Sunday, October 9, 2016

Move On!!






Entry tengah malam buta!! Wah, mata tetiba tak mahu lelap. Actually tengah tunggu microsoft office download dalam my imac. Punyer lama nak tunggu. Boleh berjimba-jimba dulu sambil layan internet. Baiklah buat entry blog yang agak lama senyap. Nak share satu buku tulisan Reyna Ibrahim yang saya beli dalam satu pameran buku di fakulti minggu lepas. To be honest, adalah dalam 5 helai yang dah saya baca. Belum lagi ada kesempatan baca habis, tapi worth sharing rasanya. Sebab?

Buku ini tentang coretan pengalaman penulis terhadap pengalaman bercerai yang telah dilaluinya. Ada banyak refleksi diri dalam buku ini. Ada jugak hari tu orang terjeling-jeling bila tengok saya bawa buku ini di tangan. Move on?? Akak putus cinta ka?? Agaknya lah kot diaorang fikir. Tengah cari buku self help pengubat hati yang lara. Hihi.

Saya beli atas dasar belajar dari pengalaman dan pengetahuan beliau tentang penceraian yang dialaminya. Saya juga ada klien yang telah melalui perkara yang sama, struggle yang dirasainya walaupun telah bercerai lebih setahun. Saya membaca buku ini untuk menambah ilmu, untuk lebih faham pahit manis penceraian. Yang baik saya jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan. 

Manusia, kena selalu menuntut ilmu. Lagi-lagi kaunselor, selalu berhadapan dengan pelbagai jenis kes. Jadi, buku adalah antara sumber-sumber bermanfaat untuk menambah ilmu dan kefahaman yang ada. Kena sentiasa up to date dengan informasi semasa dan sentiasa luas pembacaannya. Manusia sentiasa berkembang, masalah pun semakin kompleks. Masalah yang dulu bukan satu yang signifikan, mungkin jadi satu masalah serius masa kini. Gitulah. 

Belum habis baca, jadi tak boleh nak bagi pandangan menyeluruh. Cuma my first impression, penulis ini jujur dalam penulisannya. Bab awal yang telah saya baca, saya tertarik dengan pengakuannya yang suka lepas cakap dan ringan mulut meminta cerai setiap kali bergaduh dengan bekas suami. Beliau muhasabah diri kembali, bahwa mungkin sebelum ini mulutnya pantas sahaja meminta cerai walaupun hatinya menidakkan. Tapi apa yang dituturkan itu juga doa. Dan mungkin kerana begitu kerap minta cerai, Allah makbulkan permintaan dia. Nah! Terkedu sendiri. Mungkin jadi pengajaran untuk kita, terutama wanita-wanita, kerana kerap kali wanitalah yang sering menuntut cerai setiap kali bergaduh suami isteri. Bak kata suami, nasib baik talak itu ditangan lelaki, agaknya kalau di tangah wanita, lagi banyak manusia dalam dunia ini bergelar duda daripada janda. Bukan cerai takal 3 yang dapat, cerai 100 kali pun ramai agaknya.

"Jangan pernah minta diceraikan. Jangan sebut tentang cerai walaupun pada saat anda sangat marah, stres atau sekadar bergurau. bukankah bicara kita itu adalah doa. Walaupun diulang dan disebut tanpa niat, perkataan itu perlu dihentikan segera. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Stres dan marah tatkala bertelingkah sering membawa saya mengikut nafsu sehingga mulut ringan minta diceraikan. Hati tidak bersungguh sebenarnya. Mungkin sekadar memprotes sedangkan kita lupa setiap perkataan adalah doa yang mungkin akan termakbul bila-bila masa sekalipun." - Move On! [mukasurat 20]

Selamat malam.

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...