Wednesday, April 17, 2013

Jangan suka menindas



Orang yang baik itu ibarat bunga yang cantik, sedap dipandang dan harum baunya

Dalam hidup ini, bilamana kita berada di status/kedudukan yang berkelebihan, janganlah kita menganiayai orang yang lebih lemah daripada diri kita. Bahawa bak kata pepatah, dunia ini bulat, what goes around comes around. Hari ini mungkin hari kita, tapi bilamana kita berada di pihak yang lemah, maka orang akan membalas sebagaimana yang kita pernah lakukan dulu atau lebih teruk lagi. 

Berbudi bahasa, bertimbang rasa. Gunakan kedudukan yang ada untuk membantu. Bukan untuk menekan orang lain demi untuk kepentingan peribadi. Satu lagi, jangan keliru dengan peranan kita mainkan dalam kehidupan seharian, jika anda adalah pelajar, jadilah pelajar sebenar, jika anda adalah pensyarah, jiwailah semangat pensyarah itu, perlu ada batasan hubungan dan bukan satu bentuk hubungan yang mengambil kesempatan atau sebaliknya. Janganlah ia dicampur adukkan dengan peribadi sehingga menimbulkan pelbagai masalah kemudian hari. 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...