1.1.2014
Perginya 2013 yang tidak mungkin kembali..
Datangnya 2014 penuh dengan kemungkinan menanti..
2013 telah jadi SEMALAM, 2014 menjelma KINI
Menganjak lagi usia, bertambah siri-sirinya, menunjukkan bahawa semakin bernilainya setiap detik hidup ini untuk dihabiskan dengan sesuatu yang baik, bermanfaat dunia akhirat. Semalam, disebalik pelbagai sambutan dan penganjuran tahun baru 2014, dan tidak ketinggalan cubaan demonstrasi di KL, saya tenang2 saja di rumah. Detik 12 malam kedengaran bunyi fireworks sayup2 kejauhan, menandakan berlakunya peralihan tahun 2013>2014.
Tahun 2013 saya boleh simpulkan sebagai tahun MERANCANG, tidak banyak yang dituai lagi. Banyak usaha dibuat untuk merealisasikan misi saya. Insya Allah mudah2an dengan izin Allah saya dapat menuai hasil usaha saya tahun ini. Penghujung 2013 saya yang ditandai dengan kesedihan kematian teman serumah tersayang saya - LILY. I move on. Tapi setiap kali cakap pasal my buddy ni, mudah saya menitiskan airmata. I still miss her. Saya redha, adalah hikmah yang saya tidak tahu lagi apa dia. Hanya pada Allah saya percaya.
Tahun 2014 ditandai dengan satu milestone besar dalam hidup, satu pencapaian peribadi yang saya syukuri. Rumah yang saya beli dan tunggu 2 tahun akhirnya siap dah kunci sedia diambil. Maka awal2 tahun ini akan busy dengan kerja dan juga preparation masuk rumah baru. Of course banyak jugak kena habiskan [duit], tapi ia memberi kegembiraan, yalah, rumah sendiri, mestilah rasa berbaloi setiap duit yang dibelanjakan itu. Ada kepuasan tersendiri.
Insya Allah mudah2an Allah Yang Maha Pemurah itu mencurahkan lebih banyak rezeki dan rahmat kepada saya.
Tahun 2014 juga adalah tahun BERJIMAT CERMAT. Walaupun berada dalam keadaan selesa, sedikit sebanyak terkesan jugak dengan kos hidup yang semakin meningkat. So saya kira, ini masa yang sesuai untuk muhasabah cara perbelanjaan saya. Saya merancang untuk kurangkan makan di luar, bawak bekal sarapan pagi ke ofis dan beli baju/tudung sebulan sekali. Baju-baju ni saya 'alergik' sikit, tengok macam best, tak kira awal bulan, tengah bulan, akhir bulan beli jer. Not good. Kena sentiasa muhasabah diri, hidup cara berhemah. Belajar hidup cara lebih sederhana dan kurangkan pembaziran.
Semalam, masa wish happy new year 2014, saya terfikir sejenak, sebab tipikalnya saya nak tulis jer gini:
"semoga hidup kawan2 semua bahagia, mencapai kejayaan dan penuh yang manis-manis".
Tapi rasa tak realistik sajer sebab saya hanya wishkan kegembiraan, macam mana mereka yang menempuh yang pahit/sedih? Memanglah kita nak yang terbaik untuk semua orang, tapi rasa tak realistik kerana dalam kehidupan antara kita pastinya ada yang menempun cabaran dan kesusahan, ada yang gembira, ada yang berduka. Akhirnya saya ubah seperti ini saja:
"apa saja manis/pahit hidup yang bakal ditempuh 2014, moga ia menjadikan anda lebih baik."
Ya, hidup tak manis semuanya, pasti ada yang akan menghadapi kematian, perpisahan, peristiwa2 lain yang sedih. Justeru, saya mengharapkan, apa jua, anda move on dalam hidup dan live your life to the fullest. Beranjaknya tahun ini berertinya hampirnya kita pada ketuaan/kematian. Moga sisa2 yang ada ini kita gunakan untuk melakukan yang terbaik utk diri sendiri dan orang2 disekeliling kita.
No comments:
Post a Comment