Friday, February 19, 2010

Sims 3: keluarga Orlando

kalau kalian msh ingat, sy pernah dlm entri thn lepas mentioned pasal SIMS 3 yg bakal keluar pada June 2009. sy antara org yg ternanti2 game nie kerana sblm nie dah pernah main SIMS 1 dan SIMS 2. mcm2 review sy dgr pasal SIMS 3 nie, yg pasti lagi canggih, dan lagi pasti, perlukan komputer blh catch up dgn teknologi digunakan, mcm game2 besar yg lain, perlukan spesifikasi tertentu baru blh main. tapi sy pasti kebanyakan laptop ms skrg nie dah ready equipped dgn mininum spesifikasi standard umum game. okaylah, berbalik citer sims3, makanya, sy pun membelilah, itupun stlh hampir setahun berada di pasaran. ntah kenapa satu hari tiba2 teringin maka sy pun survey dan TERBELI. TERBELI ya, tak disengajakan. mahal jugak. biarlah sy rahsiakan, kalu kat Msia RM10 dah blh dpt cetak rompak, blh jugak main, sini takder. menyesal tak terima pelawaan anak saudara hari tu suruh copy cd SIMS3 dia. aiyah!

maka saya pun memulakan game ini dgn mencipta sims baru, nama keluarga nie Orlando, tak lama sy create watak Orlando nie sbb bila nak create lelaki, terus terpancul seorang jejaka yg cukup macho, maka sy customisedkan saja jenis bajunya - baju hari2, baju tido, baju renang, baju formal, baju sukan. oh ya, sy ubah rambut dia, dan juga warna matanya - hijau. ngeh2. yang pompuan namanya Miranda (Orlando + Miranda = ring the bell??? ahahaha). sy customised rambut, baju. sblm main tu, kena pilih 5 karakter Orlando dan Miranda nie. Orlando kalu tak silap saya letak karakter dia - great thumb (maksudnya dia berbakat dlm gardening, selalu lebih baik dari org takde ciri ini), workaholic, neat, dan lupa pulak yg 2 nyer. Miranda sy setkan sbg - neat, family-oriented (kalu ada anak penyayang dan blh jadi parents yg baik), great cooker (lebih cepat pandai masak berbanding yg lain), great thumb and friendly. penting pilih karekter krn ia pengaruhi cara sims bertingkah laku setiap hari dan interaksi dia dgn org lain. sy nak jadikan Orlando nie pekebun moden, nak tgk setakat mana dia berjaya bercucuk tanam dan berapa keuntungan dia dpt darinya. so gambar kat atas  nie, miranda tgh tgk tv. rumah dia kecik jer, malas besar2, sy cepat pening kalu handle rumah besar sgt sbb constant movement buat sy mengalami vertigo.

Nak jadi pekebun moden yg berjaya tak mudah, lepas Orlando menyemai benih pokok kobis, epal dan tomato, dia kena selalu siram, dan berckp2 dgn tanaman itu. kalu tidak dijaga dgn sempurna kualiti buah itu akan kurang ataupun mati. jadi si orlando nie byk habiskan ms di kebun sekangkang keranya dan bercakap2 dgn pokok2nya bila ada kelapangan. sbb tu jugak sy tak bagi orlando cari keje sbb nanti pokok2nya mati. biarlah jadi pekebun moden full time! kdg2 gelak sorang2 tgk dia berckap2 ngan pokok, ahaha..mcm tak betul sikit. tapi nampaknya sims3 pun percaya, bercakap2 dgn tumbuhan menjadikannya lebih subur dan berkualiti.

orlando, handsome dan macho tapi sikit tak betul...

nie pulak miranda tgh tido, yg bestnya pasal sims3 nie ialah image dia very detail and sharp. bila close up mcm nie still nampak cantik. sims kena cukup tido, kalu tak nanti mudah dia depress or meragam. jadi pastikan dia dpt rehat yg cukup.
 
Orlando dan miranda di meja makan sedang bercakap2 sambil makan. miranda tanya - mcm ner pokok2 tanaman kita bang? semua okay? sempat ker nanti nak menuai hasilnya ujung tahun nie? hehehe.

 
begitu rancak suami isteri ini berborak di depan tv. masa sy snapshot nie, miranda sedang mengandung anak pertama. sy baca petua pemain2 sims3 yg lain - bagi pregnant sims makan buah dan buah pengaruhi jantina anaknya. maka sy pun bagilah si miranda nie makan buah watermelon dan grapes. ada yg kata mkn watermelon jadi pompuan, epal dpt bayi lelaki, tapi watermelon + grapes?? jangan gay sudahlah. kesudahan jantina anak orlando dan miranda? sebentar saja lagi. 

  
miranda nie kan great cooker so sy slalu suruh dia baca buku masakan dan tgk channel masak2, maka dia dpt improve skill msk dia. nampak atas kepala dia ada mcm alat ukur? bagi dia baca buku tu sampai penuh kaler biru tu maka skill dia up 1 mata. dari msk benda yg simple dia dah blh up sikit skill dia. miranda dah pun sy hantar ambik kursus masak memasak di bandar ini (sunset valley), kena bayar $400 tu. nasib baik sy 'cheat' maka sy dptkan keluarga ni $50,000 sbg permulaan hidup. kalu nak bagi sims kaya cepat, beli kete besar, rumah besar dll kena pandai guna cheat (kod2 tertentu tuk menipu game ini). tapi sy cuba tak menyalahgunakan cheat nie sebarangan. games jadi tak best pulak. bagi sims sy berusaha sendiri dptkan duit dgn cara 'halal'. hehehe.
 
miranda dah pandai msk..

saat kelahiran yg dinanti2 dah tiba. ms nie ada 2 pilihan, nak lahirkan baby di hospital atau pun rumah, sy pilih miranda bersalin dirumah saja. lama jugaklah dia sakit nak bersalin.

skill orlando pun dah up, maka dia makin cekap mengendalikan kebunnya. hari tu skill blm cukup jadi dia tak blh nak cabut rumput, nie dah okay skill dia jadi dia dah blh 'weed' kat  kebun dia.

terlupa nak snapshot gambar miranda dgn babynyer mula2. sbbnyer? tak sangka miranda lahirkan KEMBAR!! nasib baik makan buah 2 kali jer, kalu bagi byk2 habis sudah ada 4-5 sekaligus. parahlah miranda nak handle baby2 nie. baby nie pun pandai lapar, nak buang air besar + kecil, nak didodoi dan dipeluk. jadinya busy jugaklah miranda nak handle. orlando ada jugak tolong especially malam2, tak larat kalu dua2 nangis serentak. tapi orlando byk habiskan ms di kebun - bercakap2 dgn pokoknya. huh....
 
nama - lupa nak ckp. Meera + Suri. Sbnrnya takde idea nak bagi nama aper, hentam sajalah. so bertambah keluarga orlando ada 4 orang. baby nie nanti akan besar, gi sekolah etc. mcm tu jugak orlando + miranda, akan tua jugak nanti. nanti tgk perkembangan seterusnya.

miranda dah up skill dia sekali lagi, dia dah pandai msk fish and chips + cookies. so sy snapshot gambar cookies dia msak. fish & chips dia tak sempat msk lagi.

gambar last nie bukan anak orlando + miranda tau. nie baby sitter. sy tgk orlando dan miranda kepenatan dan perlu rehat, maka orlando pun telefonlah minta baby sitter dtg. kena hati2 pilih baby sitter nie, tak tau dpt jenis mcm ner, ada yg byk main jer, dgr radio, tgk tv tapi baby tak jaga. tapi yg nie sy tgk blh tahan lah, dia blh take care baby baik. kalu tak puas hati, blh dismiss dia dan ambik org lain. setakat nie, baby sitter nie jalankan tugas dia dgn jayanya. citer ini akan bersambung lagi, perkembangan keluarga orlando akan diberitahu kemudian sbb sy kena stop dan buat pulak keje lainlah. nie skdr mengisi kebosanan dan release tension. best. kesimpulannya, game nie buat sy teringat zmn kanak2 dulu, main patung, ingat patung kertas, beli kat kedai runcit? tapi zmn dah berubah, nampaknya main pondok2 tlh mengalami era yg lebih menarik sehinggakan sy nie tlh kembali 'kanak2' dibuatnya. dulu tak berkesempatan.

 
 dibawah ini contoh2 rumah yg direka oleh penggemar sims3. ada yg mengaku menghabiskan 10 jam tuk create rumah idaman mereka. sims3 membolehkan kita customised everything. pastinya apa yg anda cipta ini akan berbeza dgn pemain2 sims3 yg lain. itu yg menariknya. kat bwh nie contoh2 rumah yg sy suka, sy nie suka rumah ala cottage. 

 
 agaknya berapa jam dia habiskan utk create umah nie. sy tak ada ms sebanyak itu..utk sims3.
  
 cottage nie pun menarik jugak. ada kolam sebelah dan pokok besar. kolam tu blh memancing tau. sims3 blh meningkatkan skill memancing mrk kalu selalu gi mancing, dptlah ikan besar2 pastu masak..

 
really loves this cottage, very comfy and cosy. mcm aman damai dan tenang jer kan.
 
 gambaran belakang rumah, bestnyer...meh tgk dlm rumah pulak
 
 serius cantik..
 
lepak petang2 kat sini bestnyer.. 

 dapur mcm nie hari2 msk pun takper, jadi surirumah sepenuh masa pun okay!

sekian tentang sim3. di sims3 segalanya mungkin..dari orangnya dan rumahnya serta masyarakatnya.
 

4 comments:

Maiyah said...

suka le tgk pic ni

Cengkih78 said...

hehehe, cantikkan??

Doralin Lee said...

Awww!!!!!!! You ni kan buatkan I nak main je la..... I nak pi cari la disc tu...nanti u ajar i macammana nak cheat ya Celine... ini sindrom pengaruh rakan sabaya la...

Cengkih78 said...

no worries, boleh ajer. beli dulu, carik sims2 or sims3.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...