Thursday, January 28, 2010

Kisah Perasaan


Pada suatu masa dulu, di sebuah pulau tidak bernama, tinggal semua perasaan. ada gembira, sedih, termasuklah cinta. Pada satu hari, telah diberitakan bahawa pulau tempat tinggal mereka akan tenggelam tidak lama lagi, maka semua perasaan bersiap sedia untuk meninggalkan pulau tersebut. Tetapi cinta berdegil, dia mahu menanti sehingga ke saat-saat akhir barulah dia mahu meninggalkan pulau tersebut. Bila pulau itu hampir tenggelam barulah cinta tercari-cari perahu yang boleh membawanya ke tanah seberang.

Cinta terpandang kekayaan bersama perahunya, besiap sedia untuk pergi. Maka cinta pun berseru, 'wahai kekayaan, bolehkah aku menumpang sekali ke tanah seberang?' Jawab kekayaan, 'tidak boleh, perahuku ini sudah penuh dengan emas dan perak, tiada tempat utk mu cinta.'

Cinta cuba pulak bertanya kepada megah, yang bersiap siaga mahu berlayar dengan kapalnya yang paling cantik dan mewah itu. 'Wahai kau megah, bolehkah kamu menolongku?' Jawab si megah, 'tidak boleh cinta, 'kamu hanya akan merosakkan bot kebanggaan ku saja.'  Cinta cuba pulak bertanya kepada sedih, 'sedih-sedih, benarkan aku mengikutmu.' Jawab sedih dengan nada penuh sayu, 'oh, cinta, aku sedang berduka lara sekarang ini dan aku tak mahu bertemu dengan sesiapa.'


Tiba-tiba lalu seorang tua dengan perahu kecilnya lalu ia berkata, 'marilah cinta, akan ku membawamu bersama.' Cinta begitu gembira sehingga dia terlupa untuk bertanya siapakah gerangan seorang tua itu. Hanya setelah beberapa waktu baru dia menyedari akan hal itu dan bertanya  kepada bijaksana 'siapakah gerangan yg membantu saya tadi?' Jawab bijaksana, 'itulah masa.' cinta keliru, 'mengapa dia mahu membantuku?' Bijaksana tersenyum penuh makna.  Dia pun membalas, 'kerana hanya masa yang akan mengerti betapa hebatnya cinta.'

note: Dalam banyak perkara dlm kehidupan ini kita memerlukan masa. Masa dalam kehidupan adalah segalanya. Spt dlm cerita ini, masa diperlukan untuk melihat kehebatan cinta. sukar untuk membenarkan kata-kata sayang atau cinta tanpa dibuktikan oleh masa. dan betapa kesabaran itu perlu untuk membolehkan kita menilai erti cinta dan kasih sayang sebenar. hanya masa membolehkan anda menilai samada cinta yang anda perolehi itu benar-benar berharga. masa akan menentukannya.

to all..

2 comments:

Maiyah said...

bukan suma bleh kenal dan rasainya

Cengkih78 said...

tul tu kak, syg sekali ye

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...