Sunday, December 29, 2013

Kemodenan dan Bunuh Diri

Seram nak letak gambar suicide yang betul

Pagi-pagi tertarik berbicara tentang bunuh diri di Malaysia. Sebelum nak ulas, mari kita tengok beberapa fakta bunuh diri yang saya jumpa di internet/bacaan: 


Bunuh diri dengan idea bunuh diri adalah dua perkara berbeza walaupun idea bunuh diri blh membawa kepada bunuh diri, tapi tak semestinya berlaku. Ia adalah amaran wujudnya risiko bagi individu berkaitan. Ini adalah kajian "idea bunuh diri", iaitu keinginan/hasrat membunuh diri, blum melakukannya lagi.

Ikut kajian Maniam ini, umur berisiko boleh dikategorikan sebagai generasi/golongan muda, seawal usia 16 tahun. Tapi menjelang usia matang, spt 40an, niat bunuh diri itu berkurangan. Menariknya, bila usia meningkat tua, idea bunuh diri itu sepertinya kembali meningkat. 

Kenapa suicidal idea tinggi dalam kelompok generasi muda/tua? Ini beberapa pandangan saya yang tidak empirikal:
  • Kematangan dari aspek menangani tekanan kehidupan. Mungkin pada usia awal, pemikiran masih belum rasional dan mahukan jalan penyelesaian mudah. Tidak sabar dengan dugaan dan ujian kehidupan. Bila dah matang, maybe pengalaman kehidupan itu sendiri memandu ke arah kemahiran penyelesaian yang lebih baik dan konstruktif. 
  • Atau mungkin juga, ada kaitan dengan live events dan status sosial dalam tempoh perkembangan itu. Misalnya, lebih mudah bunuh diri sebab takder rasa tanggungjawab dan bebanan jika 'bunuh diri' itu sebagai pilihan, berbanding orang yang usia 40an yang rata2 sudah berkeluarga dan ada anak isteri. Mungkin kehadiran mereka menjadi 'buffer effect' membantu mengurangkan keinginan bunuh diri. Sebab bunuh diri ini kesannya kepada semua yang ada disekitar mereka. Mungkin kehadiran keluarga dan kebergantungan orang-orang disayangi membantutkan usaha membunuh diri itu.  
  • Mungkin, pada usia 40an, seperti kebanyakan orang lazimnya, sudah mempunyai kehidupan yang stabil, stabil sosial, ekonomi, pekerjaan dan sebagainya. Bila berada dalam keadaan ini, normalnya orang lebih sayangkan kehidupan, bukan?? Jarang dengar orang bunuh diri sebab terlalu gembira/berpuas hati dengan kehidupannya. Kita kalau boleh nak slow motion everything that makes up happy. 
  • And bila tua, maybe, disebabkan oleh faktor kesihatan dan penyakit yang berpanjangan. Keadaan-keadaan ini membuatkan warga emas mudah berputus asa dalam kehidupan dan mungkin memikirkan kematian sebagai jalan terbaik. Memetik kata Jack dalam Titanic: "When you got nothing, you got nothing to lose". Aper lagi sesudah usia tua kan? Pastinya kematian, samada cepat lambat, tunggu dijemput atau menempah sendiri.

Laporan oleh the National Suicide Registry Malaysia (NSRM) pada tahun 2008 mencatatkan 290 kes bunuh diri di mana kebanyakannya dilakukan oleh lelaki berbanding perempuan dengan masing-masing 219 kes lelaki berbanding 71 perempuan.

suicide rate in Malaysia 2008 

Menarik untuk dinyatakan kat sini, ada perbezaan fakta kajian 'suicidal idea' dengan the actual case yang dilaporkan. Ikut statistik bunuh diri ini, golongan muda masih mendominasi kes bunuh diri, tapi golongan remaja dan orang tua mempunyai kes dilaporkan rendah. Maybe suicidal idea tu ader, tapi tak dilaksanakan?? 

Bangsa Melayu dan bunuh diri

Kalau ikut kajian dan statistik, bilangan orang Melayu yang bunuh diri masih rendah berbanding bangsa Cina dan India di Malaysia. NAMUN, kalau kita lihat kes-kes bunuh diri dalam tahun kebelakangan ini di surat khabar, bukan lagi sesuatu yang 'pelik', or out of ordinary to hear that Malays committing suicide. Masih ingat kes lelaki yang bunuh diri di tengah highway ketika memandu selepas menembak mati pasangannya di sebelah tempat duduk? or beberapa lagi kes menembak diri dan terbaru pelajar tahfiz gantung diri di dalam tandas ketika rakan2 lagi cuti sekolah di asrama? Dalam erti kata lain, kadar bunuh diri orang Melayu juga sudah menunjukkan kecenderungan utk meningkat. Semua orang tahu, dalam Islam, bunuh diri itu HARAM dan dosa besar. Islam menghalang sekeras2nya perbuatan bunuh diri. 


Faktor bunuh diri

Ikut laporan NSRM, faktor bunuh diri berkait rapat dengan peristiwa2 yang terjadi dalam kehidupan pelaku sebelum ini seperti:
  • kematian pasangan/orang dikasihi
  • masalah kewangan
  • masalah pekerjaan
  • masalah berkaitan pasangan
  • masalah sekolah

Cara bunuh diri

Ikut kajian ini yang dijalankan di PPUM, metod/kaedah paling selalu digunakan untuk bunuh diri di Malaysia ialah:
  • terjun dari tempat tinggi
  • gantung diri 
  • minum racun 

Bunuh diri penyakit negara maju??

Kita mungkin beranggapan bahawa, negara miskin mungkin mempunyai kadar bunuh diri lebih tinggi berbanding negara maju kerana negara miskin ni rakyatnya mesti menderita sebab serba serbi hidup kekurangan dan dihimpit kesusahan tidak berkesudahan. Tapi, tidak ya, malah dibuktikan bahwa negara maju, yang mempunyai GDP per kapita yang tinggi sebenarnya mempunyai kadar bunuh diri paling tinggi sekali seperti negara-negara Rusia, Jepun, Perancis dan tidak terkecuali Amerika Syarikat. 

suicide rates by countries

Gaya hidup moden dan nilai-nilai kemodenan memberi penyakit kepada jiwa??

Kemodenan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, tetapi harus berhati-hati kerana datang bersamanya bukan sahaja kebaikan, tetapi juga keburukan. Yang baik diambil, yang menghancurkan kita tinggalkan. Tidak salah berpegang kepada nilai asal yang baik. 

Gaya hidup masa kini sedikit sebanyak memberi tekanan lebih kepada kesejahteraan jiwa manusia. Perubahan ekonomi yang tidak menentu, dan perubahan struktur sosial masyarakat yang semakin bersifat individualistik menyebabkan sokongan sosial semakin sukar diperolehi dan menekan. Kita hidup dalam lingkungan ramai orang, tetapi kita 'sendirian' mendepani dugaan dan cabaran. Ada ramai manusia disekeliling kita, tapi tiada sesiapa untuk kita meluahkan masalah? Yang kita percayai? Tiada masa untuk membantu??


Dulu, bila ada masalah, keluarga dan sahabat handai membantu, tapi kini mungkin keadaan telah berubah sehinggakan organisasi khusus harus diadakan untuk membantu khusus bagi menangani masalah ini - social support. 

Lemahnya struktur sosial ini diburukkan oleh stres zaman moden yang meletakkan jangkaan yang tinggi kepada pencapaian/prestasi seseorang. kejayaan kita diukur dalam bentuk material/ produk, yang boleh diukur. Jadilah kita seperti mesin yang bekerja 24 jam untuk memenuhi jangkaan2 ini. Kita menjadi hamba zaman moden. Yang workaholic dilihat sebagai model contoh, yang  kerja balik pukul 5 dianggap bukan pekerja produktif. Yang boleh dihubungi 24 jam dianggap pekerja terbaik, yang off line time cuti dianggap sebaliknya. Tertekan bukan?? Dalam kita mengejar jangkaan2 ini, kadang2 kita terabai ahli keluarga, keperluan emosi, sosial anak2 yang sedang membesar, kita melahirkan zuriat yang mungkin menanam perasaan tidak puas hati terhadap ibu bapa, kita sendiri pula hidup dalam tekanan yang tiada penghujungnya. 

Anak-anak pula menerima tekanan yang tidak kurang hebatnya. Ibu bapa meletakkan harapan untuk kejayaan akademik yang tertinggi. Awal2 sudah dicanangkan kepada anak2 harus mencapai KPI semua As. Hilang sudah keseronokan belajar kerana dek bebanan 10/9As yang diletakkan dibahu. Dari pagi ke petang, penuh dengan pelbagai kelas, aktiviti kokurikulum, kelas agama, tuisyen tambahan. Menjelang malam, anak2 sudah 'habis bateri' untuk sedikit ruang berehat/berlibur. Apabila aktiviti sosial anak bukan lagi dilihat sebagai sebahagian proses perlu untuk pembesaran, anak2 disuap dengan segalanya bercorak akademik dan pembelajaran. Hilang sudah nikmat seorang kanak-kanak - bermain!! 

Kita sudah dimomokkan dengan keperluan memenuhi materialistik. Lihat saja iklan, kalaulah kita mengikut kehendak iklan, semua benda dilihat menjadi 'asas/perlu' bukan lagi kehendak. Kejayaan kita diukur secara luaran, berapa banyak kereta  kita ada? berapa banyak rumah kita beli?? berapa saham kita ada? duit kita di bank?? Lahirlah generasi muda yang berlumba2 untuk memenuhi kehendak ini, menyebabkan kita mengabaikan keperluan dalaman diri yang lebih penting. Justeru, bila gagal memperolehi apa yang diingini, kita mengaitkan dengan kegagalan dan ini menimbulkan tekanan. kesejahteraan kita bukan lagi dalaman, tapi bersifat luaran. Ini semua memberi tekanan. Jadi tidak pelik, jika orang sanggup bunuh diri kerana rugi dan sebagainya. kerana dia meletakkan nilainya pada semua kekayaannya yang terkumpul. 

salah caranya, kita akan hidup dalam zaman moden yang kaya material, tapi miskin jiwa. ya, ia sedang berlaku...

Ubat jiwa

Ubat jiwa ialah kita kena balik kepada penciptaan kita. Balik ke asal usul kita kerana di situ ada ketenangan.  Ia juga memandu apa yang perlu diutamakan, yang perlu dihindari. Saya sangat setuju, al quran itu adalah ubat jiwa, di dalamnya ada manual hidup. insya allah berpegang kepada tali allah, kita berada dalam landasan yang betul. 

seimbangkan keperluan zahirian dengan keperluan rohaniah kita. kerana kehendak zaman moden kadang2 sepertinya sudah melampaui kemampuan manusia untuk memenuhinya. mengejar kehendak nafsu, apakah sentiasa terpenuhi? jawapannya tidak. hari ini puas, esok mahu yang lain pulak. ambillah yang baik dari kemodenan, tapi pada masa yang sama sentiasa muhasabah diri agar kita tidak tergelincir dari kehidupan yang sepatutnya. 



No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...