Tempat utk berkongsi cerita-cerita kehidupan seharian juga tempat utk bertemu kawan-kawan. Namapun Bla-bla corner, mcm2 blh cakap, mcm warung kopi maya, corner tuk kita citer-citer :)
Sunday, February 23, 2014
Dugaan sebelum berkahwin
Saturday, February 1, 2014
Handphone cap ayam
Chinese new year tidak ke mana2, busy dgn pelbagai urusan peribadi, balik rumah penat dah so duduk rumah jer. Ketensionan sbb hp nokia baru bli jatuh bbrp kli (benci diri sendiri) dh bengong n consider rosak. I kind of like it though. Ringan n with superb camera quality n ready Microsoft office. So, out of desperation..went out to the mines shopping mall, to look for a new HP. In my mind, I thought that not samsung, I'm too familiar with the device, kind of boring, n no Nokia coz I feel like buying another Nokia within 3 months is kind of like..stupid. I better send my existing Nokia for fix service kan. So I was thinking yesterday I better try other brands so out of spur, without giving myself a second thought, just bought lenovo hp. I'm pretty sure mine is AP version coz the buku panduan language is in Chinese, don't understand a word of it. Or worst, fake Chinese product cap ayam, with the price of rm750. Now after a while of trying it, I am 50-50, like it n at the same time hate it. Too lazy too explain more why 50-50. Moral of the story...do your review first before buying any hand phone. I mean..seriously review every details about your fav HP. And jgn cuba2 bli brand baru u not familiar about.
Tuesday, January 14, 2014
"Don't judge a book by its cover"
Tuesday, January 7, 2014
Defects check rumah baru
gambar hiasan - tiada kaitan dengan entri ini |
- masking tape
- marker pen
- kertas A4
Friday, January 3, 2014
Panduan Masuk Rumah Baru
Ok tips pertama.
Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda. Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan juga minta husband (atau korang sendiri, kalau pergi sendiri lah) pergi tingkat atas sekali, bukan loteng tau (kalau rumah dua tingkat, atau 3 tingkat atau banyak tingkat) kalau rumah setingkat memadai la kat bawah je, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
Kemudian, kalau nak explore rumah, explore lah dulu. Tips seterusnya adalah mengunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan access mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik selepas anda explore rumah baru anda. Heheh. betul ni bukan lawak, sebab selepas dapat kunci rumah, developer tak akan bertanggungjawab kalau ada berlaku kes kecurian kabel kalau defect rumah developer tanggung la, kalau curi-curi selepas dapat kunci dia tak tanggung. rugi nanti wiring bukan murah. ni pesanan developer rumah sue dulu la. manggakan la gate tu kalau anda suka.
Tips seterusnya.
Apabila meter letrik dan meter air dah dipasang dan rumah telah mempunyai bekalan air serta bekalan elektrik. Sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan sempurna. Buka semua pili air anda serentak. Selalunya pili dapur dan pili luar rumah adalah aliran direct dari punca air kat luar so kuat sikit, pili toilet adalah dari tangki simpanan so bila bukak semua posibiliti air tu jadi slow adalah tinggi lagi-lagi kat tingkat atas. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan, kot-kot ade tikus mati ke buang dulu la. kemudian penuhkan tangki air simpanan tu, bila dah penuh buang semua air tersebut. nak buat dua kali pon boleh, saja nak cuci tangki dan bagi aliran air ok. Selain tu nak test samada tangki ada bocor ke tak.
Tip ke empat.
Selalunya, bila letrik dah ada, technican atau kontraktor yang buat wiring rumah akan buat pemeriksaan sama ada setiap soket atau punca lampu/kipas ada letrik. Dia selalu bawak satu mentol untuk pastikan letrik ada. Make sure, anda ikut dia buat pemeriksaan, kadang-kadang diaorang pandai ngelat skip-skip satu dua punca letrik dan soket terutamanya yang tinggi. So kalau korang ada tangga, sedia siap-siap sebab kadang-kadang diaorang tak bawak tangga pon, jadi punca letrik yang tinggi-tinggi diaorang skip.
Tips ke lima.
Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang turun dengan lebatnya. Pastikan takde sambungan atap atau atap yang bocor dan mengalirkan air. Ok ni berlaku pada rumah aku ok. joint atap dia pendek sangat, dia seal tetap air hujan boleh tembus kalau hujan lebat gila. Caranya hanya dengan menukar joint atap yang lebih panjang. Seal-seal tak mo.
Tips ke enam.
Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
Tips ke tujuh.
Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu. Ada yang kosong tandakan dan minta dia pecah dan tampal yang baru dengan elok. Nak ketuk ni paling senang pakai pemutar skru panjang. kalau taknak duduk mencangkung ikat la pemutar skru tu pada kayu penyapu ketuk la sambil berdiri. nak ketuk, bukan setakat ketuk sekali je kat tengah tiles tau. ketuk keliling perimeter tiles, sebab kat tengah-tengah selalunya ada simen, yang takde simen selalu kat tepi-tepi tiles. Pakai kayu pon boleh tapi kalau pakai besi ni bunyi ketuk kosong nya nyata sikit dari ketuk dengan kayu senang beza, kayu kan leh menyerap bunyi (ni teori aku la).
Tips ke lapan.
Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna. Sliding door selalu ada masalah bila dah kunci dia tak berkunci pon. Erm, paham tak maksud aku? korang dah naikkan selak dia tapi still boleh terbukak jugak, maksudnya selak dia walaupun dah naik tapi tak bertemu dengan lubang selak yang sepatutnya. mintak dia ganti selak lain or adjust selak tu. tak menjadi mintak dia tukar satu set sliding door. hahah. (ni jadi kat rumah kuarters dulu tau, sebab aku takut tinggal sorang diri dengan sliding door yang tak kunci aku suh diaorang repair selak tu).
Tips ke sembilan.
Bilik air tingkat atas tidak bocor. Hehe. Caranya, ambil binding tape, sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan air buat ala2 kolam gitu. Biarkan seminggu, kalau kering topap la airnya kalau nak lagi lama pon boleh. Lepas seminggu, tengok ada kesan air bocor tak di siling tingkat bawah rumah korang. Kalau ada, tunjuk la dengan wakil developer dan sila la minta dia pecah balik lantai toilet tu dan pastikan dia letak sealer toilet tu dengan sempurna. Selalunya lepas letak sealer ni dia kena tinggalkan sehari bagi kering. Korang pergi la check sealer dia tu penuh ke tak penuh.. lepas dia repair toilet yang bocor itu ketuk satu-satu tiles dia. jangan bagi ada kosong.
Tips ke sepuluh.
Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
Dah cukup semua sampai tips ke 10, boleh la buat renovation rumah dengan senang hati. Kenapa sue suruh wat semua dulu benda kat atas tu sebelum renovation?? kerana selalunya developer tidak akan melakukan baik pulih ke atas bahagian rumah yang telah anda renovate.
penutup saluran air toilet atas |
penutup saluran air toilet master bedroom |
Ok selepas proses menyiasat rumah dengan 11 tips di atas selesai barulah anda boleh merenovate dengan jayanya.
Kalau aku buat permulaan, aku carik orang grill dulu sebab grill ambil masa nak siap. Bila rumah dah bergrill dengan senang hatinya korang boleh simpan segala peralatan untuk renovate macam simen, tiles di dalam rumah tanpa takut kena curik. heheh. Berlaku tau kecurian simen dan tiles. hahaha. dan lagi besi untuk naik tembok rumah tu.. tu pon orang ada hati tau nak curik, gamaknya untuk wat renovate rumah dia kot. hihihihi.
Owh lagi satu, bila meter air dah dipasang, kalau dia tak pasangkan sekali kunci untuk meter air, korang beli la ye di kedai-kedai hardware berhampiran.. meter air pon ade tau orang nak curi. hahaha..
macam ni lah lebih kurang rupe kunci meter airnya.. |
Grill ada tiga jenis. jenis stainless steel yang gila mak datuk mahal nak mamposs, grill jenis wrought iron yang terbahagi dua, solid mari atau hollow mari atau gabungan solid dan hollow.. dan lagi satu adalah mild steel yang selalunya akan di coatingkan dengan coating jenis powder coating. kalau banding harga la, ni mengikut pengalaman aku sebenarnya. paling mahal stainless steel la, then diikuti oleh solid wrought iron, combination solid dan hollow wrought iron then hollow wrought iron dan juga mild steel.. heheh. Aku ambil yang combination sebab laki aku yang nak, ikut hati nak yang powder coating tu sebab lawa giler. wrought iron cepat karat gitu tapi korang leh cat balik sendiri, kalau powder coating takde dah nak cat-cat balik sebab nak buat coat dia pon kena masuk oven khas. tapi powder coating ni idaklah sekejap je dia bertahan, lame jugak laa adelah dekat 10 tahun gitu boleh tahan lagi cantiknya.. kononnya la menurut kontrakktor itu. huhu.
Lepas grill kami tempah langsir. rumah aku pakai langsir kain untuk sliding door je, yang lain semuanya pakai blind konon-konon nya. bajet tak nak tukar-tukar dah la blind tu pakai la berpuluh-puluh tahun. tapi tengoklah nanti macam mana.. hehehe
Lepas langsir,aktiviti membeli lampu dan kipas. heheh.
sambil-sambil pilih lampu dan kipas, renovation untuk kitchen cabinet, cornish dan wiring berjalan serentak.
hehe.
Owh, tips memilih kontraktor. kalau korang bajet lebih, boleh hired kontraktor yang glamer ataupun interior designer (ID). hehe. harga dia berlipat-lipat kali ganda. hahahah. Ni pengalaman sendiri la, tapi kalau interior designer ni dia lengkap pakejnya dengan quality check and warranty. tu yang kena bayar mahal sikit tu. Kalau bajet ciput macam aku, selain usha-usha dengan opismate yang dah pernah renovate rumah, boleh la korang tunggu kontraktor yang banyak menyerang dengan quotation-quotation semasa korang menziarahi rumah. Percayalah, korang belum lagi sampai rumah nanti ade la kereta kontraktor mengekor, korang berhenti je, nak bukak pintu rumah nanti dia keluarlah menyapa.. heheh. masa tu mintak je quotation dan name card banyak-banyak. mintak dia tunjuk secara reallife kerja dia. Sama ada rumah orang lain yang dia tengah renovate, atau show house yang dia buat, atau showroom kat kedai dia. aku tak berapa suka kalau dia nak tunjuk showhouse atau showroom dia sebab of coz la dia akan membina contoh yang sangat berkualiti, tapi kebetulan ada area rumah yang baru jugak lah dapat kunci sebelum rumah aku dan tengah membuat renovation so bolehla aku tengok hasil real yang bakal diperoleh. Kualiti mesti mau ada walaupon harga murah. hehehe. lepas ada banyak pilihan, buatlah pilihan terbaik dari segi harga dan kualiti.
Kalau aku dulu, kitchen cabinet aku tu rm3300 je tau, siap dia pakej singki, aluminium dish rack, full aluminum 5 ft' top cabinet dan 10 ft table top complete with aluminium cabinet door pintu serta adjust piping untuk singki, piping untuk washing machine dan piping untuk pipe luar rumah. murahkan.. kalau dengan ID mau cecah 10k tau. sebab aku nak yang full aluminium, bukan pintu cabinet je alumimium, yelah duk umah yang posibiliti dihinggapi anai-anai tinggi ni kena kurangkan penggunaan kayu semaksimum mungkin. hehehe.
Untuk yang buat wiring, silalah ambik kontraktor yang mempunyai akuan dari suruhanjaya tenaga ye. Mahal sikit yang penting kualitinya ada dan keselamatan terjamin. hehhe. tolonglah jangan ambil wiring dari kedai letrik yang belum comfirm ada akuan untuk buat wiring, sebab selalunya kedai letrik ni dia tau pasang je, wiring-wiring belum tentu yakin cantik.
Wednesday, January 1, 2014
Selamat Datang 2014
Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini
Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...
-
Salam hujung minggu, Okay, rasanya sudah sebulan sejak saya overhaul skincare product saya dari Clinique ke Kiehl's. Hari tu saya ju...
-
Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. ...
-
Salam 2019, Lamanyer tak menjenguk blog ini. Kesibukan kerja seharian dan juga menjaga si Muaz menjadikan segala waktu yang ada...