Saturday, October 29, 2016

Upgrade workstation di rumah



Setiap orang ada gaya bekerja tersendiri. Saya agak gemar bekerja di tempat yang berbeza-beza mengikut mood semasa. Kadang-kadang saya seperti biasa bekerja di pejabat, namun sekarang saya semakin kerap bekerja dari rumah kerana workload yang bertambah terutamanya bab membaca tesis pelajar dan proposal yang berduyun-duyun datangnya. Hanya waktu senggang seperti weekend ajerlah saya boleh meluangkan masa membacanya. So, jangan ingat hanya cikgu sahaja yang membawa kerja dari rumah, in fact, banyak pekerjaan sekarang, akibat desakan corak kerja yang berubah, memaksa kita bekerja even pada hujung minggu. Tapi takdelah sehingga pulun betul2 seperti waktu bekerja. Nanti stres sendiri pulak. Maksudnya di sini, tetap ada masa diluangkan pada weekend untuk melihat kerja. Tapi kalau kemalasan melanda diri, maka tagline seperti 'peduli apa aku!' akan berlaku. Muehehe. 

Yang penting kemas dan tak serabut
Demi mencari mood rajin, maka saya upgrade sikit workstation di bilik utama. Sebelum ini, meja kerja saya berada di luar tingkat atas, tapi rasa lebih selesa pulak kerja di dalam bilik sahaja. Tapi, meja kerja saya ni telah jadi 'hub' untuk husband dan diriku 'melandingkan' macam-macam benda di atas meja seperti kunci, remote control, cermin mata, purse/wallet, botol air mineral dll. Huhu, sungguh sakit mata ini. Jadi, menganggu jugak mood nak bekerja bila tengok meja serabut gitu. So, saya buatlah plan untuk mencantikkan sikit workstation di rumah ku demi menjemput semangat kerajinan. Biarku seru gitu. Semangat biar ada, rajin or malas itu perkara kedua. Ahaks. 

Bunga dan wanita berpisah tiada
Sorry, saya tiada gambar sebelum dan selepas upgrade. Tiada perubahan ketara pun, melainkan ada bunga pink dan tempat letak buku yang saya beli pada harga lebih kurang RM100+ pasang siap. Takdelah sampai nak convert bilik utama ini jadi bilik study, tapi cukup selesa untuk melakukan kerja-kerja peribadi. Harap lepas ni, saya mendapat aura rajin dan semakin produktif. Aaminn. 


Meh jenguk beberapa style personal workstation yang menarik untuk dijadikan inspirasi:







Personally saya suka workstation yang menghadap tingkap dan ada view. Tapi di rumah, tingkap saya berada pada posisi di sebelah kanan. Jadi saya menghadap dinding, kadang-kadang tengok jugak view di luar. Tidak praktikal kalau saya posisikan workstation menghadap tingkap kerana kedudukan meja akan kelihatan janggal, tambahan pula plug menghadap dinding. Now, dinding workstation masih kosong, maybe saya boleh fikirkan untuk meletakkan gambar yang menarik sebagai hiasan. Itu tunggu bajet seterusnya :-) 

Tuesday, October 25, 2016

Lukisan Hati



Salah satu hobi saya ialah mengumpul ilustrasi dari pinterest. Saya ada kumpul jugak macam-macam kat pinterest tu tapi illustration is the one yang saya kumpul dalam koleksi. Gambar-gambar ini secara tidak langsung adalah refleksi diri kita, apa kita suka, our values dan sebagainya. Bila tengok balik, koleksi ilustrasi sendiri, sepertinya ada tema yang mendominasi koleksi tersebut. Di bawah ini saya share kan beberapa yang saya suka.

Alone, but happy...

Malam yang tenang, dan santai sambil menikmati kopi/teh, maybe berdua...

Cantiknyer workstation dia, dengan breathtaking view, aku cemburu




mystique night. sambil merenung dan muhasabah kehidupan, hanya aku dan  bintang-bintang.  echechecheh

Mendengar bunyi hujan penuh penghayatan dan ketenangan

Berangan ada courtyard macam nih. 



Duduk sambil melihat hujan di balkoni rumah seperti ini, wah bestnyer rasa


Can you detect one pattern appeared in those pictures? Semua objek utamanya ada seorang sahaja. Ada pun living thing selain individu dalam pic tu ialah kucing :-) So how you interpret loneliness?? Saya tahu ada segelintir antara kita yang melihat loneliness sebagai sesuatu yang agak negatif. Tapi saya personally, melihat alone time ini sebagai sesuatu yang saya sukai, saya cari kadang-kadang dan saya treasure the moment. Berseorangan tidak semestinya kesunyian. Ada keindahan disebalik keseorangan itu. Rasa lebih relaks, be yourself, and do what ever things that please you. Itulah masa untuk recharge bateri diri, masa untuk membaca, bersantai, dan menikmati kebebasan dan keheningan dan kesunyian tanpa gangguan. Hehe. Introvert personality maybe suka keadaan ini. My husband, tak betah duduk seorang, mulalah menggagau. And ilustrasi yang saya kumpul lebih kurang macam gambar-gambar ni semua, yang projecting alone time in a pleasure manner, instead of negativity or depressing mood. 

Friday, October 21, 2016

Marah yang merugikan


Minggu ini banyak pulak cerita-cerita sensasi di suratkhabar. Panjang juga list kalau rajin nak senaraikan tapi saya nak highlightkan isu kematian seorang lelaki di Terengganu akibat ditikam dengan pisau oleh teman lelaki adik perempuannya. Ditikam akibat pertelingkahan kerana arwah tidak berpuas hati dan mengesyaki bakal adik iparnya itu sebenarnya telah beristeri namun mengaku bujang. Banyak aspeklah yang boleh dikomen sebenarnya, tapi saya nak highlightkan satu jer:

Marah sebentar cuma, tapi kesannya seumur hidup.
Inilah pengajaran untuk kita bersama. Padah apabila menurut kehendak hati. Mungkin akibat kemarahan tidak terkawal, maka berlakulah kejadian yang tidak diingini, yang membawa kematian. Alangkah baiknya, ketika sedang marah membuak-buak itu, kita tidak melakukan apa jua yang terlintas oleh gerak hati. Dalam kajian psikologi pun, menunjukkan ketika dalam keadaan marah, otak yang bertanggungjawab kepada aspek emosi dulu yang akan terangsang, hanya beberapa ketika barulah otak akal logik mula dirangsang. Pendek kata, emosi>akal rasional. Sebab itulah Rasulullah saw berpesan:

Apabila engkau marah, lakukan beberapa perkara: apabila sedang berdiri engkau duduk, apabila duduk engkau baring. Jika masih juga amarah berterusan, maka ambillah wudhuk.
Apabila kita terus berespons saat kita menerima perkara yang kita tidak suka, kita tanpa sedar sedang masuk dalam zon bahaya iaitu zon beremosi. Kerana itu ada baiknya kita amalkan ajaran nabi kita atau yang biasa orang bagi tips - time out!!! Kita sebenarnya sedang memberi laluan otak yang sedang beremosi itu masa sebelum akal lebih jernih dan rasional mengambil tempat. Semalam di berita dikhabarkan suspek bunuh itu telah pun berjaya ditangkap, ketika sedang keluar dari persembunyian. Dikatakan selepas melarikan diri, dia merempat merata-rata tempat, mungkin tanpa makan minum. Ditemui dalam keadaan tidak bermaya. Barangkali mungkin ada penyesalan juga dihatinya, kalaulah dia bersabar dan tidak menurut kata hati. Nak kata itulah cinta hati sangat, dah ada isteri dan anak. Tak berbaloi-tak berbaloi. 

Saya ada juga terbaca orang screenshot statement arwah beberapa hari sebelum kejadian, mencari isteri kepada suspek ini untuk tampil membantu isu adik perempuannya. Dalam kata-katanya itu, dia macam ditipu suspek yang mengaku bujang sedangkan arwah ini memang tahu suspek sebenarnya telah berkahwin dan dah tahu pun nama isteri suspek. Cuma, masalah besar arwah ialah adik perempuannya tidak mempercayai kata-kata arwah. Ini pun masalah jugak, bila cinta menguasai, maka butalah mata hati. Tapi kalau dah lama bercinta, secara logiknya takkanlah tak perasan apa-apa kot. Apakah telah dimendrem dengan kata-kata manis sehingga sukar membezakan yang benar dan yang dusta. And guys, tolonglah. Jika benar-benar ikhlas, tolong terus terang. Apa yang kita dapat dengan kebohongan?? Bila ketahuan, itu lebih parah kesannya. Dalam kes ini, berakhir dengan kematian. Berbaloikah cinta tersebut jika akhirnya menyebabkan kita masuk penjara sebagai penjenayah? Tak dapat jugak akhirnya untuk bersama. Inilah ibaratanya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Akhirnya daripada ada segala-gala (isteri, anak, kehidupan bebas merdeka, bekerja, dll), kepada tiada apa-apa. Kalaulah, dia tidak menurut kehendak hati ketika itu, bersabar sebentar, mungkin lain kesudahannya. Mungkin lebih baik. 

Cantiknya sabar. Sabar dalam banyak keadaan adalah penyelamat keadaan. Sabar yang sedikit tetapi banyak hikmahnya. 



Tuesday, October 11, 2016

Skrin komputer saiz besar vs saiz kecil: Baik buruknya




Berbaloikah mempunyai komputer skrin lebar atau besar?? Ada kajian mendapati bahawa skrin komputer yang besar meningkatkan produktiviti individu sehingga 50%. Wow, signifikan tu kan. Menariknya, apabila skrin komputer terlalu besar, ia akan menurunkan produktiviti. Dicadangkan bahawa saiz skrin yang meningkatkan produktiviti kerja perlulah dalam lingkungan 18" ke 24". Untuk lebih lanjut boleh klik SINI 

Seni dan teknologi bersatu. Pilihan berbaloi. Membawa pengalaman teknologi setingkat ke atas. 


Bagaimana anda? Pada saya jawapannya bergantung pada seseorang individu. Namun, saya lebih cenderung bersetuju dengan dapatan kajian tersebut kerana saya mempunyai dua komputer skrin besar dalam lingkungan 22" di pejabat dan di rumah. Kemudian, saya juga ada laptop dengan skrin 14" dan microsoft surface 3 dengan skrin bersaiz 10". So, daripada pengalaman penggunaan komputer beberapa saiz ini secara berterusan, maka saya merasakan produktiviti dan keselesaaan adalah lebih dirasai dengan komputer berskrin besar. 

Dulu, semasa membuat PhD, saya bekerja dengan 2 jenis saiz laptop berbeza. Yang paling kerap saya gunakan ialah laptop saya bersaiz 16" kalau tak silap. Sementara laptop yang kecil saya gunakan apabila saya bekerja di luar rumah, saya memerlukan laptop yang mudah alih dan ringan. Atau ketika saya bermasalan, sambil buat kerja depan tv, maka saya angkutlah laptop kecil itu. Satu perkara yang saya dapati ialah, kerana menghabiskan masa berjam-jam menghadap komputer, komputer berskrin lebar memberi lebih keselesaan dan saya boleh bertahan untuk jangka masa panjang. Sebaliknya, saya hanya boleh bekerja dengan laptop kecil untuk beberapa jam sahaja kerana mata saya penat memandang skrin yang kecil. 

Faktor lain ialah, dengan skrin komputer yang besar dan lebar, menjadikan kita boleh membuka banyak tabs pada masa yang sama. Bila menulis, kadang-kadang maklumat kita adalah dalam bentuk format PDF, atau di internet. Jadi kita perlu membuka dokumen tersebut secara serentak dan menaip pada masa yang sama. Tugas ini akan terasa menyenangkan apabila kita bekerja dengan skrin lebar. Tapi jika skrin kita kecil sahaja, memang perit terasa. 

Dengan berat kurang 1kg, microsoft surface pilihan berbaloi untuk travel dan efisien walaupun bersaiz kecil


So, laptop saya akan gunakan apabila:
  1. Saya perlu membawanya bersama untuk bengkel, seminar, out station. 
  2. Melakukan kerja dalam keadaan santai seperti sambil duduk tengok tv atau baring-baring atas tilam. 
  3. Menukar mood. Kadang-kadang perlu menukar situasi dan tempat membuat kerja bagi mengekalkan momentum dan mood membuat kerja. 

Katakan jika anda terpaksa membuat keputusan, terpaksa memilih salah satunya, kerana halangan bajet atau lainnya, maka saya kira lebih selamat untuk memilih yang tengah-tengah. Jangan beli laptop yang terlalu kecil skrinnya, tapi pilihlah yang bersaiz sederhana.


Ini oversize screen size. Sesuai untuk mereka dengan keperluan khas. Kalau orang normal, berpinawww bijik mata 


Sekadar pandangan.


Blusher Clinique


Semalam membeli 3 barang Clinique selepas kehabisan bedak compact, scrub muka, dan blusher. Actually saya peminat blusher clinique yang jenis stick tu, sangat praktikal dan handy, tapi dah discontinued. Ntah kenapa, sedangkan saya rasa blusher stick macam tulah yang paling senang nak bawa ke mana-mana. Saya suka pulak tu color dia, saya ada beli blusher clinique lain tapi warnanya ala2 kpop, bright pink, so macam tak natural pulak. Nasib baik salesgirl clinique try carikan saya blusher yg menyamai blusher stick saya yang dah kehabisan itu. Nampak tak? Nampak sangat lama saya nak habiskan blusher sedia ada sampai dah discontinued produk tuh. Gigih!! Gambar bawah inilah rupanya blusher stick yang saya suka tuh.




So, atas hasutan dan racun salesgirl tu maka saya setuju terus untuk ambik blusher di bawah ini. Try tengok review, katanya lama baru habis. So okaylah, berbaloilah dengan harganya dalam RM120 jugak. Warna pilihan saya ialah cupid 108. Nice color, very natural and long lasting.


Snap kat ofis petang tadi, sememeh dengan cap jari. Hehe





Kalau tengok range colors untuk blusher ini memang colornya semua natural. Ini berbeza dengan blushers jenis cheek pop yang pink terang semuanya.



Warna-warna terang









Sesiapa yang mencarik blusher yang best, boleh try clinique, setakat ini produk clinique saya puas hati belaka. Memang harganya a bit pricey, tapi seriously, lambat habis. Ader dalam 6 bulan sekali kot saya membeli produk clinique. Cuma pencuci mukanya yang cepat sikit habis atau moisturiser kerana kekerapan penggunaan. 

Bonus!! Seperti selalu, sekali dah membeli harus mintak free gift kan. So saya dapat pouch baru yang di dalamnya saya dapat 4 produk lain mini size: pencuci muka, toner, moisturiser + serum. Serum ini botol besar harganya RM500 gitu, tapi ni travel size for free. Weweee!!

Banyak dah koleksi pouch bag saya. Ada saya bagi orang, ada yang disimpan utk travel








Sunday, October 9, 2016

Move On!!






Entry tengah malam buta!! Wah, mata tetiba tak mahu lelap. Actually tengah tunggu microsoft office download dalam my imac. Punyer lama nak tunggu. Boleh berjimba-jimba dulu sambil layan internet. Baiklah buat entry blog yang agak lama senyap. Nak share satu buku tulisan Reyna Ibrahim yang saya beli dalam satu pameran buku di fakulti minggu lepas. To be honest, adalah dalam 5 helai yang dah saya baca. Belum lagi ada kesempatan baca habis, tapi worth sharing rasanya. Sebab?

Buku ini tentang coretan pengalaman penulis terhadap pengalaman bercerai yang telah dilaluinya. Ada banyak refleksi diri dalam buku ini. Ada jugak hari tu orang terjeling-jeling bila tengok saya bawa buku ini di tangan. Move on?? Akak putus cinta ka?? Agaknya lah kot diaorang fikir. Tengah cari buku self help pengubat hati yang lara. Hihi.

Saya beli atas dasar belajar dari pengalaman dan pengetahuan beliau tentang penceraian yang dialaminya. Saya juga ada klien yang telah melalui perkara yang sama, struggle yang dirasainya walaupun telah bercerai lebih setahun. Saya membaca buku ini untuk menambah ilmu, untuk lebih faham pahit manis penceraian. Yang baik saya jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan. 

Manusia, kena selalu menuntut ilmu. Lagi-lagi kaunselor, selalu berhadapan dengan pelbagai jenis kes. Jadi, buku adalah antara sumber-sumber bermanfaat untuk menambah ilmu dan kefahaman yang ada. Kena sentiasa up to date dengan informasi semasa dan sentiasa luas pembacaannya. Manusia sentiasa berkembang, masalah pun semakin kompleks. Masalah yang dulu bukan satu yang signifikan, mungkin jadi satu masalah serius masa kini. Gitulah. 

Belum habis baca, jadi tak boleh nak bagi pandangan menyeluruh. Cuma my first impression, penulis ini jujur dalam penulisannya. Bab awal yang telah saya baca, saya tertarik dengan pengakuannya yang suka lepas cakap dan ringan mulut meminta cerai setiap kali bergaduh dengan bekas suami. Beliau muhasabah diri kembali, bahwa mungkin sebelum ini mulutnya pantas sahaja meminta cerai walaupun hatinya menidakkan. Tapi apa yang dituturkan itu juga doa. Dan mungkin kerana begitu kerap minta cerai, Allah makbulkan permintaan dia. Nah! Terkedu sendiri. Mungkin jadi pengajaran untuk kita, terutama wanita-wanita, kerana kerap kali wanitalah yang sering menuntut cerai setiap kali bergaduh suami isteri. Bak kata suami, nasib baik talak itu ditangan lelaki, agaknya kalau di tangah wanita, lagi banyak manusia dalam dunia ini bergelar duda daripada janda. Bukan cerai takal 3 yang dapat, cerai 100 kali pun ramai agaknya.

"Jangan pernah minta diceraikan. Jangan sebut tentang cerai walaupun pada saat anda sangat marah, stres atau sekadar bergurau. bukankah bicara kita itu adalah doa. Walaupun diulang dan disebut tanpa niat, perkataan itu perlu dihentikan segera. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Stres dan marah tatkala bertelingkah sering membawa saya mengikut nafsu sehingga mulut ringan minta diceraikan. Hati tidak bersungguh sebenarnya. Mungkin sekadar memprotes sedangkan kita lupa setiap perkataan adalah doa yang mungkin akan termakbul bila-bila masa sekalipun." - Move On! [mukasurat 20]

Selamat malam.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...