Tuesday, December 24, 2013

Jiran dan adap






Lama dah tinggal blog, masih sedih dgn Lily, tapi control jer perasaan. I know-I know..life must go on. I know that. No need to repeat that. I am trying..try to live my life as normal as I can. Grieving process needs time, mybe mine take longer than others. But I am sure, I will get over it, although the memories remain. sooner or later. 

period. 

citer pasal life, skrg ni management apartment tengah melakukan proses 'pembersihan' penghuni2 rumah yang sengaja tak mau bayar wang maintenance RM99 dan juga parking di tempat tak sepatutnya. Masa cakap2 ngan staff management tempoh hari, memang katanya ada yang sengaja tak mahu bayar dan tak peduli peraturan semua. parking sesuka hati, dan selalu jugak saya jadik mangsa tak boleh parking masuk sebab parking kete saya kena blocked. Now dah ader parking yang kena sita, kad akses kena blocked. Namun, masih ada jugak yang nampaknya 'tak faham bahasa melayu.' Dah diletakkan kat sign tu siap2 utk OKU and tak dibenarkan meletak kenderaan, masih lagi letak sesuka hati. Ingatkan bila dah letak penghadang stick tu takderlah kejadian sama berulang lagi, rupernya, ha, ader lagi masih mencelah2. Ni memang kategori samseng. 

kalau hidup berjiran, kenalah beradap. ikut peraturan, baru lah dapat hidup tersusun aman damai. kalau semua ikut hati dan kepentingan diri saja, ia menyusahkan orang lain. kang nak ditegur banyak kali tak pasal2 mengamuk. dah dibiar, bermaharajalela pulak. nak kata remaja, dah tua bangka, dah jadi mak bapak orang. ingatlah, ibu bapa tu contoh teladan anak2. kalau ibu bapa dah gagal bagi contoh terbaik, jangan mengharap anak pun akan jadi budak baik. 

apalah perasaan hidup tak kisah hal orang ni ya. takder ke perasaan tak bersalah di dalam diri tu, malu sebab ego dan sombong tak bertempat. apakah perlu kekasaran baru nak mengalah?? dah terang2 buat perkara tak betul. orang lain yang extra kereta, okay jer parking kat luar. dia boleh pulak parking depan rumah. VIP sangat ka?


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...