Friday, February 12, 2010

Hujan rahmat di Melbourne

Sesiapa yg ada melihat sepintas lalu twitter sy semalam barangkali ada membaca brief info ttg hujan lebat di Melbourne petang semalam. Spt diduga, memang flash flood berlaku, siap dgn kilat, guruh dan hujan yg turun mencurah2. time tu msh ada kat ofis lagi buat keje. Sy ckp dgn Riayati, sebijik rasa mcm kat Msia, nielah hujan kat Msia sbb selalunya hujan di Melbourne nie sikit2 jer, mcm nak hujan tak nak hujan jer, sbb tu jugak dipanggil shower - ala kadar jer. Tapi pd sy itu hujan rahmat, kalu diberi pilihan, sy suka hujan dari panas di sini. Msh ingat thn lepas betapa panasnya sehingga berlaku bush fire. Itu ketika puncak hot summer bulan Februari. Tapi alhamdulillah nampak gaya takder sepanas thn lepas, harap2 summer kali ini berlalu dlm keadaan lebih sejuk sikit dan ada hujan2 dgn suhu sederhana. Thn lepas byk hari melebihi 40c. Tak tahan.
 
pergerakan nie kbyknnya ada kami buat smlm kecuali bbrp sahaja takde. 
senang kata, tak mampu buat.

Kelas yoga semalam okay dan best. Yang datang kebanyakannya sy kenal,  kawan2 postgrad, kecuali yoga coach dan seorang lagi mat salih baru kenal semalam and bbrp lagi omputih lain. Yang dtg nie rata2 tahu pasal yoga, pernah buat yoga tapi semuanya tahap beginner. Beginner nie fokus lebih pada pernafasan, meditasi, sesuai utk release tension. Jadi sy dan kawan2 sepakat tuk dtg regularly setiap Rabu jam 12-1 petang. Sy kira baik jugak sbb lama dah tak joging mcm dulu, skrg nie pun keje byk and keadaan stressful, jadi perlu carik waktu utk latihan fizikal. yoga ini sekadar latihan pergerakan saja, tiada mantrem atau bacaan2 jampi serapah yg boleh menimbulkan keraguan. 

 nenek yoga: nie mesti dah tahap advance learner, tak pun intermediate. cayalah.

lama dah tak buat, rasa mcm keras jugak bila nak melentur diri tu balik. tapi couch kata takpe, asal buat jer, badan akan adjust and flexible. bagus jugak couch tu, blh ckp Indonesia lagi, sabar dia bagi instruction pd kami2 yg kelenturan tahap buluh betung nie. kang di ajar susah2 ada yg terpeleot.

sedang leka mencari yoga photos kat google, tiba2 ada yoga lain pulak kuar. best jugak yoga nie kalu dapat satu. tapi yg pasti yoga nie tak memerlukan kelenturan badan anda, cukup dgn kelenturan duit dan jari jemari utk memilikinya. hehe. cantik. 

 

  
  
  
lenovo pocket yoga netbook

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...