Cuaca 2 3 menjak ni panas terik jer. Kalaulah bukan kerana komitmen dan janji dengan rakan2 dan jemputan luar...dah ku mungkiri janji2 tu. Lebih baik duduk rumah..relaks..tgk movie..tidur...dll.
Pagi tadi sampai tgh hari ke rumah perlindungan bagi kaunseling kat remaja hamil yg baru melahirkan baby. Saya boleh cakap ader pun sesi perbincangan itu bukanlah kaunseling kerana ia diadakan diruang tamu dan ramai pulak tu mendengar. Itu bukanlah sesi kaunseling tpi saya melihatnya sebagai sesi berkongsi masalah dan meluahkan perasaan. Kalau betul menjalankan sesi saya akan request bilik yg kedap bunyi..very pricacy etc..tapi bukan kedap udara...nanti tukar jadi sesi kamikaze pulak.
Dalam rumah itu ader seorang kakak yg lumpuh kerana strok. Umur muda lg dalam 37 tahun. Sadisnya..cikgu yg diletakkan oleh suami sendiri disitu lepas tu biarkan sajer di rumah tu dah 10 bulan. Kakak ni ada anak seorang umur 7 tahun. Alahai....berat jugak mikir masalah org ni..kenapa? Kenapa? Kenapa?
Hukum karma
Dari cerita pengurus rumah perlindungan ini..cikgu ini semasa mudanya memang ligat dan sosial. Allahualam. Nak tanya sendiri akak ni dia tak boleh cakap sendiri sebab ader ketumbuhan pada mukanya yg menyukarkan dia bercakap.
Khabarnya juga adik beradik pun tak mahu jaga. Serius sedih kan. Even doktor yg dtg melawat tengok kesihatan diapun kata kakak ni menderita penyakit kemurungan. Make senselah..sesiapa pun yg tengah sakit perlukan sokongan emosi dan sosial yg maksimum. Time sakit inilah sedih dan segala macam emosi negatif wujud. Macam kita sendirilah..bila tengah demam masa tulah sensitif dan perlukan perhatian dan belaian lebih tul tak? Tapi kalau sakit dan dihantar pulak ke rumah perlindungan..memanglah tamparan hebat. Terasa diri ni melukut tepi gantang..sihat orang puja..sakit ditinggal2kan. Kata makcik itulah hukum karma..tapi saya tak mahu menghakiminya begitu. Dugaan allah swt pada hambanya dan ujian kepada keluarga.
Tapi buat saya terfikir jugak..apalah ertinya dibiarkan suami menagih simpati di tempat seperti itu..mana perginya sumpah janji sehidup semati??
Memang setiap kali pergi ke tempat2 seperti itu bukan sedikit pengajaran yang saya dapat..buat pedoman dan pengajaran..agar kita tidak mengulangi kesilapan org lain buat. Ada pun org yg hadir dlm hidup kuta mempunyai fungsi tertentu..samada sebagau rahmat atau pengajaran.
Dan..berbuat baiklah dlm kehidupan kita ini. Kita tak tahu apa pulak ujian yg diberikan allah pada kita. Jgn tunggu certain age baru berubah atau setelah ditimpa sesuatu peristiwa..berbuatlah baik sepanjang masa. Kita cuba...
No comments:
Post a Comment