Sunday, June 14, 2009

Pilih kaya atau miskin??

Pernahkah anda mendengar, keluh kesah insan ditimpa bencana kesusahan? Kadang2 terluah dari bibirnya 'kenapalah tuhan menduga aku sedemikian rupa? kenapa kehidupan aku sebegini hina?' tapi amat jarang kita mendengar orang kaya mengeluh perkara yg sama 'mengapalah aku ini terlalu kaya??' cliche. orang kaya jarang yg menyesal dgn kekayaannya. kerana kekayaan adalah kemasyhuran, kekayaan menjamin byk benda...di dunia. anda boleh mendapat, hampir kesemuanya. kalaulah syurga itu pun mampu dibeli..sudah pasti di booking nya by advanced.


kaya atau miskin itu ujian. kaya tak bererti tuhan semestinya menyukaimu dan kemiskinan sbg tanda engkau 'terlaknat.' kerana dua-dua keadaan ini sungguh suatu ujian bagi manusia. jgnlah beranggapan kekayaan itu kesenangan dan kemiskinan itu kesusahan semata2.

"Adapun manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dimuliakan dan diberi kesenangan, maka ia berkata 'tuhanku memuliakanku.'
"Adapun bila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka ia berkata 'tuhanku menghinakanku.' Al-Fajr 15-16

Tidak sedemikian. kerana setiap kekayaan itu didatangi dgn ujian yg sangat berat. jika salah perkiraan, maka dosanya berlipat ganda. golongan kaya sesungguhnya memegang tanggungjawab dan ujian yg lebih berat di sisi Allah. kerana kekayaan dan kegunaannya akan dipertanggungjawabkan di bahu yg mendapatkannya - sejauh mana dia memanfaatkan ia bagi hal yg lebih hak.

'sekali kali tidak demikian, sebenarnya kau tidak memuliakan anak yatim.'
'dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin.'
'dan kamu memakan harta pusaka dgn cara mencampur baurkannya dgn yg halal dan batil
dan kamu mencintai harta benda dgn kecintaan yg berlebih2an.' Al-Fajar 17-20


dunia ini hampir ke hujungnya, cukupkah amal utk menemuiNya

teringat cerita seorang teman ttg abgnya - businessman berjaya, punya company besar, cwgn overseas, business sentiasa rancak. tetapi, selalu risau dan bimbang - akan harta yg dikumpulkan, takut kehabisan dan ditimpa kerugian. ya, pernah dgr kata-kata - org yg kaya ilmu akan dijaga ilmunya, org yg kaya harta akan menjaga hartanya. dek kerana kesibukan menjaga harta - terabai tanggungjawab sbg hamba.

tiada yg tidak baik pd kekayaan sbnrnya kerana ia kalu betul caranya - ia blh menjadi sumber ibadah - sedekah, derma, mendirikan masjid, mendirikan sekolah etc. kekayaan blh menjadikan seseorang lupa diri sedang kemiskinan blh menjadikan seseorang itu kufur (eg menjual diri utk dan melakukan kerja2 haram).

ada satu cerita, seorang lelaki miskin yg hidupnya berempat. tapi dia selalu tenang dan redha. katanya, dia sungguh2 menolak kekayaan itu kerana org paling kaya akan lebih berat hitungan di akhirat nanti dan lebih lama 'bicara' nya dgn Allah.

sekadar peringatan dan muhasabah diri kita bersama

anda pilih yg mana?





No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...