Saturday, March 6, 2010

A little house in the woods

Weekend? Spt biasa, ke Little Saigon Footscray utk membeli daging, buah2an dan juga sayur, bekalan utk 2-3 hari. Tadi sempat jenguk website resepi, sungguh sy kehabisan idea nak masak aper. Bosannyerlah kadang2 makan masakan sendiri, kalu lah kat Msia, dah lama mengidam gi jer mana2kedai, makan jer aper nak (kecur airliur sedih tul!). sblm ke market, ke laundry dulu (weekend hari membeli barang2 dapur dan jugak laundry). balik dari pasar baru sidai baju sbb nak catch up bus 10.28 pagi (bus sini schedule blh tahan tepat, jadi tgk timetable jer pastu blh budget masa). 

masa jemur baju tadi, senyap dan sunyi (sanctuary, remember?) hanya ada bunyi burung jer berkicau. syahdu pulak rasanya tiba2, lagi2 teringat bbrp bulan jer tinggal. sy pasti rindukan ini semua, kicauan burung pagi, kedamaian dan kesenyapan rumah ini. pasti, sy akan rakam suara burung2 nie sbg tanda kenangan. tau2 dah 3 1/2 thn duduk sini. rumah nie kecil, ya, tapi sy bahagia dgn ketenangannya and i am proud to call it home, my home in melbourne.

sy selalu start buat keje awal pagi, sepanjang 3 thn lebih ini, sy dah boleh agak jadual2 'permainan' arnab dan jugak possoms kat umah. biasanya arnab akan muncul jam 8.30-9.00 pg kat dpn pagar umah. possom pulak, shift malam dlm kul 7-8 mlm, kdg2 lewat. possom nielah suka mencakar dinding bilik. sebab sunyi sgt, dulu first time dgr bunyi nafas dia sy nervous jugak, ingatkan suara nenek kebayan manalah dpn tingkap bilik. lama2 baru tau tu bunyi possom. aiyah! semput tul possom nie, mcm nenek umur 200 thn. 

tadi jumpa ramai jugak Msian students. sempatlah berborak dan berbalas senyum dari jauh. tak syoknya, bila org tanya - undergrad ker? aiyo, selalu tul org kata sy undergrad, muka nie takde tokoh bakal dr langsung ker? sedih2..

itulah laporan sy hujung minggu nie. terima kasih kerana layan baca.

note: ada citer menarik terjadi dlm bas on the way back ke umah tadi, tapi kejap lagi lah ya. bagi sy masak dulu. next entri i promise, insya allah.








No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...