Saturday, January 31, 2009

Suhu, Nadal & Federer

Thank God, 3 hari yg amat panas dan luar biasa di Melbourne dah pun berlalu. Mmg Melbourne pecah rekod mengalami cuaca panas 3 hari berturut2 atas 43 c. Kerana cuaca melampau nie jugak, ada byk bushfires di Victoria, blackout sbb power demand tinggi and trains byk yg cancel sbb landasan bermasalah. Mmg meletihkan 3 hari yg lepas dan amat tidak selesa. Hari nie, suhu turun sedikit. As long as not 40 c above. Kalau 40 c dan ke atas mmg jadi pening and heat stress. Pagi nie suhu 26 c. More or less mcm Msia, which is good enough. Starting this week, suhu akan turun sikit demi sedikit. Sbb ramai yg tension trains cancel, smlm kami semua dpt naik bus, trains, trams percuma mana2 zon sepanjang hari. Hari tu, dpt aiskrim percuma. Bestnyer. Nak pujuk hati penumpang punya pasal.

Sbb cuaca elok, its mean i dont have to hide anywhere anymore. i can stay at home and doing my work. 3 hari lepas asyik melarikan diri, penat nak mengangkut my laptop and all those books,files. so i blh settle down hari nie di rumah aje. almaklumlah, ada heater besar gedabak kat umah nie, tapi aircon takdak..

Another good news -- Nadal and Federer akan berlawan di final Melbourne tournament. Bestnyer!! Semalam, tak larat nak tunggu Nadal berlawan dgn Fernando Verdasco. Pecah rekod smlm, main 5 jam 14 minit. Start 7.30 pm..brp kali ulang alik dpn tv, tak habis2, last2, okaylah, pagi esoklah tgk results. Rupernyer..awal pagi nie baru habis..dahsyat-dahsyat.

Ahad nie Federer jumpa Nadal..mesti tengok. Harapnya, bukan straight set, baru seronok dan terhibur nak menonton. Federer or Nadal? Takde kesukaan, just suka tgk diorg main. saper2 menang, okay ajer.

Tuesday, January 27, 2009

Shoulder to cry on


Hari nie, sedang leka buat keje dpn laptop, ada sms msk, bertanya satu soalan menarik.

"Wajarkah saya memberikannya kaunseling". Friend of mine, menjadi telinga dan bahu utk menangis dan mengadu domba dan resah jiwa. Tak segera dijawab, tengah memikir jawapan sesuai. Akhirnya begini sy menjawab.

"Bukan kaunselor sajer yg blh bagi nasihat berguna. Sy percaya pengalaman you and paling penting hati yg ikhlas mahu membantu akan selalu dpt menolong jiwa yg memerlukan."Justify Full

Kaunselor itu profesion, tukang nasihat yg tlh dikomersilkan, kalu blh dikatakan begitu. Yg tlh menerima sedikit sebanyak ilmu menasihat formal, timur dan barat, barangkali. Tapi, sesiapa pun jua, blh menjadi penasihat dan pendengar mslh yg baik kerana akar umbi pada prinsip menolong sbnrnya terletak pd keikhlasan membantu dan mendengar. Prinsipnyer jelas, asal ada niat utk kebaikan dlm menolong, insya allah, kebaikan jugalah akan kedapatan. Sy tak memandang ringan pengalaman. Pengalaman selalu jadi guru berguna. Lagi byk pengalaman seseorang itu ttg hidup, lagi byk onak duri ditempuhnya, lagi byk gagal/berjaya ditempuhnya, lagi berwibawa dia dijadikan rujukan dan panduan. Sbb tu org tua2 selalu kata, dgr ckp org tua, sbb dah makan garam dulu dari kita. hehehe..

kdg2 kita dahagakan jiwa yg blh mendengar isi hati. bila tak tahu nak ckp aper, cukuplah dgn mendengar. the best way to show your understanding is to listen, and listen carefully. ia jarang mengecewakan.

Monday, January 26, 2009

Australian Day and Gong Xi Fa Cai

Sebelum brckp pjg lebar lagi ttg pengembaraan di bumi Melbourne Australia nie, firstly, i nak wish-kan Gong Xi Fa Cai to Alice, Anna d King, Yong and Chong. A day before, i belief perut diaorg dah kenyang sbb makan besar. Semoga tahun nie will bring much more happiness and great life for all of you.

Oleh sbb CNY 2009 jatuh sama dgn Australian Day - 26 Jan 2009, public holiday, so me and my housemate langkah panjang sikit this weekend and hari nie utk sight seeing and cuci2 mata. Oleh sbb suhu hari nie okay (dlm 28 celcius) kitaorg putuskan utk ke Dockland and tgk Northern Star (yg baru buka kpd public). Time kitaorg sampai ke Flinders Station, ada parade kat city so main road yg biasa kitaorg travel tak bukak. So kena jalan sikit. Nasib baik, tram city circle beroperasi spt biasa so kita naik nie ajelah. city circle tram nie pusing2 bandar, naik percuma. And, tram nie mmg tram fesyen lama..klasik gitu..

Mcm nielah rupernya kat dlm, serba serbi..hmmm...lama..

Bukti? Nie tgk cermin nie..alang dia buatan kayu lagi tau..dah tahap msk muzium, tapi masih blh jalan lagi..enjin still power, tapi ms tgh jalan tu tiba2 bunyi enjin mcm motobot pulak..

Dockland nie i dah sampai byk kali. tapi suka dtg selalu sbb tepi pelabuhan, bandar baru, semua apartment moden, ada shopping complex, tpt mkn best, udaranya sejuk, and blh tgk bot2 cantik. Dockland nie antara bandar baru moden kat Melbourne and agak mahal sewanya. Pendek kata, student sengkek mcm kami nie tak mampulah nak duduk. cuci mata jer blh..and mkn aiskrim..

Kalaulah..kapal nie aku yg punyer...


Bestnyer, kat sini, kalu rasa duit poket tu lebih sikit, blh disewa botnya..sbnrnya gambar nie tak sama dgn aper yg kitaorg nampak. the view is much2 more better than what we captured here (gambar diambil guna hp camera 3.2 megapixel, kamera digital tak bawa, malas). kata my housemate, kena beli kamera profesional dgn lensa besar baru blh capture gambar best. blh dipertimbangkan..
Last time pergi takder minah nie, terkejut pulak kali nie dia ada. Edna..kenal Edna? lelaki yg mcm perempuan tu? talk show person popular kat UK tu...

Kebetulan time pergi ada konsert mini utk kanak2, so parents ramailah berhimpun kat sini dgn anak msg2. kami pun pergi jugak, dgn membawa 2 anak setiap seorang; anak mata dan anak tekak..

Nie sand sculpture, as u guys can see here, sedikit informasi about this sand sculpture...

Nielah dia Northern Star. Yg kat KL pun i tak pernah pergi lagi. I tak blh nak buat comparison coz i tak nampak yg kat KL tu besar mana or satu pusingan brp lama msnya. Tapi yg nie mmg besar, blh muat ramai org kat dlm satu2 koc. Satu pusingan ambil ms 30 minit, dgn bayaran $30 for adults and $18 for children. ada special price/consession..tak payahlah ckp, tak layak pun..


And nie pulak bbrp keping gambar yg sempat diambil ms gi umah kak Aida di Glenroy. Seronok main ngan anak2 dia, Irfan, Irsyah dan Iddin.

10 minit pertama, diaorg malu2 lagi. Lepas dah kenal tu, hmmm, laju ajer..mcm2 diaorg citer, serentak pulak tu. Nak dgr mana satu? Sofa kat gambar nie dan tv tu, kak Aida beli sms garaj sale, sofa tu $60 jer, tv? free. FREE!..bertuah badan..

Gambar tembikai pulak. Iddin yg malu2 kucing. First sampai, dia tgh makan tembikai. malu first time nak ambik gambar dia..


Bila dah kenal, semua barang mainan dia angkut keluar nak tunjukkan. Iddin tgh syok bercerita pasal koleksi patung Kungfu Panda-nyer.


Tgh borak2 ngan kak Aida, sempat tolong siapkan kartun sailormon utk Irsyah...dia tgh seronok mewarna.
Petang tu sblm balik sempatlah berkunjung ke rumah seorang lagi PhD student dan familynyer, encik Mohd Rasul. Selain student PhD, encik Rasul nie jugak toke kicap Kipas Udang. Ke rumah dia utk memborong kicap. hahaha. Rupernya dah kenal dulu kat market. Pusing2 situ jugak rupernya. Halaman rumah dia besar and ada pokok epal, lemon dan peach. time dtg, buah tu tgh berbuah lebat..Irsyah makan buah peach yg dipetik segar..

Borak2 kat kaki tangga sambil mkn2 buah. Sempatlah membawa epal dan peach yg dipetik balik ke Footscray petang tu. Berat jugak nak mengangkut kicap 5 botol. 5 botol utk stok setahun..

Saturday, January 24, 2009

Misi minggu ini


Weekend selalu jadi pilihan utk mencuba resipi2 baru. Kali nie yg menjadi sasaran ialah puding belang. Kak zami kata ada nama lain jugak, arh, okaylah mana2 will do, janji blh dimakan. Sepanjang tempoh kat sini, rasanya byk jugak dah belajar masak. Okaylah tu, selain belajar, blh jugak pertajamkan skill memasak yg tak sebarapa ada nie..nielah rupernya puding ku yg tlh pun siap sebentar tadi dan tlh pun dipotong2 kecik msk dlm peti ais..

Teringat baju kontinjen Msia pertandingan sukan dulu (tak ingat Komanwel ke aper) tapi lebih kurang gitulah coraknya. Excited jugak nak tau, mcm nerlah agaknya ruper corak puding sy nie. Sekali mcm belang rimau-lah. Dah try tadi mkn sikit, mmg sedap (saper lagi nak pujikan). TAPI, kak zami pun kata sedap..ngeh-ngeh..

Puding nie dibahagi 2, satu simpan tuk dimakan, separuh lagi akan dibawa bersama2 esok ke rumah kak Aida sbg buah tangan utk dia sekeluarga. Sbb rasanya kaya dgn coklat, kak zami kata anak2 kak Aida mesti suka. Harap2 mcm tulah.

Pd yg berminat, ini resipinya:

10gm serbuk agar2
200gm gula
2 1/2 cawan air
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko dibancuh sedikit air panas
sedikit pewarnakuning
1 tin susu cair

caranya:

mskkan agar2 dgn air dan gula hingga hancur. telur dipukul, mskkan tepung jagung dan susu cair, pukul sebati, tuang ke dlm agar2 tadi mskkan butter dan biarkan didih sesudah itu, bahagi kepada 2 bhgn. satu bhgn dicampur pewarna kuning, satu lagi dicampur koko. tuang berlapis2 tapi harus dibiarkan lapisan sejuk sblm menambah lapisan baru. sejuk dan hidangkan.

nota penting: sesiapa mencuba dan mengikut aturan sukatan, insya allah rasanya akan sama sedap. tapi, tiada jaminan belang2 itu akan sama. hahaha. blh jadi belang anda akan spt kuda belang..

Hati yg gembira



Menurut teks buku India terkenal - Mahabharata, 6 golongan individu yg menderita sengsara..

mereka yg mencemburui orang lain
mereka yg membenci org lain
mereka yg sentiasa tidak berpuas hati
mereka yg bergantung kpd kemewahan orang lain
mereka yg buruk sangka terhadap org lain
dan mereka yg dlm kemarahan..

jadilah individu yg memiliki hati yg berlapang dada..

Thursday, January 22, 2009

My personality test..how true it is??

Okay, dah nak collapse dpn komputer, i need to chill out for a while. I did this interesting personality test on the internet and i got this result - i'm a sensitive doers personality. What? sensitif ker? ikiki..doers tu i dont know exact meaning-nyer dlm bahasa Melayu. Kalu ikut kamus english Oxford - org yg suka membuat sesuatu dan tidak hanya memikir atau bercakap ttgnya. Hmmm, mungkin ada betul as i tak suka fikir mslh. Kalu ada problem, i lebih ingin mengatasinya segera dari memberatkan kepala fikir semata2. Settle mslh lebih produktif dari fikir2 dan sedih. That's me. Stakat mana benarnya test nie to reflect me? A-ha, saper tau??
SD - individu yg lembut, sederhana dan suka memendam rasa. Mereka mampu menangani kehidupan seharian dgn baik serta sukakan privasi. Dgn sifat pendiam dan optimistik, mrk juga seorang pendengar yg baik, membuatkan yg lain berasa senang bila bersamanya. Individu jenis ini mudah didekati dan peramah. Mereka juga digambarkan sbg seorang yg mempunyai sifat toleransi dan kompromi. Sangat mengambil berat, pemurah dan sentiasa mahu membantu. Mereka juga bersifat terbuka dan gemar mencuba sesuatu yg baru atau belum diketahui. Bagaimanapun, sekiranya dilukai, mereka blh bertindak mengejut dan memeranjatkan, tegas dan asertif.
SD suka menikmati hidup seoptima mungkin. Mereka menjalani kehidupan seharian dgn lapang dada. Biasanya individu SD seorang yg berseni dan berbakat dlm kraftangan. Kreativiti, imaginasi dan ketajaman persepsi adalah antara ciri yg menonjol bagi SD. SD adalah individu yg menikmati hidup seadanya; pelan jangka panjang dan perancangan kurang menarik minatnya. Kehidupan mereka dilalui seadanya serta fleksibel pada perubahan-perubahan semasa. Mereka kurang suka kepada rutin dan sesuatu kebiasaan yg blh dijangkakan. Potensi mereka akan lebih terserlah sekiranya diberikan peluang berkerja dalam situasi yg lebih bebas dan tidak terikat. Mereka individu yg suka bekerja sendiri; sekiranya bekerja dlm kumpulan, SD tidak gemar terlibat dlm politik kumpulan ataupun persaingan. Mereka lebih sukakan kerjasama dlm persekitaran yg harmoni dan terbuka.

SD berpuas hati dgn bilangan kawan yg kecil. Apa yg penting adalah keakraban berbanding kuantiti hubungan sosial yg ada. Mereka seboleh2nya mengelakkan konflik, perkelahian atau pertentangan pendapat tetapi tegas dlm menghadapi situasi tersebut. SD kebiasaannya sangat menyayangi haiwan dan pandai melayan kanak-kanak. Sebagai pasangan, SD adalah individu yg setia, boleh dipercayai serta sanggup berhabis utk psgnnya. Saling menghormati dan toleransi adalah sangat penting bagi individu SD. SD menunjukkan kasih sayang dengan sikap ambil berat dan pemberian hadiah. Mereka sensitif terhadap keperluan pasangan - malah blh mengatasi keperluan diri mereka sendiri. Bagaimanapun, sekiranya bertemu dgn individu yg salah, mereka menghadapi risiko dipergunakan atau diambil kesempatan. Jika itu berlaku, mereka blh menjadi sangat terluka.

Perkataan-perkataan yg menggambarkan individu SD

introvert, praktikal, spontan, emosional, sensitif, sukakan keharmonian, suka memendam perasaan, lembut, berdikari, empati, peramah, suka bergurau/berjenaka, sukakan kebebasan, mudah bersimpati, pendiam, relaks, sederhana, setia, patuh, mengambil berat, suka membantu, optimistik, pleasure-loving.

Tuesday, January 20, 2009

My new workstation

This is my first day coming to St Albans campus after I had been away for a while last year (wallau..nie dah 2009, ujung bulan, masa?? cepat betul berlalu). Last year in Disember dpt notis utk pindah building sblh sbb student PhD semakin ramai and admin nak allocate satu tempat sesuai so inilah dia. Oleh sebab nie ujung tahun and most of the staff campus and jugak students are gone away for annual leave and holiday (and only available in February), so senanglah sikit nak pilih workstation sendiri. So i opt for this workstation, jauh dari main entrance and hujung sekali. Nampak tak byk barang sbb dah angkut most of it balik rumah, skrg nie buat keje kat rumah ajer..only coming here when i have a meeting with supervisor and/or to print my research documents.
Satu2nya yg ada adalah 'aku'. Yang lain tu kosong blum berpenghuni. Tapi tunggulah, bila semester buka February nie, penuhlah dgn other PhD students baru dan lama. Okaylah, hujung sekali kureng sikit gangguan dan blh berangan lebih hehehehe..
Good news!! Komputer baru utk kami2 yg tak berapa rajin nak belajar nie (main lebih) dah pun sampai, flat screen color hitam. Tak sabarnya...
Nie ruang utk bersantai, borak2, berdiskusi ataupun bermalas2an. Time gambar nie diambil, ada 3 orang PhD student ajer yg ada termasuklah saya.

Refreshment area, ada mikrowave, hot water, and also freezer (tak de dlm gambar). Dapur jer takde.
Last but not least, ada 2 bilik mandi kat sini utk saper2 tak sempat mandi or nak mandi lagi sekali. Tapi gayanya mcm takder org mandi lagi kat sini. Yg tak bestnyer pindah building nie ialah nak akses perlu swipe card yg available during office hour sajer. Kalu nak dtg luar office hour, kena call after hour service (biasanya pak guard yg in charge) utk msk. Building lama dulu kitaorg diberi kunci so blh akses 24 jam.

Satu yg bestnyer jadi postgrad student overseas nie ialah dari segi faciliti yg disediakan. Universiti kat Malaysia perlu sediakan kemudahan sama utk pelajar postgrad, baru blh menarik minat international student utk dtg study kat Msia. Setakat nie, kemudahan msh lagi agak terhad. Perlu byk lagi improvement. Tapi, memandangkan kami disini (international post grad) spent alot for the fees, maka mmg sewajarnyalah kami mendapat kemudahan mcm nie. My school fees every semester for PhD is about AUD$9000 (eg 9XRM2.7=24,000).

Sunday, January 18, 2009

Menangani kejauhan

Seorang rakan tiba dari Malaysia utk melanjutkan pelajaran ke Melbourne selama 3 tahun. Sebelum nie tak pernah sekalipun dia duduk berjauhan dari rumahnya di Gombak, sekolah kat Gombak, universiti pun kat Gombak. Alih2, kena terbang ke Melbourne 3 thn, tinggal pulak anak bini dan keluarga. Aduh, blh dibayangkan keadaannya. Homesick! walaupun dia keras tak mengaku. Berjanji jumpa dgn dia di Flinders station, first time tgk muka dia ..'homesick nie' dlm hati berkata.Bila dgr luahan hati dia, terbayang2 zaman thn 1998, bila kali pertama sy sendiri mengalami keadaan yg sama. Blh difahami keadaannya, blh dirasai perasaannya. Saya kata, takder ubat segera untuk apa yg u rasa skrg nie. Satu perkara perlu diingat, you kena expect benda nie akan berlaku; homesick, rindu org tersayang; rindu mskn emak/wife/etc; cari rumah tuk duduk; tak familiar tpt, cuaca, mskn, pendaftaran kursus, dan pelbagai lagi perkara2 yg harus diuruskan yg blh saja memberatkan lagi perasaan. Umpamanya berat mata memandang berat bahu memikul. Utk menyejukkan keadaan, sy ckp dgn dia, 'U dlm proses transisi penyesuaian, beri tempoh pada diri utk rasa selesa balik.' Ikut pengalaman peribadi, saya ambik masa 6 bulan utk benar2 familiar dan rasa okay. Kita mungkin belajar hafal jalan hanya dlm 3 bulan saja, tapi perasaan 'asing' tu kdg2 ambil masa lebih dari tu.

Saat2 mcm nie sokongan kawan2 dan keluarga penting. Kena lengkapkan diri sebaik mungkin. Kawan2 yg duduk berdekatan blh jadi pelega perasaan. Ia memberi kita rasa kelegaan dan kebiasaan, blh jadi tempat berkongsi pengalaman dan pedoman penunjuk jalan. Penunjuk jln tak terhad kepada belajar jalan (eg naik tram, train, bus etc) ia jugak blh bererti mcm mana you nak lead ur life here.

And jangan dilupa, gunakan seoptima mungkin kemudahan teknologi. Jangan jadikan jarak geografi penghalang kpd hubungan kita dgn org tersayang. Gunakan kemudahan tersedia sebaik mungkin spt telefon dan internet. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ada orang give up bila berjauhan, dia fikir itu penamat segalanya. Kalu dah jauh tu carik lainlah sbg peneman. Tapi fikiran mcm nie, menunjukkan ada satu kelompangan, sesuatu yg tak kena. Org yg mengasihi seikhlas hati akan berusaha dekat dgn tersayang. Jarak kejauhan memang menyedihkan, menyusahkan (tak dinafikan), tapi ia tak dijadikan alasan utk merenggangkan hubungan. Bila orang yg kita sayang, berinitiatif dan berusaha utk mengekalkan kerapatan yg ada, walaupun dihalangi oleh faktor kejauhan, ia sbnrnya petunjuk jelas dimana dia meletakkan kita dlm hatinya.

Walau hanya dgn 'hello''hai' atau utusan email yg ringkas, ia memberi kesan perasaan tersendiri pada penerima.

Berpandangan positif pun perlu dlm menghadapi kejauhan. Bila kita meletakkan harapan yg optimistik, secara tak langsung ia memberi jiwa kekuatan utk menempuh saat2 kesukaran. Ingatlah, terowong gelap dah hitam ini akan ada cahaya dipenghujung jalannya. Ia cuma perlukan keberanian, kekuatan dan kesabaran utk melaluinya. Tak selamanya berada dlm kegelapan/kesusahan. Segalanya ada penyudah. Dan doakan penyudah yg baik-baik.

Dan alangkah bertuah bagi orang yg berjauhan, mempunyai keluarga dibawa bersama. Ia sebaik2 penyokong moral dan emosi. Bagi yg single mingle (like me), kawan2 terdekat lah yg menjadi keluarga dan sahabat saat suka dan senang. Memang takkan sama seperti punya keluarga sendiri, tapi it is better than nothing. Disini, saya belajar menerima kehidupan seadanya. Apa yg saya hadapi hari itu, apa yg saya ada di hadapan mata saat itu, saya terima dgn berlapang dada. Dan saya cuba laluinya dgn redha. Kalu ingatkan jauh dari semua org tersayang, nescaya sehari pun saya takkan mampu melalui jarak kejauhan dan perpisahan ini.

Memang kadang2 rasa rindu sgt, tapi kalau terlalu mengikut perasaan, merana diri. Cepat2 saya 'alihkan fikiran/perasaan' tu dan fokus pada benda lain yg lebih perlu. Pendek kata, sibukkan diri dgn aktiviti2 sihat. Sekurang2nya ada perkara blh dilaksanakan dari melayan perasaan. Bukan blh balik pun kan..itulah cara saya menangani homesick/rindu bila berjauhan nie.

Tak semuanya negatif. Kita kena berfikiran positif. Ada hikmah utk ini semua. Tak dijadikan hidup dan peristiwa2 dlm hidup kita utk sia2. Bukalah hati dan renung dalam2. Bukankah pengalaman hidup itu sebaik2 guru dlm kehidupan? Dan kesusahan dan cabaranlah yg mampu menjadikan seseorang itu lebih baik dari sebelumnya dan bukan kesenangan spt yg disangkakan.

Bak kata Plato: kesusahan akan mengelokkan jiwa sebanyak hidup yang dirosakkannya. Manakala kesenangan akan merosak jiwa sebanyak hidup yg diperbaikinya.'

katanya lagi:

'kesenangan itu bagaikan malam, kerana anda tidak pernah berfikir panjang tentang apa yang anda berikan atau apa yg anda dapat. Dan kesusahan itu bagaikan siang sbb anda melihat dgn jelas apa yg anda usahakan dan apa yg diusahakan oleh pihak lain.'


Dan, hargailah orang yg berjauhan dari kita tapi tak mengubah apa2pun akan caranya memandang kita. I'm grateful to have such person/people in my life. Kerana, mereka pun pada satu sisi yg lain, berkorban tuk kita dgn cara mereka sendiri.

Hanya diperlukan, sedikit kesabaran...camar akhirnya akan pulang..

i thank you,
for being my love
my soulmate
my friend
my everything..



Aku dan kawan-kawan

Aktiviti weekend for me takdelah happening sgt. Biasanya duduk kat rumah atau kalu bosan2 pergilah shopping complex Highpoint yg hanya bbrp minit jalan kaki tu. Tapi paling selalu dilakukan pada hujung minggu pastinya membeli-belah barang2 dapur yg kekurangan tuk bekalan beberapa hari. Destinasi pasti, Little Saigon (Asian market products, very popular in Footscray), supermarket Coles, halal butcher and kedai2 Cina sepanjang jalan. Nie gambar Kak Zami tgh pilih buah plums.
Sekarang nie tgh summer, so buah2an pun berbeza2 ikut season. Biasanya during summer, season fruits-nya ialah spt Plums, Apricots and Peaches. Nak beli buah2an, Little Saigon is the place sbb ada pelbagai jenis buah, murah dan segar2. Paling best, blh cuba..so kenyanglah jugak, walau tak membeli pun..hehehe
Yang orange colour nie buah Peach..

Last Saturday, me and friends ke Preston. Sempatlah singgah on the way back tu ke Preston market, besar dan popular in that area, mcm Little Saigon punya market juga. I pernah tangkap Preston market sblm nie and uploaded the pictures in my blog. Australia nie suka buat home made products, salah satunyer sabun. First time sampai dulu excited ngan sabun2 nie, dah lama2 suka tengok tapi tak beli pun. Home made product mcm nie blh dijadikan souvenir yg menarik tuk bwk pulang ke Msia.
Pilih jangan tak pilih..

Nak ke rumah Sarah kena jalan kaki bbrp minit. Tak sah tak tangkap gambar, neighbourhood nie sgt aman dan tenteram, nie kira surburb jugaklah di Melbourne. Very peaceful and very clasic country gitu..

Nielah baby baru dlm circle baru kami. Namanya Adam Elza, Elza tu nama diambil sempena pemain bola sepak pasukan Liverpool. Hopefully Adam akan dikurniakan kaki yg reti sepak bola dan minat main bola sepak. So cute..
Chong sangat excited dengan Adam. Siap claimed kata dia akan jadi favourite aunty for Adam. Huhu, we will see. Sama spt yg sudah2, Chong akan tanya soalan maut..'Iena, bila kita nak ada baby.' Haiya, nie yg buat aku terkedu..

Sblm balik Melbourne, sempat ke Tanjung Malim ikut Mia ke rumah her sister. Tak sempat ikut balik ke kampung dia di Johor, balik ke rumah kakaknya pun okay jugak. Family Mia dah rasa mcm my own family; rapat dan mesra. Agak terkilan sbb terpaksa tolak perlawaan mak dia balik ke kampung, waktu sgt tak mengizinkan. Kalu tidak, dah pasti cepatnyer akan pergi. Insya allah dilain masa.Hari yg sama kami berkonvoi ke Teratak Riverview tak jauh dari Tg. Malim. Jalan punyerlah mencabar, hujan dan becak pulak tu.

Mia dan anak2 buahnya having a good time kat sana. Lepas ujan, so air mmg sgt deras. Anak2 buah Mia semua excited nak mandi, tapi sbb arus terlalu kuat, maka hanya main2 air ajerlah. Mia and me, aktiviti menangkap gambar.
Last but not least, sehari sblm berangkat ke Melbourne, bawa minah Iran nie berjalan ke Sg. Teluk Kelubi, nak ajar dia jalan ke sana so dia blh bawak kawan2nyer dtg lain kali. Dia excited sgt. Dgr bunyi air, dgn cuaca yg panas2 tapi sejuk, mmg sesuai tuk picnic hari tu. Tapi kelakarnya, on the way back, teringin sgt makan durian, singgahlah tepi jalan and kebetulan ada orang jual durian dari Jelebu. Mmg sedap. Afsaneh nie tak reti makan durian, dia tak suka baunya. Buat dia pening katanya. Pujuk punya pujuk last2 dia mkn jugak..hahaha..dia kata okay. Rugilah tak cuba, sekurang2nya blhlah cerita experience mkn durian yg rata2 org asing tak suka tu.

Time pilih durian tu, penjual buah tu tanya, 'kawan adik nie dari mana?' ckplah dari Iran. Dia pun kata, kalu dari Iran takpe, kalau dari Israel, no-no-no, kulit durian ku bagi'. Haha, macam2.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...