Salam,
Lama ku tinggalkan blog ini kerana fikiran dan fokus ku kepada yang lain..kepada sesuatu yang jauh lebih penting - urusan diri dan urusan pejabat. Jadi terpaksalah ku senyapkan saja blog ini sementara waktu. Entri ini tidak panjang tapi cukup sekadar utkku memberi sedikit respon kepada isu panas yang aku tengok telah beberapa kali berlaku terutama dalam kalangan artis dan juga orang2 biasa. Antara kes yang aku ingat:
Penyanyi ala2 muka Kajol. Belum beberapa lama dia mengatakan dia mahu berkahwin, seorang penulis lagu yang aku tak ingat namanya, telah mengeluarkan kenyataan terbuka di internet [fb or twitter tak pasti] mengutuk dia habis-habisan. "Bekas" la, "barai", dah rasa semua dan byk lagi pilihan perkataan jelik2.
Mangsa terbaru - pelakon wanita comel yang telah berhijrah [alhamdulillah] dan berhijab dan bakal berkahwin dengan seorang pengarah filem berbakat menjadi mangsa penghinaan bekas teman lelakinya yang bernada serupa dengan kes penyanyi muka ala kajol itu. Dah rasa semua "l****g" dan banyak lagi kenyataan yang boleh bikin SENTAP!!
Dan ada juga satu kes melibatkan pelajar IPTA yang baru putus dengan bekas teman lelakinya. Lelaki tersebut balas dendam dengan mewujudkan satu FB atas nama pelajar perempuan tersebut dan mengupload gambar2 intim berdua.
Saya tidak membela perempuan yang melakukan kesilapan dan dosa, tetapi membuka aib orang lain dengan cara paling hina seperti ini amatlah dayus bagi seorang lelaki. Lupakah, 'co-conspirator' dalam maksiat itu adalah diri anda sendiri???? Anda menunding jari padanya, tapi anda lupa anda juga terpalit kekotoran dan najis dosa tersebut. Anda mungkin berjaya memalukan dia, puas hati malah mungkin berjaya menggagalkan usahanya untuk berkahwin dan memulakan kehidupan baru, tapi apa baiknya yang anda dapat selain dari itu??? Anda tidak akan dipuji pun, jauh sekali pingat gagah perkasa gagah berani.
Dan semoga yang bakal berkahwin itu diberikan kekuatan hati dan ketetapan iman. Saat menghampiri perkahwinan inilah syaitan akan all out semuanya untuk mengagalkan usaha membina masjid. Kerana selepas ini, apa jua setiap perbuatan kasih sayang antara suami isteri mendapat pahala. Berbeza dengan couple yang setiap tutur katanya mungkin saja menerbitkan dosa apatah lagi bersentuhan dan sebagainya. Jika pasangan anda telah bertaubat akan perbuatannya, ia adalah sebaik2 perkara. Terkandung hikmah jodoh anda dengannya asal sahaja kita berpegang pada landasan agama. Allah maha mengetahui kesudahan sesuatu sedang pandangan mata dan hati kita amatlah terhad sifatnya. Pada masa ini jugalah pasangan bertunang mudah saja tersentap dengan banyak perkara, kiranya apa yang saya ceritakan ini adalah dugaan paling berat boleh berlaku bagi yang hendak melangsungkan perkahwinan kot. Biasanya dugaan saat2 akhir ni macam masalah wang, masalah adat resam, masalah gaduh persiapan kahwin, masalah dihubungi bekas kekasih, dan lain2 yang biasa, tapi kiranya mengadu domba ini antara yang berat boleh berlaku. Simpati saya ke atas mereka yang sedang berjuang utk berkahwin tetapi menghadapi dugaan seperti ini di saat2 akhir. Jika hati telah tekad, teruskan. Janganlah kita kalah oleh bisikan syaitan. Pada akhirnya ingatlah, jodoh itu ditangan Allah, usahalah yang terbaik, jika sudah termaktub dalam luh mahfuz dia adalah jodoh anda, maka berkahwinlah anda akhirnya.
No comments:
Post a Comment