Selama cuti sakan 10 hari lepas saya jarang tengok TV. Pertama sebab busy dengan pelbagai aktiviti rumahtangga di rumah mak saya dan kedua, saya tidur awal hampir setiap malam. Jadi berita jam 7 atau 8 malam yang saya jarang miss kat rumah lepas balik kerja pun terlepas tengok. Jadi saya banyak jugak ketinggalan keretapi termasuk kes terbaru suami bantai isteri dalam lif siap dengan flying kick, memang flying depan lif. Cuma malas nak attach video tu kat sini, saya benci cerita ganas/seram maka video 18 G (Ganas) itu tidak saya lampirkan bersama di sini. Saya tidak perasaan ia telah menjadi hangat di internet dan cuma tahu apabila membeli surat khabar dan tertengok buletin utama. Hmm, apa pendapat tuan-tuan puan puan??
Wajarkah seorang lelaki memukul dan melakukan kekerasaan fizikal ke atas isterinya? Pasti jawapannya TIDAK. Memang dalam Islam ader menyebut memukul isteri itu jika dia derhaka dan tidak mendengar kata. Tapi takder pulak dalam ayat tersebut menyebut boleh DITENDANG, DITARIK RAMBUT, DIHANTUK ke dinding, DITUMBUK mukanya dan sebagainya. TAKDE. Ia secara jelas menyebut memukul dengan tujuan memberi pengajaran. Ada beza memberi pengajaran dan kebinasaan.
Ayat 34 dari surah an-Nisaa Ayat ini telah diterjemahkan begini, “Lelaki adalah pelindung kepada wanita (qawamuna sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka memberi belanja dari hartanya). Wanita yang baik (qanitat) menjaga dengan baik kehormatannya. Perempuan yang kamu khuatirkan nusyuz maka nasihatkanlah mereka dan pisahkan dari tempat tidur dan pukullah (daraba). Kemudan jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.” (sumber SINI)
Kalau mengikut perbincangan dalam blog laman seri itu, perkataan pukul itu tidak semestinya berbentuk fizikal, malah dilarang sekerasnya para suami memukul isteri menggunakan tangan dan anggota badannya untuk menyakiti badan isteri. Malah, ader suami hilang kelayakan pun untuk memberi pengajaran kepada isterinya jika dia sendiri culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Dalam erti kata lain, bagaimana suami hendak membetulkan isteri jika suami itu sendiri pun ibaratnya seperti ketam mengajar anak berjalan?
Dalam rumahtangga, ada adap dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam secara jelas bagaimana suami perlu mendidik isteri yang gagal menjalankan tanggungjawab atau ketika berkonflik. Ia juga banyak terlahir dari sikap Rasulullah SAW sendiri yang banyak kita baca kisah2nya dalam mendepani isteri-isteri yang pelbagai ragam. Takder pulak kita baca Rasulullah mengasari isteri-isteri baginda. Baginda seorang yang terkenal dengan sikap lemah lembut terhadap wanita.
Saya jauh dari memahami apa kemelut yang dihadapi oleh pasangan ini. Tetapi. walau apa masalahnya sekalipun, janganlah kita menggunakan kekerasaan untuk mendapatkan kepatuhan pasangan. Pasangan mungkin patuh kepada kita kerana takut dikasari, namun SAYANG, HORMAT dan KASIH itu anda takkan dapat lagi selama-lamanya. Sedang perasaan kasih sayang itulah yang paling penting perlu ada dalam sesebuah rumahtangga. Kalau perasaan ini sudah tiada dalam hati isteri, maka kosong dan tidak berertilah rumahtangga tersebut. Begitu juga, isteri mungkin tidak mengasari suami, tetapi sering kali isteri menggunakan emosi dalam menyakiti hati suami. Bila masing-masing mempertahankan sikap dan pendirian, tidak mengawal emosi, maka berlakulah seperti yang kita lihat dewasa ini.
Isu terkini keganasan rumahtangga bulan ini yang sempat saya baca sepintas lalu:
- suami mencurah air rebusan ketupat ke arah isteri
- suami menyimbah asid ke muka dan badan isteri
Bila saya dengar kisah-kisah rumahtangga yang macam-macam ini, saya bertambah yakin bahawa semakin rapuhnya kesedaran pasangan (suami dan isteri) tentang tanggungjawab dan amanah dalam rumahtangga. Tanggungjawab dan amanah ini pula sangat bersangkut paut dengan iman dan iman itu sendiri sangat bersangkut paut dengan takwa dan kepatuhan kita kepada Allah SWT. Apa juga masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat kita hari ini bertitik tolak daripada kurangnya keimanan dalam diri masing-masing. Saya sering menghadiri pelbagai seminar membincangkan masalah sosial yang dialami oleh masyarakat kita, betapa kroniknya generasi muda kita dan tidak kurang juga orang dewasa dan pasangan berkahwin. Apabila duduk menghadap presenter dengan pelbagai cadangan dan intervensi masing-masing, semakin kuat hati saya mengatakan, kita kena berbalik kepada Islam untuk membetulkan masalah ini. Islam lengkap segalanya, menjaga segalanya. Dari hidup berumahtangga, dengan ibu bapa, dengan anak-anak, jiran tetangga dan masyarakat, segalanya dijelaskan dengan terang. Saya amat yakin jika kita berbalik semula kepada Islam, secara tidak langsung segala masalah dalam masyarakat kita ini akan berkurangan.
Apabila hati tidak terisi dengan ilmu iman dan kesedaran, maka inilah yang menjadi penyakit sosial dalam masyarakat. Memang dunia akhir zaman akan penuh dengan pelbagai perkara kemungkaran dan kekejaman, namun ini tidak bererti kita perlu menyerahkan diri menunggu kiamat berlaku lantas tidak berbuat apa untuk menanganinya.
1 comment:
Salam Lina..
Kot ya pun teringin nak menendang...tendanglah bola ke.. rumput ke... anakonda ke. Ish, tak inovatif langsung.
Hukuman untuk depa ni senang je.. kalau dia tendang bini..pakat ramai2 tendang dia balik..kalau dia simbah asid.. simbah je kat muka dia balik. Meh kita tengok.. siapa yang berani sangat nak simbah asid kalau buat hukuman macam tu.. :)
Post a Comment