Thursday, March 11, 2010

How are you today???

Pagi nie buat keje, sambil dengar SURIA FM, sejak SINAR FM tak blh nak dgr online, sy bertukar (secara terpaksa) ke SURIA. tapi okay jugak, sbb ada Halim Othman, dgr suara dia mengingatkan sy masa2 di Msia dulu, ms dia tgh NGETOP di ERA. pejam celik dah agak lama jugak berlalu. aiya, waktu sungguh2 cepat berlaku (don't you guys think so?). Pagi nie topiknyer ialah HOW ARE YOU TODAY? Halim kata tanya diri sendiri, how are you feeling today? bagus jugak idea tu. dia kata pergi dpn cermin dan tanya soalan tu. 
sy mahu berkata, saat ini sy berperang dengan masa, utk menyiapkan segala2nya sebelum balik Msia, ada bbrp bulan saja lagi. melihat kpd byknya perkara yg harus diusaikan, sy hanya fikir tesis-tesis-tesis sepanjang ms. persiapan utk balik for good (termasuk tiket flight) pun sy blum tertengok jer lagi. rasa mcm mimpi jer nak balik dah?? bila kawan2 yg baru sampai sini, begitu happy dgr sy nak balik, sy terfikir balik, dulu itulah yg sy rasa bila dgr senior2 balik for good, rasa nak ganti tempat dia, TANPA saya fikir, betapa tak semudah yg didengar. sblm boleh menarik nafas lega di dalam kapal terbang on d way balik ke Msia for good, harus dulu menempuh perjuangan tesis. siapkan segalanya sbb nanti balik semula berkerja, lain pula agenda harus difikirkan. 

ada orang merasakan waktu berlalu terlalu lambat, tapi dlm kes sy ini, sy rasa terlalu cepatnya waktu berlalu, terkejar-kejar rasanya. 

note: sy menjawab soalan halim tanpa melihat cermin. nak tgk diri sendiri kat cermin pun dah tak sempat! tapi memblog tetap harus coz menyelam blh minum air, take five!

semoga hari anda sempurna seadanya.



1 comment:

Maiyah said...

moga segalanya berjln lancar

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...