sikit pakai shawl sebab tak biasa. Apapun, saya jarang nak obses dengan satu-satu jenama tudung, tapi ariani nampaknya lately berjaya menarik perhatian saya dengan koleksi tudung-tudungnya yang menarik dengan pelbagai warna, jenis dan corak yang menarik. Oleh kerana materialnya yang agak ekslusif, maka kena cuci tangan, and pakai syampu lembut saja. Huhu, untuk emak-emak yang busy dan tak punya masa, ini mungkin benda yang tak best untuk difikirkan. Tapi bagi yang tidak kisah asalkan bergaya, teruskan niat anda itu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 

Friday, March 24, 2017

Jus Delima Segar di IOI mall putrajaya



Salam pagi Jumaat,

Jus delima sangat dekat dengan kehidupan kita orang Melayu. Walaupun asal buah ini bukanlah dari Asia/Malaysia, namun kerana buah ini antara buah yang disebut dalam Quran maka ia menjadi sangat dekat di hati kita sama seperti buah kurma dan tin dan madu. Pastinya setiap buah yang disebut dalam quran memiliki satu khasiat yang istimewa. Harga buah delima ni boleh tahan mahalnya. Rasanya agak manis-manis, ada kelat-kelat sikit. Saya antara pengguna jus delima yang konsisten. Samada saya minum yang jenis concentrate/pati atau yang segar. Brand yang selalu saya beli ialah Gulshan. Namun, ada juga saya mendengar komen pengguna yang mengatakan just brand Gulshan ini mempunyai kandungan gula yang tinggi. Huhu, kalau betul memang kecewa jugaklah. Kita nak consume makanan berkhasiat, tapi kalau jus itu sendiri penuh dengan gula yang tinggi, jadinya jauh tersasar dari matlamat asal iaitu untuk mendapat manfaat dari amalan minum jus delima. Makan buah tu ikut tahap kerajinan saya jugaklah nak mengopeknya dan mengunyah satu-satu. Maklumlah, dunia serba express nih, semua nak cepat termasuk yang kita masukkan dalam mulut. Ahaks!

Ini antara khasiat jus delima:

1. Jus delima kaya dengan nutrien penting misalnya fiber, protein, vitamin c, vitamin k, folic acid, folate, dan potassium. 
2. Mempunyai 2 kandungan nutrien penting untuk kesihatan fizikal menyeluruh iaitu punicalagins dan punicic acid. Kerana tahap dua kandungan nutrien ini yang tinggi dalam jus delima, ia dikatakan mempunyai kandungan antioksida yang lebih kuat berbanding buah yang lain.  
3. Anti-inflammatory effects - jus delima mengandungi kandungan anti inflammatory yang baik untuk mengurangkan penyakit berkaitan penghadaman, kanser, sakit jantung, diabetes, Alzheimer, obsesiti dll.
4. Jus delima membantu menurunkan tekanan darah tinggi jika diminum secara konsisten. 
5. Membantu meredakan penyakit berkaitan atritis dan bengkak sendi. 
6. Membantu masalah ereksi bagi lelaki. 
7. Membantu melawan penyakit yang disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. 
8. Meningkatkan keupayaan memori.
9. Meningkatkan prestasi senaman. 

Untuk lebih lanjut boleh baca di SINI 

Khasiat jus delima untuk wanita hamil. Wanita hamil digalakkan mengambil jus/buah delima kerana ia terbukti memberi kesan baik kepada ibu dan anak dalam kandungan. Ada kajian di US membuktikan ia membantu mencegah beberapa jenis risiko kehamilan. Oleh kerana saya pemalas nak terjemah hari ini jadi saya tepek terus saja okay :-)



"Pomegranate juice may hold promise for preventing preeclampsia, growth restriction and preterm birth when given to women during pregnancy, according to a recent Washington University study.

The laboratory study found that pomegranate juice limits injury in human placental tissue and in isolated human cell cultures. More specifically, the juice, which is high in polyphenolic antioxidants, compounds that protect against cell death, reduced stress and death of human fetal and placental cells that were grown in culture.
Cells exposed to such stimuli as a low oxygen atmosphere, or chemicals that simulate low oxygen, survived more frequently when exposed to pomegranate juice compared to a sugar placebo.
The researchers reported their findings in the American Journal of Physiology—Endocrinology and Metabolism"


Namun, seperti kebanyakan makanan yang lain, ambil secara sederhana dan jangan berlebihan. Wanita hamil dinasihatkan mengambil sejumlah dos yang disyorkan kerana ia pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kontraksi dan kelahiran pra matang. Jus delima juga mengandungi kalori tinggi, dan jus delima mungkin menyebabkan pengambilan ubat tertentu tidak memberikan kesan seperti ubat untuk tekanan darah dan ubat mencairkan darah. 


Bagi yang mencari jus buah delima segar, selain memerah sendiri jus delima (which is for me difficult because you cannot use your usual fruits juice blender), saya mencadangkan anda pergi ke IOI putrajaya mall. Lokasinyer saya tak ingat level apa tapi sama level dengan Baskin Robin. Boleh nampak kiosk kedai jus segar ini dari kedai aiskrim Baskin Robin. Memang segar dari ladang sebab anda lihat sendiri jus buah delima diperah didepan mata anda tanpa bahan pengawet dan sebagainya. Harga sebotol dalam RM18. Agak mahal juga harganya tapi berbaloi kerana tiada bahan2 pengawet di dalamnya. Purata saya membeli jus ini di situ ialah seminggu sekali, itu pun kalau saya ke IOI mall. Biasanya saya membeli 4 botol, untuk saya/suami dan mak mertua. So far, rasanya memang tak boleh dicabar oleh jus dalam kotak or botol yang telah diproses. Walaupun tertera atas kotak /botol tu kata tiada bahan pengawet, rasanya takkan sama dengan jus yang diperah segar. Jadi, cubalah hari ini. 

Nyum-nyum-nyum rugi tak cuba 









Wednesday, March 22, 2017

Menangani orang yang suka mencari gaduh

Diam itu lebih baik,

Ye, kadang-kadang saya bersetuju dengan pandangan ini, terutama apabila berhadapan dengan individu yang negatif seperti suka mencari gaduh dan suka memprovokasi kita untuk bergaduh. Diam itu bukan bererti kalah, tapi bermaksud, "saya tidak mahu melayan sikap negatif itu yang tidak akan membawa apa-apa faedah pun untuk diri saya." Adalah lebih baik untuk meneruskan hidup seperti biasa, menapis individu-individu negatif jauh-jauh dari kotak fikiran kita dan berkawan dengan individu-individu yang positif. Kita menjadi 'gate keeper' menapis kekotoran orang beraura negatif yang boleh menjadikan kita terjebak sama dengan sikap agresif dan negatif tersebut. Hidup ini terlalu singkat untuk kita cemarkan dengan bersikap negatif dan mencari fasal dengan orang lain. Baiklah kita fokuskan mencari kecemerlangan diri dan berkhidmat sebaik mungkin dengan keluarga dan organisasi sementara masih berkesempatan. So, saya say NO TO NEGATIVITY. 






 



 


Orang yang suka cari gaduh mesti stress jika kita mengambil pendirian berdiam diri
 



Blogspot theme berwajah baharu!!



Salam petang,

Wo wee!!! At last! Tema blogspot yang agak membosankan akhirnya ada perubahan sedikit. Good job! Sebelum ini, terpaksa ciluk template yang blogger lain buat or dari platform blog lain seperti wordpress. Daku masih setia dengan blogspot, sebab banyak perkara. Personal opinion, still paling mudah, sebab dah lama pakai and dah familiar dengan settingnyer and takde masa nak try platform lain utk blog spt wordpress, dan sebagainya. Pernah belajar satu dua hari tu tapi dek kengkangan masa, jadi aku bersara saje dari meneruskan ekplorasi blog. Dulu, sebab banyak masa terluang ketika bercuti belajar, adalah masa nak tengok and belajar benda lain. Now, dgn workload kerja, dgn kesihatan diri, dan sebagainya..tak larat!!! Cantik tak theme baru kiter? Ada ker orang baca pun?? Krik..krik..krik!! Muahaha. Takper. Saya okay jer, blog ini lebih kepada terapi minda dan diri sendiri, bukan utk mengumpul khalayak. Jika anda antara orang yg selalu dtg or terdatang tanpa sengaja ke blog ini, terima kasih diucapkan. Minggu ini ambil cuti 3 hari just to chill myself. Nak relaxkan body yang agak kepenatan kebelakangan ini dengan pelbagai kerja dan urusan dan juga kesihatan. Namun, ada 5 draf tesis yang perlu ku hadam. Huhu, moga matlamat nak menghabiskan review semua draf tesis itu dapat disempurnakan. Kawan-kawan pun ramai yang ambil cuti sempena cuti persekolahan. Jom cuti!!


Bestnyer dapat bangun dengan view macam ni <3 td="">


Sunday, March 12, 2017

Kalau mencari teman...






kisah duka ulang berulang
hati luka cinta kecundang
bagaikan bunga
kembang dipuja layu dibuang
bercintalah berpada-pada
usah serah segala
turutkan hati turutkan rasa
diri sendiri akan binasa ....

Saya ni silent reader FB Kisah Rumah Tangga. Ramai followers KRT ni. Mungkin anda salah seorangnya. Cerita tipikal, masalah rumahtangga, masalah ipar duai, masalah tersalah pilihan..dan pelbagai lagi isu-isu rumahtangga. Rajin juga melayan lepas balik kerja. 

Bila dah banyak kali baca hal rumahtangga bermasalah ini, saya dapat melihat satu pattern tingkah laku dalam pemilihan pasangan; iaitu kita ignore 'warning signs' tingkah laku bermasalah bakal suami/isteri kita, sebaliknya terus memilih atas pelbagai perkara - biasanya atas alasan cinta. Misalnya, kita tahu pasangan kita itu playboy, kaki lepak, kaki merokok, penagih dadah yang belum insaf, pemalas dan suka bertukar-tukar kerja, tidak menjaga agamanya dll; but yet, you still decide to get married to that person. Mungkin over optimistik di sini, meaning that..you expect that person to change for the better lepas kahwin nanti.

The truth is, unlikely...

Memang ada yang berubah jadi baik selepas berkahwin, namun, mengandaikan pasangan akan pasti berubah selepas berkahwin adalah satu perjudian yang berisiko besar, lagi-lagi sekiranya, pengharapan itu lebih banyak datangnya daripada diri kita sendiri, bukannya atas kesedaran sepenuh hati pasangan kita yang bermasalah itu tadi. Dia tak cakap pun nak berubah, tak cakap pun nak berhenti dari tabiatnyer, na-da! Cuma anda yang mengharap, memasang angan-angan akan perubahan itu. Anda sebenarnya sedang mempertaruhkan masa depan perkahwinan ke dalam satu risiko besar. 

Perempuan ini soft spot nya ialah dihati. Perempuan selalu kalah oleh perasaan, cinta dan kasih. Lalu, seringkali mengabaikan 'warning-warning signs' ini dan terus memilih pasangan tersebut, walaupun pada masa yang sama, ada orang lain yang mungkin lebih baik boleh menjadi pilihan. Tapi sebab penangan cinta tadi..maka kerana cinta, ku turutkan hati. 

Love is blind...

Jadi orang-orang yg membuat pilihan inilah kemudiannya yang membanjiri KRT dengan pelbagai penyesalan, tekanan perasaan dan cabaran berumahtangga yang bukan sedikit. Itu yang kita dengar macam-macam - culas laksana tanggungjawab, jadi biawak hidup, suami tidak mahu bekerja, tahi judi, kaki dadah dan sebagainya. Bila kita lihat huraian ceritanya, kita dapat tangkap bahawa tingkah laku bermasalah ini memang telah sedia diketahui oleh si suami/isteri ini tadi. Tapi mereka memilih untuk ignore masalah ini. Cuma ada juga segelintir yang tak bernasib baik, jadi mangsa penipuan, tidak tahu tabiat tak elok pasangan dan hanya mengetahuinya apabila berkahwin. Kadang-kadang, saya terbaca juga komen sinis pembaca seperti:

eh ko dah tahu kot dia dari awal dah ada masalah ni, yang kau nak kahwin jugak dengan dia kenapa? dah tu mengadu kat sini menyesal bagai. kenapa dari dulu lagi kalau kau dah tahu dia mcam tu kau nak jugak kahwin? itu menempah masalah? kami jugak yang dengar kau dok tak puas hati itu ini dalam rumahtangga kau. kau yang pilih kan?

Ha, sentapkan!! Tapi dalam kasarnya bahasa itu, terselit juga kebenaran.

So, perkahwinan ini satu perkongsian hidup, jadi kita perlu pilih partner yang boleh membantu kita mencapai 3 perkara dalam perkahwinan - sakinah, mawaddah, warahmah. Jadi, saya kira pentingnya kita membuat pilhan yang sebaik mungkin. Sebaik mungkin maksudnya kat sini, memilih bukan sekadar cinta. Cinta sahaja tak cukup. Kena teliti banyak perkara, sikapnya, gaya hidupnya, agamanya, pergaulannya, tabiatnya, kelemahan dan kelebihannya. Kenapa? Kerana semua ini mempunyai pengaruh dalam membentuk rumahtangga kita akan datang. Jadi, kalau ada orang pertikai 'terlalu pemilih!'; sejujurnya, memang kena jadi pemilih!!

Jika rasa diri kita ni terlalu beremosi, hingga bias dalam membuat pilihan, mintalah pandangan orang yang kita percayai boleh memberikan bimbingan yang rasional. Paling penting, istikharah. Tidak pernah rugi orang yang istikharah dalam membuat sesuatu perkara. Ini Allah yang memberi jaminan. Ye, pengetahuan manusia sangat terhad, sedang Allah maha mengetahui, jadi sebaiknyalah Dia tempat kita bersandar.

Kalau pasangan kita itu sememangnya ada kisah hitam, yang penting keinginannya untuk berubah. Biarlah perubahan itu datang dari hatinya sendiri dan anda nampak kesungguhannya berubah. Tetapi sekiranya anda yang beria-ia nak dia berubah, sedang empunya badan relaks dan tak fikir ke arah, itu, sewajarnya anda mempertimbangkan keputusan dengan lebih serius dan penuh kesedaran akan cabaran-cabaran rumahtangga yang anda mungkin hadapi apabila berkahwin dengannya nanti. Bersediakah? 


Akhir kata; dengarlah lagu ini, sambil joget, kita cuba hadam mesejnya. <3 p="">


Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...