Thursday, December 27, 2012

Rumah Zenia Kajang

Salam uoll!!

Masih lg ku berada dlm mood cuti2 sedunia. Aku tau byk kje menanti tpi defense mechanisme ku berkata:

"aku berhak menikmati cuti tanpa mengingati kje yg melambak."

Cuti yg jarang2 dinikmati. Mner nk carik waktu blh bermalasan..tergolek2..terguling..makan..minum..mandi..berangan..tido jap..kuar shopping..balik umh rehat lagi..tgk pokok bunga..tido balik.

Itulah sebenar2 cuti. Fulauuu!

Kay..hari ni biar sy citer cikit pasai umh saya beli. Insya allah ckit lg thun dpn siaplah. Ni pun dh 75%. Sebenar2nyer malas nk upload n story mori pasal rumah saya ni..tpi sbbkan x byk info pasal umh ni dimana2 websites maka biarlah saya bukak citer ckitlah.

Umh sy intermediate. Beli time launch n decided to buy biler dh tgk umh contoh. I csn say i was lucky then coz umh ni dijual pd harga rm350k+ to rm450k+ which is considered quite cheap. Especially biler ckp rumah area bangi nih. So i am quite content eventhough i loath the tunnel..short cut road yg lalu nadayu92 tu.

Jln masuk zenia kena lalu taman harmoni kajang. There will be a new road entrance depan nadayu 92..okaylah. Saya pun x expect selamanya lalu taman harmoni lagi2 zenia phasa 2 dh bukak which is mooore expensive than my house.

Moh kiter layan gambor2 nih. Actually byk saya snap tpi tanfan gatai terdelete gambar2 dlm hp..maka saki baki jer yg tinggal. Developernyer ader kedekut ckit tak bg pun masuk tgk progress rumah katernyer bos besar x kasik. Tpi tgkler dari gate kwasan tu umah tgh rancak dibina n mostly dh lengkap berdiri. Furnishing kecik2 jer tinggal.

Tgk bumbung umah pun jadilah. Aish..mcm kemaruk ngan mata air plak. Tak dpt tgk orgnyer...dpt tgk bumbung umah pun jadilah. Tapi aku x begitu. Huhuhu..

So biler x dpt nk tgk umh ni..berangan jerlah..tpi dh start survey brg2..menilai harga renovation dan segala bagai. Tpi itu pun dh buat saya excited semacam. Hihi.

Insya allah thun 2013 saya masuk umah. Yabedabeduuuuuuuu...!

Jom layan gambar2 umah contoh yg berjaya diselamatkan dari insiden delete hari tuh.

P/s: lupa dh pernah tak tulis entry samer. Rasa mcm pernah mention but not so sure. Pakai android blog ni susah ckit nk check. Aper2 jerlah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 25, 2012

family day 2012 cherating

Salam n hi uoll!!

Busy dgn trip family day ke cherating pahang..3 hari 2 malam. One if the best family day ever!! So much fun!

Tempat menginap kami ialah residence inn cherating. Layanan yg best dari manager encik sham dan melor. Highly recommended hotel for family. In term if service is very good.

Aktiviti kami ialah indoor games n outdoor games. Ader jugak khidmat masyarakat iaitu membersihkan pantai cherating beramai2..kutip sampahlah senang cerita.

Indoor games kitaorg main batu seremban..congkak..carrom..dart..game ular..dll. Teka biji labu pun ader. Kelakar sangat.

Indoor game kmi pulak ialah xplore race. Huhuhu..bukan ikut group family tau..kami pecah2kan.

Malam pulak ader bbq. Marbelesss!! Sup mushroomnyer terbaik n daging kambing yg lembut..teringat2 lg.

On d wy blik kami memborong satar..kepok lekor n kepok kering tuk buah tangan kwn2. Tidak lupa mentekedarah durian tepi highway karak sblm heading to kl sambil melayan kuch2 hota hai and dilwale dulhaniya lu jayengee..pergh..best tak??

Mmg best. Jom layan gambar.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 21, 2012

rumah kawanku

Dah takder idea nak mengepos agaknyer..mari2..cerita pasal kawan saya pulak.

Eh eh eh..

Bukan mengumpat tapi berkongsi kegembiraan dia yang bakal mendapat rah baru sikit masa lagi. Sepatutnya siap july 2013 tapi siap awal.  bestnyer!!

Saya pulak rumah 75% siap. Sepatutnya siap oktober 2013. Harap2 boleh siap cepat jugak. Sekarang ni saya dengan rajin tengah kumpul duit nak buat renovation rumah cikit2..nak pasang wardrobes..kitchen cabinet..pasang kaca partition bilik air..plaster siling..grill..kipas..aircon..semua mak neneklah. So setiap kali nafsu membuak2 nak shopping x hingat..saya selalu pesan pada diri..dengan 300-400 belanja baju ni..saya dah boleh beli carpet rumah..huhuhu..yelah masuk rumah baru maunyer tak banyak kos..nasib baik benda2 basic dh ader..benda2 besar jer xder.

Rumah kawan saya ni lokasinya kat hill park kajang/semenyih. Borderlah kajang semenyih bangi. Rumah ni dier beli rm360 ribu. Okaylah harga tu..susah nk carik harga mcm tu sekarang. Yg penting dekat dgn tempat kerja.Jom kita layan...

P/s: apersal rumh teres malaysia ni samer jer dalam dier ek. Sungguhlah bosan. Byk dh rumah saya tengok..termasuk rumah saya sendiri layout plan samer jer..arkitek malaysia dah takder idea ker? Depan rumah jer lain2..masuk dalam..duhhhh..!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 16, 2012

Membuat onar di supermarket

Happy weekend all!!  buat aper you all hari ni? Jln2? Tgk movie? Bersantaian?? Aperpun pastikan awesome.

Mesti ader yg pelik dgn title tu kan. Hua3 ader citer menarik sebalik title tu. Huhu. Semalam ptg on d way balik rumah dr ofis singgahler econsave untuk beli barang dapur basah. Seperti biasa biler kiter nak beli barang..perkara pertama kita buat ialah carik bakul atau troli..tul tak?? Semalam troli jer yg ader so pakai jerlah. Belilah bahan2 nak buat chicken stew untuk dinner malam karang. Troli tu kan besar so saya tinggalkan sekejap dan pusing2 cari brg. Sempatlah saya menyumbat beberapa barang dapur yg saya beli dan pusing section lain..

Bila dah settle naklah bayarkan..so saya pergilah kaunter tunggu giliran. Dengan normalnya saya berjalan ke kaunter sambil menyorong troli..biler time saya..saya pun letaklah satu2 barang kat kaunter.

Tiba-tiba..!

"eh..biler pulak aku beli cili banyak bebenor???" sambil muka confused.

"eh..eh..eh..eh..apersal barang ni tercampur?? Maner roti aku beli tadi?" wajah musykil lagi.

Then baru ku sedari aku telah mencilok troli org lain tanpa niat. U turn balik dari kaunter dan kepeningan nak mencarik owner..and troli sendiri yg hilang.

Last2 jumpa troli sendiri. Tak tau nak buat aper dgn troli orang sy ciluk saya letakkan berhampiran kaunter..sbb saya sendiri x pasti last port troli tu. On d way carik troli sendiri saya tertengok 2 mamat menggaru2 kepala mencarik troli mereka. Saya dengar dialog mereka yang kepelikan maner pergi troli barang mereka beli.

Hahaha..memang kelakar..saya dah cukup malu terambik troli org..tak tercakap..tapi saya yakin mereka akan jumpa troli mereka sbb saya letak di spot yg mudah dilihat. And masa nk byr..mamat berdua tu dh jumpa balik troli mereka. Saya yg kat kaunter tak dapat tahan gelak. Aduilah.

Actually..insiden ini bukan yg pertama..mmg agak selalu berlaku. Saya terambik troli org lain. Tak perasan sampai owner troli tegur kata saya terambik troli dier. Hmmm..aper daakan..

Even kt melbourne dlu pun..kdg2 sy terbawak balik barang orang..terhilang barang sendiri. Dah bayar buah2 tpi terlupa ambik.

Aish..nyanyuk ka??

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, December 10, 2012

Saya suka Bangi kerana...

Aloh..tetiba ku terasa sentimental ngan bandar secoet bernama Bangi nih.

Dulu saya terasa hidup dlm buangan duk di bangi ni. Aper yg ader??? Cuber citer ckit??? Amaak!! Yeeileeek!! Dahler sunyi..gelap..itu 8 tahun dlu..mula2 duduk bangi..shopping mall?? Hok aloh..nitis airmata g warta n pkns..maklum time tu terbiasa bermain2 di megamall!

Mungkin muda jgk time tuh..jiwa enjoy tu masih ader dlm diri..anak muda dengan shopping mall..cinema..bowling arena..happening footcourt tidak dapat dipisahkan. Boleh jadi cacing kepanasanlah bagi yg biasa hidup happening di kl tu.

Now..alhamdulillah. Aku terasa rahmat n syukur jadi sebahagian dari warga bangi. Sentimental jiwaku ini dtg bukan sbb ujan sejuk n syahdu..tapi on my wy back dari kerja aku baru menyedari sesuatu...

Sejak 8 tahun lalu..saya melihat banners2 dan posters ilmu sentiasa rancak di bangi ini.  Surau2nya sama laju dengan pelbagai majlis ilmu..waktu cuti sekolah penuh dengan program2 pembangunan diri anak2 muda..pendek kata meriah dengan majlis ilmu. Itu belum masuk lagi ukm sendiri yg penuh dengan pelbagai aktiviti ilmu dan kemasyarakatan. Ntah kenapa tiba2 saya terasa rahmatnya duduk di bangi ini. Aktiviti mengajak kebaikan begitu banyak..terpulang kepada kiter nak tak nak jer lagi...

Moga bangi akan kekal menjadi bandar ilmu dgn sinar islam yg subur di sini. Di sini juga tempat tinggal tokoh2 masyarakat disegani spt fadhilah kamsah dan harun din..

Biarlah tak happening macam kl pun..dgn club2 dan shopping mall tinggi melangit. Saya sendiri pun dah janggal rasanya bila ke kl. Kl bukan dunia dan jiwa saya. Alhamdulillah di takdirkan kerja dan bermastautin di sini.

Moga bangi selamanya meriah dgn majlis ilmu

Note: gambar sekadar hiasan. Takder kaitan.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 8, 2012

Big Bad Wolf Book Sale 2012

Wah..bestnyer dpt g tgk book sale kat the mines exhibition centre..tak sia2 gi sebab diskaun buku2 luar dan dalam negara dari 75%-95%!!!! Ha giler tak?? Bagi penggemar buku dan ulat buku...mmg akan "kegilaan" lah. Memang sesak hari ni sbb semua yg hantu2 buku menerjah beramai2. Siap masuk dlm bawak kotak yer..trolilah..maklum memborong..dah sekali sekala murah giler2..beli pun mau giler2.

So gambar ni menunjukkan itulah hasilnya 5 jam gi cuci mata kat saner. Ehem..inipun dh melanggar prinsip..hari tu baru ckp x mau dah beli sbb buku yg ader masih 5 buah belum pernah dibaca. Beli belum baca. Ni pun dah asyik remind diri.."cukup..cukup lina..ingat dunia..jgn ikut hati." tapi ingat2 pun terlajak jgk sampai 9 bijik. Eh..ok what? Ader yg beli berkotak2 tauuu..(helah bela diri) hihihi

Tpi xder pun beli novel..byk beli buku yg berkaitan dgn kerja..resepi...n persediaan menjadi ibu...hue3..eh buku surviving divorce pun ader tauuuu..bukan persediaan nk bercerai yer..tapi utk menghadapi klien yg mungkin plu khidmat nasihat..

Okay layan..penat!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 1, 2012

Viva Palestine!

Salam n hi uoll

Pada yg belum mengetahui..semalam adalah hari bersejarah bagi rakyat Palestin. Sejak sekian lama Palestine di mata dunia adalah entiti yang tidak punya apa2. Tetapi semalam..tercatat sejarah baru di UN apabila dalam usul untuk menentukan kedudukan Palestine di mata dunia..rakyat palestin mendapat sokongan penuh kebanyakan negara dunia. Sebanyak 138 negara mengundi menyokong palestine diiktiraf sebagai negara..41 berkecuali dan 9 menentang. Malaysia menyertai kebanyakan negara dunia untuk menyokong hak rakyat palestine. Sementara itu..spt dijangkakan amerika dan israel menentang.

Ranjau masih panjang..undi ini belum menjamun dasar israel yg dgn jelas mengatakan keputusan UN pada kali ini tidak akan mengubah apa2 yg positif kepada palestine. It means nothing!

Namun..kebanyakan komen2 yg saya baca di forum2 utama websites jelas menunjukkan betapa tingginya suara sokongan masyarakat dunia kpd palestine. Even rakyat amerika sendiri mengatakan undi menentang amerika itu bukanlah suara rakyat amerika sendiri. Saya kira ada perubahan besar yg positif dlm klgn masyarakat antarabangsa. Terima kasih kpd internet..warga negara dunia kini lebih berpeluang mendapat maklumat yg lebih tepat dan seimbang. Akal yg cerdik dan pencari kebenaran sudah pasti akan boleh menilai israel dan kekejaman mereka serta monopoli akhbar2 utama oleh yahudi di pentas media utama dunia.

Yup..mungkin benar..undi ini x byk mengubah nasib org palestine..tetapi ia jelas menggambarkan pendirian masyarakat global dlm krisis ini. Ia adalah mesej jelas bhw masyarakat global mengetahui apa yg berlaku di tebing barat dan gaza. Masyarakat melihat. Undi ini sepertinya satu tamparan di muka israel. Ia kini sptnyer kembali menjadi kebencian sptmana pernah berlaku dlm WWW2.

Ya israel...masyarakat dunia kini melihat anda dengan pandangan berbeza.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...