Tuesday, January 14, 2014

"Don't judge a book by its cover"


Salam Maulidur Rasul dan Selamat Bercuti..

Hari ni tidak ke mana-mana. Duk menghadap meja yang sangatlah messy dengan pelbagai dokumen, fail, and skrip students. Dari pagi marking paper students, until now, waaaaaah! Memanglah ader behenti, makan solat, main game kejap ;-) tapi practically duk tegak kat meja ni dah berapa jam dah ni. Visi adalah untuk menghabiskan marking HARI INI jugak!! Cayok!!

Idea thread ini datang daripada skrip assignments students yang saya baca. Semester ini saya ada buat beberapa individual tasks yang bersifat reflleksi diri, yelah nama pun SUBJEK PSIKOTERAPI, so kenalah ada unsur2 praktis diri baru faham apa saya ajarkan. Salah satunya adalah diaorang kena pilih satu gambar yang very meaningful pada diaorang, yang somehow, ader sentimental values, yang ada simbolik, yang boleh reflects how the students see themselves@their life. Wah, so leka lah jugak saya membacanya, ada yang biasa2, ada yang luar biasa. Satu perkara yang saya puji ialah ketulusan mereka menulis apa mereka fikir dan rasa biarpun kadang2 apa yang ditulis itu agak peribadi, pahit dan menyedihkan. Masa discuss dalam kelas, diaorang ni malu2 alah, tapi saya boleh kata diaorang ni jujur dalam menulis. Agaknya segan nak cerita depan-depan kawan, tapi lebih selesa menulis. 

Bila baca tu, saya terfikir sendiri, bila melihat karenah mereka ini, rupa2nya masing2 ada punya cerita/sejarah sendiri yang tidak semuanya manis. Nampak sajer nakal, suka buat lawak, macam tak fokus, rupanya ada cerita sebaliknya yang saya sendiri pun belum menempuh lagi atau belum pasti sekuat itu menempuhnya. Ada yang pernah mengalami trauma hidup sehingga sukar percaya orang lain, ada yang rupa2nya anak yatim sejak kecil dan terpaksa hidup terpisah adik beradik kerana kemiskinan hidup dan diserahkan kepada orang lain, tak kurang jugak yang dari kecil disisih dari keluarga kerana ibubapa telah berpisah dan terpaksa hidup berdikari, buat kerja buruh seawal usia kanak-kanak untuk membeli barang/makanan kerana keluarga tidak mampu dan sebagainya. 

Moral of the story > dont judge a book by its cover. Kadang2 saya pun ada bias sendiri. Kenal students sebagai students, tapi kadang2 terlepas pandang, students tidak kurangnya seperti saya, ada kehidupan, ada tanggungjawab dan cabaran2nya diluar topi dirinya sebagai seorang pelajar. Kadang2 mereka pun membuat pengorbanan untuk datang belajar, ada halangan peribadi yang perlu ditempuh sebelum boleh duduk menghadap saya sebagai pensyarah untuk mendengar kuliah. Ada baiknya buat task berbentuk refleksi seperti ini, i can get in touch with students from a different angle. To see them from different perspectives. 

Sedikit motivasi > apa jua kesukaran dan kepahitan yang ditempuh, ia pastinya tidak berlaku secara sia-sia. pastinya ada sebab musabab yang Allah sahaja lebih mengetahui. Kadang2 mungkin kita mempertikai apa yang berlaku itu sekarang, tapi later on, kita mungkin berkata "I'm so glad it happened to me, now I see." Yang sering membentuk peribadi/karakter/karisma kepada yang lebih baik adalah kesusahan. Jika betul caranya menangani, insya allah it turns out good. Baik tak semestinya mendapat apa yang kita nak, tapi along the way, we gain experiences, and maybe become wiser by adversity etc. Tengok saja berlian, ia terhasil dari satu proses tekanan yang amat tinggi, asalnya cuma batu biasa yang tiada nilai, tapi tekanan2 itulah yang membentuknya sehingga menjadi begitu cantik dan dinilai tinggi manusia. So, jadilah berlian, bukan batu biasa. Mungkin senang cakap dari buat kan, tapi kita boleh usahakan. Yakin boleh!



I think my students - they are a successful story. Walaupun banyak masalah, tapi sekurang2nya mereka berjaya bergelar graduan. Itu adalah kejayaan. And pengalaman2 yang pelbagai itu, saya nampak seperti bless in disguise jugak, sebab dalam profesion menolong ini, pengalaman2 seperti itu pastinya sangat berguna dalam membantu kita lebih memahami dan in touch dengan masalah orang lain. Kalau background hidup smooth saja, mungkin empati itu sesuatu yang agak sukar dicapai. Sekurang2nya pengalaman sendiri, menjadikan kita lebih peka dan efisien dalam menangani masalah orang lain. Itulah hikmahnya :-) 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...