Menjadi habit, untuk membaca sesuatu sebelum tidur. Itu adalah rutin biasa. Habis dah buku di rak bilik diselongkar, semua buku cerita dah baca. tak cukup dgn tu, buku yg dah simpan dlm kotak pun ditinjau. Bosan membaca yg sama. Semalam yg seharusnya digunakan utk menelaah pembelajaran tergendala oleh agenda hati dan perasaan. tergoda oleh buku2 di Borders, seakan melambai2. tak kuasa hati menahan, ' ah, pergilah, sekejap. sajer nak legakan hati.' dah terbayang2 diri tenggelam dlm buku2 di sana. pesan sy pd diri sebelum keluar rumah, 'okay, kalau nak jugak beli, cuma satu jer..tak lebih dari $30'.
TAPI, sudahnya membeli 3 buku pd kos $60+. 'Oh, bad-bad'. Rasa terkilan sbb tak ckup kuat dgn niat asal. bukulah nie punyer pasal. tapi keinginan membaca sesuatu yg baru mengatasi segalanya. bermula semalam, maka habis satu buku di baca. bangun awal spt biasa, tapi bangkit dari katil agak lewat kerana leka membaca. itulah nikmat yg saya maksudnya. bila bertemu satu buku yg benar2 menarik, seakan2 tenggelam dgnnya. tak puas hati selagi untuk menyudahkannya. bila dah habis baca tu rasa ada kepuasan. sy boleh katakan, 'otak saya sentiasa dahagakan sesuatu utk dibaca.' sejak dulu. membaca spt satu makanan yg sy kena lakukan setiap hari. ketagihan? mungkin..tapi itu lebih baik dari ketagihan najis dadah.
"ulat bukukah" aku nie??
"ulat bukukah" aku nie??
No comments:
Post a Comment