Sunday, June 14, 2009

Lunch at Glenroy

Dapat jemputan agak lewat, tak sempat nak masak aper2 tuk buah tangan ke majlis makan2 umah Kak Aida. sempat la singgah membeli buah sbg buah tangan. takkan dtg tgn kosong?? budi bahasa budaya kita. sy dan kak zami first tetamu yg datang. suami kak aida jemput di train station. tak lama lepas tu sikit demi skit tetamu lain dtg. ada 20 keluarga Msia kesemuanya. itu pun jiran tetangga kak aida di kwsn sekitar Glenroy dan Resevoir. Hanya sy dan kak zami jer dari Maribyrnong. itu baru komuniti Msia di Glenroy, tak termasuk yg ramai lagi duduk di Brunswick and Coburg. Bila jumpa mcm nie barulah terasa - eh, rasa mcm kat Msia rasanya. kami di Maribyrnong tak ramai Msia. kami byk bergaul dgn international students and local community. sesekali jumpa, seronok, dgn msg2 membawa buah tangan, anak2 kecil bermain2 di dpn rumah, terasa sungguh Msia sekali aku petang nie..

Agak ramai keluarga yg dtg di Melbourne ini menemani isteri meneruskan pengajian PhD. terasa terharu jugaklah. sanggup berkorban kerjaya sementara utk menemani isteri bersama anak2 di bumi Melbourne. itulah semangat kasih sayang berumahtangga yg perlu disemai. berat kan sama dipikul, ringan ku sama dijinjing.

tapi jgn pulak pelik, gambar lelaki yg comel kt bwh nie bukan tetamu kak aida. bertuah lah kalu ada ye (hehehe). ini hanya memanjangkan blog my dear friend ttg 5 lelaki paling tampan dari Middle East. serius hensem. tak dinafikan. kelakarnya, sbb nak make sure adakah dia nie benar2 Prince Fazza, sy pergilah 'Mr Google' kan dia di internet. okay, ikut sumber, confirmlah mmg royal family dari Dubai.


Nie baru natural beauty, without make up..indahnya ciptaan makhluk Allah nie..


Lawaknya, sy terjumpa satu laman blog yg dipenuhi oleh gambar2 dia sajer. mmg fanatik fan lah kiranyer. mslhnya bhs blog tu bhs Thailand. hanya gambar nyer sajer difahami, tapi bukan isinya. kepeningan nak baca..tapi seronok cuci mata..hehehe.

tak puas hati, sy godek profile info empunya website nie..tiba2 ternampak....'GAYHEALTH'. Cisss!!! Gay dah kebas dulu..dunia-dunia.

1 comment:

Doralin Lee said...

Wei! Free sangat ke sampai laman web gay pun u singgah? Selene. Selene, apala nak jadi dengan kau ni........ hehehehe!

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...