Thursday, December 12, 2013

hilangnya penyeri hidup ku: LILY




Peristiwa hitam 11/12/13

Sungguh berat hati nak menulis thread ini, tapi aku rasa perlu jugak ditulis, sbg tanda kenangan aku pada kucing kesayangan aku - LILY yang dijemput Allah petang kelmarin sebelum masuk waktu maghrib. Aku nak blog ini merakamkan kenangan itu, sebagai bukti dia pernah wujud dalam hidup aku, sebahagian dari diri ku, yang sangat akrab, yang menjadi teman aku dirumah dan penyeri hidup aku dengan keletah dan sifatnya yang manja dan sangat mudah dijaga. 




Lily mati akibat jatuh dari tingkat 5. Memang di rumah ini, terutamanya balkoni telah dipasang dengan net, tapi tingkah yang bergril itu tidak dipasang net, tapi aku selalu tutup, terutama jika lily ku tinggalkan seorang di rumah. Kalau aku ada baru aku bukak, dulu mmg aku tak kasik bagi dia jenguk tingkap, tapi dia sering duduk kat tepi tingkap. Bila dia dah besar, aku bagi kepercayaan dia boleh jaga diri. Tapi aku silap. Itulah kesilapan yang membawa kematian. Aku tahu ini takdir, tapi itulah punca takdir kematiannya. Memang rasa sangat bersalah, bersalah kerana melayan keinginannya yang bahaya itu, aku lupa bahwa Lily after all, cuma seekor kucing, tambah2 kucing mcm dia yang ku jaga rapi, tak keluar sebarangan. Dia hanya keluar bila ada temujanji dengan doktor vet. Ader jugak kucing2 lain yang ku beri datang bertandang.








Banyak yang telah ku angan2 bersamanya:
  • dia baru masuk setahun 3 minggu mcm tu. dalam kat vet, dia perlu divaksin lagi sekali disember ini. aku tak sempat buat.
  • aku dah call mating service tuk lily yang memang telah sampai usia matangnya mencari pasangan. ini juga tak sempat.
  • aku dah berangan2 hidup di rumah sendiri awal tahun depan, dengan dia bersama2, dah aku imaginekan. tapi ini juga tak sempat. 
  • rupernya ya, kita merancang tapi Allah juga merancang. 


Bila bayang balik mcm mana aku nampak dia dalam longkang itu, aku rasa nak teriak dan menangis sekuat2 hati. Dia yang dah pucat lesi, terperosok dalam longkang simen. takder darah atau apa. aku spontan angkat dia dan kendong dan meluru terus aku ke klinik vet. aku dah tak malu, dgn airmata meleleh mintak jumpa doktor segera, "kes urgent, tolong..kucing saya jatuh dari apartment." itu jer aku mampu cakap. walaupun masa kendong tu badannya panas, aku tahu peluangnya tipis. badannya dah lembek seolah2 segala tulang temulangnya dah hancur dan patah. wajahnya pucat. aku bawak jumpa doktor sbb aku scr tak sedar, mengharapkan keajaiban berlaku, bahwa dia masih ada nyawa2 ikan utk diselamatkan. tapi doktor mengesahkan takder denyutan nadi/jantung. and dia tak dapat diselamatkan. aku usap2 dia dan dalam hati aku meminta "ya allah, aku perlukan keajaiban. keajaiban." tapi aku kena terima takdir akhirnya. aku sempat cium kepala dia kali terakhir sebelum dia dibungkus dengan kemasa oleh staff klinik. 
































































































dan malam semalam terasa sangat panjang....dan sunyi...

serius, aku terasa kehilangan sangat. dulu masa ambik dia aku meragui keputusanku sendiri. dengan life yang selalu outstation, busy, mampukah aku memikul tanggungjawab menjaga kucing ini? memastikan dia dalam keadaan baik, makan, dan keperluan cukup? dah selesa duduk sendirian, tiba2 nak tambah tanggungjwab, jaga berak, makan, litter box, minum, mandikan dia, kesihatan dll? memang mula2 rasa terbeban, tapi itu sekejap sahaja, aku akhirnya rasa biasa, malah seronok sbb itu tanggungjawab aku. aku komit diri aku utk bela dia maka aku harus sanggup mengambil tanggungjawa itu. 

malam tadi pertama kalinya aku rasa sunyi yang amat, sbb kami tidur bersama2. sejak dia ada, aku tido depan tv, hampar toto. dia tido atas sofa aku tido bawah. sbb dulu aku zz bilik, tapi aku kesian ngan dia sbb dia sekor2 kat luar. dahlah aku keje pagi balik petang, takkan dia sekor2 jer sepanjang masa? jadi aku bukak pintu bilik, jadi dia memang akan masuk bilik pagi2 utk kacau aku bangun and bagi dia makan. last aku tido luar ngan dia. terbayang2 aku spot dia suka duduk/tido. bekas makan dia pun aku tak usik lagi, seperti dia belum pergi, kandang dia, litter box dier, masih ku biar tak terusik. sbb aku sedih sangat. aku terima takdir, tapi dalam hati aku masih belum sepenuhnya melepaskan dia pergi. aku rasa terlalu awal aku nak kemas2 barang pakai dia, seolah2 aku nak cepat2 dia hilang dari memori aku. masakan boleh secepat itu?? aku tau aku tak mampu.

sejak semalam aku asyik menangis, dia cuma seekor kucing, tapi dia sangat istimewa. bangunkan aku pagi2, jilat2 muka and cium2 muka nak kasik aku bangun, atau bagi aku massage supaya aku tersedar dari tido. menanti kepulangan aku setiap kli balik keje. bila dia dengar jer tapak kasut aku, aku dah boleh dengar suara dia mengiaw depan pintu. bila bukak jer pintu, dia mengeliat dulu, panjangkan badan dia as if nak kata 'bosannyer nak tunggu awak balik keje."

aku memang mencarik2 pasangan utk dia, cuma aku tak boleh ader kucing extra sbb rumah apartment tak sesuai kucing byk2. thats why aku menanti2 proses perpindahan awal tahun depan, kerana aku juga memikirkan plan aku utk lily, maknanya aku boleh menambah kucing lain, buat pasangannya. tapi nampaknya.....

lily, kau hadir sekejap jer dlm hdup aku, tapi hadirmu memberi makna yang besar. lily kadang2 aku tengok mcm anggap aku ni mak dia, mengekor aku kesana kemari dalam rumah. temankan aku buat keje kat meja, dia pun ikut study/belek2 kertas aku, atau lepak atas komputer aku. now, yang tinggal utk aku adalah bayang-bayang dan kenangan. sebak nak mengatakan cepatnya ko pergi lily, tak puas menjaga.

maafkan aku kerana aku tak sempat nak carikkan ko pasangan, tak kesampaian hajat aku nak tengok ko hidup berteman/anak2 sendiri, jadi hidup kau akan lebih meriah dan tidak sunyi. maafkan aku sangat2..

lily, moga dengan izin Allah, aku jumpa kau di 'sana'. aku sayangkan kau selama2nya. takkan ader yang serupamu. kau cantik luar dan dalam. i know life must go on, but i love you and remember you FOREVER.

6 comments:

Anonymous said...

sedihnye.. menitik-nitik air mata bace post ni.. harap akk bersabar dan terima dengan redha.. sy pun pencinta kucing jgk,, sbb tu sy boleh rase ape yg akk rase skrg ni..

Cengkih78 said...

thank you anon, dah 3 hari saya menangis ingat dia. pagi tadi bangun sorang2. my little baby dah takder. sunyi tanpanya.

CUMIE said...

Cengkih, walaupun Lily hanya seekor kucing tp dia juga ciptaan Allah yang bernyawa.ble sy baca sy pun nk menitik air mata. Ketahui lah menyayangi haiwan pun dpt pahala...dulu ada satu kisah nenek sdara sy suka bela kucing. Suatu hari dia meninggal sorang2 kat rumah, tp kucing2 yg dia jaga semua duk kelilingi dia. Pindah umah baru nnt sy doakan cengkih dapat kwn baru yg sama manja mcm Lily...amin.

Cengkih78 said...

cumie, tq. saya dah okay, tapi masih sedih sbnrnya dgn kehilangan dia. sangat rapat dengan saya. mmg kehilangan yang dirasai. bila ckp pasal dia mmg menitik air mata saya dibuatnya. ada yang cadangkan saya ambik kucing lain, tapi saya belum sepenuhnya bersedia. masih terlalu baru dia pergi.

CUMIE said...

tulah org ckp patah tumbuh ilang berganti...xpe bagi masa pd diri sendiri...masuk umah baru kita buka kisah baru...mana tau dapt orang baru ke nanti...hehe..amin

Cengkih78 said...

cumie, insya allah.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...