Berbaloikah mempunyai komputer skrin lebar atau besar?? Ada kajian mendapati bahawa skrin komputer yang besar meningkatkan produktiviti individu sehingga 50%. Wow, signifikan tu kan. Menariknya, apabila skrin komputer terlalu besar, ia akan menurunkan produktiviti. Dicadangkan bahawa saiz skrin yang meningkatkan produktiviti kerja perlulah dalam lingkungan 18" ke 24". Untuk lebih lanjut boleh klik SINI
Seni dan teknologi bersatu. Pilihan berbaloi. Membawa pengalaman teknologi setingkat ke atas. |
Bagaimana anda? Pada saya jawapannya bergantung pada seseorang individu. Namun, saya lebih cenderung bersetuju dengan dapatan kajian tersebut kerana saya mempunyai dua komputer skrin besar dalam lingkungan 22" di pejabat dan di rumah. Kemudian, saya juga ada laptop dengan skrin 14" dan microsoft surface 3 dengan skrin bersaiz 10". So, daripada pengalaman penggunaan komputer beberapa saiz ini secara berterusan, maka saya merasakan produktiviti dan keselesaaan adalah lebih dirasai dengan komputer berskrin besar.
Dulu, semasa membuat PhD, saya bekerja dengan 2 jenis saiz laptop berbeza. Yang paling kerap saya gunakan ialah laptop saya bersaiz 16" kalau tak silap. Sementara laptop yang kecil saya gunakan apabila saya bekerja di luar rumah, saya memerlukan laptop yang mudah alih dan ringan. Atau ketika saya bermasalan, sambil buat kerja depan tv, maka saya angkutlah laptop kecil itu. Satu perkara yang saya dapati ialah, kerana menghabiskan masa berjam-jam menghadap komputer, komputer berskrin lebar memberi lebih keselesaan dan saya boleh bertahan untuk jangka masa panjang. Sebaliknya, saya hanya boleh bekerja dengan laptop kecil untuk beberapa jam sahaja kerana mata saya penat memandang skrin yang kecil.
Faktor lain ialah, dengan skrin komputer yang besar dan lebar, menjadikan kita boleh membuka banyak tabs pada masa yang sama. Bila menulis, kadang-kadang maklumat kita adalah dalam bentuk format PDF, atau di internet. Jadi kita perlu membuka dokumen tersebut secara serentak dan menaip pada masa yang sama. Tugas ini akan terasa menyenangkan apabila kita bekerja dengan skrin lebar. Tapi jika skrin kita kecil sahaja, memang perit terasa.
Dengan berat kurang 1kg, microsoft surface pilihan berbaloi untuk travel dan efisien walaupun bersaiz kecil |
So, laptop saya akan gunakan apabila:
- Saya perlu membawanya bersama untuk bengkel, seminar, out station.
- Melakukan kerja dalam keadaan santai seperti sambil duduk tengok tv atau baring-baring atas tilam.
- Menukar mood. Kadang-kadang perlu menukar situasi dan tempat membuat kerja bagi mengekalkan momentum dan mood membuat kerja.
Katakan jika anda terpaksa membuat keputusan, terpaksa memilih salah satunya, kerana halangan bajet atau lainnya, maka saya kira lebih selamat untuk memilih yang tengah-tengah. Jangan beli laptop yang terlalu kecil skrinnya, tapi pilihlah yang bersaiz sederhana.
Ini oversize screen size. Sesuai untuk mereka dengan keperluan khas. Kalau orang normal, berpinawww bijik mata |
Sekadar pandangan.
No comments:
Post a Comment