Friday, January 29, 2010

Petang bersejarah

Hari ni dalam sejarah..
Salah sorang geng phd yg selalu dtg umah walaupun tak berjemput dan teman setia ke nandos setiap khamis berpindah keluar dari student village (VT) setelah duduk 5 thn di sini. Sedih jugak mengenangkan sebab dialah yg selalu datang mengetuk pintu umah, yg selalu temankan sy dan kzami borak2, yg selalu setiap kali dtg, mintak dibuatkan teh (dgn muka selamba tak malu). nie bukanlah kutukan, tapi nak menunjukkan betapa akrabnya kami sehingga 'protokol2' formal dah tak wujud. sengaja membawa kamera gedabak gi bilik dia sbb sy nak ambik sbg kenangan dia dan sy sendiri. buat ms nie mungkin gambar nie tiada maknanya, tapi, suatu hari nanti pasti berguna. ia sebahagian kenangan yg tercipta, tak kisahlah betapa 'ting tong' nya gambar2 tersebut kelihatan. nielah bilik siri. tak spt siri dan rakan2 yg lain, sy bernasib baik sbb duduk di rumah. sy tak blh bayangkan seharian menghabiskan ms terpenjara di bilik sekecil ini. mesti tension. pasal tu minah siri nie suka merewang kat umah kami. tumpang simpati, tapi salute coz dia blh bertahan 5 thn tu. dah lah seblah pagar tu detention center tempat pendatang tanpa izin. kdg2 ada jgk dia komplen dgr org menjerit2 kat sblh, maklumlah tension kena tahan. 

Satu2nya lelaki yg membantu misi memindahkan barang2 siri ialah charlie. charlie nie pun pernah duduk sekejap kat student village tapi tak lama coz dia tak tahan budak2 kat blog dia suka berparti lewat2 malam dan membuat bunyi2 yg tak sepatutnya. charlie nie cina indonesia. lawak jugak mamat nie. slalu jugak jumpa dia kat ofis siri. baru jer dtg, habis 2013. tiga kali trip menghantar brg siri ke rumah baru. berehat sebentar sambil kami makan piza dan buat bising kat luar. sempatlah berkongsi cerita dgn riayati ttg pengalaman dia didiskriminasi di negara sendiri gara2 warna kulit. on d way balik melbourne, dia transit dulu ke bali. dia citerlah bagaimana org kat sana tak nak layan dia sbb tgk dia pakai sempoi jer. setiap kali dia mintak service, org tanya, dia tak mampu bayar. apakah??  ingat mat salleh jer ke yg deserved better services? i'm not poor in my country you know - itulah dialog kitorg selalu ckp bila berlaku situasi mcm tu. sajer buat lawak.
 mcm2lah jugaklah yg kami borak. tgh syok2 gelak tu si siri kata, 'guys, i can't laugh too much, i'm afraid my wrinkles are getting worst.' dgr jer, lagilah kami nak gelak. boleh? ckp pasal ubanlah, pasal perut charlie gendutlah..guys, pendek citer, kita sedang menuju tahap2 ketuaan okay. accept the fact! petang tadi sy banyak jadi paparazzi ajer, ihihihi. tgh diorg loading barang dlm kete charlie, sy pi lah culik2 gambar. riayati nie paling senior antara kami, 44 thn, tapi mcm budak2 pun ya jugak. riayati ni satu ofis ngan sy.Praud jer tak nak diambik gambar. camera shy katanya. muka serius ajer. tapi charlie, happy as usual. hehehe.

 sempat lagi kau charlie...


 

 
apa yg paling sy ingat sekali psal siri ni nanti ialah (selain mulut becoknya ckp tak berhenti) - setiap kali dtg umah dia selalu mintak sy buatkan teh. 'lina, could you make me some tea?' tak payah lah nak pelawa, 'you want to drink something' ker aper. dia akan volunteer diri sendiri. dia kata suka teh sy buat, try jugak buat teh mcm sy tapi katanya kalu tak tawar, terlebih manis. hehehe. rasa nak bagi jer teko teh sy tu buat kenangan, berserta sekali instruction - teko nie pakai 5 sudu teh gula! insya allah rasanya sama. dah rasa kehilangan pulak. kalu duduk kat SV petang2 dia dtg, tengok movie kat umah sama2, borak2, balik lewat mlm pun tak kisah coz duduk tpt sama. tapi kali nie, dah berubah. aduh, sentimental pulak rasanya. barangkali, bila kita dah terbiasa dgn sesuatu tu, bila dah berubah, rasa lain sgt. 

mcm tulah kat sini, rakan2 dtg dan pergi. yg lama pergi for good, ada yg pindah etc, yg baru pulak muncul. kena adjust dgn situasi. mmg tabiat kita sukakan sesuatu yg familiar, tapi kdg2 keadaan tu tak berlaku. jadi kenalah pandai2 sesuaikan diri dan perasaan. kawan2 dtg dan pergi, dan pengembaraan ini masih panjang. terbuka menerima apa jua keadaan. itulah lumrah kehidupan. 

to siri, i wish you all the best. i really hope that we can finish our phd together this year and then we can go home for good.

note: confirm Federer VS Murray ahad nie. blh tertido tgk Fed vs Tsonga. sms bunyi pun tak sedar. penat agaknya tolong angkat peti ais.  and tgk tv3 buletin utama semalam punya kat website dia, buat aku rindu msia..aduh.rindunya msia. hanya pengembara spt sy yg memahami apa yg sy rasakan skrg nie.

2 comments:

Maiyah said...

pas ni mati kutu le.. heeeee

Cengkih78 said...

tul tu kak, kena blajar tuk adjust..mati kutu, pasti, main kutu tak mungkin. hehehe

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...