Tempat utk berkongsi cerita-cerita kehidupan seharian juga tempat utk bertemu kawan-kawan. Namapun Bla-bla corner, mcm2 blh cakap, mcm warung kopi maya, corner tuk kita citer-citer :)
Thursday, April 11, 2013
Apakah erti cuti di zaman teknologi?
Zaman dulu2..kalu cuti, betul2 cuti. Cuti betul2 tu maknanya apa??
Takde email datang bertalu2
Takde telefon berdering-dering (zamann dulu berdering, zaman sekarang, macam2 bunyi2an)
Takde sms
Takde wassup
Takde massage FB
Cuti tanpa gangguan.
Amat sukar sekarang ini untuk saya merasakan cuti yang sebenar cuti, unless, semua orang cuti serentak macam cuti raya, then rasa AMAN sekejap dunia. Other than that, jangan mimpi macam duduk kat pulau, berkawan dengan monyet dan unggas sahaja.
Saya cakap ini berdasarkan pengalaman sendiri, NOW, tengah cuti seminggu, TAPI:
Email datang mintak dibalas, bila dibaca kebanyakannya SEGERA
Telefon berdering2, bila diangkat, panggilan pejabat perlukan respon SEGERA
SMS pelajar
Wassup pelajar
Massage pelajar..
Ni pun tadi datang ke ofis kerana perlu menyelesaikan dokumen yang perlu dihantar esoknya. Susah jugak rumah dekat ni. Aish!!
Zaman teknologi ni di sisi yang lain memudahkan kerja, di sisi yang satu lagi, menyusahkan diri pun ya jugak. Dulu orang telefon di rumah, bila tak diangkat, takder orang marah pun, now, people expect you to know whats going on..at all time..bila blur sikit people would give comments such as these:
'takkan tak baca message?'
'takkan tak angkat phone?'
'takkan tak nengok email?'
Teknologi menyenangkan keje, tapi boleh merosakkan kesejahteraan individu. Orang yang suka connecting with people all the time mungkin melihat ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan, tapi orang yang suka privasi mcm saya ni kekadang tension ooooo..
Nak joging lah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini
Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...
-
Salam hujung minggu, Okay, rasanya sudah sebulan sejak saya overhaul skincare product saya dari Clinique ke Kiehl's. Hari tu saya ju...
-
Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. ...
-
Salam 2019, Lamanyer tak menjenguk blog ini. Kesibukan kerja seharian dan juga menjaga si Muaz menjadikan segala waktu yang ada...
1 comment:
most mistake kalau cuti ni, pergi check email, spoil your entire cuti mood ni........
Post a Comment