Salam n hi uoll
Pada yg belum mengetahui..semalam adalah hari bersejarah bagi rakyat Palestin. Sejak sekian lama Palestine di mata dunia adalah entiti yang tidak punya apa2. Tetapi semalam..tercatat sejarah baru di UN apabila dalam usul untuk menentukan kedudukan Palestine di mata dunia..rakyat palestin mendapat sokongan penuh kebanyakan negara dunia. Sebanyak 138 negara mengundi menyokong palestine diiktiraf sebagai negara..41 berkecuali dan 9 menentang. Malaysia menyertai kebanyakan negara dunia untuk menyokong hak rakyat palestine. Sementara itu..spt dijangkakan amerika dan israel menentang.
Ranjau masih panjang..undi ini belum menjamun dasar israel yg dgn jelas mengatakan keputusan UN pada kali ini tidak akan mengubah apa2 yg positif kepada palestine. It means nothing!
Namun..kebanyakan komen2 yg saya baca di forum2 utama websites jelas menunjukkan betapa tingginya suara sokongan masyarakat dunia kpd palestine. Even rakyat amerika sendiri mengatakan undi menentang amerika itu bukanlah suara rakyat amerika sendiri. Saya kira ada perubahan besar yg positif dlm klgn masyarakat antarabangsa. Terima kasih kpd internet..warga negara dunia kini lebih berpeluang mendapat maklumat yg lebih tepat dan seimbang. Akal yg cerdik dan pencari kebenaran sudah pasti akan boleh menilai israel dan kekejaman mereka serta monopoli akhbar2 utama oleh yahudi di pentas media utama dunia.
Yup..mungkin benar..undi ini x byk mengubah nasib org palestine..tetapi ia jelas menggambarkan pendirian masyarakat global dlm krisis ini. Ia adalah mesej jelas bhw masyarakat global mengetahui apa yg berlaku di tebing barat dan gaza. Masyarakat melihat. Undi ini sepertinya satu tamparan di muka israel. Ia kini sptnyer kembali menjadi kebencian sptmana pernah berlaku dlm WWW2.
Ya israel...masyarakat dunia kini melihat anda dengan pandangan berbeza.
No comments:
Post a Comment