Sunday, February 17, 2013

Bila Mati Menjemput


Jenazah pendaki Gunung Tahan berjaya dibawa keluar

KUALA LIPIS 16 Feb. - Jenazah seorang pendaki Gunung Tahan yang meninggal dunia akibat sesak nafas pada Rabu lalu akhirnya berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat hari ini.
Jenazah Allahyarham Amir Kamaruzaman Ab. Wahab, 35, yang berada di Kem Belumut di situ sejak tiga hari lalu berjaya dikeluarkan pada pukul 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, jenazah pendaki itu dibawa keluar dari kawasan itu oleh helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mendarat di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di sini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130216/je_07/Jenazah-pendaki-Gunung-Tahan-berjaya-dibawa-keluar#ixzz2L4Cd3jRt
© Utusan Melayu (M) Bhd 


________________________________________________________


Pagi yang hening 2 hari lepas saya mendapat sms dari sahabat lama memberitahu salah seorang kawan lama sama-sama belajar masa di UM dan tinggal di Kolej 10 TAZ dulu meninggal dunia sewaktu mendaki gunung Tahan. Terkejut dengan perkhabaran tersebut. Bukanlah rapat sangat dengan arwah, tetapi mengenali beliau kerana kami sama-sama duduk di kolej 10 sekitar tahun 1998-2001. Tidak lama selepas itu, rakan yang lain pulak wassup dan menelefon saya dengan  perkhabaran yang sama. Walaupun sewaktu menerima perkhabaran itu, masih belum diketahui punca kematiannya tapi saya menganggak arwah mungkin diserang sakit jantung atau  sesak nafas yang teruk. Ini kerana, sudah agak biasa untuk saya melihat kes-kes seperti arwah ini disebabkan oleh masalah jantung/kesihatan yang tidak disedari dan menyerang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal. 

Saya mendapat update dari rakan-rakan tentang usaha membawa jenazah arwah keluar dari Gunung Tahan, dan dengarnya isteri arwah sedang mengandung anak ke-5. Besar dugaan isteri arwah. Ini pun saya dapat sumber dari blog lain SINI 

Saya bukan individu yang rapat dengan arwah, tapi bila saya recall balik bagaimana saya mengenali arwah, saya boleh katakan arwah seorang lelaki yang baik. Dulu rambut dia jenis afro - mengerbang besar jugak. Tak taulah pulak fesyen ke atau memang jenis ikal macam tu. Kalau tak silap, dia antara geng2 yang tak jadi ke overseas kerana kegawatan ekonomi tahun 1998 dulu. 

Saya mengingati beliau sebagai seorang lelaki yang baik. Baik sebab selalu nampak arwah gi surau kolej berjemaah. Walaupun gaya ada rockers tapi bab agama saya kira arwah seorang yang menjaga ibadahnya. Dan blog yang saya quote kan di atas juga menceritakan perkara yang sama. 

Alhamdulillah, mereka yang mengenali arwah mengingati arwah atas kebaikan-kebaikannya. Itulah yang sepatutnya yang kita harapkan; orang mengingati kita satu hari nanti baik-baik, iaitu meninggalkan nama yang baik. 

Dan sesungguhnya, mati itu sesuatu yang pasti. Even masa saya menulis inipun, saya pasti setiap saat saya menghampiri saat kematian yang Allah janjikan buat setiap makhluk hidup di dunia ini, cuma bila saja kita tidak mengetahui. Buat peringatan kepada diri bahawa hidup ini sementara, dan mati itu tidak mengenal usia. 

Seingat saya, sejak meninggalkan UM tahun 2001 dulu, sudah 3 rakan yang saya kenal pergi menyahut panggilan ilahi. Dua daripadanya perempuan dan terkini arwah Amir KZ. 

Arwah Amir KZ. Credit gambar nannoor blogspot
Moga roh-roh mereka dicucuri rahmat dunia akhirat. Al-Fatihah. 




No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...