Saturday, October 22, 2011

Ghadafi - Jatuhnya seorang diktator


Berakhirnya sudah pemerintahan diktator pemimpin Libya - Mohamad Ghadafi dengan kematiannya dilaporkan secara global semalam. Saya bukanlah penggemar Ghadafi dan bukan pula mengikuti perkembangan Libya secara dekat dan terperinci, tapi saya tahu apa berlaku. Saya menulis entri ini kerana terpanggil untuk meluahkan rasa tidak senang di atas cara jasadnya dan dirinya dilayan oleh mereka yang berjaya menangkapnya di saat2 akhir kematiannya. Saya bukanlah menyanjung Ghadafi tetapi saya kira kita perlu ada sifat belas ikhsan dan kemanusiaan sesama manusia. Apakah berguna sepak terajang pada jasad yg tidak bermaya?

Tapi dari satu sisi yang lain, mungkin ini luahan perasaan kebencian yg berakar umbi sejak sekian lama. Juga mungkin rasa balas dendam di atas kekejaman yg pernah Ghadafi lakukan ke atas rakyatnya sendiri. Mungkin ada saudara mara pemberontak ini pernah mendapat nasib serupa Ghadafi. Tapi sekali lagi, wajarkah kita membalasnya dengan perbuatan serupa? Mungkin agaknya sukar utk kekal simpati jika memikirkan kekejaman yg dilakukannya. Tapi disitu juga kekuatan diri teruji, untuk tidak bersifat kejam terhadap orang yg pernah menganiayai kita.

Saya melihat wujud kecenderungan masyarakt Timur Tengah (mungkin tidak semua), untuk bersifat kejam ke atas jasad2 musuh mereka. Saya pun tak pasti ini budaya atau pun aper. Mungkin pernah juga berlaku di Eropah. Tapi yang pasti saya tidak menyukainya. Janganlah kita di Malaysia jadi macam ni. Please have mercy!

Saya juga pelajari sesuatu dari kejatuhan demi kejatuhan pemimpin2 dunia ini - bahawa kita tak selamanya kekal memerintah dan berkuasa. Jadi sementelah berkuasa, perintahlah dengan adil, saksama dan dengan niat utk kesejahteraan rakyat2 jelata. Berbuat baiklah tanpa mengira status/darjat kerana satu hari nanti bila sudah tidak berkuasa, maka di situ kita melihat harga diri kita sebenar dan perasaan yang orang punyai terhadap kita. Pemimpin yg baik akan terus disayangi tidak kira saatnya berkuasa mahupun sebaliknya.

Moga rakyat Libya akan bersatu membina ketamadunan bangsa mereka. Lebih aman sejahtera dan bukan keluar mulut rimau masuk mulut buaya. Moga Libya tidak akan menerima nasib seperti rakya Iraq yg sengsara tidak berkesudahan.

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...